
Bukan calang-calang semangat dan keberanian yang diperlukan apabila melibatkan diri dalam sukan ekstrem udara. Apatah lagi faktor usia bukanlah satu halangan untuk menyahut cabaran melakukan aktiviti ini.
Seorang nenek berusia 93 tahun dari Britain melengkapkan aksi berjalan di atas sayap pesawat yang sedang terbang buat kali kelima, sekali gus membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai cabaran, lapor akhbar Metro UK kelmarin.
Aksi tersebut memerlukan keberanian tinggi untuk memanjat sayap pesawat, diikat dengan abah-abah dan berdiri ketika pesawat melakukan penerbangan aerobatik di udara.
Mengumpul Dana Untuk Badan Amal
Namun, aktiviti itu bukan perkara yang baharu buat Betty Bromage kerana dia telah melakukannya sebanyak empat kali sebelum ini bagi mengumpul dana untuk badan amal, Sue Ryder.
Diilhamkan oleh sebuah iklan bar coklat di televisyen, warga emas berkenaan mengambil bahagian dalam sukan ekstrem itu pada usia 87 tahun walaupun mengalami radang sendi pada lehernya.
“Anda tidak akan tahu apa yang mampu dilakukan sehinggalah anda mencuba.
“Saya berusia lewat 80-an ketika kali pertama mencuba aktiviti seumpama ini. Sebelum itu, aktiviti paling berbahaya yang pernah saya lakukan adalah menunggang kuda,” katanya.
Setakat ini, Bromage telah menyelesaikan lima cabaran berjalan di atas sayap pesawat, melintasi garisan zip terpantas dunia di Snowdonia dan melakukan aktiviti turun cenuram setinggi 49 meter di Menara Eagle, Cheltenham.
Mesti Baca:Nenek Dipenjara SETAHUN, Tuduhan Mencuri Ubi Demi Anak Kelaparan, Cucu Sakit Di Rumah
Baca Lagi Di Sini:“Saya Tidak Akan Sesekali Pisahkan Adik-Beradik Ini,” Kasih Nenek Jaga 4 Cucu Yatim Piatu!
Artikel Menarik:Hadiah Hari Jadi Usia 100 Tahun, Nenek Nekad Buat Terjunan Udara!

Mingguan Wanita: Fuh memang luarbiasa semangat dan keberanian nenek ini. Ternyata faktor usia bukanlah penghalang.Tahniah, berani mencabar kemampuan diri dengan menyertai sukan ekstrem udara.
Sumber:Kosmo
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Majlis Fatwa Kebangsaan Jelaskan Kepercayaan Terhadap Angka Bismillah 786 Salah & Bertentangan Akidah

Isi Kandungan
ToggleMajlis Fatwa Kebangsaan jelaskan kepercayaan terhadap angka bismillah 786 salah & bertentangan akidah.
Baru ini tular di media sosial satu perkongsian dari ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohammed yang ketika itu berada di Tanah Suci berkongsi kelebihan mengamalkan ayat Bismillahirahmanirohim sebanyak 787 (dilebihkan satu) selepas diijazahkan oleh gurunya, Baba Aziz.
InsyaAllah kita jadikan dalam amalan harian kita. Kepada mereka yang sedang mengalami dalam kesulitan hidup. Niat kerana Allah SWT. Semoga Allah permudahkan segala-galanya. Aamiin.. ❤️🤲 pic.twitter.com/nVSFfhHjol
— Tweet Islamik (@TweetIslamik) March 23, 2023
Dari rakaman itu, Noor Kartini memaklumkan bacaan Bismillah itu mestilah dibaca 787 dalam sehari (dibahagikan ikut kesesuaian masa) dan selepas 40 hari boleh nampak kesannya amalan membaca Bismillah tersebut. Tidak boleh baca lebih atau kurang dan jika yakin, Allah akan memberikan ikut kesesuaian dan apa yang kita perlukan.
Majlis Fatwa Kebangsaan Jelaskan Kepercayaan Terhadap Angka Bismillah 786 Salah
Di sebalik perkongsian video ditonton lebih sejuta itu, mempercayai angka 787 atau 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahim, sejak 2007 lagi sebenarnya, Majlis Fatwa Kebangsaan telah menyatakan amalan mempercayai angka tersebut adalah salah dan bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
Dipetik dari laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, fatwa mengenainya sudah lama dikeluarkan.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Julai 2007 telah membincangkan mengenai Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud Bismillahirrahmanirrahim.
