Sebagai seorang suami, jangalah anda mengambil ringan bab nafkah, kewajipan dan tanggungjawab ke atas isteri dan anak-anak. Perkara ini akan disoal kelak. Sekiranya anda tidak menunaikan perkara-perkara ini, ianya umpama menzalimi diri sendiri.
Suami yang tidak menunaikan nafkah, kewajipan serta tanggungjawab dengan sebaiknya, maka dia adalah suami yang menzalimi diri sendiri…
Dia adalah suami yang rugi…
Rugi kenapa? Kerana dia telah menderhaka kepada Allah SWT. Allah SWT telah mengamanahkan dia seorang isteri dan anak-anak untuk dia jaga, untuk dia bimbing, untuk dia didik, untuk dia tunaikan kewajipan serta tanggungjawab terhadap mereka…
Ads
Namun jika dia mengabaikan amanah ini, maka dia telah mengundang murka Allah SWT. Suami yang menyakiti, membebani dan menzalimi isteri disebabkan perbuatannya adalah seorang suami yang tidak baik…
Suami harus ingat akan pesanan Rasulullah s.a.w :
Ads
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.” – Riwayat Tirmizi.
Zalimi Diri Sendiri
Kegagalan suami untuk menunaikan nafkah, menjalankan tanggungjawab serta kewajipannya terhadap isteri dan anak-anak diibaratkan seperti dia sedang menzalimi dan menganiayai dirinya sendiri kerana dia akan dibalas dengan balasan yang sangat dahsyat di hari akhirat kelak…
Dia tidak sedar bahawa dia sedang mengumpul dosa disebabkan perbuatannya sendiri…
Ads
Sumber: Firdaus Shakirin
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan kepada suami di luar sana akan tidak lupa akan tanggungjawab dan kewajipan dalam memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Jangan biarkan anda menzalimi diri sendiri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dalam keadaan kita tengah berperang dengan Covid-19, masih ramai yang engkar dengan arahan PM agar duduk diam di rumah. Bukan itu sahaja, malah wabak ini seakan tidak lut kepada suami isteri yang tak segan silu membuka aib pasangan di media sosial.
Sedikit pun tidak terasa dengan teguran Allah. Sepatutnya musibah ini membuatkan kita semakin bersatu hati dan berkasih sayang. Ini tidak, nak juga bergaduh. Sebak betul baca posting yang mencerca pasangan di media sosial. Kalau iya pun tengah berantakan, tolonglah simpan aib diri dan pasangan.
Ingat ye, yang baca posting tu bukan pasangan sahaja tapi keluarga kedua belah pihak dan beribu mata lagi. Bukan sedikit ‘kerosakan’ yang dilakukan dek kerana mengikut hati yang tengah marah.
Ramai orang bila ada masalah, fokus pada salah pasangan. Masa tu, dah macam scanner, semua kesalahan dan kekurangan si dia dikesan. Kalau kekurangan yang dicari, memang confirm semua perangai buruk suami atau isteri kita jumpa. Walhal, banyak je perangai baik pasangan tapi kerana geram semua yang baik tenggelam.
Masa emosi tengah ‘menggila’ tu, janganlah gatal nakkan perhatian di media sosial. Adatlah suami isteri, mesti ada terkehel di sana sini. Bukan awak je, orang lain pun bergaduh juga tapi tak de lah sampai menjaja cerita untuk tatapan umum.
Bila tengah marah, kita cenderung menggunakan bahasa kesat dan meninggikan suara. Perkataan yang keluar dari mulut kita mungkin sangat berbisa sampai makan dalam. Boleh jadi juga pasangan berdendam dek kerana mulut kita yang laser.
Jadi, bila rasa suasana tegang, tarik nafas dalam-dalam. Alih perhatian buat perkara yang kita suka. Jangan layan perasaan marah yang menggila tu. Bila emosi dah tenang, baru berbincang dari hati ke hati.
Satu lagi nak pesan, sebelum kita sibuk nak cari kekurangan pasangan, jom kita cermin diri kita dulu. Kita ni sempurna sangat ke? Memang kita tiada kelemahan atau kekurangan ke? Tiap kali rasa nak mengamuk, tanya soalan ni pada diri.
Pernah tak fikir bagaimana pasangan kita menerima kekurangan kita. Ingat ye, kita pun tak sempurna, serba kekurangan. Jadi, jangan sesuka hati mengata pasangan, entah-entah dia pun dah lama makan hati dengan kita.
Kesimpulannya, tak usahlah nak mengamuk macam orang gila, bimbang nanti pasangan kita pula yang meletup. Beringat sebelum ada yang putih mata.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Susahnya bila dapat pasangan yang cerewet. Semua benda yang dilakukan tidak betul di matanya. Ikutkan hati boleh bergaduh tetapi mengenakan sifatnya yang demikian, jadi lebih baik ikut sahaja. Tapi sampai bila?
Nak tahu macam mana nak layan pasangan yang cerewet ini, Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand Master, ada caranya.
Cerewet adalah satu perangai yang ada pada di setiap individu dan untuk memuaskan diri buat sementara sahaja sehingga niatnya tercapai. Hanya jenis-jenis cerewet dan tahapnya adalah berbeza.
Sebelum berkahwin, kita hanya mengetahui seseorang itu cerewet dari persahabatan, maklumat atau daripada pergaulan yang kita pernah lalui, diberitahu oleh ibu, bapa, adik beradik dan kawan rapat atau daripada pandangan kita sendiri yang telah mempunyai pengalaman yang lalui bersama.
Cerewet terperinci seterusnya akan kita ketahui selepas mengahwini pasangan kita itu. Setelah berkahwin kita harus melayani cerewet pasangan tanpa boleh berpatah balik ke pangkal jalan malah harus meneruskan kidupan cerewet bersama.
Ada kala cerewet ini boleh diterima semasa bercinta sebelum dan selepas kahwin tetapi akan diluahkan isi hati sekiranya terjadi apa apa pergaduhan dan selisih faham di mana pasangan akan menyalahkan di antara sesama sendiri
Jenis jenis cerewet adalah termasuk:
Dari segi klinikal ia juga boleh disifatkan sebagai orang yang mempunyai penyakit OCD.
Anda boleh mengetahui perangai pasangan cerewet sekiranya dia sering membetulkan cara anda mengikut caranya dalam membuat sesuatu kerja serta membuat pilihan. Sering mengingatkan anda tentang kebersihan, sususan, cara-cara melakukan sesuatu dan membuat kerja semula selepas anda melakukannya
Dari segi kajian psikologii, seseorang itu mula cerewet bila dia semasa kecil mengalami sakit yang tidak boleh kawal dan cerewetnya itu datang selepas dia pulih. Anda boleh melihatnya bila dia mula memilih jenis makanan dari rasa, rupa, khasiat, cara susunan makanan dan lain-lain lagi mengikut suka hatinya sahaja. Pasangan boleh menjadi cerewet sekiranya dia telah mengamalkankan dari kecil lagi atau mempelajarinya semasa dia mula membesar, belajar dari seseorang juga melihat dan mula mempunyai pengalaman untuk melakukan.
Semestinya, perangai mempunyai pengaruh di dalam perangai cerewet ini. Contoh. isteri mahu melihat baju kotor dikumpulkan di dalam bakul baju kotor tetapi suami hanya baling baju tersebut k edalam bakul, sekira baju yang dia baling tidak masuk, tiada apa yang akan berlaku. Dia tidak mahu mengangkatnya malah akan biarkan sahaja sehingga si isteri mengangkat dan masuk ka dalam bakul
Bagi setiap pasangan, asalkan cerewet itu tidak menyusahkan, memalukan, memaksa atau menyuruh untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dari kerelaan mereka dan boleh menerimanya, itu tidak menjadi masalah. Contohnya sekira pasangan cerewet mereka sering membetulkan kelakuan suaminya dengan cara-cara yang dianggap betul dari pandangan isterinya.
Cerewet serta leter yang tidak henti-henti serta sering tidak berpuas hati tentang apa yang telah dilakukan, sering diperbetulakn atau selalu kena marah ini akan menimbulkan keretakan atau ketegangan di dalam perhubungan suami isteri.
Cerewet seorang isteri seringkali adalah lebih teruk dari seorang suami. Sifat seorang perempuan adalah lebih teliti dan terperinci dari lelaki. Isteri memang memerlukan sesuatu yang lebih sempurna dan teratur. Walhal suami, walaupun tidak semua dianggap mudah tetapi pastika nia tidak memeningkan kepala.
Bagi lelaki yang panas baran atau tidak suka di tegur tentang perbuatannya sudah tentu dia tidak akan suka di perlakukan seperti dileteri atau ditegur serta diperbetulkan kelakuan dia. Lelaki itu akan memberontak dengan menunjukkan dirinya tidak bersetuju bila ditegur. Kemungkinan semasa dalam mood sayang, si suami akan melakukannya tanpa bantahan tetapi sekiranya kasih sayang itu berkurangan, perangai sebenarnya akan timbul. Suami perlu memahami isteri, mood dan emosi isterinya.
Setiap pasangan perlu berkomunikasi tentang cerewetnya perangai masing-masing supaya ia mudah difahami. Isteri perlu memahami jiwa suaminya itu, dari mana datangnya, keluarganya, fahamannya serta pembawakannya. Sekira suami itu pembersih dan teratur, isteri boleh faham dan boleh ikut tetapi sekiranya suami itu seorang pengotor, isteri yang tidak cerewet pun boleh jadi cerewet.
Sekiranya kedua-dua pasangan mempunyai sifat yang cerewet, ia hendaklah banyak kan berkomunikasi dan berbincang secara terbuka, sedia menerima kekuatan dan kelemahan pasangan serta perlu banyak mengawal kemarahan dan stres. Dengar dan fahami apa yang dikatakan dan apa yang dia mahu. Jangan bertindak kasar atau agresif jika tidak setuju tapi perlu bercakap untuk pasangan fahami isi hati kita. Cerewet ini jika dilayan dengan kasih sayang, cerewet ini akan hilang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri memang spesisnya suka memendam. Hingga kadang-kadang mereka tak sedar masalah yang dipendam dalam diri mereka menjadi “barah”dan kemudian memakan diri perlahan-lahan. Sudahnya rasa tertekan itu terbawa-bawa hingga anak menjadi mangsa.
Oleh itu sebagai suami, jagalah hati isteri sebaiknya agar dia tidak stres dan memendam rasa. Percayalah bila hati terjaga dan tidak stres, bukan sahaja isteri bahagia, anak-anak pun turut gembira.
Bagaimana tanda-tanda isteri kurang stres, ikuti perkongsian Taufiq Razif ini :
Isteri yang kurang stres akan membuat Microexpression pada wajahnya yang menunjukkan bahawa dia selalu tersenyum.
Inilah antara rahsia bagaimana seorang wanita itu boleh kelihatan cantik di mata suaminya.
Isteri yang kurang stres akan lebih mudah mengekspresikan rasa cinta pada pasangannya. Salah satu ekspresi rasa cinta ( Expression of Love) yang paling mudah ditonjolkan adalah Physical Touch. Tu yang isteri jadi asyik nak dakap dan peluk saja setiap masa.
Isteri yang kurang stres akan terjaga fikirannya daripada Negative Thinking. Bila Negative Thinkingnya berkurang, Self Talk dalamannya pun akan mula menjadi positive. Bila self talk dah mula positive maka apa yang keluar daripada mulutnya pun akan menjadi positif.
Inilah rahsia bagaimana seorang wanita boleh menjadi penyejuk hati si suami kerana semua yang diucapkan oleh si isteri itu tadi semuanya ucapan positif dan hati yang mendengar pun akan turut merasai positivity.
Friction will always cause resistance. Bila kurang stres, maka berkuranglah juga resistance dalam hati isteri. Bila hati dah mula jernih dan kurang serabut maka mudah jinaklah hati si isteri
Kebanyakan kemarahan yang dituangkan pada anak ini datangnya daripada kemarahan kepada pasangan sebenarnya. Ramai tak tahu sebab mereka sendiri pendam benda itu dan sampai masanya kemarahan yang dipendam tu tadi akan dilampias pada anak-anaknya sendiri tanpa disedari
Jadi, nak bahagiakan anak-anak? Cara pertama adalah bahagiakan dulu ibu kepada anak-anak kita. Ingat, ibu yang bahagia akan mudah membahagiakan. Manakala, ibu yang derita dan sengsara, akan mudah melampiaskan.
Sebarkan ilmu ini pada keluarga kita yang lain ya. Insyallah ilmu ini mungkin akan mengubah hidup mereka buat selama-lamanya.
MW: Sebenarnya tak susah nak elakkan isteri stres, layani dengan baik dan cuba memahami dia walau sedikit sudah memadai. Bila isteri tak stres dan hatinya tenang, barulah keluarga bertambah bahagia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
"Jangan sebarkan benda yang tak betul. Kalau tak tahu cerita baik diam. Jangan sebar fitnah kalau tahu tahu apa-apa," katanya yang mengakui kakaknya tersilap memberi ketiga-tiga anaknya ubat methadone.