Betul ke jadi ibu bekerja lebih banyak cabarannya berbanding ibu suri rumah tangga? Tolak ke tepi perbandingan itu sebab setiap wanita bergelar mak-mak pasti mengalami pelbagai liku dalam mengendalikan rumah tangga masing-masing.
Apa yang membezakan antara ibu A dan ibu B ialah cara menghadapinya. Nak tak nak, kerja rumah tangga sememangnya kena terus buat tanpa henti sebab bab kemas rumah tak akan pernah habis.
Biasanya mengurus dan mengemas pakaian, dapur dan anak adalah rutin yang perlu dilalui setiap hari.
Tetapi ada sesetengah mak-mak terpaksa keluar drive sendiri siap bawa anak sebab nak selesaikan bayaran bil dan cari lauk basah. Hebat, bukan?
Itu belum kira mak-mak yang bekerja balik rumah nak kena sambung kemas rumah pula. Jadi bekerja atau tidak, masing-masing perlukan ketenangan dan nikmat untuk buang tekanan.
Jadi untuk kurangkan tekanan kaum mak-mak, ikut cara ini…
1. Bangun awal pukul 5 pagi atau 6 pagi
Eloklah mak-mak tidur awal daripada tidur lambat sebab bangun awal pagi kerja tak diganggu dan bolehlah curi-curi wat solat sunat. Lagi best, boleh masak dan sediakan bekal untuk anak dan suami. Ibu bekerja atau tidak, anda pasti boleh buat!
Ads
2. Curi rehat
Kalau penat curi lelapkan mata kejap dalam 10 minit sebelum pukul 1. Puas dan pastinya rasa macam dah tidur berjam-jam. Yang kerja tak bolehlah tidur di pejabat ya. Tapi kalau penat sangat mungkin boleh pejam mata waktu rehat.
3. Sediakan bahan basah
Hujung minggu elok basuh lauk siap-siap dan potong sayur dalam bekas. Lagi bagus, pes pun boleh buat letak dalam peti. Tinggal nak masak saja.
4. Jangan tangguh
Sikap ‘nanti dulu’ ni biasanya tabiat. Kadang solat pun dilambatkan sebab nak buat keja lain dulu. Maka rugilah anda yang suka lambat-lambatkan buat kerja. Contoh mudah, kalau dah terdetik hati nak basuh kain, terus buat. In shaa Allah semua kerja akan selesai satu persatu.
5. Lipat kain
Ini paling mencabar, basuh rajin dan sidai pun rajin. Tapi nak melipat tu… alahaai! Jadi mak-mak kena sediakan bakul setiap anak dan bakul khas pakaian kecil-kecil seperti stokin dan seluar dalam. Caranya, lipat kain yang besar dulu. Cepat sikit luak! Nak lagi best, buat waktu tengok TV.
Ads
6. Elak main phone
Masa anak-anak ada kat rumah, elakkan main gajet. Mungkin ada yang mnecari sumber rezeki dengan bisnes online tapi seeloknya buat kerja waktu anak tidur. Haaa… mak-mak kenalah rajin buat aktiviti di rumah. Bila otak anak dah penat, cepatlah diorang tidur.
7. Buat senaman
Alasan je tak ada masa nak buat senaman, sebab mak-mak boleh buat dalam 30 minit di rumah. Bila dah bersenam, barulah segar dan emosi tak cepat penat. Nak tahu hasilnya, sila cuba!
8. Solat dhuha
Alhamdulillah, kalau ada yang dah buat. Inilah cara nak jemput rezeki rumah tangga. Tahu tak kuasa DOA seorang mak-mak sangat luar biasa? Jadi kalau buat, eloklah selit doa buat suami dan anak-anak serta mak ayah kat kampung. In shaa Allah hidup tu lebih tenang.
9. Pinggan mangkuk terus basuh
Jangan ajar makan dan minum letak dalam sinki, tapi biasakan lepas makan terus basuh. Bila anak-anak tengok tak ada pinggan dalm sinki dia pun automatik lepas makan akan basuh sendiri pinggan yang diguna. Paling penting, sebelum tidur malam pastikan sinki bersih tanpa sebarang kotoran.
Ads
10. Reward diri sendiri
Mak-mak ni suka dapat hadiah dan manjakan diri sendiri tapi tak ada masa. Jadi andai kata dapat duit poket lebih daripada suami, waktu keluar beli barang dapur itu anda tariklah sesuatu yang memuaskan hati. Niat itu adalah hadiah untuk anda setiap bulan. Kalau yang ada duit lebih, bolehlah minta izin dengan suami nak ‘me time’ dengan kawan. Bukan selalu pun, kalau dapat merasa mesti rasa seronok! Contoh mudah, keluar pergi window shopping pun dah seronok habis hati.
Sebenarnya kebanyakan isteri bukan tak ada masa, tetapi gagal dalam menguruskan masa. Akhirnya rasa penat dan tak cukup rehat yang kadang boleh buat diri stress sampai menangis. Ingat ya, amalan yang dibuat secara konsisten akan menjadi tabiat, malah urusan bertukar jadi lebih mudah dan tenang. Mungkin pada awalnya sahaja berasa kekok sedikit, namun alah biasa tegal biasa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya, kita ingatkan hanya anak-anak saja mengalaminya. Tapi, isteri tantrum mungkin ramai yang tidak ketahui. Ikutlah hakikat yang perlu suami tahu.
Paling tidak, kalau anak tantrum, mak ayah masih mampu kawal dan ada cara tersendiri untuk memujuknya. Bagaiamana pula kalau isteri yang alami. Adakah masalah ini boleh diredakan dengan pujukan dari suami.
Apa yang kita tahu tentang tantrum? Ia ledakan emosi yang muncul apabila keinginan seseorang itu tidak dipenuhi. Keadaan ini dapat diketahui dengan munculnya raut wajah tegang, percakapan nada tinggi, suara keras, gelisah. Marah dan menggerakkan tangan dengan cepat.
Biasanya kalau anak, dia akan menjerit, berbaring di atas lantai dengan menendang dan berteriak. Manakala tantrum orang dewasa lebih kepada percakapan dengan nada tinggi, wajah tegang, sifat suka marah, berjalan cepat, berak tangan yang agresif.
Orang dewasa pula biasanya suka menuduh, tunjukkan data dan fakta bahawa tuduhan itu tidak benar. Ingat, tantrum orang dewasa sangat bahaya sebab dia memiliki kekuatan dan fikiran yang lebih berbanding anak-anak.
Bagaimana pula dengan isteri tantrum? Apakan ciri-ciri isteri yang ada perangai seperti ini. Suami kena peka dan ambil tahu supaya tidak berlaku perkara yang lebih teruk. Ikuti perkongsian daripada Nureizarizky ini.
Mingguan Wanita : Suami, jangan biarkan isteri terus tantrum, lagi bahaya. Carilah punca dan penyelesaian terbaik.
Sumber: Nureizarizky
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Masa bercinta pasangan anda boleh terima segala perlakuan anda. Tetapi kalau sudah berumah tangga, macam-macam yang hal akan nampak buruk dan salah. Kena lebih peka, suami cukup tidak suka jika si isteri mula buat 6 perkara ini di depannya.
1. Jangan korek tentang bekas kekasih
Bajet nak bergurau sekali pun, tak perlu sampai nak ungkit atau bandingkan sikap pasangan dengan ‘orang yang pernah hadir’ dalam hidup. Lelaki mungkin tak tunjuk rasa kecil hati, tetapi kalau dah banyak sangat pendam, lama-lama boleh meletup!
2. Jangan berdebat di sosial media
Jangan sesekali berdebat di media sosial dengan suami. Nak marah macam mana pun, lebih elok jika bawa berbincang, dengar dari mulut pasangan sendiri. Cukuplah dengan tangani masalah perkawinan anda di rumah.
3. Guna alasan period
Ini selalu wanita buat, marah-marah suami dan guna alasan ‘datang bulan’. Sekali dua bolehlah terima, tapi kalau dah tiap-tiap bulan mahu bosan si lelaki. Jika pun memang itu yang anda akan alami, beritahu pasangan awal-awal. Bolehlah si dia bersedia tadah telinga sebelum anda lepaskan emosi.
4. Berhenti buat gosip
Seorang wanita hidup dengan penuh gosip. Tapi jangan sampai cerita tak betul timbul. Lelaki cukup tak suka kalau perempuan bercerita tentang orang lain hingga pecah belahkan hubungan seseorang. Tambah pula kalau terkait hal ipar-duai. Hati-hati ya wanita…
5. Perangai macam anak kecil
Mungkin sudah biasa jadi anak manja, sikap kebudak-budakan pun kadang terbawa-bawa. Isyh, jangan sampai orang lain muak dengan perangai manja anda ya. Atau mungkin mahukan sesuatu pun, tak perlu sampai merajuk hingga habis cara suami nak pujuk. Cuba bagi ruang dan peluang.
6. Cakap jerit semata tarik perhatian
Perkara paling kotor adalah apabila anda marah pasangan dalam keadaan suara yang kuat dan nada tinggi. Tak perlulah besarkan isu sampai orang luar tahu. Boleh tarik pasangan dan bincang elok-elok. Konon nak menang, tetapi kalau dah memekak sampai suami malu, itu dah jadi kes malukan diri sendiri.
7. Potong cakap
Ada yang jenis cepat marah, cakap pun main sembur. Belum habis lelaki jelaskan keadaan, wanita dah potong cerita. Jangan amal sikap buruk ini, kena lelaki cepat naik tangan memang jadi mangsalah anda!
Bukan semua lelaki mampu bersabar dengan perangai wanita, kira agak untung kalau anda dapat suami penyabar dengan pelbagai karenah anda. Tetapi jangan ambil kesempatan, baik-baik lelaki ada juga batasnya. Dan anda perlu jaga hubungan suami isteri sebelum salah seorang naik bosan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penulis ini, Dr Othman Talib berkongsi sekeping gambar kertas kerja murid sekolah. Pada bahagian nama, murid menulis namanya sebagai ‘Abang’.
Jelas beliau lagi, murid berkenaan bukanlah dari sekolah luar bandar, sebaliknya pelajar dari sekolah bandar. Sampai ke hari ini, masih ada lagi murid yang tidak pandai menulis nama sendiri.
Bukankah kenyataan ini menyedihkan. Lebih-lebih lagi jika hendak dibandingkan dengan keperluan pendidikan anak-anak di tahap 1 sekarang yang serba mencabar.
Mampukah generasi pelajar yang berdepan permasalahan ‘membaca, menulis dan mengira’ ini mengejar apa yang ditetapkan oleh kehendak pendidikan sekarang ini.
Dr Othman menerangkan sejelasnya apa yang perlu dihadamkan dalam memahami dilema yang sedang dihadapi generasi pelajar ini.
Murid Sekolah Bandar Masih Tersangkut-sangkut Tulis Nama Sendiri
1. Foto adalah tugas helaian kerja murid di sekolah bandar. Walaupun di bandar, bukan semua murid boleh menulis nama sendiri atau masih tersangkut-sangkut.
Jadi pelbagai perkara asas perlu dipastikan terlebih dahulu dikuasai oleh murid khususnya di Tahun 1, melebihi keinginan orang dewasa yang menyediakan silibus yang tinggi dan subjek yg banyak serta deretan buku teks sekolah untuk kumpulan ini.
2. Guru Tahap 1 adalah guru yang hebat tetapi perlu sokongan sepenuhnya dari sekolah hingga KPM kerana merekalah barisan hadapan pertama yang menghadapi dan menyediakan murid-murid ini untuk Tahap 2 dan seterusnya.
3. Kini jadual waktu ada yang dicantum untuk kurangkan buku yang dipikul bagi mengatasi beg berat. Tidak tahulah mengapa diperlukan sangat buku sehingga orang dewasa sanggup mencadangkan pelbagai strategi bagi memberi laluan kepada buku-buku teks sekolah berbanding denga kesediaan murid di awal persekolahan.
4. Mujur murid dalam foto ini tidak menulis nama sebagai ‘Abang Bin Ayah’ atau ‘Muhamad Bin Dedi’
5. Aku sendiri kenal ABC dan 123 ketika Darjah 1, maka aku percaya ada orang dewasa yang sekarang ‘gah’ berada dalam rantaian penyumbang polisi pendidikan yang ketika Darjah 1 dulu mungkin sahaja sama seperti kes dua foto tersebut. Mengapakah mereka tiada empati, sebagai salah satu asas pendidikan.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...