Bertentangan Akidah
Alhamduliilah fatwanya:
- Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahimjuga meyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan Akidah Ahli As-Sunnah Wal-jamaah dan syariat serta akhlak Islam.
- Perbuatan ini juga termasuk dalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Quran mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya serta tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.
- Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.
- Semua umat Islam dilarang membuat, mencetak, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mempamer, menjadikan perhiasan, menjadikan logo dan menjadikan azimat apa-apa sahaja benda atau barangan yang mengandungi angka 786 tersebut.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Hukum Ibu Mengajar Anak Mengaji Ketika Haid
Jaga Pergaulan, Biarlah Kita Nampak ‘Old School’ Tapi Menjaga Hukum Tuhan!
Cuci Daging, Ikan, Ayam Kena Ikut Hukum, Buat Bilasan Terakhir, Elak Makan Makanan Bernajis
Dalam pada itu, selepas perkongsian dari Noor Kartini ini, ada agamawan dan pensyarah hadis mengulas di media sosial mengenai apa diperkatakannya. Ia dikongsikan oleh Assistant Professor Dr Abu Hafiz Saleh Hudin yang memiliki PhD dalam bidang ilmu al Quran/ As Sunnah selain menuntut ilmu hadis secara bersanad.
Beliau mendapat Ijazah Sanad sebanyak 34 kitab termasuk Kutub Tis’ah daripada ulama hadis muktabar dunia iaitu Prof Dr Muhammad Abu Al-Layth al-Khayrabadi.
Kata Dr Hafiz, hentikan ikut ‘petua’ selebritiri seperti ini.
Hentikan ikut ‘petua’ selebriti. Zikir, doa dan ibadah telah secara tersusun diajar oleh Nabi SAW. Penetapan ulang basmalah 787 tu sendiri sgt bermasalah. Dlm hadith sahih ajar istighfar yg ikhlas mampu beri jalan keluar masalah. Kenapa reka yang tiada dlm nas?! https://t.co/MtWFgNkkTa
— Dr. Abu Hafiz (@abuhafiz1) March 25, 2023
” Zikir, doa dan ibadah telah secara tersusun diajar oleh Nabi SAW. Penetapan ulang basmalah 787 tu sendiri sangat bermasalah. Dalam hadith sahih ajar istighfar yang ikhlas mampu beri jalan keluar masalah. Kenapa reka yang tiada dalam nas?! soalnya.
Agama bukan dibina atas pengalaman kita saudara/ri. Agama atas dalil. Kena 787? Kalau ganjil, 1,3,5 pun ganjil. Kalau ada org amalkan dan tak dpt spt yg didakwa, bagaimana pula? Agama berdasarkan Quran dan Sunnah. Ia mesti ada sumber bukan rekaan.
— Dr. Abu Hafiz (@abuhafiz1) March 25, 2023
Tambahnya lagi, “agama bukan dibina atas pengalaman kita saudara/ri. Agama atas dalil. Kena 787? Kalau ganjil, 1,3,5 pun ganjil. Kalau ada orang amalkan dan tak dapat seperti didakwa, bagaimana pula? Agama berdasarkan Quran dan Sunnah. Ia mesti ada sumber bukan rekaan.
Selepas dirinya memuat naik tweet ini, sudah pasti timbul pelbagai pendapat di mana ada bertanya di mana salahnya kerana ada yang mengamalkannya dan berjaya memperoleh rezeki yang banyak. Namun seperti kata jelas Dr Hafiz, segala yang dikongsikan mestilah dari sanad hadis yang sohih.
Ulang basmalah dgn jumlah 787, tanpa boleh lebih atau kurang dgb fadhilat spt dalam video; boleh tunjukkan saya sanad nya kalau ada? Saya nk semak juga…sahih atau dhaif atau langsng tiada asal.
— Dr. Abu Hafiz (@abuhafiz1) March 25, 2023
Tidak hanya ia mendapat perhatian Dr Hafiz, hal yang sama dikongsikan oleh Ustaz Syihabuddin Ahmad mengenai amalan dikongsikan oleh bonda Neelofa ini.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Daripada Membeli Makanan, Baik Masak Sendiri, Jimat.” Ingat Orang Berniaga Juga Mencari Rezeki!

