Syatilla alami alahan luar biasa. Mengidam makanan yang pelik-pelik semasa hamil memang lumrah sebagai ibu yang sedang sarat mengandung, namun agak pelik buat pelakon Syatilla Melvin yang mengalami alahan yang luar biasa mengandung zuriat ketiga ini disusuli loya melihat rumah sendiri.
Tidak seperti sewaktu hamil anak pertama dan kedua, Syatilla mengatakan kehamilan anak pertama dan keduanya semua lancar tidak seperti kali ini.
Syatilla Alami Alahan Luar Biasa
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagramnya, Syatilla sangat menghargai pengorbanan suaminya, Shaheizy Sam yang menempah sebuah hotel sekali gus membawa pelbagai barangan kelengkapan termasuklah sebuah TV besar.
“Sam terpaksa hadap sebab dia yang mengandungkan aku, sanggup bawak TV besar dari rumah supaya tak boring
“Kalau dah bawak TV maksudnya bukan duduk sekejap eh.
“Dua minggu berlawan dengan diri sendiri untuk tak nak keluar dari rumah, lawan emosi, lawan alahan pelik tak boleh tengok rumah sendiri ni, tewas akhirnya…
Ads
Rasa Tak Ada Kualiti Duduk Di Rumah, Badan Longlai
“Rasa hidup takdak kualiti duduk tengok perabot rumah, nak buat semua benda tak jadi, lembik, longlai badan.
“Demi ALLAH ni 1st time Tilla ada alahan macam ni, pragnancy sebelum ni langsung tak merasa, siap boleh perdi shooting hari-hari sampai perut besaq!
“Kali ni sangat-sangat luar biasa, rasa serik pun ada. Insya-ALLAH doakan baby nombor tiga ni sihat sempurna sifat… itu paling penting.
“Terima Kasih Suami, Sayang Awak!”
“Terima kasih suamiku yang sentiasa setia ada di mana-mana, aku tidur kat bawah dia ikut, tidur atas dia ikut, tidur kat ruang tamu dia ikut. Ini barula namanya kerjasama selamanya! Sayang awak!” coretnya.
Dibanjiri Komen & Pengalaman Pengikut Instagram Yang Turut Punya Alahan Pelik
Sebelum ini Syatilla pernah berkongsi dia pernah pernah tiga kali keguguran. Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Syatilla Melvin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selama 8 minit tanpa gentar, pembaca berita radio Nurul Shuhadah Armawan mencabar dirinya dengan merelakan ular jenis phyton albino melingkar di bahu dan tangan kanannya sepanjang menyampaikan berita jam 12 tengah hari dalam konti BERNAMA radio.
Intonasi suaranya tetap tenang dan serius sama seperti sebelum-sebelumnya. Video berdurasi kira-kira satu minit itu jelas menampakkan ketenangan DJ Radio yang pernah memenangi Penyampai Berita Radio Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2016.
“Sebenarnya ada tetamu hari ini, sempena hari Haiwan Peliharaan Sedunia. En Wan Aliazar bawa ilar peliharaannya. shu ni jenis teruja. Memang minat dengan haiwan eksotik tapi tak mampu nak bela. Tu yang bila tengok ular tu terus rasa nak pegang.
“Tadi masa baca berita, rasa macam nak buat cabaran baru; sambil baca berita sambil ada ular atas bahu. Bila owner kata boleh, tu yang on je.
“Shu pun biarkan je ular tu atas bahu dan biar dia melingkar. Sebab ular ini tak suka dipaksa. Shu tenang, dia pun tenang. Sama-sama yakin dan percaya. Shu tak ancam dia, dia tak ancam Shu.”
Satu Keluarga Jenis Tak Takut
Pengalaman pertama Shuhada memegang haiwan eksotik ini waktu di Melaka. Waktu itu dia perlu memegang iguana.
“Mula-mula takut juga. Tapi Shu dapat tip daripada owner iguana tu. Katanya, Jangan takut. Kalau awak takut iguana ni rasa terancam dan dia akan menyerang’. Dari situlah Shu jadi berani pegang.
“Kalau dengan ular memang banyak kali dah. Kalau pergi zoo, asal dibenarkan pegang saya akan ambil peluang walaupun berbayar.
“Suami pula jenis tak takut. Anak-anak pun sama.” Ujar ibu beranak dua ini.
Rezeki memang tak dapat dijangka, datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Begitulah rezeki tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan Mohd Nasruddin Azmi dan pasangannya, Nor Suhaida Mohamad di Taman Sri Lichong, Gaal, di Pasir Puteh semalam, apabila setiap tetamu yang datang diberi sekampit beras lima kilogram (kg) sebagai cenderahati oleh bapa pengantin lelaki.
Majlis kesyukuran yang mencipta kelainan itu menyebabkan jalan untuk ke rumah pengantin sesak sejauh dua kilometer apabila ‘diserbu’ oleh tetamu yang datang.
Sedia 7,000 Kampit Beras
Bapa kepada pengantin lelaki, Azmi Mohd Noor berkata, sebanyak 7,000 kampit beras disediakan sebelum diagihkan kepada semua tetamu yang hadir sebagai buah tangan.
Malah katanya, majlis meraikan anak sulung daripada tiga beradik itu menyediakan 17 gulai kawah membabitkan lima ekor lembu, tujuh ekor kambing bakar dan 500 ekor ayam yang semuanya dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk kampung seawal jam 6 pagi.
“Alhamdulillah majlis menyambut menantu berjalan lancar dan kediaman kami dipenuhi dengan tetamu yang hadir. Idea untuk memberi beras kepada semua tetamu bagi menghargai mereka yang datang sambil beramal”
“Saya datang daripada keluarga yang susah dan penduduk kampung banyak membantu kedua ibu bapa saya. Jadi, hari ini saya seperti mahu membalas jasa orang kampung dan tetamu yang hadir,”katanya ketika ditemui di Pasir Puteh.
Raikan Tetamu
Azmi yang juga Pengerusi Yayasan Fatimah Azzahra berkata, pada majlis meraikan anak sulungnya berusia 25 tahun itu, dia menjemput seramai 7,000 tetamu termasuk kenalan rapat.
“Memandangkan bukan selalu saya mengadakan kenduri, kali ini saya membuat majlis besar-besaran bagi meraikan semua yang hadir. Apa yang saya lakukan ini bukan untuk meraih populariti, sebaliknya hanya mahu meraikan tetamu.
“Saya bersyukur kerana majlis kali pertama dirancang berjalan lancar tanpa masalah. Malah saya lihat semua mereka yang menerima beras tersenyum gembira,” katanya.
Alhamdulillah, tuan rumah sudi berkongsi rezeki bersama tetamu yang datang. Semoga bertambah lagi murah rezeki.
Syukur alhamdulillah ramai yang prihatin nasib pekerja penghantar makanan (rider), begitu jugalah dengan figura yang murah hati iaitu Datuk Fazley Yaakob.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di Malaysia bermula 18 Mac 2020, khidmat penghantaran makanan dalam talian menjadi begitu penting dan permintaan untuk mendapatkan servis para penghantar makanan (rider) meningkat dengan ketara.
Malah khidmat rider ini sebenarnya tidak terhad kepada makanan sahaja bahkan juga termasuk perkhidmatan yang berkaitan contohnya membeli dan menghantar barangan keperluan harian, menjadi tukang beli peribadi (personal shopper) dan lain-lain.
Datuk Fazley Prihatin, ‘Rider’ Beritahu Nak Makan Pun Tak Sempat”
Malah menerusi perkongsiannya di akaun Instagram, Fazley menceritakan minggu lalu dia ada bertemu dengan seorang ‘rider’ yang berkongsi kisah mereka.
“Last week saya terserempak dengan sorang rider, dia cakap nak makan pun tak sempat, rushing nak pastikan customer dapat order.
“Sampaikan dia cakap “Bila hantar Mcd tu pun, bau fries dan burger buat saya makin lapar, tapi kena sabar sampai ada waktu untuk makan”.
“Dan ada ketikanya riders pulak yang message dalam app cakap “Minta maaf bang, food lambat siap!”, basically semua rider sebenarnya berusaha bersungguh2 untuk jalankan tugas demi customer,” tulis Fazley yang turut bertanya kepada pengikut di akaun Instagramnya tentang perkongsian yang baik tentang ‘rider’.
Malah Fazley juga menerangkan apa yang dikongsikan diharap dapat memberikan semangat buat rider yang bertugas keesokan harinya.
Malah perkongsi beliau juga mendapat respon daripada salah seorang ‘rider’ tersebut;
“Alhamdulillah saya dan beberapa kawan saya dapat mcd dari Datuk… terima kasih banyak-banyak Datuk semoga dimurahkan rezeki,” kongsi pemilik akaun Instagram Syahirzulkifli.
Inspirasi Pada Pelanggan Lain
Sumber / Sumber Foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.