Lumrah dalam kehidupan rumahtangga suami isteri saling membantu dalam keadaan susah dan senang. Namun demikian apabila melibatkan tanggungjawab dan kewajipan suami dalam menyediakan perbelanjaan buat keperluan keluarga, jangan ambil mudah. Jika meminjam duit isteri untuk membayar dan membeli itu, ini buat keluarga, mohon suami ganti dan bayar semula, melainkan isteri redha.Jika tidak ia dikira berhutang.
“Isteri kita tu redha tak kita suruh dia bayar itu ini dan beli itu ini guna duit dia?”
Pernah tak kita tanya atau kita terus buat tak tahu ja? Balik keje tengok isteri dah beli barang dapur,
“Fuh, selamat duit aku..dia dah beli guna duit dia “
Tengok kat peti ais ada bil elektrik dan air, pun dah dibayar isteri.Rasa lega dan boleh guna duit untuk benda lain kan. Sepatutnya dan sebaiknya, kita kena tanya isteri,
“Berapa semua ni? Dalam RM200 ke? Jap lagi abang bayar dan ganti balik duit ayang…”
Kalau dia kata tak payah, dia memang nak beli guna duit dia dan dia redha, maka tak ganti tak apa, tapi kalau kita ganti jugak lebih baik. Kita ni kadang-kadang alpa sangat sampai jadi selesa.
Apa saja duit isteri yang dia keluarkan untuk perbelanjaan keluarga, kita tak tanya dah, tak ganti dah. Kita buat tak tahu. Kita anggap dia yang nak keluarkan, dia yang nak bayar dan dia yang nak beli.
Berhutang Dengan Isteri
Apa saja kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai suami, kalau isteri beli guna duit dia sendiri, maka kita tu sedang berhutang dengan dia. Kita perlu bayar balik sebab itu kewajipan suami, suami yang kena sedia, bukan isteri.
“Abang hutang ayang berapa?”
Saya selalu tanya isteri walaupun dia tu surirumah sepenuh masa tanpa apa-apa pendapatan. Saya takut duit belanja yang diberi tu tak cukup. Saya takut dia ada guna duit yang dia selit atau simpan untuk cukupkan. Dia akan jawab takde hutang sebab macam mana pun duit tu dari saya jugak, walaupun dia selit dan simpan sana sini.
Ads
Tiada Hak Atur & Guna Duit Isteri
Tapi saya tetap ganti duit yang saya bagi dekat dia, walaupun itu duit saya, saya dah anggap itu hak dia, duit dia, kena ganti.
Duit isteri tetap duit isteri walaupun kita ni suami dia, kita takde hak nak guna atau atur duit dia untuk bayar itu ini, beli itu ini melainkan jika diizinkan isteri dan dia redha.
Bayangkan hidup bersama dah banyak tahun dan dia tak pernah redha dengan duitnya yang digunakan suami untuk bayar hutang-hutang suami dan kewajipan yang patut suami sediakan. Berapa banyak yang kita dah “hutang” dengan isteri kita sendiri?
MW: Setuju dengan perkongsian ini, memang ada benarnya. Duit isteri adalah duit isteri. Suami tiada hak nak guna atau atur duit isteri untuk bayar itu ini, beli itu ini melainkan jika diizinkan isteri dan dia redha. Suami yang meminjam duit isteri, bayarlah semula apatah lagi perbelanjaan yang melibatkan tanggungjawab dan kewajipan suami dalam menyediakannya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Dalam menguruskan rumah tangga dan anak-anak jangan terlalu mengejar kesempurnaan kerana kesan akhirnya akan memberi impak kepada mak-mak.
Mak-mak bukan mengadap rumah tangga dan anak-anak sejam, dua tetapi sepanjang hari, bulan malah bertahun-tahun. Jadi berhentilah menghukum diri dan lakukan saja ikut kemampuan.
Jangan sesekali bebankan diri kalua tak mampu, sudah pasti lebih senang mak-mak nak uruskan keluarga. Ikuti perkongsian Puan Wawa Shauqi dan hadam baik-baik ya mak-mak.
Jangan Bebankan Diri Kalau Tak Mampu
Berbeza betul kesannya bila saya jaga anak waktu stres dengan waktu emosi lebih stabil.
