tak-faham-konsep-berkongsi

Walau dah lama berkahwin pun, ada suami mahupun isteri masih tak faham konsep berkongsi dalam rumahtangga. Inilah juga jadi punca, setiap ‘benda’ nak dibahagi sama rata.

Sudahnya mewujudkan sikap ‘berkira’ untuk melakukan apa juga perkara dalam rumah tangga. Baik pendapatan, harta, tenaga, usia malah berkasih sayang itu seharusnya dikongsi bersama pasangan.

Hadamkan perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri akan makna sebuah perkahwinan itu seharusnya bagaimana perlu dibentukkan.

Suami Isteri Masih Tak Faham Konsep Berkongsi Dalam Perkahwinan

Perkahwinan itu perkongsian seumur hidup pasangan suami isteri.

Berkongsi masa. Berkongsi tenaga. Berkongsi usia. Berkongsi kasih sayang.

Berkongsi harta. Berkongsi belanja. Berkongsi tugas. Berkongsi tanggungjawab. Berkongsi masalah. Berkongsi perasaan.

Berkongsi tempat tinggal. Berkongsi pendapatan.
Berkongsi anak-anak. Berkongsi keluarga besar kedua-dua belah pihak.

Berkongsi maknanya bertolak ansur. Banyak benda asalnya milik individu sudah mula bertukar status. Banyak hal yang tidak boleh dipertahankan sebagai hak milik mutlak lagi.

Ads

Semuanya adalah milik bersama mulai saat ijab dikabulkan. Bukan benda best saja dikongsi bersama. Benda yang tak best pun mesti dipikul bersama.

Tapi masih ada pasangan yang tak faham konsep perkongsian dalam rumahtangga ini.

Ada suami yang tak faham. Ada isteri yang tak faham. Ada suami dan isteri, kedua-duanya sekali yang faham.

Itu yang jadi berkira tu. Bahagi-bahagi semua benda. Tak boleh nak berlebih kurang langsung.

Semua Nak Dibahagi Sama-sama..

Ini aku punya, itu kau punya.

Ads

Keluarga kau, kau punya hal. Keluarga aku, aku punya hal.

Nak balik raya rumah aku, aku yang keluar belanja. Nak balik raya rumah kau, kau yang keluar belanja.

Ada yang sampai macam tu sekali.

Kawan-kawan, kemon la. Apa guna perkahwinan kalau hanya jasad nampak bersama tetapi tiada kesamaan dalam roh dan semangat?

Ads

Apa guna perkahwinan kalau suami isteri masih ada sempadan? Apa guna perkahwinan kalau susah dan senang tak boleh nak diharung bersama?

Perkahwinan itu perkongsian. Sebelum berkahwin pastikan betul-betul bakal pasangan kita. Adakah dia boleh berkongsi segala perkara?

Atau kita bakal mendapat sengsara.

Baca sini : Isteri Nak Rezeki Berlebih-lebih, Jangan Berkira Nak Belanja Suami Walaupun Itu Tanggungjawabnya

#KAB

Mingguan Wanita : Apabila sudah sefahaman, sehati sejiwa malah saling bertolak ansur tidak akan wujud tembok sempadan dalam sebuah perkahwinan.

Sumber/Foto : Khairul Anuar Basri

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI