Segelintir lelaki sebenarnya ‘takut’ malah bernanti-nanti nak rawat terutama bab kesihatan dirinya sendiri. Lagi-lagi berkaitan dengan kanser prostat. Sebab malu atau sebab tak ada kesedaran terhadap kesihatan prostat dan penyakit kanser prostat itu sendiri punca mereka lambat rawat diri.

Pendedahan yang dibuat Professor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya menunjukkan 60% daripada pesakit kanser prostat di negara ini dikesan sudah berada pada tahap 4.

Ini menyerlahkan kelewatan pesakit dalam mendapatkan rawatan pada peringkat awal. Berbanding di negara-negara barat yang mencatat sejumlah 10%.”

Penting Masyarakat Tahu, Sedar Risiko Kanser Prostat

Risiko kanser prostat ini meningkat seiring dengan usia. Risiko untuk mendapat kanser prostat juga meningkat jika terdapat ahli keluarga lain yang ada penyakit yang sama.

Dan ini boleh dikaitkan dengan faktor genetik, yang berkait rapat dengan kanser payu dara. Ia berakar umbi dari kumpulan genetik yang dikenali sebagai BRCA

Antara Simptom Perlu Lelaki Ambil Peduli

Perlu diketahui, petanda dan simptom kanser prostat sering berkait rapat dengan peringkat, tahap kanser.

Pada tahap awal : seringkali, pesakit kanser prostat pada tahap awal tak menunjukkan sebarang petanda. Kekadang hanya dengan simptom kencing yang kurang lawas.

Pada tahap memuncak : Pesakit dengan tahap kanser prostat yang memuncak sering berdepan dengan kesakitan dari tulan (berikutan penyebaran sel kanser ke tulang), bengkak di kaki, malah kesukaran untuk membuang air kecil.

Cepatlah Jumpa Doktor, Dapatkan Rawatan

√  Jika lelaki berdepan masalah membuang air kecil dan lain-lain petanda yang dinyatakan di atas, penting untuk pesakit mendapatkan nasihat doktor.

√  Doktor akan lakukan pemeriksaan fizikal menyeluruh, ujian saringan dan analisa darah awal termasuk Prostat Spesific Antigen (PSA). Tujuannya untuk membantu dalam penyiasatan awal kanser prostat.

Ads

√  Jika keputusan membimbangkan, pesakit dirujuk kepada Pakar Urologi untuk rawatan lanjut. termasuk ujian biopsi kelenjar prostat.

Baca sini : Lelaki ada simpton ini, buang rasa malu. Jalani pemeriksaan kanser prostat.

Cara Rawat Kanser Prostat

Boleh dibahagikan kepada kanser yang belum merebak dan tertakluk pada kelenjar induk.
Rawatan merangkumi pembedahan, radioterapi atau pemantauan yang bergantung kepada
perbincangan antara doktor dan juga pesakit.

√  Tahap kanser pertengahan kalenjar prostat yang sering dirawati dengan rawatan radioterapi.

√  Rawatan kelenjar prostat (tahap 4) di mana sel-sel kanser telah merebak keluar dari kelenjar induk ke organ-organ seperti tulang, hati, paru-paru dan kelenjar limfa.

Ads

√  Rawatan asas untuk pesakit di kalangan tahap 4 kanser Prostat melibatkan pengurangan hormon testoren dalam badan. Ini setelah didapati Kanser memerlukan hormon testosteron untuk pembesarannya .

Secara tradisional pengurangan testosteron ini dicapai dengan pembuangan kedua-dua
kelenjar testis. Tetapi dengan perawatan moden terdapat tambahan ubat yang boleh mendatangkan kesan yang sama tanpa pembuangan kelenjar testis.

Pada masa yang sama terdapat ubat tambahan yang boleh diberikan bersama rawatan
pengurangan testosteron untuk meningkatkan keberkesanan rawatan.

Ada Pesakit Usia 60-an, Berjaya Di rawat

Kes Pertama

Seorang pesara pembantu perubatan yang berumur 60 tahun dari Tapah datang ke klinik
Urologi 5 tahun lepas dengan bengkak di kedua-dua kakinya dan bacaan PSA darah yang
tinggi. Penyiasatan selanjutnya menunjukkan pesakit tersebut menghidap tahap 4 Kanser
Prostat ke tulang dan kelenjar limfa dan bengkak di kedua dua kakinya berikutan penyakit
beliau.

Rawatan : Pesakit tersebut dirawat dengan kaedah pengurangan hormon testosteron. Dan keadaan beliau bertambah baik dan masih sedang mengikuti rawatan susulan di Klinik Urologi.

Ads
Kes Kedua

Pesakit lelaki berumur 65 tahun dari Sandakan dengan bacaan PSA darah yang tinggi semasa ujian saringan kesihatan am. Ahli keluarga pesakit tersebut membawanya ke Kuala Lumpur untuk meminta pendapat perubatan. Penyiasatan seterusnya mendapati kanser prostat yang masih bertumpu di kelenjar prostat induk.

Rawatan : Pesakit dan keluarga membuat keputusan untuk melalui pembedahan mengeluarkan kelenjar prostat (Radical prostatectomy). Beliau sembuh dengan sepenuhnya dan masih aktif dalam susulan Klinik Urologi.

Ahli Keluarga, Masyarakat Sama-sama Ambil Peduli

Umumnya, golongan lelaki ini sering sering berlengah bila berdepan dengan persoalan kesihatan berbanding orang perempuan.

Sebab itulah pentingnya, sokongan dari ahli keluarga yang menjadi faktor perangsang utama untuk pesakit mara ke depan mendapatkan rawatan.

Dalam masa yang sama, penting untuk memupuk kesedaran kanser prostat sekaligus kesihatan prostat di kalangan masyarakat majmuk supaya kita lebih prihatin terhadap warga emas lelaki untuk mendapatkan nasihat perubatan yang sewaktu dengannya.

MW : Wahai lelaki, jangan segan rawat diri sendiri. Kena ambil peduli dari sekarang.

*Artikel diterbitkan dengan kerjasama Professor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI