Sesekali ubah selera keluarga masak makanan cina sedap juga. Boleh cuba buat sendiri di rumah Sup Dumpling guna ramuan yang halal ini. Modal bawah RM10 boleh dapat 40 biji.Memang jimat dan berbaloi sangat berbanding makan di kedai.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Wany Lifa sebagai rujukan;
Dumpling Soup Homemade Halal. Modal bawah Rm10 boleh makan 40 pcs Dumpling. Kalau makan dekat Chicken Rice Shop mau semangkuk RM8-RM9. Ni sekali buat cukup 1 family dapat makan. Tapi modal utama kena rajin & sabar. Tekak nak makan punya pasal gigih buat sampai siap.Confirm sedap confirm pengsan. Chingg
Bahan-Bahan (Inti Dumpling):
300g Isi ayam (fillet dicincang)
Setengah batang Lobak Merah (disagat)
1 biji Bawang besar (cincang halus)
4 ulas Bawang putih (cincang halus)
Daun sup & Daun bawang (potong halus)
2 sudu Serbuk lada sulah
3 sudu Minyak bijan
2 sudu Serbuk maggi cukup rasa
1 sudu kecil Garam & gula
Dumpling pastry (Instant) Kuantiti ada 40 pcs
Cara Membuat:
1. Campur semua bahan-bahan kecuali dumpling pastry.
2. Gaul sebati dan perap sekejap 10 minit.Isi ayam yang da siap boleh campur sikit 3 sudu tepung jagung untuk sebati kan bahan-bahan yang dicampur.Inti tak perlu masak, sebab nanti nak kukus dengan pastry sekali.
3. Masuk inti dalam pastry kemudian kelim pastry ikut kreativiti.Sebab buat sorang so bubuh la inti tuh siap-siap dan susun atas pinggan.Letak inti jangan penuh sangat kang tak boleh kelim. Nanti dumpling jadi koyak.
4. Boleh try google @ tengok youtube cara lipat dumpling.Dumpling banyak jenis bentuk. Tapi yang ni biasa Chinese buat.Saya tak letak ape-apa bagi kelim melekat sebab pastrynya dah lembut senang kelim.
5. Takde mangkuk tingkat buluh macam mangkuk dimsum so susun kita dumpling kat atas pinggan letak dalam pengukus. Kalau direct letak atas pengukus nanti melekat. Dah try buat gitu sebab tuh mai habaq awai-awai . Jahanam 6 ketui dumpling Rugi rugi. Kukus dumpling selama 10 minit.
Da siap kukus boleh makan dengan sos kicap @ goreng dumpling.
Bahan-Bahan (Sup dumpling)
6 ulas Bawang putih (ketuk & cincang)
1 inci Halia (ketuk & cincang)
1 sudu kecil Minyak bijan
Serbuk lada sulah sikit
Setengah Kiub ayam maggi
1 mangkuk air
Garam & gula
Cara Membuat:
1. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau.
2. Letak 1 mangkuk air dalam periuk.
3. Masuk bahan-bahan lain sampai mendidih.
4. Letak dumpling yang dah siap kukus tadi tuh dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap.
5. Kemudian, tabur sikit daun bawang.
6. Last sekali buat sos pakai Sos Thai campur sikit dengan daun ketumbar yang dah cincang halus. Gaul sebati then boleh makan dengan sup.
7.Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasa nya.
Jeng jeng jeng.. Hasil kejadian. Confirm sedap confirm pengsan.
Kos Diperlukan:-
Fillet ayam 500g – RM5.20
Dumpling pastry – RM1.80
Carrot 6 batang – RM1.00
Daun sup & Daun bawang – RM1.00
Bahan yang lain da sedia ada kat rumah
Total = RM9.00
Info Ekstra!
- Kalau nak frozen kan, kukus dulu nak bagi intinya masak.
Selamat mencuba
Baca Lagi Di Sini:
Cara Buat Sizzling Yee Mee Lagi SEDAP Dari Food Court,Puas Makan!
Adam Corrie Kongsi Resipi Mee Kicap Wantan Yang Pernah Dijual Ketika Remaja
MW: Menarik juga resipi masakan cina DUMPLING Sup Homemade Halal ini. Modal bawah RM10 je tapi boleh makan 40pcs, memang jimat, puas hati dan berbaloi buat sendiri.
Sumber: Wany Lifa
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI