Peel seorang isteri, kalau ada yang tidak puas hati, semua perkara akan keluar dari mulutnya. Sampaikan suami merasakan isteri mengungkit apa yang dilakukan selama ini.
Sebagai seorang isteri dan ibu sebolehnya dia sanggup berkorban apa saja untuk pasangan dan keluarga. Sanggup ketepikan keinginan diri demi orang yang dia sayangi. Bukan yang dilakukan ini untuk buat isteri mengungkit. Tapi rasanya lebih kepada mengingatkan.
Bayangkan, isteri diberi rezeki untuk bekerja. Apa yang dia dapat bukan untuk dirinya tapi lebih kepada keluarga. Dia membantu suami dalam mengurangkan beban, maklum sajalah, kalau mengharapkan duit suami, bimbang tak mencukupi, apatah lagi dengan anak yang ramai dan tinggal di bandar.
Bila balik ke rumah, bersingsing lengan menyiapkan kerja-kerja rumah, mengemas, memasak untuk keluarga pula. Penat pun tak hilang. Namun semua itu dipandang ‘enteng’, gagah dan kuatkan diri untuk mereka.
Walau bagaimanapun, jika pengorbanan yang dilalukan oleh isteri langsung tidak dihiraukan oleh suami, jangan hairan bila isteri mengungkit. Ini bukan bermakna isteri tidak ikhlas tapi sekadar untuk mengingatkan suami supaya jangan terlalu selesa dan ambil kesepatan pada isteri.
Inilah yang ingin dikongsi oleh Firdaus Shakirin tentang apa yang membuatkan isteri mula mengungkit bantuan yang diberikan olehnya.
“Mengungkit” sebagai tanda peringatan supaya jangan rasa selesa. Bukan tak ikhlas dalam memberi pertolongan, bukan tak ikhlas dalam meringankan bebanan.
Lelaki susah nak figure out this situation, bila isteri cakap,
“Barang dapur saya beli, nursery anak saya bayar, bil-bil utiliti pun saya tanggung, abang boleh pulak beli motor baru, tukar kereta, tambah komitmen keluarga?”
.
Suami : “Nampak sangat awak tak ikhlas, hilang pahala awak bila awak ungkit macam ni…”
Ads
Dalam rumah tangga, persetujuan bersama itu perlu sebelum melakukan apa-apa keputusan walaupun guna duit sendiri. Ini kerana, mungkin si suami ada duit lebih hasil daripada apa yang tidak perlu dibayarnya kerana dah pun dibayar isteri…
Kewajipan suami tetap menjadi kewajipan suami bila dia MAMPU.
Bila ada duit lebih, maka jangan fikir lagi nak tukar motor, upgrade kereta, beli handphone dan sebagainya, ttapi ambik balik apa yang isteri sedang bayar setiap bulan, di mana kewajipan itu bukanlah terletak dibahunya tapi di bahu kita yang menjadi suami.
Kita kena ambik balik apa yang tak sepatutnya isteri bayar sebab kita dah mampu bayar…
Buat Perjanjian
Jangan terus pejam mata sebab dah buat agreement, rumah dengan kereta suami bayar, yang lain-lain isteri bayar dan agreement tu pulak dibuat di awal usia perkahwinan dahulu.
Sekarang, anak dah 3, belanja dapur yang isteri keluarkan masa berdua tak sama jumlahnya dengan belanja dapur masa berlima, begitu juga dengan bil-bil utiliti dan sebagainya. Kita seronok la sebab selesa dengan komitmen bulanan rumah dan kereta yang mana dah fixed untuk 9 tahun dan 30 tahun akan datang…
Bila dengar isteri ada berbunyi tentang kewangan keluarga, tentang apa yang dibayarnya, maka itu adalah peringatan kepada kita yang menjadi suami supaya tidak menyalahgunakan bantuan tersebut dan menjadi terlalu selesa bila tak perlu mengeluarkan duit seperti dia…
Ingat, kita akan dikira “berhutang” dengan isteri kalau kita biar dia bayar apa yang kita patut bayar dalam ketika kita sendiri mampu untuk bayar.
Ads
Mingguan Wanita : Betul sangat, bukan nak mengungkit pun tapi bagi suami faham.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Ads
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Semua kata-kata ini begitu menghiris hati wanita yang sudah bertahun berusaha tapi belum dikurniakan cahaya mata. Tak faham-faham lagikah mereka ni, soal rezeki anak bukan kita yang tentukan. Hendak dimarah, kadang yang bertanya saudara mara atau kawan sendiri. Sudahnya, kitalah yang makan hati. Langsung sentap dan elak pergi ke mana-mana majlis yang melibatkan orang ramai.
Sebenarnya tak perlu pun sampai nak jadi anti sosial. Puan Diyana Tahir,penulis, coach dan pengasas eHati ini rupanya sudah diuji dengan ketiadaan zuriat selama 13 tahun lamanya. Ini pelajaran hati bagaimana Puan Diyana akhirnya memilih ikhlas menghadapi ujian ‘ketiadaan zuriat dalam perkahwinan’.
Ambil 2 Sudut Pandangan
“Sudah 13 tahun saya berkahwin, tetapi masih belum ada anak. Saya kongsikan pengalaman bagaimana saya menghadapi saat-saat tiada zuriat. Saya ambil 2 sudut pandangan bagi membantu saya rasa bebas daripada perasaan sedih, marah dan sebagainya.
“Apa saja yang berlaku dalam hidup, adalah realiti yang tidak boleh diubah. Sudah bermacam-macam cara dicuba, rezekinya tetap tiada. Kata-kata orang juga tidak boleh anda ubah. Yang boleh diubah adalah sudut pandangan kita.
“Ketika saya mendapat pertanyaan daripada teman mahupun saudara mara, saya tidak melihat kepada apa yang ditanya. Sebaliknya, kenapa mereka bertanya. Saya pandang positif niat mereka bertanya.
“Sebenarnya orang-orang begini sudah lama tak berjumpa dengan kita lalu mereka hanya bertanya khabar. Mereka pun tidak maksudkannya. Ia sebagai pembuka bicara menandakan keprihatinan malah mengisi perbualan.
“Cuma barangkali mereka tidak sedar, soalan-soalan sebegitu boleh mengecilkan hati orang lain. Saya tidak ambil pertanyaan sebegitu sebagai peribadi apatah lagi penghinaan. Apa yang boleh dibalas dengan pertanyaan begitu?
‘Terima kasihlah bertanya, saya masih berusaha. Doakanlah saya, sebab doa boleh mengubah nasib. Mana tahu hati awak yang baik ini doanya makbul.”
“Sudut pandangan kedua adalah bagaimana saya belajar menjadi ikhlas dan mensyukuri ketiadaan zuriat. Analoginya begini, katakan hidung anda memang tidak mancung. Apabila orang perkatakan hal itu, anda tiada masalah menerimanya. Anda menerima keadaan itu dan mensyukurinya.
“Secara psikologi, apabila anda sedih atau kecewa bermakna anda belum menerima hal itu (ketiadaan zuriat). Perlunya melihat hikmah di sebalik ketiadaan zuriat. Jangan menangisi hal-hal yang tiada. Terimalah realiti takdir, biar dikata orang ia takkan menjentik hati anda. Kesakitan akan datang apabila anda belum redha dan belum ikhlas menerima takdir Ilahi.
Sebenarnya Saya Dah ‘Complete The Lesson’
“Saya kongsikan bagaimana saya boleh menukar sudut pandangan iaitu menerima takdir tiada zuriat. Sejujurnya saya jarang ditanya soalan begini. Kalau ditanya, ia tak mengganggu saya sebab hidup ini sangat misteri. Bila tak boleh mengandung kami terima, jadi Allah tak datangkan ujian soalan-soalan yang begini.
“Bila saya reflek balik dari ilmu psikologi yang saya belajar, kita akan sentap atau sedih pada benda yang kita tak boleh terima. Secara spiritualnya apabila kita dah terima, bermakna kita dah complete the lesson. Sebab itu, Allah tak datangkan orang menguji kita.
“Sebenarnya yang datang untuk sakiti hati kita adalah guru simbolik yang sedang menguji keikhlasan kita, Adakah kita dah terima takdir yang Allah beri kat kita. Selagi belum terima, selagi itulah Allah hantar sampai akhirnya kita complete. Bukan terima sebab terpaksa, sebaliknya terima dengan penuh syukur.”
Benarkan anak-anak, selagi adanya ibu ayah, selagi itulah doa dari seorang ibu untuk anaknya akan terus mengalir dan berpanjangan. Lagi-lagi ibu yang bangun malam dan solat di sepertiga malam, mendoakan untuk anak-anak. Bukankah doa ibu itu tiada hijab.
Maka, terbukalah ruang rezeki untuknya dan anak-anaknya. Bak perkongsian Da’i Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Abdul Razak ini, sebenarnya ibu itulah asbab paling mudah untuk anak masuk ke syurga.
Tapi ada syaratnya, hadamkan perkongsian ustazah ini.
Tadi makan dengan mak, rasa syoq sangat tengok mak sihat, lalu makan. Alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan. Benarlah selagi kita masih ada ibu atau ayah, kita perlu bertambah-tambah syukur.
Kerana mereka kita akan beroleh banyak barokah dan kerana mereka segala permintaan kita In sya Allah akan dikabulkan asbab doa mereka yang begitu luar biasa.
Tetapi apa yang lebih besar ialah mereka kunci mudah untuk insan yang bergelar anak masuk ke syurga jika kita melayani mereka dengan baik tika di dunia.
Terima kasih mak selalu doakan adik, selalu bangun malam doa, solat hajat untuk adik. Mak memang ibu yang sangat sempurna. Semoga Allah Taala panjangkan umur mak dalam keberkatan dan semua amalan diterima Allah Taala.
Sebagaimana pesan Da’i Hamidah sebelum-sebelum ini, anak yang baik dengan orang tuanya, hidupnya akan dipermudahkan, malah doanya dimakbulkan.
Maka, itu janganlah pernah rasa lelah untuk berbuat baik dengan mak ayah ya. Orang kata, itu pun salah satu cara untuk menjemput rezeki yang tidak disangka-sangka. Berbaktilah terus dengan orang tua mu dengan seikhlasnya.
MW : Moga Allah memberikan ganjaran pahala untuk anak-anak yang tak bersungut menjaga kedua orang tuanya. Amin
Setiap wanita yang bergelar isteri atau bakal bergelar isteri mahukan suaminya nanti seorang yang ringan tulang dalam membantu membuat kerja-kerja rumah. Bukan sekadar suami romantik dan baik tetapi bertanggungjawab dalam membantu menguruskan hal-hal rumah tangga.
Suami yang bertanggungjawab pula adalah suami yang sanggup bersusah payah bersama-sama dan membantu isteri dalam hal-hal rumah tangga. Tidaklah semua dilakukan sendiri oleh isteri. Cuma ingat satu sahaja, isteri bukanlah orang gaji ye.
Suami Bukan Majikan Dan Isteri Bukan Orang Gaji
Inilah yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan tentang perkara ini.
Ramai isteri yang terkilan dengan sikap suami yang goyang kaki di rumah. Balik rumah tonton TV, layan telefon. Yang dia tahu balik rumah makanan dah siap.
Biarpun suami adalah ketua keluarga, itu tidak bermaksud yang isteri itu pekerja suami. Tugas isteri adalah penasihat pada suami, yang salah diperbetulkan. Tak semua apa yang ketua keluarga buat itu betul sebab suami adalah manusia, bukan Malaikat yang tak ada dosa!
Banyak rintihan para isteri yang teman terima, mengadu perkara ni. Tambahan pula yang tinggal di bandar, isteri juga bekerja. Isteri juga penat. Balik rumah dia nak menguruskan keluarga.
Sebenarnya kalau diikutkan isteri tak perlu bekerja sebab nafkah wajib atas suami. Tapi memandangkan faktor ekonomi keluarga, isteri berkorban untuk ringankan beban suami. Suami jangan pula ambil kesempatan atas kebaikan isteri.
Kita lihat bagaimana kehidupan rumah tangga Nabi SAW. Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama al Aswad bin Yazid tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika dalam rumahnya?
Aisyah r.a menjawab: Rasulullah SAW sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah. Apabila sudah tiba masuk waktu solat, Baginda keluar untuk solat. (Bukhari & Muslim)
Bantu isteri dalam membuat kerja rumah. Kerja rumah yang dimaksudkan adalah kerja yang dilakukan bersama untuk meringankan tugas isteri. Ini termasuklah mengemop lantai, menyapu sampah, buang sampah, sidai kain.
Berikan surprise pada isteri dengan kerja-kerja yang suami tak pernah buat. Contoh, sepanjang perkahwinan, suami tak pernah lipat baju, apa kata suami cuba sekali lipat baju. Pasti berbunga-bunga hati isteri.
Mudahkan perkara yang susah bagi seorang isteri. Waktu isteri tidur, suami pergilah tolong isi minyak kereta isteri, tolong basuhkan kereta dia. Isi minyak ni perkara yang kurang digemari kaum wanita tambahan pula bawa anak-anak kecil dalam kereta, ia memang merumitkan bagi isteri. Kasihan kat isteri kita.
Perhatian bagi isteri, janganlah pula diperli dan mengkritik apa yang suami buat, sebaliknya ucap terima kasih dan puji hasil kerjanya. Hormon dopamine suami akan meningkat, hormon oxytocin isteri pula akan melonjak tinggi.
Hassan Adli
Usaha untuk jadi suami yang baik.
MW: Suami kenalah tolong dalam membuat kerja rumah dan jangan mengharapkan pada isteri semata-mata.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...