Sujud Syukur pada mu Ya Allah begitulah yang diluahkan oleh balu arwah Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali, apabila menang dalam kes saman fitnah difailkan terhadap bekas adik iparnya, Ali, Puteh, yang turut diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.
Sujud Syukur Pada Mu Ya Allah
Seperti mana yang dikongsi menerusi entri di akaun rasmi Instagrmnya, Hidayah memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah syukur pada Allah kes Saman Hakim putus kan kemenangan kepada ku Hidayah Hamzah syukur pada Allah.
“Terima kasih kepada peguam kami, Mak, Abah, Anakku Hamzah, adik beradik famili dan rakyat Malaysia yang mendoakan kami sekeluarga. Amin Ya Rabbal Alamin,” luah Hidayah yang turut menulis tanda pagar Sujud Syukur Pada Mu Ya Allah.
Rezeki Anak Yatim Di Pagi Jumaat
Bukan itu saja malah menerusi ruangan komen juga ramai netizen yang turut mengucapkan tahniah dan kesyukuran atas kemenangan ibu tunggal itu.
Ads
“Alhamdulillah. Rezeki anak yatim di pagi jumaat, terus kuat Dayah jaga Hamzah baik-baik. Moga Allah permudahkan urusan Dayah,” komen salah seorang pengikut Hidayah di Instagram menerusi akaun aisyah19782020.
Seperti mana yang dipetik menerusi laporan di Harian Metro pula, adik ipar kepada Hidayah iaitu Ali Puteh akur dengan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.
Hakim, Zulqarnain Hassan memerintahkan demikian selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Hidayah selaku plaintif terhadap Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan selaku defendan.
Ia berhubung hantaran ‘Bile balu arwah Abam berhati binatang!!!’, pada dua tahun lalu.
Terbaru pelawak ini menyatakan dia akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat.
Ads
Mingguan Wanita: Semoga Hidayah dapat membesarkan anak tunggalnya Hamzah dengan penuh kasih sayang. Ternyata Hidayah seorang yang begitu tabah dalam mengharungi hidup sebagai ibu tunggal.
Lelaki ini, tujuh tahun jaga jodoh, akhirnya kekasih hati kahwin dengan sahabat sendiri. Beratnya dugaan lelaki ini tetapi tindakannya menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih dengan sahabatnya dipuji ramai.
Bayangkan selama ini bercinta, sudahnya teman wanita memilih teman baik untuk dijadikan suami. Inilah dikatakan jodoh di tangan Tuhan.
Akhirnya Kekasih Kahwin Dengan Sahabat Sendiri
Sebuah rakaman video yang memaparkan seorang lelaki di Indonesia hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasih dengan sahabatnya sendiri mengundang simpati netizen, lapor Suara.com, semalam.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram @berita_gosip, lelaki itu dilihat berdiri di hadapan pasangan pengantin sambil mengucapkan tahniah.
Menurut keterangan video, pengantin perempuan rupanya pernah bercinta dengan lelaki itu selama tujuh tahun.
Tujuh Tahun “Jaga” Jodoh
“Tujuh tahun bercinta, akhirnya kekasih berkahwin dengan sahabat sendiri.
“Rupanya saya bukan menjaga jodoh sendiri tetapi menjadi penjaga jodoh sahabat,” tulis kenyataan di status berkenaan.
Meskipun percintaan mereka gagal, hubungan lelaki itu dengan pengantin perempuan kelihatan baik apabila wanita itu dilihat bersalaman sambil mencium tangan bekas kekasihnya.
Raut wajah dan penampilan memang dapat membantu meningkatkan keyakinan diri. Namun, bila raut wajah dan maruah diri selalu diejek dan dijadikan bahan jenaka, membuatkan orang sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah membuat pembedahan plastik.
Seorang lelaki mendakwa terpaksa menjalani pembedahan plastik pada wajahnya selepas dia dijadikan bahan jenaka ketika meminta kerja. Do Quyen yang berusia 26 tahun membuat pengakuan itu menerusi TikTok kini menjadi popular dengan penampilan terbaharunya.
Jalani 9 Prosedur Pembedahan
Bagi mendapatkan wajah yang diidamkan, dia perlu menjalani sembilan prosedur pembedahan, lapor portal Odditycentral.com.Penampilan terbaharunya itu ternyata mengejutkan kenalan dan ahli keluarga kerana perubahan wajah yang ketara.Pembedahan itu dibuat khususnya pada muka, mata dan hidung.
Lelaki itu membuat keputusan menukar wajahnya selepas dia ditertawakan penemu duga kerana wajah yang tidak kacak.
Dia kini bekerja sebagai jurusolek di Saigon memberitahu pengikut TikTok bahawa dia membelanjakan sebanyak AS$17,400 (kira-kira RM70,500). Ia untuk mentransformasikan wajahnya supaya menjadi kacak.
Quyen sebelum ini sudah lama berdepan dengan sikap sinikal masyarakat yang sering menjadikan wajahnya sebagai bahan lawak.Namun, kini segala-galanya berubah apabila dia memiliki wajah yang jauh berbeza dengan penampilan sebelumnya.
“Saya sukar mendapatkan pekerjaan dan sering diejek setiap kali memohon kerja.
“Kos pembedahan ini ditanggung sepenuhnya daripada wang simpanan kerana saya bukan daripada keluarga berkemampuan,” katanya.
Dalam pada itu, perubahan wajah lelaki ini menjadi bahan berita media tempatan di negaranya.Ia selepas ramai yang seakan-akan tidak percaya terhadap perubahan mendadak penampilannya pada masa kini.
MW:Lazimnya memiliki wajah cantik atau tampan memang satu kelebihan untuk ‘diterima’ dalam masyarakat. Akibat selalu diejek, membuatkan lelaki ini nekad untuk ubah wajah & penampilannya, untuk maruah dan keyakinan dirinya.
Sos Prego Cabonara cendawan diarah tarik dari pasaran serta merta, dikesan rosak walau tarikh luput 17 Ogos 2023.
Sebentar tadi Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato Seri’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil maklum isu penarikan semula produk sos pasta berkrim cabonara cendawan berjenama Prego keluaran Malaysia kerana terdapat tandsa-tanda kerosakan seperti bau tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair yang terpisah.
KKM melalui Bahgian Keselamatan dan Kualiti Makanan turut menerima notifikasi dari syarikat Campbell Cheong Chan (M) Sdn Bhd yang mengesahkan produk tersebut turut dijual di Malaysia.
Pihak syarikat telah mengenal pasti punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan dan sedang dalam proses penarikan balik produk terlibat di pasaran secara sukarela.
Pihak yang terlibat dalam penarikan balik adalah Prego Sos Pasta Berkrim Cabonara Cendawan (665 gram) dengan nombor batch 2022081716 bertarikh luput 17 Ogos 2023 dan kod masa 22.18 hingga 23.20.
Dalam hal ini, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang memantau proses penarikan balik produk berkenaan.
Sehubungan itu, penjual hendaklah menghentikan penjualan produk terlibat denan serta merta. Manakala pengguna yang telah membeli hendaklah tidak memakan produk tersebut dan bagi yang telah mengambilnya dinasihatkan berjumpa pegawai perubatan sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala keracunan makanan.
Orang ramai disarankan mengamalkan Lihat, Hidu dan Rasa bagi mencegah kejadian keracunan makanan. KKM sentiasa peka dan prhatin ke atas perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.