Isi Kandungan
ToggleDaripada membeli makanan, baik masak sendiri, jimat.” Ingat orang berniaga juga mencari rezeki untuk keluarga. Salah tanggapan sebegitu.
Tidak dinafikan ramai selesa memasak sendiri untuk keluarga, namun ada kalanya tak salah membeli makanan yang dijual. Sesungguhnya dalam rezeki kita mengalir juga rezeki orang lain seperti mana yang dikongsi Sha Ramson Abdullah.
Daripada Membeli Makanan, Baik Masak Sendiri, Jimat
Saya tak berkenan orang cakap :
“Dari beli makanan kat luar, baik masak sendiri. Jimat pun jimat. Takdelah membazir duit.”
Kenapa cakap membazir?
Ingat orang yang berniaga makanan tu saja-saja nak bazirkan duit orang ke?
Saya memang tak berkenan dengan orang yang kedekut dan berkira. Bila kita berkira-kira dengan orang, rezeki kita pun berkira-kira nak datang dekat kita.
Ingat Orang Berniaga Juga Mencari Rezeki!
Ingat ya…
Orang yang berniaga itu mencari rezeki untuk keluarga dia. Setiap orang ada komitmen masing-masing yang tak semua orang mampu cerita.
Sama juga macam saya ada kereta, tapi ada kalanya saya suka keluar rumah naik teksi atau Grab.
Adakah saya membazirkan duit?
Cuba fikir dari sudut hikmah kebaikan.
Baca Juga Di Sini:
‘LOW CLASS Shopping Barang RM2’ Realitinya Yang Murah Itulah Terselit Rezeki Orang Lain
Beban Inilah Buat Isteri ‘TerMarah-marah’, Rezeki Orang Kan Tak Sama
Jangan Mengandung Kemudian Buat Sombong, Meremehkan Orang Yang Tidak Direzekikan Hamil
Hikmah Membantu Orang Lain
Sebab apa?
Sebab Allah sudah tetapkan rezeki kita dan rezeki pemandu Grab atau Teksi tersebut iaitu dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.
Kebaikannya;
Allah bagi saya pengalaman jumpa pemandu dan jika pemandu suka bercerita, kita dapat belajar mengenali sudut pandangan dan pengalaman orang lain. Beginilah cara saya belajar meningkatkan empati dalam diri saya.
La hawla wala quwwata illa billah.
Kesannya
Antara benda yang saya suka buat dengan izin-Nya :
1. Setiap kali beli barang, bagi duit lebih kepada peniaga. Ingatkan diri kita bahawa duit yang kita bagi kepada orang itu bukan duit kita tapi Allah ta’ala yang bagi. Jadi, tak perlu jadi perasan sangat kita bersedekah. Malu dekat Allah. Rezeki kita bagi duit lebih tu pun datangnya dari Allah.

2. Bila naik teksi atau Grab pun bagi duit lebih dan ingatlah duit yang kita bagi itu Allah yang bagi. Bukan duit kita. Jadi, tak payah bangga cakap aku sedekah. Malu dekat Allah sebab kalau Allah tak jentik hati kita untuk sedekah, kitalah orang yang paling bakhil.
3. Setiap kali bersedekah atau bagi duit lebih dekat orang, jangan mengharapkan balasan. Setiap kali kita buat kebaikan, bila kita harapkan balasan, itu maknanya kita tak ikhlas.
4. Buat apa saja kerana Allah ta’ala tanpa mengharapkan balasan. Orang yang ikhlas, dia takkan berharap orang akan balas balik kebaikan yang dia buat.
seketoi sha
ikhlas itu satu kemanisan.
Mingguan Wanita : Hari-hari masak pun buat mak-mak bosan, sesekali supportlah kawan-kawan yang berniaga. Bolehlah mak-mak cuti masak dan berehat, paling penting dapat membantu kawan dengan berkongsi rezeki.
Sumber : Sha Ramson Abdullah
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hasil Menabung 13 Tahun Start Dari Awal Kahwin,” Kerja Keras Lan Solo & Isteri Bina Rumah Sendiri

Isi Kandungan
ToggleHasil menabung selama 13 tahun bermula dari awal perkahwinan demi mencapai impian rumah idaman bukanlah tempoh yang sekejap. Hasil usaha kerja keras dan berjimat cermat pasangan suami isteri Lan Solo dan Sheila Razlan akhirnya berjaya memiliki rumah banglo idaman yang berkeluasan 4427 kaki persegi.
Hasil Menabung 13 Tabung Sejak Awal Kahwin
Perkara tersebut dikongsikan oleh Sheila menerusi Ask Me Question di Instagram pada Ahad. Sheila turut menjelaskan bahawa rumah yang dibina itu bukanlah sepenuhnya daripada hasil pendapatan perniagaan runcit mereka, Solo Borneo Mart (SBM), sebaliknya usaha menabung selama 13 tahun serta sumber-sumber pendapatan yang lain juga.
“Tidak! Sebab SBM kami makan gaji je. So rumah ini hasil menabung 13 tahun start dari awal kahwin. Lepas tu dari show atau kerja seni, IG review dan lain-lain.
“Ya, of course ada juga hasil dari bonus SBM yang baru berusia tiga tahun. Kami konsisten buat tiga tabung untuk apa sahaja pendapatan. Alhamdulillah menjadi,” terangnya.
Inspirasi Buat Orang Lain Miliki Rumah Sendiri
Namun menurut Sheila, banglo yang terletak di Puchong, Selangor itu masih lagi belum siap sepenuhnya. Ia bergantung pada bajet yang ada dan berhasrat untuk membuat ‘house tour’ apabila siap kelak untuk dijadikan inspirasi pada mereka yang teringin untuk ada rumah sendiri.
“Insya Allah kami akan buat (house tour) sebab memang dah plan nak bagi inspirasi dekat orang-orang yang teringin nak ada rumah sendiri,”
“Saya dan suami ‘marhaen’, jadi memang sangat faham ‘ketat’nya nak teruskan dari satu fasa ke satu fasa,”
“Fasa yang paling sukar di hadapi apabila terpaksa berhenti selama 2 tahun lebih sebab pandemik. Selepas tu harga barang naik menggila. Tapi bila dah start balik, duit keluar sangat laju. Masa tu rasa macam siap ke tak rumah aku ni,”
“Yang pasti buat rumah dan beli rumah jauh beza perjalanannya. Allah je sebaik-baik perancang dan penentu. Go with the flow. Ada duit cepat-cepat beli barang. Takde duiy senyap kejap. Tapi konsep asing 3 tabung tu sangat-sangat membantu,” ujar Sheila.
Anjur Majlis Doa Selamat
Difahamkan, Sheila sekeluarga mulai menduduki rumah berkenaan sejak sambutan Hari Raya Korban yang lalu. Mereka turut menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan Yasin yang turut dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat baru-baru ini.
“Alhamdulillah… Segala puji bagi Allah. Majlis Doa Selamat. Bacaan Yasin dan tahlil ringkas bersama keluarga yang dipimpin oleh Ustaz dan adik-adik dari Maahad Tahfiz Al Mawaddah, Puchong.
“Moga mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa,” tulis Lan menerusi ruangan kapsyen.
Doakan Peminat Turut Memiliki Rumah Idaman
Ibu kepada empat cahaya mata ini juga turut mendoakan peminat yang selama ini turut pasang impian memiliki rumah idaman.
“Alhamdulillah. Kami dulu pun selalu berangan je. So selagi mampu kumpul duit… kumpul semaksimum mungkin. Dhuha setiap hari, kalau konsisten lagi baik,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rakan serta peminat rata-ratanya tumpang gembira dengan usaha Lan Solo sekeluarga sekaligus mendoakan yang baik-baik.

Mesti Baca: Anak Sumbing, Jangan Sesekali Salahkan Keturunan “Allah Nak Bagi Saham Pahala Pada Kita”
Baca Lagi Di Sini:Mulianya Hati Lan Solo & Isteri, Bantu Penduduk Kg Sri Aman “Kepuasan, Amanah Dipertanggungjawabkan Dapat Diselesaikan”
Artikel Menarik:Isteri Lan Solo Beri Petua Cantikkan Kesan Parut Sumbing Baby Xandra
Mingguan Wanita: Tahniah buat Lan Solo dan isteri akhirnya berjaya membina rumah idaman hasil usaha selama 13 tahun menabung. Memang bukan mudah dan perjalanan yang panjang untuk memiliki rumah sendiri, namun ia pastinya berbaloi dan mampu menjadi inspirasi buat orang lain juga.
Sumber: Sheila Razlan
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI