Ada sukatan tertentu untuk pastikan Agar-Agar Sirap Ros yang dibuat sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik. Agar-Agar Sirap Ros ini merupakan pencuci mulut orang dulu-dulu dan selalu dihidangkan sewaktu kenduri kendara. Nak buat agar-agar ni memang mudah, tapi kena ikut sukatan yang betul, barulah ia harum, wangi daun pandan dan sirap ros serta elok kenyal. Malah lebih bertambah sedap bila dinikmati sejuk-sejuk.

Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.

Hari ini buat agar-agar orang dulu-dulu. Ada peminat agar-agar sirap ni ke. Biasanya kalau time kenduri kendara ada agar-agar ni untuk pencuci mulut.

TIP untuk sukatan Agar-Agar Sirap Ros

10 gm agar-agar serbuk @ tali = 1 liter air
20 gm agar-agar serbuk @ tali = 2 liter air
30 gm agar-agar serbuk @ tali = 3 liter air

Sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik.

Bahan-Bahan:

10 gram serbuk agar-agar 
1 liter air
Setengah cawan gula pasir
Sebutir gula batu 
Satu sudu makan sirap ros 
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara Membuat:

1. Masak agar-agar bersama air hingga larut.
2. Kemudian masukkan gula pasir, gula batu, sirap ros, daun pandan yang disimpul dan garam.
3. Bila semua sudah sebati, matikan api, tapis dan masukkan ke dalam loyang @ acuan yang disukai.
4. Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan potong dan sedia untuk dihidangkan.

Ads

Sukatan AGAR-AGAR SIRAP ROS Sedang Elok Kejadiannya, Tak Keras Tak Lembik!

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Agar-Agar Santan Pandan Cantik ‘Berlumut’, Biar Bancuhan Mendidih Dulu Baru Kacau!

TIP MUDAH Untuk ‘Beginner’ Masak Agar-Agar,Tak Perlu Sukat Beriya Ikut Timbangan

Ads

Sukatan Agar-Agar Nak Keras, Lembik, Sedang Elok,PENTING Tak Lari FORMULA Ini

Kena Jemur Agar-Agar Kering Paling Kurang 5 Hari, Barulah Boleh Disimpan & Tahan Lama!

Mingguan Wanita: Memang mudah nak buat Agar-Agar Sirap Ros ni. Selalu kita jumpa waktu kenduri kendara. Namun kena ikut sukatan yang betul barulah sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik. Makan sejuk-sejuk, memang sedap!

Ads

Sumber : Ani Zam

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI