Pernah kita dengar orang cakap, belajar tinggi-tinggi tapi tak ke mana pun. Last-last, jadi surirumah, urus anak dan keluarga. Sedihnya bila ada yang memperlekeh-lekehkan perkara ini.
Cuba hayati dan fahami apa yang dikongsikan oleh Ruang Aksara dalam coretannya tentang seorang surirumah.
Ada yang berkata macam ni,
Saya seorang suri rumah, saya tak berjaya seperti orang lain..
Orang lain kerja, saya tak ada kerjaya.
Orang lain kerja lepas graduate, saya duduk rumah jadi surirumah lepas graduate.
orang lain ada income ribu riban setiap bulan. saya setiap bulan hanya menunggu. Duduk rumah sahaja.
Orang lain kerja, pakai duit sendiri, beli baju cantik, saya kat rumah, tak ada semangat nak bercantik cantik.
Dalam fikiran, aku gagal, aku gagal, aku tak ada apa-apa. Aku tak macam wanita lain yang bekerja selepas grad. Lepas grad aku duduk rumah jaga anak, rutin sama sahaja setiap hari. Tak keluar bekerja.
Kejayaan Yang Tidak Diraih
Ini khas buat anda, wanita cantik yang bergelar suri rumah..
Tak ada kejayaan?
Anda dapat berkahwin dengan pasangan anda itu sebenarnya satu kejayaan besar. Ingat lagi saat hati anda berdebar menunggu hari bahagia dan anda berjanji untuk berazam bersama pasangan anda sehingga ke syurga?
Anda berjaya!
Ada orang tak mampu nak kahwin, anda berjaya kahwin dengan pasangan anda. Itu kejayaan besar.
Anda melahirkan anak, ingat itu kejayaan besar dalam kehidupan anda, bukan senang melahirkan anak, bertarung nyawa, anda lah pejuang, melahirkan zuriat.
Anda berjaya!
Ingat bukan semua orang mampu melahirkan. Andai diletakkan lelaki untuk mengandung pun, belum tentu mereka mampu menanggung satu nyawa baru selama 9 bulan 10 hari. Inilah keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita.
Bukan sehari dua wahai wanita cantik! 9 bulan hampir nak dekat setahun tu.
Anda berjaya!
Anda di rumah seharian mengurus rumahtangga, Mengurus anak-anak, membantu suami, menjaga anak dengan penuh kasih sayang.
Anda gagal kerana tidak bekerja?
Tidak anda berjaya! Penat menjaga anak anak dan rumah itu andai dikira dengan pahala, pasti tak berhenti mengalir bagai air.
Letih. stress, rasa gagal kerana tidak bekerja?
Puteri kesayangan Rasulullah, Fatimah az-Zahra, pun tak terlepas daripada rasa stress jadi isteri yang uruskan rumahtangga. Bukan sekadar isteri. Isteri yang penuh tanggungjawab.
Lalu dia pun jumpa Rasulullah dan mengadu.
Lantas, rasulullah pun kata, “mahu kah kamu aku ajarkan sesuatu yang lebih baik dari berikan seorang pembantu rumah?”
Fatimah pun hairan.
“Wahai ayah, apa yang lebih baik daripada pembantu untuk ringankan kerja-kerja rumah ni?”
Dan Rasulullah membalas,
“Bertasbihlah (Subhanallah) pada Allah sebanyak 33 kali.
Bertahmidlah (Alhamdulillah) pada Allah sebanyak 33 kali.
Bertakbirlah (Allahuakbar) pada Allah sebanyak 33kali.
Bila ia diamal setiap hari, maka Allah akan mudahkah urusan dunia dan akhiratmu. Dan itu lebih baik daripada seorang pembantu.”
Powerful sangat kan kisah ni?
Masya Allah! Betapa sebenarnya mulianya tugas seorang surirumah. Fatimah kesayangan Rasulullah pun rasa apa yang dirasakan seorang surirumah, seorang isteri.
Setia Urus Rumah Tangga
Hebatnya surirumah yang tak pernah lelah tetap setia mngurus rumahtangga sambil menunggu kepulangan suami, atau seorang wanita berkerjaya yang tak lelah mencuba yang terbaik di rumah.
Menyiapkan makanan, menjaga anak-anak, dalam keletihan tetap teguh. Andalah pejuang yang berjaya wahai surirumah!
️
MW: Jangan malu untuk mengatakan kerjaya kita hanya seorang suri rumah. Inilah kerjaya yang cukup hebat. Suami pun belum tentu dapat memikulnya. Kan!
Sumber: Ruang_Aksara
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI