Suami sanggup curang. Sedihnya, bila orang yang kita percaya dan susah payah bersama sanggup mendua. Lagi teruk dengan beri alasan-alasan yang tak munasabah. Tak kiralah pasangan yang baru berkahwin dan masih darah manis atau yang sudah lama mendirikan rumahtangga.
Selalu kita baca di media sosial tentang kisah suami sanggup curang selepas bertahun-tahun hidup bersama. Itu satu hal dan paling menyedihkan, baru beberapa bulan kahwin dah ada ‘kekasih gelap’.
Di mana silapnya, kita sendiri tak tahu. Hanya sekadar suka-suka atau ada alasan tertentu. Hanya mereka saja yang tahu.
Inilah yang berlaku kepada pasangan yang baru saja 11 bulan berkahwin tapi sudah terbongkar tentang kecurangan suami. Sedihnya, kisah ini dimuat naik di Twitter apablla seorang isteri mendedahkan tentang suaminya yang kantoi curang.
Suami Sanggup Curang, Ajak Wanita Lain Keluar
Menerusi video yang dikongsikan semula di Twitter, wanita tersebut menunjukkan mesej perbualan di antara suaminya dan beberapa wanita lain di sebuah aplikasi temu janji. Difahamkan, dia telah memberikan peluang kedua kepada suaminya sebelum ini namun peluang tersebut disia-siakan oleh lelaki itu.
Antara yang dilakukan oleh lelaki itu ialah dia telah menipu isterinya dengan mengatakan dia terpaksa bertugas tetapi sebenarnya dia telah mengajak wanita lain untuk keluar bersama.
.
Ads
Tambah wanita itu lagi, suaminya juga turut memukulnya sebaik sahaja aksi kecurangannya itu kantoi dan diketahui olehnya. Difahamkan, wanita itu telah membuat laporan polis gara-gara sudah tidak tahan dengan situasi tersebut dan turut melakukan pemeriksaan perubatan kerana kecederaan yang dihadapinya.
Alasan Isteri Jarang Sediakan Sarapan
Dia juga telah berkunjung ke pejabat agama dan lebih mengejutkan, suami memberikan alasan isterinya jarang menyediakan sarapan semasa ditanyakan oleh pegawai di situ.
.
Ads
Mingguan Wanita : Hanya tak sediakan sarapan, dijadikan alasan untuk dia curang. Lepas tu bukan seorang tapi kantoi ramai wanita yang dipermainkan. Sedihnya…
Yang kaki curang, kaki pukul mesti sejenis muka hauk kan? Bini sikit punya lawa tapi tak reti bersyukur. Lebih suka pilih untuk jadi jantan bodoh. pic.twitter.com/vzIZYHxmL2
Bimbang tabiat hisap botol susu hingga tertidur diketahui keluarga, gadis ini sanggup menumpang rumah kawan.
Macam-macamlah hai, tapi itulah ada sesetengah orang memang sukar untuk meninggalkan habitnya ketika kecil.
Bimbang Tabiat Hisap Botol Susu Diketahui Keluarga
Seorang gadis dari Jakarta, Indonesia mendedahkan tabiat aneh rakannya yang menghisap botol susu seperti bayi meskipun telah dewasa, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi satu klip video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, gadis tersebut memberitahu bahawa rakannya itu sering datang ke rumahnya untuk menumpang menghisap botol susu kerana bimbang tabiatnya itu diketahui keluarganya.
Gadis Ini Sanggup Menumpang Rumah Kawan
“Saya mempunyai seorang rakan yang gemar menghisap botol susu hingga tertidur. Semoga tidak sampai ke pengetahuan keluarganya.
“Jika dia melakukan aktiviti ini di rumahnya, pasti dia dimarahi keluarganya kerana masih menghisap botol susu walau sudah dewasa,” kata keterangan pada video tersebut.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Kalau sudah mempunyai anak, pasti dia akan berebut botol susu dengan anaknya,” komen seorang pengguna.
“Sama seperti saya. Sudah berusia 20 tahun namun masih menghisap botol susu,” kata seorang lagi netizen. – Agensi
Mingguan Wanita : Walaupun susah, gadis ini perlu juga mencuba untuk meninggalkan tabiat buruknya. Bimbang juga tabiat itu lama-kelamaan membuatkan dia hilang keyakinan diri.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
30 Julai ini merupakan hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Istiadat kali ini disifatkan sebagai satu detik indah bersejarah yang akan menjadi kenangan untuk Seri Paduka berdua. Kerana, Seri Paduka akan bersemayam di atas takhta singgahsana kedua-dua paduka ayahanda ketika ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kelapan.
Peristiwa ini bakal mencatat bingkisan sejarahnya yang tersendiri.
Ini kongsi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah dalam rakaman video Datuk Rizalman,
Tunku Azizah tak dapat menahan emosi sedih, tuturnya, “Saya menangis sedih sebab ayahanda, bonda dan tuanku (ayahanda mentua) tak ada. Jadi sedihlah.”
Hati Raja Permaisuri Agong menjadi semakin sebak, “Sebab saya dan tuanku akan duduk atas singgahsana yang ayahanda dan bonda menggunakan takhta semasa menjadi Agong.”
“Dan saya dan tuanku akan menggunakan singgahsana itu juga. Itu yang saya hiba sungguh.” katanya tak dapat menahan air mata terkenangkan ayahanda bonda yang telah tiada.
Mohon Doa Saya Dan Tuanku Dapat Jalankan Tugas Sebaiknya
Dalam pada itu, Tunku Azizah turut mohon agar rakyat mendoakan. “Doakan saya dan tuanku selamat, panjang umur, sihat walafiat. Dapat menjalankan kerja-kerja dan tugas-tugas kami sebagai Yang Dipertuan Agong dengan sebaiknya dan berkhidmat kepada rakyat.”
Dalam masa yang sama, Datuk Rizalman juga tak dapat menahan air mata dan sama sebak mendengar kata-kata yang dituturkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah.
Cerita ini berlaku sekitar bulan November lalu tentang perpindahan kubur arwah ibu Amina Jasmine dari Tanah Perkuburan Pendas Laut ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Tampoi. Selama 12 tahun jenazah dikebumikan, ketika urusan perpindahan jenazah masih dalam keadaan elok dan berkiam.
Menurut Amina tanah perkuburan itu telah diambil untuk projek pembangunan. Jadi semua jenazah dipindahkan ke tanah perkuburan yang lain mengikut kehendak waris.
Sehari sebelum jenazah ibunya dipindahkan Amina sudah melawat tanah perkuburan dan hatinya berasa bimbang mengenangkan proses perpindahan jenazah ibunya.
Luahnya sebelum itu, “Hari ini penat menangis. Hari yang meruntun-runtun hati dan jiwa. Tengok mereka gali semula tanah-tanah kubur itu. Keluarkan tulang belulang atuk moyang. Dan esok mak aku pula.”
Hatinya menjadi lega apabila mengetahui keadaan yang disaksikan sendiri di hadapan matanya.
Tali kain kafan mak setelah 12 tahun masih elok tak reput. Berada di sisi mayat.
Maha suci Allah. Jodoh mak dan ayah dapat mak dikebumikan di sebelah kubur ayah. 4 tahun lalu ayah dikebumikan di sini. Hingga hari ini tanah perkuburan Bukit Alif semakin padat dan bakal penuh dalam masa setahun dua ini tapi Maha Suci Allah.. ruang sebelah kubur ayah tetap kosong seperti memang tanah itu menanti untuk mak disemadikan di situ. Perancangan Allah tiada siapa yang dapat menduga. Maha Hebat.. Allahuakhbar
Anak-anak tak pernah jumpa tok mak nya. Sengaja saya bagi mereka tengok buat pertama dan terakhir tok mak mereka.
Sewaktu proses gali semula tanah kubur Kg Pendas Laut
Banyak kubur-kubur telah digali. Masih dalam proses di Kg Pendas Laut
Jenazah mak
“12 tahun mak pergi menghadap Ilahi. Jenazah mak masih dalam keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak. Bantal dan tali masih ada. Susuk badan mak jelas di pandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan tak berbau. Allahuakhbar.. Maha Suci Allah”
Kata Amina lagi arwah ibu semasa hayatnya merupakan seorang wanita yang lembut. “Dia tak suka mengata orang lain. Tak suka mencerca orang lain. Mak mudah sangat mengalirkan air mata.
“Hati mak bak tisu mudah terkoyak. Setiap cerca orang mak balas dengan senyuman dan air mata. Dengan suami mak bersabar.”
Sifat baik arwah ibu yang ditunjukkan semasa hidup di dunia ini telah Allah ganjarkan dengan ganjaran yang besar. Semasa nak dikebumikan pun, arwah ibunya dapat disemadikan bersebelahan dengan kubur suaminya.
“Dan siapa sangka dalam kepadatan tanah perkuburan Bukit Alif, mak dapat dikebumikan sebelah kubur arwah ayah. Maha Suci Allah.”
Setelah 12 tahun mak pergi. Allah beri aku ‘SESUATU’ tentang hidung ini, hati ini, keinsafan ini.
“Maaf andai perkongsian ini menjadikan kalian tidak selesa. Tetapi jadikanlah ianya sebagai ikhtibar dan ingatan agar kita terus berusaha membaiki hati dan amal kita. Maaf dari saya insan yang jahil.”
Bawalah Anak-anak Ziarah Kubur Atuk Nenek
Sememangnya sudah menjadi rutin dalam diri Amina akan membawa anak-anaknya menziarahi kubur mak dan ayahnya. “Anak-anak bagi salam pada atuk-atuk dia. Nanti anak-anak rasa dekat dengan atuk mereka walau tak pernah jumpa tok mak.”
Sebaik selesai membaca doa, anak-anak diajar untuk membersihkan kubur arwah pula. Mereka diajar juga dengan azab ziarah kubur. Dari situ anak-anak akan belajar memaknai kehidupan dan tahu kemana langkah mereka seterusnya.
“Ziarahlah kubur mak dan ayah kita selalu. menziarahi kubur mereka umpama kita ziarah mereka masa mereka masih hidup. Ajarlah anak biasakan diri ziarah kuburan.”
Adab Menziarahi Kubur
√ Terutama kubur ibu bapa. Disunatkan menziarahi pada hari Khamis selepas solar Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor.
√ Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.
√ Kalau sekarang kita tak ziarah selalu kubur mak ayah, agak-agak nanti kita expect apa anak-anak kita buat bila kita tiada di dunia.
√ Menziarahi kubur adalah suatu ibadah. Terdapat pahala yang besar dalam melakukannya.
Siap untuk dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Bukit Alif.
4 Langkah Perlu Dibawa Bila Ibu Atau Saudara Terdekat Meninggal Di Hospital
“Adik.. mak kita dah tak ada. baru sekejap ini. Datang hospital cepat ya. Mak kejap lagi nak dihantar ke rumah mayat.”
Kalau situasi ini berlaku dalam keluarga anda,
JANGAN PERGI DENGAN KEADAAN BERLENGGANG KANGKUNG
Step pertama:
Di rumah, capai kain batik yang mak selalu guna. Kalau tak ada kain batik lepas. Tetaskan bahagian jahit kain batik yang biasa tu buat panjang. Untuk apa? Untuk menutup badan jenazah di rumah mayat nanti. Kalau jenazah nak dibawa balik ke rumah. Takkan nak bawa balik selimut hospital kan. Hak kerajaan tu. Bawalah dalam 3 helai.
Step kedua:
Bawa tuala bersih. Yang selalu arwah pakai. Ini untuk kegunaan lap badan dia nanti incase jika nak mandikan di rumah mayat. Kalau boleh elakkan guna tuala baru. Kerana menggunakan kain @ pakaian yang telah digunakan oleh si mati itu lebih afdhal dan adalah sunnah nabi
Step ketiga:
Bawa shower gel untuk sabun badan arwah. Jika jenazah nak mandikan di rumah mayat.
Step keempat:
Bersama-sama dengan si pemandi jenazah memandikan ibu mu turut serta walau kamu tak pernah mandikan jenazah. Rebutlah sebagai pengalaman pertama dalam hidup.
Ini secara asas sahaja bila dapat call dari keluarga jika ada kematian ibu atau saudara terdekat.
Sebab untuk pengetahuan kita semua, rumah mayat tak sediakan tuala, kain batik untuk jenazah. Sabun pun share dengan jenazah-jenazah yang sebelum ni guna. Jangan suka beranggapan ala rumah mayat semuanya dah siap. Senang..
Saya share dari perkongsian ustazah Hasnah Jaafar yang saya anggap sifu dalam bidang pengurusan jenazah ini. Beliau adalah pemandi jenazah yang dilantik oleh Pejabat Agama Negeri.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...