Ada sesetengah orang hatinya cukup keras untuk memaafkan seseorang yang pernah melukakan hati dan perasaannya. Sanggup tidak bertegur sapa, gara-gara hati terlalu sakit dengan apa yang telah dilakukan oleh orang itu.
Sebenarnya meminta maaf dan memaafkan tidaklah semudah yang disangka. Kadang-kadang, orang itu senang untuk meminta maaf tapi kita tak tahu seikhlas mana dia cakap itu.
Begitu juga orang yang memaafkan, boleh saja dia maafkan tapi belum tentu ia akan lupa apa yang telah dilakukan. Bimbangnya ia menjadi parut dan dendam dalam hati sampai bila-bila.
Sebab itu, selalu kita dengan ceramah dari ustaz, ustazah, katanya seperti yang disarankan oleh Nabi s.a.w, sebelum tidur minta maaf dan memaafkan semua orang, Insya Allah, hati kita akan tenang.
Jangan biarkan ego dalam diri seperti yang dikatakan oleh Farizal Radzali, bila minta maaf tapi buat balik, kenapa? Ikuti perkongsiannya.
Ungkapan ini sebenarnya ringan sangat, sesiapa pun boleh ungkap cuma kadang tu ego yang menjadikannya berat.
Tapi sesungguhnya ungkapan itu taklah semudah yang disangka. Sebab ungkapan ‘MAAF’ tak datang ‘bujang’. Ia sepatutnya datang dengan ‘couple’ iaitu ‘IKHLAS’.
Ramai saja yang ungkap maaf tapi lepas tu dia buat balik. Kenapa?
Ads
Sebab permohonan maafnya bukan dari hati yang ikhlas. Tapi sekadar nak menghentikan perselisihan. Nak dilihat baik atau dalam kata-kata berlagaknya “Malas ah gaduh dengan dia. Nak sangaat menang kan? Hah! Ambik!” Tapi ikhlas tak?
“Allah tak lihat siapa yang memulakan perselisihan tapi Allah angkat darjat siapa yang meminta maaf dulu tak kira sama aada dia nyg salah atau tak.”
Angkat Darjat
Bukan mudah Allah nak angkat darjat manusia jika ungkapan di mulut tak seiring dengan hati. Allah Maha Mengetahui. Mohon maaf hanya untuk meraih pujian orang keliling kerana berbesar hati memohon maaf, tapi apa gunanya jika mulut berkata maaf tapi hakikatnya, hati masih sakit & berdendam.
Orang yang mohon maaf tanpa ikhlas ini, hatinya memberontak walaupun dia nampak tenang. Tidur malamnya tak lena kerana tak puas hati bila mana dia yang kena minta maaf. Sedangkan hatinya masih ego mengatakan dia berada di tempat yang betul. Sebab tu bila ada saja kesempatan, pasti digunakan untuk mengungkit perkara lama.
Itulah permohonan maaf tanpa ikhlas.
Sama juga dengan ‘MEMAAFKAN’. Bukan mudah memaafkan seseorang. Mudah bagi orang keliling memujuk kita untuk memaafkan tapi hanya hati kita yang tahu memaafkan itu dengan ikhlas atau tak.
Ingat Kembali
Ramai je yang memaafkan tapi selepas beberapa ketika bahkan selepas puluhan tahun, bila ingat balik kisah tu, hati jadi berdarah balik. Bahkan sakitnya sama je pada ketika kejadian. Walau yang dimaafkan tu mungkin dah meninggal dunia pun.
Berbeza dengan orang yang memaafkan dengan=n ikhlas. ‘Maafkan boleh tapi melupakan tak boleh’. Dia takkan lupakan tapi bila perkara itu dikenang semula, hatinya tenang. Dia hanya tersenyum bila mengenang keadaan lalu. Tiada rasa sakit hati. Tiada rasa luka lama berdarah kembali. Hanya tersenyum kerana dia pernah melalui keadaan itu.
