Siapa sangka dengan teknologi terkini, mikrocip yang hanya sebesar sebutir beras mampu menyimpan pelbagai data sekaligus mempunyai pelbagai fungsi tersendiri.
Sebuah syarikat di Sweden, DSruptive Subdermals, mencipta mikrocip bersaiz sebutir beras yang boleh ditanam dalam kulit manusia bagi tujuan menyimpan data vaksinasi COVID-19 dan memudahkan pelbagai urusan harian.
Menurut laporan portal berita News18, cip pelbagai fungsi yang ditanam di lengan itu juga boleh menyimpan data pasport dan digunakan untuk membuat pembayaran tanpa tunai.
Suntikan Cip Mudahkan Urusan Harian
Kira-kira 6,000 orang di Sweden sudah menerima suntikan cip berkenaan pada lengan tangan masing-masing dan terbukti memudahkan urusan harian mereka.
Cip terbabit menggunakan protokol komunikasi medan dekat (NFC) dan memindahkan data melalui gelombang elektromagnet.
Menurut ketua pegawai pengedaran DSruptive Subdermals, Hannes Sjoblad, implan adalah teknologi serba boleh yang mampu digunakan untuk pelbagai perkara.
Ads
Simpan Rekod Vaksinasi COVID-19
Katanya, ketika ini ia dengan mudah menyimpan rekod vaksinasi COVID-19 yang sentiasa boleh diakses pada implan seseorang.
“Jika telefon anda kehabisan bateri, ia sentiasa boleh diakses. Jadi, itu cara kita guna teknologi hari ini dan kami sedang membangunkan keupayaan lain yang boleh dilakukan menerusi cip ini.
“Implan cip ini berharga 100 euro (RM477) bagi model yang canggih, masih murah jika dibandingkan dengan peranti kesihatan lain yang mungkin dua kali ganda harganya.
“Tambahan pula cip ini boleh digunakan sehingga 40 tahun berbanding peranti lain yang mungkin jangka hayatnya hanya antara tiga hingga empat tahun,” katanya.
Ads
Pengenalan Identiti
Beliau juga menegaskan cip berkenaan tidak wajar dianggap sebagai ‘teknologi menakutkan’ atau disalah guna bagi memantau pergerakan, sebaliknya ia hanya sebagai pengenalan identiti.
Kata Sjoblad, cip itu tidak mempunyai bateri, tidak boleh mengeluarkan isyarat atau mendedahkan lokasi pemilik, sebaliknya ia hanya boleh dihidupkan dengan menggunakan telefon pintar.
Tambah beliau, semua implan dilakukan secara sukarela dan menegaskan syarikatnya tidak akan membenarkan ia dijadikan mandatori bagi banduan atau penghuni rumah persaraan.
Ads
Beri Kemudahan Pada Pengguna
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Epicentre, Patrick Mesterton, berkata, faedah terbesar adalah kemudahan tanpa membebankan pengguna.
“Secara asasnya ia menggantikan banyak alatan yang anda miliki termasuk peranti komunikasi lain, sama ada diguna untuk kad kredit atau sebagai kunci,” katanya.
Mingguan Wanita: Canggih betul teknologi sekarang. Walaupun microchip ini hanya bersaiz sebutir beras namun mempunyai pelbagai fungsi bagi memudahkan urusan harian.
Ketentuan ajal maut di tangan tuhan. Siapa sangka gambar pelukan adik Nur Airis Iman, 10 bersama guru ketika Sambutan Raya di sekolah pagi semalam, merupakan kenangan terakhir anak syurga ini sebelum maut dalam kemalangan tragis.Lebih menyayat hati, Airis meninggal dunia di tempat kejadian di hadapan ibunya sendiri.
Terjatuh Motorsikal
Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh daripada motosikal yang diboncengnya sebelum digilis sebuah lori di Jalan Kampung Baru, Bukit Mertajam Pulau Pinang di sini hari ini.
Kejadian jam 1.40 petang itu menyebabkan Nur Airis Iman, 10, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, hasil siasatan mendapati motosikal yang ditunggang ibunya itu hilang kawalan sebelum kedua-dua mereka terjatuh di atas jalan raya.
Jelas beliau, dua beranak itu terjatuh di bawah sebuah lori yang datang dari laluan sama.
“Wanita dewasa itu sempat menyelamatkan diri namun anaknya gagal sebelum digilis lori tersebut.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ibu Cedera Ringan
Tambah Shafee, ibu mangsa mengalami kecederaan ringan akibat kejadian telah menerima rawatan di hospital yang sama.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkitan Jalan 1987,” kata beliau.
Ucapan Takziah Pihak Sekolah
Sementara itu, Sekolah Kebangsaan Alma memuat naik ucapan takziah kepada keluarga mangsa menerusi laman Facebook rasmi mereka.Dalam ucapan tersebut, pihak sekolah turut meluahkan rasa sedih atas kehilangan seorang pelajar yang periang dalam kalangan rakan-rakan serta guru.
Seluruh warga sekolah turut membacakan Surah Yasin dan tahlil buat arwah pada pagi Jumaat. Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Alma selepas Solat Jumaat dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kijang, Alma, Bukit Mertajam.
Wanita pencinta haiwan bela 100,000 lipas dalam rumah. Sungguhpun sayangkan haiwan biarlah berpada-pada, jangankan haiwan perosak seperti lipas pun nak dibela.
Seorang wanita di New York, Amerika Syarikat (AS) yang digelar ‘Snow White’ oleh rakan-rakannya kerana menyayangi haiwan, telah ditahan kerana menyimpan 100,000 ekor lipas di dalam rumahnya, lapor akhbar Daily Star semalam.
Bela 300 Haiwan Lain
Selain itu, Karin Keyes, 51, dikatakan turut memelihara kira-kira 300 haiwan dalam keadaan yang ‘kejam’ termasuk 118 arnab, 150 burung, tujuh kura-kura, tiga ular dan 15 kucing.
Pegawai berkata pada Selasa lalu, apabila anggota penyelamat melangkah masuk ke dalam rumahnya, mereka terpaksa memakai sut hazmat untuk mengelak terjejas akibat keadaan yang ‘bertoksik’.
Bau yang terhasil daripada air kencing dan lantai yang dipenuhi najis itu dikatakan sangat busuk sehingga mereka dinasihatkan untuk tidak berada di dalam rumah lebih daripada beberapa minit.
Dijadikan Tempat Bertemu Pelanggan
Keyes yang merupakan seorang pekerja sosial, mula menimbulkan syak wasangka awal bulan ini apabila anggota bomba dipanggil ke hartanahnya di New York. Rumah itu turut dijadikan tempat untuk bertemu dengan pelanggannya.
Pelanggannya dikatakan telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa, lapor agensi berita NBC New York.
“Keyes mendapati sebuah kedai haiwan akan ditutup dan pergi menyelamatkan haiwan-haiwan itu kerana tidak mahu ia hilang tempat tinggal.
“Apabila dia mengetahui mana-mana haiwan sakit atau perlukan rumah, dia mengambilnya dan membawa ia pulang,” kata rakan kepada Keyes, Danielle Ward.
Didakwa Tuduhan Mengurung Haiwan
Pendakwa raya mengesahkan bahawa semua haiwan itu dijangka bertahan hidup. Bagaimanapun, beberapa kumpulan pakar haiwan telah dipanggil untuk membantu bertindak balas terhadap situasi tersebut.
Keyes telah didakwa dengan beberapa tuduhan mengurung haiwan dengan kejam dan dihukum penjara jika sabit kesalahan.
Mingguan Wanita: Sayangkan haiwan pun, biarlah dijaga dengan cara yang betul. Kalau haiwan perosak seperti lipas pun nak dibela, memang tak kena caranya.
Bila musim raya, nasi impit ni sangatlah laku dan jadi menu utama dimakan dengan rendang, kuah kacang, kuah soto, lontong dan sebagainya. Jika selalu, mak-mak hanya beli saja nasi impit atau ketupat segera ni dikedai, apa kata kali ni cuba buat sendiri pula.Mudah dan senang sangat rupanya nak buat nasi impit ini.
“Assalamualaikum.. selepas Raya susah nak cari nasi impit dekat kedai semua habis. Saya kongsikan cara buat nasi impit sendiri senang sangat.”
Bahan-Bahan:
Beras
Plastik
Periuk
Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Guna plastik tahan panas. Boleh cari dekat kedai banyak jual, jadi boleh pilih mana-mana plastik yang suka.
2.Basuh beras dan rendam 15 minit.
3.Masukkan separuh saja beras dalam plastik.
4.Nak lekatkan lipat dan bakar hujung plastik tersebut pakai lighter.
5.Cucuk beberapa tempat dekat plastik bagi ada lubang.
6.Sedia direbus macam biasa .. Cantik kejadiannya.
Siap! Selamat Mencuba!
Buat sendiri nasi himpit ni, lebih puas hati, menjimatkan dan terjamin kebersihannya.Lebih-lebih lagi jika nak buat rumah terbuka, nak masak dalam jumlah yang banyak, memang berbaloi!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...