Bahagia jika semua lelaki berfikiran sebegini, sayangnya tak semua lelaki sama bila tiba bab beri nafkah isteri. Itu sememangnya hakikat yang perlu isteri-isteri hadap dan telan. Sebab itu, apabila adanya kisah suami yang sanggup kerja keras demi nak beri duit nafkah isteri lebih, perlu sangat dikongsikan pada suami sendiri.

Moga jadi penyuntik inspirasi buat mereka. Untuk lebih percaya, apabila memberi nafkah isteri ikut kemampuannya malah lebih, akan bertambahlah rezekinya dan berkat kehidupannya. Dengan syarat amalan wajib jangan pula ditinggalkan.

Hadamkan perkongsian Puan Marliya Ramli ini tentang suami yang setiap bulan beri nafkah isteri RM5,000 dan sedang sasarkan nafkah isterinya RM10,000 sebulan.

SEMUA LELAKI SAMA

Saya call isteri. Airmata keluar tanpa ditahan. Ayang ada apa-apa yang kecik hati dengan Abang? Jika ada, Abang nak minta maaf. Abang janji akan perbaiki segera.”

Isteri saya terdiam di hujung talian. Akhirnya isteri bagitau sebuah kejadian dan sebut dia maafkan saya. Pada hari itu jugalah saya menang tender XX dan perniagaan berkembang hingga hari ini.”

Dulu… Setiap kali berdoa saya selalu cakap. Ya Allah, sekarang aku cuma mampu bagi RM300 pada isteri. Jadikanlah aku suami yang mampu bagi RM3,000 padanya. Dia berkali-kali bertarung nyawa lahirkan zuriat aku. Malah, dia terima aku pada waktu tangan aku kosong. Dia menghabiskan nafas menemani aku dalam susah dan senang. Lihatlah muka isteriku ya Allah. Lelahnya dia membantu aku menjaga keluarga. Dia penat Ya Allah. Tapi dia gagahkan tubuh untuk terus buat kerana tulus cintanya pada aku” Itulah doa saya setiap hari.

Hari ini, semua perbelanjaan keluarga saya tanggung. Malah saya mampu bagi sebulan RM5,000 buat isteri. Semakin tinggi nafkah isteri saya rasa rezeki semakin berkat dan bertambah.”

IKLAN

Saya sedang sasarkan untuk beri RM10,000 sebulan. Sebabnya isteri saya berpelajaran. Tapi dia korbankan kerjaya demi nak jaga anak-anak kami. Saya siang malam fokus perniagaan maka isteri tulang belakang mengurus keluarga. Kalau hari ini isteri saya masih bekerja kemungkinan gajinya telah melebihi RM10,000 sebulan. Tapi dia memilih untuk menjadi Manager rumahtangga demi saya dan demi anak-anak kami. Maka, jika saya bagi RM10,000 bukan berlebihan sebenarnya.”

Saya wajibkan diri terhadap nafkah sebab perintah Allah. Saya yakin bila Allah suruh bermakna ianya wajib dibuat. Dan saya usaha beri lebih maka rumahtangga kami aman sentosa

Akak tekun mendengar. Akak kagum. Menarik Tuan ini. Patutlah boleh menabung emas lima angka setiap bulan. Bisik hati akak.

Nafkah Isteri Bukan Perkara Ringan..

Tuan Puan… Istilah SEMUA LELAKI SAMA dah tak boleh pakai. Ramai jutawan senyap di luar sana yang setia kasih terhadap isterinya luarbiasa.

IKLAN

Bukan semua arjuna bila dah senang lupa dunia. Ada arjuna, dia percaya asbab rezeki isterinya kekayaan dunia bertambah. Mudah mudahan akhirat juga.

Kadang kita ni bagi RM250 sebulan pun dah rasa banyak. Mengigil tangan dan kebas badan. Kita sentiasa fikir bila gaji naik, bisnes berkembang nak beli kereta, nak tukar sportrim, nak beli set pancing, kayu golf mahal, nak tambah isteri, nak senangkan adik beradik kat kampung, nak bawak mak bapak bercuti. Allah ke suruh semua tu atau Allah suruh settle dulu nafkah isteri?

Alah… Isteri kita diam, tak kisah dan ada pendapatan sendiri… Sebab tu hak isteri kita pandang sepi. Inilah fikirnya sebahagian suami. #apeni?

Macam mana nak kaya sebab masa miskin pun niat dah salah? Niat dan tujuan tidak letak hak isteri sebagai salah satu tanda pentingnya nafkah?

IKLAN

Kita tak letak niat dalam hati “bila aku kaya, aku nak isteri nafkahnya sempurna” Aku nak sediakan semua keperluan dan bagi isteri RM1,000 atau RM3,000 atau RM5,000 atau RM10,000 setiap bulan.

Nafkah terhadap isteri ni bukan perkara ringan. Allah suruh. Bila kita mahu kaya sebab nak laksana perintah Allah, rezeki bakal melimpah ruah.

Kalau masa miskin pun niat fokusnya asyik nak tambah isteri, pentingkan sedara mara yang muncul masa senang hilang masa susah, memang payahlah…

Salam sayang

MW : Alhamdulillah… sebenarnya masih ramai suami yang faham dan berusaha nak beri nafkah isterinya dengan secukupnya.

Sumber/Foto : Marliya Ramli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI