Mahu jadi orang yang kaya dalam hidup, antara syaratnya adalah hidup kenalah bebas daripada hidup berhutang. Lelaki ini, Ahmad Isa berkongsi tentang buku ‘The Richest Man in Babylon’ yang dibacanya.
Menerusi pembacaan itu, lelaki ini memberi 5 kesimpulan penting kepada isterinya yang bertanya. Berapa banyak perlu simpan duit, selesaikan hutang piutang dan kenapa perlu beri duit pada isteri.
Jadi Kaya Walau Gaji Kecil, Hutang Keliling Pinggang
“Abang tengah baca buku apa tu?” tanya Adilah bila nampak aku khusyuk membaca.
“The richest man in babylon” Jawab aku pendek.
“Cerita pasal apa tu?” tanya Adilah lagi.
“Kisah orang kaya kat Babylon lah, hahaha” aku cuba bercanda.
“Ooo..” Adilah melopongkan mulutnya sambil matanya berkerut. Adilah masih tak dapat jawapan yang sebenar.
“Buku ni sangat sesuai untuk orang yang ada masalah duit” kata aku.
“Kenapa pulak?” tanya Adilah.
“Sebab dia ajar macam mana nak jadi kaya walaupun gaji kecil & hutang keliling pinggang” kata aku lagi.
“Wowowowowow!! Best tu! Cerita lah abang macam mana tu?” Mata Adilah bersinar-sinar menunggu suaminya bercerita.
“Banyak juga yang diceritakan, memang kena baca sendiri, baru faham, hahaha” kata aku.
“Alaa, abang simpulkan je lah…” pujuk Adilah.
“Ok,ok”
5 Perkara Ini Urus Gaji Dengan Betul
“Ada 5 Poin Penting yang abang dapat dalam buku ni..”
Ads
“Pertama, buku ni ajar setiap kali kita dapat duit/gaji walaupun kecil, 1/10 simpan untuk diri kita”
“Ramai yang bila dapat gaji, duit hasil titik peluh diri dia, dia bagi pada orang lain kecuali diri sendiri. Dia bagi pada penjual makanan, dia bagi pada penjual baju & sebagainya..”
“Dia lupa nak bagi pada diri sendiri. 1/10 dari gaji kalau disimpan, duit tu akan berganda dan kerja untuk kita.. Nanti abang cerita macam mana di akhir topik”
“Mentor abang cakap, sampai saving cecah RM100,000, sebab nak disiplinkan diri sebelum duit tu bekerja untuk kita”
“Cuba tengok bulan lepas, apa perkara yang kita belanja & tak perlu pun sebenarnya? Masukkan budget tu dalam saving”
“Ooo..” jawab Adilah pendek.
Peluang Cuma Datang Sekali..
“Yang ketiga, orang yang bernasib baik adalah orang yang bertindak disaat yang tepat. Peluang hanya datang sekali, biasanya peluang akan disambut cepat oleh mereka yang bersedia (saving).”
“Ramai yang terlepas peluang yang menguntungkan sebab tiada persediaan berbentuk duit”
Ads
“Yang keempat, kekayaan tak semestinya dari gaji yang besar”
“Maksudnya?” Tanya Adilah penuh minat.
“Ada orang gaji besar, ada orang gaji kecil, tapi mereka tetap ada masalah yang sama, duit tak pernah cukup, betul?” tanya aku.
“Betul” Jawab Adilah pendek.
“Masalah sebenar adalah disiplin untuk saving 1/10. Gaji besar macam mana pun, kalau takda saving, melingkup juga!”
“Last sekali, yang kelima, jadikan duit sebagai hamba yang bekerja untuk kita 24 jam (pasif)”
“Maksudnya?” Tanya Adilah.
“Invest”
“Sebelum invest, kena belajar betul-betul tempat yang kita nak invest, cari mentor yang betul untuk guide kita supaya tak rugi duit & masa”
“Duit ni hamba yang bagus, tak pernah merungut, tak pernah rehat, tak pernah minta cuti, takde emosi down, kerja 24 jam untuk kita..fuhh, best kan?” Tanya aku pada Adilah.
