Amalan bersedekah yang paling mudah untuk dilakukan. Ia patut dilakukan oleh setiap umat Islam kerana terdapat banyak kelebihan bersedekah. Malah amalan ini sangat senang dan boleh menolong mereka yang memerlukan bantuan anda. Anda tidak perlu bersedekah banyak pada setiap masa jika tidak mampu.
Hanya bersedekah mengikut kemampuan dan InsyaAllah boleh menikmati kelebihan yang terdapat pada golongan mulia ini.
Amalan Bersedekah Pengurus Dedah Arwah Siti Sarah Bantu Dalam Diam
Malah tidak ada yang menyangka pemergian Almarhumah Siti Sarah yang amat menyentuh hati di mana, beliau merupakan seorang ibu yang mengandung tabahkan dan kuatkan diri melahirkan seorang bayi, sebelum pergi buat selamanya.
Seperti yang didedahkan Pengurus Arwah Siti Sarah, Nana Mohamad Rom dari Indigital Music menyatakan penyanyi popular itu sebenarnya seorang yang suka bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan semasa hayatnya.
“Arwah paling suka menderma, selalu menderma sana-sini. Kalau ada orang mesej di Instagram perlukan bantuan dia akan bantu.
“Tapi Sarah tak suka orang tahu dan tak mahu bercerita. Tapi kita pihak pengurusan tahu mengenai perkara ini,” terang Nana yang akuinya arwah juga sentiasa berusaha membantu golongan dasar dalam diam dan tidak mahu perkara itu dihebahkan.
Bantu Rakan Dalam Industri & Pengikut Media Sosial
Nana juga menerangkan arwah Sarah berusaha membantu meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan.
Ads
“Paling terbaharu, sebelum dia menaiki ambulans untuk ke hospital, dia pindahkan wang pada satu akaun miliknya kepada ibu tirinya dan minta ia disedekahkan.
“Sebelum ditidurkan, dia ada minta pembantunya ambil semua produk tudung keluaran untuk disumbangkan kepada jururawat di hospital itu,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Tiada Sejarah Penyakit Kronik
Arwah Sarah yang berhati mulia ini telah meninggalkan empat orang anak. Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin yang berusia 6 tahun dan Ayash Affan (yang masih dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM).
Nana juga berkongsi arwah tidak pernah memiliki sebarang sejarah penyakit kronik. Seperti mana yang ramai sedia maklum Sarah, 37 telah menghembuskan nafas terakhir pada Isnin lalu selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.
Ads
“Dia tak ada sebarang penyakit. Dia sangat menjaga pemakanan, semasa kuarantin dia selalu dapatkan rujukan doktor peribadi.
“Sepanjang tempoh kuarantin di rumah, memang saya telefon setiap hari. Dia kata keadaan dia okay sahaja dan minta saya jangan risau.
“Tapi pada hari kelapan dia beritahu kena pergi hospital sebab oksigen menurun. Ketika itu dia mula ada simptom batuk-batuk. Awalnya dia fikir itu gejala biasa sebab tinggal dua hari untuk potong gelang kuarantin,” ujar Nana.
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Siti Sarah & Instagram Shuib Sepahtu
Mingguan Wanita : Keperibadian Arwah Siti Sarah sememangnya harus dipuji dan menjadi contoh kepada kita yang masih hidup.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Bukan saja tak melayan, senyum pun tidak.” Isteri kecewa kejutan hari lahir untuk suami tak menjadi.
Menerusi video yang dikongsi jelas wajah gembira dan teruja seorang isteri bila suami sampai ke rumah. Namun apakan daya reaksi suami membuatkan semua netizen tercengang.
Apatah lagi isterinya, pasti dia membuat persiapan untuk menyambut ulangtahun suami tercinta sejak dari awal lagi. Sedih sungguh bila kenangkan perasaan isteri ketika itu.
Bukan Saja Tak Melayan
Keterujaan seorang wanita menunggu kepulangan suaminya untuk membuat kejutan hari jadi bertukar hampa selepas lelaki berkenaan tidak melayan sebaliknya tergesa-gesa masuk ke rumah dan membuat perkara lain.
Berdasarkan sebuah video berdurasi 39 saat yang dikongsikan di media sosial Tiktok, @Saha, seorang wanita kelihatan teruja untuk membuat kejutan hari jadi kepada suaminya namun tidak dilayan.
Sebaik saja suaminya membuka pintu rumah, wanita itu pantas menyanyikan lagu hari jadi buatnya. Namun lelaki itu dengan selamba tidak menghiraukan isterinya langsung dan terus menuju ke tempat lain sambil membuat muka ketat.
Senyum Pun Tidak
Bukan saja tidak melayan isteri, malah sedikit senyuman pun tidak diberi. Perkara itu membuatkan wanita tersebut kecewa, namun dia tetap tersenyum bagi menyembunyikan perasaan sedihnya.
Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai merasa marah dan memberi nasihat terhadap suaminya itu kerana tidak membuat sebarang reaksi terhadap isteri yang sanggup membuat kejutan.
Isteri Kecewa Kejutan Tak Menjadi
“Saya pun kerja tapi balik penat kerja macam mana sekali pun tidak pernah sekali tunjuk letih pada isteri. Berapa banyak masalah kita sekali pun, jangan lupa dia isteri kita,” ujar @AimanSafwan.
“Kalau nak murah rezeki, nak hidup senang tolong bahagiakan isteri. Tak miskin dan tak merempat pun kalau kalahkan ego untuk keluarga sendiri yg membawa hingga ke akhirat,” kata @dyidee.
“Jangan sampai isterimu tiada lagi senyuman. Masa tu mungkin ada yang sedang menghargainya,” jelas @Darwisya.
Mingguan Wanita : Wahai suami, hargailah isteri kalian selagi dia masih menyayangi anda dan keluarga. Jangan sesekali biarkan isteri tawar hati dengan tindak tanduk ayah-ayah. Sekali kecewa, isteri akan ingat sampai bila-bila.
Kebelakangan ini, banyak kereta baru dengan rekaan yang cantik lagi menarik berada dipasaran. Buat kita pun rasa teruja, mulalah pasang impian berangan nak tukar kereta baru juga.Memang seronok bila ada kereta baru ni, rasa lebih selesa dan nampak lebih bergaya, kan! Tapi sebelum nak teruskan impian dan hajat dihati tu, sebenarnya banyak aspek yang perlu diambil kira.
Buat yang masih keliru sama ada nak tukar kereta baru ke tak, sebelum nak beli tu, pertimbangkan dahulu formula yang dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad ini, yang juga merupakan penulis bagi tip-tip kewangan.
Berikut antara perkongian beliau;
PANDUAN BELI KERETA BARU BERGAYA
1. Kebelakangan ini makin banyak kereta baru akan dan telah keluar dipasaran.
2. Ramai yang dah terliur dan mula pasang angan angan. nak beli MYVI, Iriz, Axia, atau Bezza.
3. Mari kita ulang kaji pelajaran, kereta yang layak kita beli adalah SETAHUN gaji kita.
4. Jika gaji baru RM2,000 kereta yang kita mampu beli beharga RM24,000 sahaja.Jika tiada kereta baru, belajar naik motor dulu atau beli yang terpakai saja.
5. Bayaran kereta kita sebaiknya BAWAH15% dari gaji. Jika gaji RM3,000. Ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 sahaja.Jika lebih, jurujual kereta akan kata “padan muka jerat sudah kena”
6. Boleh juga guna formula ini; 20 : 5 : 15
20% Deposit kereta
5 Tempoh Pembiayaan
15% Dari gaji bayar kereta
7. Jika masih lagi sukar dapat jawapan nak beli kereta atau tidak, guna pulak formula ini.
Harga Kereta / 12 bulan = Gaji Layak Beli
Jika harga Axia paling murah RM24,900 / 12 = RM 2075 gaji layak beli.
Jika harga MyVi baru paling murah RM44,300 / 12 = RM3691 gaji kita baru layak beli MyVi baru yang seksi itu.
8. Memang seronok naik kereta baru, kawan opis puji tinggi sebab nak naik kereta ‘free’.
9. Belajar simpan duit dulu baru belajar nak beli kereta. lebih hebat jika beli rumah dulu baru kereta. Gegadis sangat suka sebab ada dapur IKEA.
10. Kereta terpakai bukan dosa, tak guna kereta baru jika sampai opis lewat juga.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, kongsikan juga formula ini kepada kawan-kawan yang berhajat nak tukar kereta.
Normal jika wanita akan jadi stres ketika ‘datang bulan’. Kesan paling ketara, pengaliran darah haid menyebabkan badan wanita lebih lesu pada awal peringkat. Tetapi tidak cukup dengan dugaan itu, anda mungkin melalui pengalaman darah haid ‘bocor’ hingga kesannya boleh terkena pakaian anda. Jangan panik, tip kali ini membantu anda untuk cuci dengan lebih mudah dan cepat.
1. Kesan Darah Baru
Siramkan pakaian kotor anda dengan air suam-suam kuku dan siram di bahagia kotor. Aliran air akan membuat kesan darah luntur. Tapi jangan guna air panas ya. Kemudian anda boleh menggunakan sabun untuk menghilangkan sisa-sisa kesan darah. Gosokkan sabun di bahagian terkena darah dengan menggunakan sikat atau jari. Sabun mandi biasa atau sabun cuci tangan lebih cepat hilangkan kotoran degil.
2. Kesan Darah Lama atau Kering
Celupkan kain lap dalam cecair cecair peluntur, sapu di baju yang terkena darah. Tetapi jangan tuang secara terus, nanti rosak baju anda. Kemudian siram baju dengan air sejuk dan cuci seperti biasa. Penggunaan cecair peluntur ini lebih sesuai untuk pakaian warna putih atau terang sebab cairan ini boleh membuat warna kain pudar.
Kalau anda tidak ada sabun, cecair peluntur, atau detergen, anda boleh cuba gunakan pil aspirin untuk membersihkan kesan darah. Caranya hancurkan pil aspirin, larutkan dalam air. Kemudian sapu aspirin di bahagia kotor dan cuci hingga bersih.
Cara Lain
Satu lagi cara mudah untuk menghilangkan kesan darah adalah dengan menggunakan baking soda. Caranya cukup mudah, sapu baking di bahagian darah, kemudian gosok sehingga pudar dan cuci seperti biasa.
Ingat ya, kalau darah sudah kering, lebih sukar untuk membersihkannya. Semoga info ini memudahkan kerja harian anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...