Orang fikir, kerjaya surirumah adalah paling senang dan tak perlu nak fikir apa-apa masalah yang melibatkan dunia luar. Dia hanya ada suami, anak dan rumah yang menjadi keutamaannya sampai bila-bila.
Namun, berapa ramai yang tahu, kerjaya surirumah bukanlah hanya bergoyang kaki semata-mata. Sebaliknya, kerjaya dia bekerja 24 jam dan tiada cuti langsung.
Selalu orang bandingkan surirumah tak perlu nak fikir apa-apa pun. Ada masa untuk rileks dan tengok tv. Tapi, sebenarnya tidak sama sekali. Ada saja yang ingin dibuatnya. Selesai di bahagian dapur, bergegas ke ruang tamu.
Ini belum lagi melihat keadaan bilik anak-anak dan sesi memasak untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak. Ini luahan seorang lelaki yang memahami apa yang dilalui oleh seorang surirumah.
Rupa sememeh macam hantu kak Limah. Yang orang tak nampak, dari pagi dia bangun siapkan bekal anak, ambil/hantar anak sekolah, kemas rumah, masak, basuh baju, Petang baru ingat nak makan nasi.
Bangun awal, tidur lewat. Tapi kerja tak habis-habis. Bila anak buat perangai, rosakkan barang, mulalah orang kata dia tak jaga anak.
Yang orang tak nampak, selama ini berak kencing anak, dialah yang cuci. Makan pakai anak, dialah yang masakkan, suapkan, sediakan. Sakit pening anak dialah yang tak tidur malam. Anak mengamuk, dialah yangg pujuk, dia anyg jaga.
Hujung minggu. Bangun pukul 8 pagi orang dah kata pemalas. Orang lain bangun 12 tengah hari tak apa, sebab orang lain kerja, penat. ‘surirumah tak kerja’ . Yang orang tak tahu, mlm tadi cuma tidur 2-3jam je sebab sekejap-sekejap terjaga anak nak susu, badan habih lenguh-lenguh lesu.
Bila orang tengok anak kurus, mulalah orang kata tak bagi makan ke? Yang orang tak tahu, sebenarnya dia sendiri pun dah buntu. Masaklah sesedap mana pun. Anak tetap tak nak makan.
Semua Orang Kata
Orang kata dia untunglah, nak apa semua suami boleh belikan. Cincin di jari, baju kasut berganti. Yang orang tak tahu, ada barang dia beli guna duit hasil buang masa dengan fb kadang sampai tak tidur malam.
Bila orang kata dia untunglah tak kerja. Boleh ngadap fb 24 jam. Yang orang tak tahu, dia cari income dengan fb, sambil kacau gulai dalam periuk. Sambil tengok fb, layan anak.
Ads
Orang kata dia kaki Facebook. Tangan tak lekang dari handphone. Yang orang tak tahu, dia kawan pun tak ada. Dalam satu hari cuma borak dengan anak dan dinding.
Paling hebat pun cakap dengan teacher kat sekolah masa ambil anak. Seluruh kehidupan dia cuma ada suami, anak, rumah.
Tak Perlu Cemburu
Orang selalu cakap cemburu dengan dia. Sebab dia bestlah dapat duduk rumah. Muka pun hari-hari senyum, tak pernah komplen apa-apa. Yang orang tak tahu, waktu dia dalam bilik air, sebanyak mana air yang mengalir, mungkin banyak itu jugalah air matanya mengalir.
Surirumah standby 24 jam. 7 hari seminggu. Tak pernah cuti. Tak ada istilah cuti atau MC. Sehebat manapun skill dia, tak pernah naik pangkat dan tak pernah dibayar gaji.
Surirumah semulia-mulia pekerjaan. Tapi tak pernah terpilih.
Tak apalah. Sebab ALLAH tak pernah memilih.
Ads
Surirumah sabarlah.. ALLAH Sayang..
MW: Tanyalah isteri yang bekerja, bila sehari di rumah seronok bukan main. Tapi bila dah seminggu mesti tak sabar nak kerja. Bayangkanlah kalau kita surirumah sepenuh masa. Mampukah?
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
10 Tahun Dah Bercerai, Bekas Suami TETAP Tanggung Sepenuhnya Perbelanjaan Bekas Isteri & Anak-Anak. Bukan semua perceraian berakhir dengan kisah penderitaan. Mungkin satu daripada 1000 kisah perceraian yang baik sebegini.
Meskipun tidak lagi memegang ikatan tali perkahwinan bersama, bekas suami tetap menunaikan tanggungujawab sebaiknya bukan hanya menanggung nafkah anak-anak malah turut menanggung segala perbelanjaan bekas isteri.
Baca perkongsian kisah daripada Puan Normaliza Mahadi ini yang juga merupakan Kaunselor Perkahwinan dan Keluarga untuk dijadikan pengajaran bersama.
Klien saya bercerai dengan isterinya atas dasar tidak sefahaman setelah sekian lama berusaha mempertahankan perkahwinan.
Klien berpindah rumah dan bekas isteri dengan anaknya tinggal di rumah kelamin mereka. Klien berpendapat biarlah dia sahaja yang perlu menyesuaikan diri di tempat baru tetapi bukan bekas isteri dan anak-anak. Bekas isteri dibelikan sebuah kereta untuk kegunaan dengan anak-anak dan sekeping credit card untuk petrol.
Klien saya meneruskan semua perbelajaan rumah seperti biasa dan hak penjagaan anak diberikan sepenuhnya kepada bekas isteri.Bekas isteri diberikan sebanyak RM1000 sebulan untuk kegunaan sendiri. Semua perbelajaan lain bekas isteri seperti perubatan, percutian mengikut anak-anak, pakaian hari raya dan sebagainya masih dalam tanggungan bekas suami.
Sudah 10 tahun berlalu perkara ini tidak pernah berubah walaupun bekas suami sudah 5 tahun berkahwin lain.
“Jika bekas isteri tuan berkahwin lain, adakah perbelajaan beliau yang tuan tanggung akan dihentikan?”
“Tidak. Beliau adalah mak yang sangat baik kepada anak-anak saya. Pemberian saya biarlah Allah membalasnya. Selagi saya mampu, InsyaAllah saya akan teruskan apa yang saya buat selama ini”
by NM
Lupa pula nak share.
Setiap kali bekas suami dapat bonus, bekas isteri akan dapat 20%. Dan kereta bekas isteri ditukar pada tahun lepas untuk keselesaan.
Mingguan Wanita: Satu dalam seribu. Rezeki apabila perceraian tidak memutuskan hubungan dan tanggungjawab. Semoga lelaki sebegini mendapat rahmat dan rezeki berlipat kali ganda apabila memudahkan urusan dan memberi keselesaan pada bekas isteri dan anak-anak.
Bila sudah berumah tangga, kaum suami sesekali nak kena kena semak balik apa yang kurang dan apa yang boleh menyebabkan orang rumah tetiba tarik muncung.
Mungkin penat atau dia rasa tiada pendengar yang baik. Lama-lama meletooppp! Haaaa… jangan main pendam-pendam sebab kesannya BISA, ya.
Untuk baiki hubungan suami isteri, jemput baca perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini sebagai renungan…
Kaum Suami Kena Ambil Tahu 15 Perkara Ini
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
Jangan demand hubungan intim sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
4. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
5. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
6. Haaa…. jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
7. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
8. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
9. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
10. Mohon jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
11. Jika tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
12. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
13. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
14. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
15. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman,
“Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘ME TIME’ ialah situasi yang mana pasangan kita mendapat masa terluangnya sendiri dan dia bebas melakukan apa yang dia mahukan.
Bab bawa anak, terpulang pada dirinya kalau dia mahu. Pilihan terletak di tangan isteri tetapi mengikut kesesuaian keadaan juga. Ini boleh buat bila kaum suami tak bekerja lah, macam hujung minggu. Jangan pula suami kerja, isteri tetiba sesuka hati nak ber’me time’ bagai.
Buat suami yang masih tak faham siatusi ‘me time’, ikuti perkongsian saudara Muhammad Ahmad yang mana dia sendiri sudah buat pada isterinya…
Bila Isteri Dapat ‘Me Time’
Suami. time pergi mall apa salahnya bagi ‘me time’ untuk isteri walaupun 30 minit. Kita pula jaga anak sepanjang ‘me time’ dia.
Kita pantau isteri dari jauh cukup. Tengok dari jauh gelagat dia. Seronok atau tidak dapat jalan sorang-sorang, dapat tengok apa yang dia rasa nak tengok, pilih apa yang mahu dipilih.
Beli tu belum tentu beli. Isteri ni dapat cuci mata pun dia dah rasa seronok. Rasa mall ini dia yang punya.
Sebak tengok isteri senyum dari jauh sambil tunjuk barang yang dia beli. bila nampak kita bersama anak, lagi dia senyum lebar. Dalam senyum itulah sepenuh masa, jiwa, diri untuk suami. Dalam senyum itulah segala susah payah sakit melahirkan anak, menyusukan anak.
Ingat pesan arwah ayah;
“Jagalah isteri kamu baik-baik seperti mana mak ayah dia jaga. Jangan kianati dia jika kamu nak rasa apa itu bahagia. Diam jika nak marah isteri, isteri faham jika suami diam. Jangan mudah naik tangan atau pukul dia. Isteri dan anak amanah dari الله , salah acuan merana kamu di akhirat”
Suami. Jagalah isteri baik-baik. Lemah lembutlah terhadap mereka, hargailah susah payah dia mengandungkan anak, melahirkan anak, menyusukan anak dan menjaga makan minum anak.
Suami. Jadikanlah kita asbab dia rasa bahagia, rasa dijaga, rasa dihargai, rasa di sayangi. Bahagia dia, bahagialah kita.
Nota: Gambar sekadar hiasan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!