Kalau waktu stres itu, mereka minta tolong temankan carikan baju pun, saya sudah marah-marah suruh cari sendiri. Lepas itu berlarutan merengeknya. Bertambah-tambah stres saya.
Jadi panjang pula dramanya. Kasihan pula. Dah la nak peluktak dapat. Buat baik saya buat tak nampak.
Mintak manja sikit, sudah kena marah.
Lepas itu, sampai ke anak pun jadi moody. Kalau dibiar lama bersama, mulalah bercakaran. Nada suara mereka pun sudah mula ikut macam nada suara saya yang tengah stres.
Tapi kalau waktu emosi stabil…. Saya kejutkan mereka bangun pagi dengan senyuman dan pelukan, bukan main tenang saya nak handle mereka.
Bila anak-anak minta tolong carikan baju waktu saya memasak, tenang dan senyum saya jawab “Mama boleh tolong carikan, tapi kalau Aqlan cari sendiri, lagilah mama bangga.
Suppp.. terus cari tanpa banyak tanya. Dengan ceria, terus datang balik tanya “Tengok ni mama, Alan dah siap sendiri. Hensem kan?”
Saya pula yang terhibur.
Bila dia senang hati, dengan abangnya pun dia buat baik. Ambilkan abang air, pujukkan abang yang tak berjaya gunting selofan tape. Semua jadi ceria. Cakap pun sopan aje.
Saya tengok pun bertambah senang hati.
Kalau Tak Mampu, Jangan Bebankan Diri
Bila saya fikir balik, rugi juga kalau saya biarkan stres menguasai diri. Dia punya spiral nak jatuh tu sangat mudah.
Tapi bila kita mulakan hari dengan ceria, positif dan usaha mula hari dengan bertenanga, satu hari dalam satu rumah penuh dengan drama cinta.
Sebenarnya, kita kena kecilkan expectation. Jangan bebankan diri kalau rasa tak mampu. Kurang ber’jangan’. Raikan aje sifat mereka yang tak tentu hala di mata.
Lapangkan dada lihat rumah sepah dek sifat mereka yang suka meneroka. Dan pandang mereka sebagai anak kecil nan ceria.
Pasti lebih senang hati, insyallah. Esok kita berjuang lagi ya kawan-kawan.
Berjuang melawan ketaklaratan, kemalasan, kemurungan dan ke-tak-ada-mood-an. Let’s make tomorrow better than yesterday!
MW: Semoga mak-mak di luar sana sentiasa kuat menguruskan keluarga kerana maklah nadi kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Betul tak?
Tidak dinafikan sekarang ramai yang berdepan dengan masalah kewangan, biarpun tak mudah kita terpaksa lalui juga sama ada mahu atau tidak.
Sebaiknya kurangkan merungut dan lebihkan bersyukur walaupun serba kurang, situasi sekarang tak perlu bermewah. Syukurlah kita masih mempunyai makanan, pakaian dan tempat tinggal. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini:
Kurangkan Merungut Susah
Kita ini mungkin tak pernah hidup susah sampai hendak beli barang pun tidak ada duit, nak makan pun tidak ada makanan, hendak tidur pun tiada tempat…
Kita masih ada duit walaupun sedikit dan kita masih ada makanan walaupun bukan makanan kegemaran
Kemudian kita masih ada tempat untuk tidur walaupun sempit… Sebenarnya, ini sudah dikira sebagai satu nikmat disebabkan kita ada lebih daripada orang lain… Orang lain tidak ada apa yang kita ada…
Maka kita sepatutnya sudah wajib bersyukur walaupun serba kurang…
Lebihkan Bersyukur Walaupun Serba Kurang
Kalau kita tak bersyukur dengan nikmat yang kecil, bagaimana kita akan bersyukur dengan nikmat yang besar?
Setahun sudah kita lalui hidup yang di luar norma kehidupan yang selalu kita lalui… Tak pernah lagi sepanjang 30 tahun, 40 tahun kita hidup, terpaksa lalui kehidupan yang macam sekarang ini…
Maknanya, sudah lama kita hidup “mewah”… Sudah lama kita hidup “kaya”… Baru sekarang kita rasa “susah”…
Orang yang pernah susah, atau orang yang susah, dia tak takut untuk hidup susah sebab dia boleh hidup dalam keadaan macam itu…
Yang takut adalah mereka yang tak pernah hidup susah sebab mereka tak pernah rasa semua itu dan mereka tak yakin yang mereka boleh hidup dalam keadaan macam itu…
Fikir balik… kita ini tak susah mana sangat pun… Kita cuma tak boleh mewah… Dan kita cuma tak boleh buat apa yang selalu kita buat dulu…
Kita cuma tak boleh beli apa yang selalu kita beli dulu… Kita cuma tak boleh hidup macam dulu… Itu saja, kita bukannya susah yang betul-betul susah lagi…
Kurangkan merungut, lebihkan bersyukur… Saya yakin, kita yang ada Facebook ini masih ada benda nak dimakan, tempat tinggal dan duit untuk digunakan walaupun ianya cukup-cukup sahaja…
MW: Bila perkara atau nikmat kecil pun mak,ayah bersyukur, insyallah makin bahagia kehidupan kalian. Bersyukurlah dengan setiap apa yang telah Allah kurniakan.
Wanita yang keras kepala dan bijak calon isteri terbaik, selalu utamakan keluarga. Memilih pasangan hidup bukanlah sesuatu yang mudah dan hanya ‘petik jari’. Sudah tentu, lelaki atau perempuan inginkan pasangan yang bijak dan menjadikan keluarga no satu.
Perumpamaan yang selalu kita dengar, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Malah, lelaki yang ingin perempuan untuk dijadikan isteri tentulah yang bijak walaupun kadang-kadang ada degil dan keras kepalanya.
Wanita Yang Keras Kepala & Bijak Calon Isteri Terbaik
Dia tahu, isteri yang dipilihnya itu mampu menjadi suri hati dan menjaga anak dan keluarga kelak. Begitu juga dengan perempuan, tentulah mengharapkan perkara yang sama.
Apa hebatnya memilih perempuan yang bijak sebagai isteri. Hajar Syazwan ada jawapannya.
Yang Bijak Dalam Pembawakan Diri
Nak pilih perempuan ni. Kena pilih perempuan yang bijak. Sebab perempuan makhluk yang sangat beremosi. Jadi kebijaksanaan aka intelligent dia tu yang akan drive haluan hidup dia.
Ayat daripada salah seorang leader lelaki dalam HFG waktu meeting selasa lepas. Dia cakap, dia mungkin fikir pelik dari orang lain. Tapi saya sebagai perempuan entah kenapa saya setuju statement dia.
Saya tak tahu nak huraikan kriteria bijak ni macam mana. Tapi untuk memudahkan kefahaman semua. Pada pendapat saya, perempuan bijak ni dia tahu level mana patut buat, level mana patut teruskan dan level mana patut stop.
Dia tahu timbang tara setiap keputusan dia ambil. Dia kenal diri dia macam mana. Kalau dia tersilap buat keputusan dia tahu macam mana nak selesaikan masalah tu.
Dia lembut taat perintah suami dan mak ayah. Tapi dia tahu level mana aku patut aku patuh. Kalau tak suka, dia tahu macam mana nak handle situasi dan cuba berbincang. Takde dia menonong ikut apa suami cakap sampai korbankan perasaan sendiri.
Selalu Utamakan Keluarga
Dia keras ikut kepala dan keinginan hati dia. Tapi dia ada prinsip hidup. Keluarga tetap nombor 1. Walaupun apa dia buat, keputusan dia ambil. Hanya satu. Kebaikan untuk keluarga semata-mata.
Perempuan bijak tak diukur dalam akademik semata-mata. Bukan level belajar SPM, Diploma, Degree atau PHD. Bukan juga kira jawatan dia eksekutif, kerani atau suri rumah.
Dan bukan juga kira berapa income dia RM1200 atau RM10K sebulan. Bukan. Bukan..
Tapi perempuan bijak ini adalah cara pembawakan diri dia setiap hari. Just my two cents.
Korang pula rasa macam mana?
Betul sangat. Bijak dalam pembawakan diri. Sudah tentu semua perempuan bijak kan!
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...