Ads
“Best! Patutlah orang kaya beli ‘pasif income’ orang belum kaya beli iphone dengan aktif income..” Adilah dah mula faham.
Disiplinkan Diri Agar Hidup Berhutang Tak Berpanjangan
“Kalau 1/10 untuk saving, 9/10 lagi buat apa?” tanya Adilah.
“2/10 bayar hutang, 7/10 bagi isteri..” aku menelan air liur.
“7/10 bagi isteri tu best!!!” Adilah excited. haha
“Hahaha, maksudnya 7/10 tu expenses untuk teruskan hidup seperti barang dapur, insuran, bil elektrik semua bagai tu, bukan buat belanja semuaaaa, haha” aku jelaskan supaya Adilah lebih faham.
“Hmm, kena tanya isterilah, dari 7/10 tu, berapa portion untuk suami belanja, sebab isteri lebih tahu berapa banyak perbelanjaan rumah diperlukan sebelum berbelanja” menggigil aku cerita ni kat Adilah haha.
“Ingat, 2/10 untuk bayar hutang tu penting sangat. Ramai orang tak bayar hutang & berbelanja berlebihan menyebabkan hidupnya dalam hutang berpanjangan. Disiplinkan diri untuk bayar hutang walaupun RM1 sebulan, orang yang beri hutang pun tak marah selagi kita ada effort” kata aku lagi.
“Faham bang, terima kasih” kata Adilah sambil tersenyum puas.
#JiwaKembara
#HidupLuarBiasa
Mingguan Wanita :Sememangnya kita tak dapat lari dari hidup berhutang, tapi macam mana kita urus hutang itulah paling penting sekali.
Kebenaran perjalanan rentas negeri membuatkan ramai yang ambil peluang pulang berjumpa mak ayah di kampung. Lama sungguh memendam rindu hendak bertemu depan mata.
Bersyukur tidak terkira, bila mana peluang berjumpa mak ayah di kampung akhirnya termakbul juga. Ada sesetengah lokasi kampung itu jauhnya lebih dari 2 marhalah iaitu bersamaan 81km.
Perjalanan bermusafir yang panjang itu membolehkan solat jamak qasar. Bagaimana pun, ada syarat yang mesti dipenuhi sebelum dibolehkan meneruskan solat jamak qasar itu.
Ustaz Firdaos Rawi berkongsi panduan tip sebelum memulakan perjalanan balik ke kampung yang jauhnya lebih 2 marhalah.
Tip Sebelum Memulakan Perjalanan Rentas Negeri
Semalam mungkin dah ramai bergerak tuju tempat masing-masing.
Ramai juga yang kongsi tips sebelum mulakan perjalanan.
Di sini saya kongsikan tips amalan dan doa untuk perjalanan musafir. Musafir ini maksudnya perjalanan yang jauh lebih 2 marhalah.
Tips 1 : Solat jamak qosor
Ustaz saya dulu pesan, solat boleh dibuat secara jamak qosor dengan 3 syarat.
1- Perjalanan 2 marhalah (81 KM atau lebih).
Kalau tempat tuju kurang dari itu maka tidak dapat kelebihan solat jamak qosor. Solat dibuat sempurna. Tempat tuju ya bukan pusing taman berkali-kali sampai 81KM. 2- Niat nak duduk sana tak lebih dari 3 hari. Kalau niat nak duduk lebih 3 hari, dikira tak boleh dah nak buat solat jamak qosor di sana.
Contohnya saya nak ke Kuantan. Gerak hari Ahad nak duduk sana dalam 3 hari sahaja.
Jadi Ahad (hari perjalanan), Isnin (1), Selasa (2), Rabu (3), Khamis balik ( hari perjalanan.) Jadi boleh buat dalam 5 hari untuk solat jamak qosor. 3- Niat musafir adalah dengan niat yang baik.
Tips 2 : Amalan Doa
1- Baca doa naik kenderaan.
2- Keluar rumah baca ayatul Qursi.
3- Orang musafir juga ada kelebihan doanya dimakbulkan. Kalau ada kawan atau saudara nak musafir boleh minta dia doakan kita.
Kita doakan dia dan dia doakan kita.
4- Kalau masa jalan tu kenderaan mendaki bukit atau naik tempat tinggi baca Takbir, bila turun ke tempat rendah baca Tasbih.
Bayangkan dalam usia 17 tahun, Noor Atiqah Eishany Bt Mohd Yusof telah memelihara seorang anak angkat, Nur Hidayah Bt Abdullah ketika anak kecil itu berusia 2 tahun lebih. Seiring peningkatan usia, gadis ini menjaga pula 25 anak-anak tahfiz di pusat tahfiz milik ayah dan ibu.
“Sejak SPM saya tinggal di pusat tahfiz. Bila balik saja sekolah saya tolong Umi dan Ayah yang mengendalikan pusat tahfiz. Sampai ke malam saya bantu.
“Sebelah malam itu saya ambil alih tugas Umi mengurus anak-anak ini. Jaga mereka waktu solat, masa makan dan bila perlu kembali ke kelas. Nanti malam-malam saya buat kerja sekolah dengan anak-anak ini.” ujarnya yang kini menyelia Maahad Tahfiz Siti Khadijah Anak-anak Yatim Puteri di bawah kelolaan Badan Kebajikan Siti Khadijah Anak Anak Yatim Selangor.
Niat murni Noor Atiqah adalah mahu meringankan urusan kewangan Umi dan Ayahnya. “Dari segi pengurusan ayah tak perlulah membayar gaji warden yang tinggi. Kalau ambil orang luar.
“Lagipun tahfiz kami ini persendirian (NGO) tiada mana-mana sponsor. Sampai sekarang saya berkhidmat bezanya sekarang sepenuh masa.”
Dulu waktu usia remaja, perasaan sukakan budak-budak begitu menebal. “Waktu hidayah diserahkan pada saya hati saya betul-betul tersentuh dengan cerita sedih dia.
“Dengan keadaannya yang masih kecil. Sebab itu saya dan keluarga setuju ambil dia jadi anak angkat saya. Keputusan ini bukan saya seorang yang tentukan. Keluarga terutama ayahlah yang banyak beri dorongan.
“Alhamdulillah proses bersama keluarga angkat hidayah berjalan lancar. Pihak sana pun beri kerjasama dan serahkan 100% hidayah kepada keluarga saya. Cuma waktu sekarang saya melalui proses bersama mahkamah untuk hak penjagaan sepenuhnya (hitam putih).
Getar Panggilan ‘Ibu’
Hidayah menjadi anak angkat Noor Atiqah ketika usianya 2 tahun 5 bulan. Waktu itu dia dah pandai berjalan tapi belum boleh bertutur dengan lancar. Masih pelat. Dia juga menyusu botol dan masih lagi pakai pampers.
“Pengalaman saya seperti ibu lain. Menukar lampinnya, memandikannya, malam-malam bangun buatkan susu, suap dia makan walaupun waktu itu dia dah pandai makan sendiri.
“Basuh baju dia, belikan keperluan pakaian dan sebagainya. Keluarga pun banyak bantu saya. Waktu mula-mula kelaur dari mulut dia perkataan ‘Ibu’ hati saya sebak sangat.
Masa itu kenal pun tak pernah. Gelaran yang dia beri tu sampai sekarang dah umur 7 tahun lebih tak pernah lekang dari bibirnya. Dan, Hidayah juga sedar yang dia bukan ibu kandungnya.
“Saya menggalas dua amanah yang besar; menjaga anak sendiri dan anak-anak tahfiz ini. Hidayah tinggal sekali dengan mereka. Dan rutinnya juga sama seperti yang lain.”
Rutin Ibu Seorang Anak Dengan 25 Anak Tahfiz Bermula
Seawal 5.30 pagi – Aaya akan kejutkan salah seorang pelajar dan dialah yang akan kejutkan rakan-rakan yang lain. Untuk tahajud seterusnya solat Subuh. selesai Subuh, saya dan anak-anak ini memasak sarapan. Ada kumpulan dan giliran ikut hari. Yang lain, bersihkan diri.
Jam 7.30 pagi – Pastikan semua sarapan dan bersiap sedia untuk kelas pagi pada jam 8. Masa ini saya masak makanan tengah hari dan malam di dapur sampai jam 11.
Selepas jam 11 pagi – Kena pastikan mereka buat khidmat (tugas ikut jadual) sebelum qoilulah (tidur sebelum Zuhur)
Pada 1.20 tengah hari – Saya akan kejutkan anak-anak ini untuk bangun solar Zuhur, makan tengah hari dan sambung kelas.
Sekitar jam 2 – Berehat
Tepat 4.40 petang – Anak-anak bersolat Asar berjemaah kemudian saya bawa mereka ke taman untuk riadah.
Kira-kira 6.30 petang – Balik ke rumah dan bersihkan diri. Dalam pada itu, anak-anak kena bersedia untuk solar Maghrib, makan malam dan ke kelas semula pada jam 8 0 10 malam.
Habis saja kelas, anak-anak ini akan bersolat Isyak, buat khidmat dan sekitar jam 11 kena pastikan anak-anak ini dah masuk tidur.
Di sini, Noor Atiqah ibu, sayalah bapa (warden) yang perlu menjaga 25 orang anak tahfiz. Ia memerlukan komitmen sepenuhnya.
“Ini satu amanah daripada Allah, ibu bapa dan juga agama untuk memastikan anak-anak tahfiz ini berakhlak, mendapat didikan yang sempurna dan keperluan yang mencukupi.
“Saya sendiri harus sentiasa kuat dan sabar dengan cabaran dunia sekarang. Saya minta saudara Islam doakan tahfiz anak yatim Siti Khadijah murah rezeki. Amin, in sha Allah.
Foto: Nurul Akmar Azimi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Daddy’ pemalu Vicha tunaikan permintaan peminat. Sebelum ini pelakon dan pelawak, Vicha mengejutkan peminat apabila membuat pengakuan dirinya sudah bernikah buat kali kedua dengan seorang lelaki yang difahamkan seorang warga Nigeria sejak tiga tahun lalu.
Malah Vicha juga turut mengakui sedang hamil ketika bergelar juara Muzikal Lawak Superstar bersama kumpulan J-Born pada 2019. Ibu ini juga hingga kini tidak pernah putus asa membawa dua anaknya daripada perkahwinan terdahulu ke Malaysia dan membina kehidupan baharu mereka di sini.
‘Daddy’ Pemalu Vicha Tunaikan Permintaan Peminat
Terbaru menerusi akaun rasmi Instagramnya Vicha mendedahkan wajah suami yang dikenali sebagai Johnson selepas lebih dua tahun berumah tangga.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak lelaki, Michael Trevo Ayomide yang kini berusia dua tahun.
Pemilik nama sebenar Refika Novianti Faturohman ini juga menerangkan suaminya yang disapa ‘Daddy’ oleh rakan-rakan Vicha adalah seorang yang pemalu untuk bergambar di hadapan kamera dan mereka jarang sekali bergambar bersama.
“Sepanjang tujuh tahun kami berkenalan sehinggalah sudah berumah tangga, boleh dikira dengan jari sahaja berapa keping gambar yang diambil.
“Dia memang jenis pemalu untuk bergambar.
“Tapi, disebabkan saya bekerja di dalam industri hiburan, mahu atau tidak, dia perlu membiasakan dirinya.
“Gambar yang saya muat naik ke Instagram itu pun, dia yang pilih,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Vicha yang mendedahkan wajah suami ketika bergambar bersama pasangan pengantin yang juga rakan selebritinya Syura Badron akui ada membuat perjanjian dengan Syura.
“Saya dan Syura memang rapat dan kami pernah berjanji, kalau suatu hari nanti, Syura dah dedahkan wajah Farizat kepada umum, saya akan dedahkan wajah suami saya.
“Jadi, ketika bergambar bersama pasangan pengantin baru itu, suami saya pun bersetuju untuk saya muat naik gambarnya ke Instagram,” luahnya.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...