Ads
Nampak tak, minta maaf & memaafkan tak semudah ungkapan di mulut sahaja. Ia perlu datang dari hati yang ikhlas. Sangat ikhlas.
Kita boleh pujuk orang lain untuk minta maaf & memaafkan, tapi yang ikhlas itu hanya datang dari hatinya sendiri.
Tahu tak ikhlas memaafkan itu macam mana? Maaf dalam senyap. Seperti yang disarankan oleh Nabi. “Sebelum kamu tidur pada malam hari. maafkanlah semua orang. Maka hati kamu akan tenang,”
MAAFKAN & LEPASKAN.
Mingguan Wanita : Bila kita tak ikhlas memaafkan orang, automatik, kita akan ingat balik apa yang dia buat pada kita. Jangan begitu, nak hati tenang, terimalah dengan ikhlas.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Kisah kali ini berkisar tentang seorang bapa yang angkuh dengan kemewahan yang diperolehinya selama hidupnya. Menurut anaknya, Zaim, ayahnya merupakan kontraktor berjaya di utara tanah air. Tidak dinafikan sejak kecil Zaim sendiri dilambakkan dengan kesenangan, setiap permintaan anak-anak pasti ditunaikan.
Ayahnya sangat disenangi anak-anak kerana jarang memarahi anak-anak dan pemurah dalam membeli jiwa anak-anak. Keempat-empat anaknya juga berjaya dalam bidang akademik dan kesemuanya lulusan universiti. Satu kekurangan bapa Zaim ialah dirinya tidak mahu menunaikan perintah agama.
Bukan hanya tidak mahu mendirikan solat yang merupakan tiang agama, malahan dia tidak menunaikan kewajipannya untuk berpuasa, apatah lagi membayar zakat. Ketika masih mentah, Zaim tidak nampak kekurangan ayahnya daripada mata kasar.
Setelah makin meningkat usia, Zaim mula belajar agama di sekolah dan ustaz-ustaz, membuatkan dia sedar bahawa betapa jauh bapanya dari agama Islam. Zaim cuba menasihati bapanya secara halus dengan langkah mengajak ayahnya menunaikan umrah.
Tetapi hampa, bapanya sekeras-kerasnya menolak permintaan Zaim dan membuat keputusan untuk membawa keluarganya bercuti ke luar negara sahaja. Ayahnya makin menjadi-jadi apabila kematian ibu. Ayahnya seolah-olah hilang malu apabila bercinta dengan wanita yang terlalu muda.
Hilang Punca
Akibat terlalu cintakan wanita yang hanya mahukan wang dan harta ayah, mereka berdua ditangkap khalwat di sebuah hotel mewah. Sebagai anak, Zaim merasa malu dan mula mencari alternatif lain untuk mengubah bapanya.
Akhirnya Zaim berjumpa imam masjid di kawasan perumahannya dan meminta dia bersemuka dengan ayah. Tetapi malangnya imam itu diherdik dan dihalau bapa Zaim kerana mencampuri urusannya.
Paling menggusarkan hati Zaim apabila ayahnya mempersendakan kehidupan imam yang hidup sederhana biar pun menjaga solat lima waktu serta taat dengan setiap perintah agama. Bagi ayah Zaim, sepatutnya orang yang alim hidupnya senang bukannya susah.
Walhal, dirinya dengan bongkak mengakui bahawa tidak pernah solat sepanjang hidup, apatah lagi menunaikan zakat dan bersedekah, tetapi Allah tetap kurniakan kemewahan dan kesenangan yang tidak berbelah bahagi di dunia.
Balasan Sekelip Mata
Siapa sangka tidak lama selepas bapa Zaim memaki imam, dirinya tiba-tiba diserang strok. Sepanjang dia sakit, dia langsung tidak mahu bertemu anak-anak. Dia lebih rela tinggal bersama isteri mudanya daripada dijaga anak-anak.
Selaku anak sulung, hati Zaim dilanda resah apabila tidak mengetahui tentang perkembangan kesihatan ayahnya. Setelah berbincang bersama adik-adiknya mereka ingin ke rumah isteri muda ayahnya dan akan membawa balik bapa mereka.
Setibanya mereka di sana, amat mengejutkan apabila mereka mencium bau yang amat busuk. Setelah berkali-kali memberi salam tidak menjawab, mereka cuba memecah pintu dan bau yang busuk itu datang daripada dalam rumah.
Lebih menyedihkan apabila mereka melihat jenazah ayah mereka yang mulai membusuk dan berulat berada di dalam bilik tidur utama. Rupa-rupanya ibu muda meninggalkan bapa sendirian dan tidak sedar bahawa suaminya telah meninggal dunia.
Ternyata kekhilafan bapa Zaim membuatkan pengakhiran hidupnya amat menyedihkan. Bayangkan tidak ramai jemaah yang ingin turut serta ketika solat sunat jenazah ditunaikan akibat tak tertahan bau busuk. Zaim sendiri hampir termuntah, namun ditahan kerana inilah penghormatan terakhir buat ayahnya.
Oleh itu sebagai hamba-Nya, kita harus ingat kekayaan dan kemewahan tidak menjanjikan apa-apa di mata Allah. Sebaliknya amal soleh yang menjadi bekalan kita di akhirat kelak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bayangkan barang yang paling kita sayang, tiba-tiba hilang entah ke mana. Puas cari, geladah sana sini tetap tak jumpa. Padahal, ia tidak langsung diusik dari tempatnya sebelum ini.
Inilah yang paling menyedihkan bila barang yang kita miliki hilang. Ralatnya bila nak pakai atau guna, tak ada dari tempat asalnya. Nak-nak kalau ia barang kemas, cincin perkahwinan, duit dan sebagainya.
Sayang tetap sayang, walaupun barang yang hikang itu murah, apatah lagi kalau mahal, ia tetap berharga buat kita.
Bolehkah kita dapat kembali barang yang hilang itu. Selalunya, kita akan putus asa dan anggap ia bukan rezeki kita.
Perkongsian daripada Muhaimin Azman ini boleh dijadikan ikhtiar dan panduan untuk kita cari barang yang hilang. Moga-moga ia memberi manfaat untuk semua.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Terasa susah nak bayar zakat fitrah musim PKP ini, bayar online sahaja lebih senang. Tak perlu beratur dan bahayakan keselamatan, segalanya boleh diselesaikan di hujung jari.
Sebenarnya zakat fitrah ini dibayar mengikut lokasi di mana kita beraya pada tahun tersebut. Memandangkan tahun ini masing-masing beraya di rumah sendiri, maknanya kenalah ikut lokasi tempat tinggal mak,ayah sekarang.
Tahun ni saya beraya di Bangi Selangor. Maka saya bayar zakat fitrah di Selangor. Bayar zakat fitrah mengikut lokasi di mana kita beraya pada tahun tersebut. .
.
Jika saya pulang awal seminggu ke kampung saya iaitu Penang. Maka saya akan bayar zakat fitrah di Penang. Tapi sekiranya saya pulang ke kampung sehari sebelum hari raya. Dan saya takut terlepas kesempatan untuk bayar di kampung Penang, maka saya akan bayar siap-siap zakat di Selangor kerana mengambil kira pandangan ihtiyat (berhati-hati). .
.
Terpulang pada negeri masing-masing. Kerana zakat Fitrah sedikit berbeza dengan konsep zakat harta. Kerana zakat harta dilihat pada lokasi di mana harta berada. Sedangkan zakat fitrah melihat di mana kita beraya.
Lebih tepat ialah dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Wallahua’lam.
MW: Walaupun negara dalam tempoh PKP, jangan lupa tunaikan kewajipan mak, ayah menunaikan zakat fitrah. Apatah lagi sekarang ada kemudahan membayar secara online.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...