Suami Jangan Sorok Duit, Serah Biar Isteri Urus Kerana Dialah Pintu Rezeki Anda

Sesetengah suami, bukan semua.. ada satu habit. Tak nak kongsi dengan isteri. Urus semua benda diam-diam, isteri tak tahu menahu. Suami, jangan sorok duit yang ada.

Walhal, bila dalam pengurusan kewangan keluarga, isterilah yang lebih pandai menyimpan, urus duit. Tak boros, malah tahu celah mana nak asingkan untuk perbelanjaan, banyak mana nak kena simpan.

Suami anggap, bila isteri tanya pasal duit dia, isteri itu nak meminta. Bila isteri tengok kewangan keluarga makin parah, dia pun mahu bantu suami. Tapi ada suami salah sangka.

Benar sungguh catatan Puan Marlia Ramli ini, suami kena hadam baik-baik. Suami jangan suka-suka cop isteri pemboros. Sebab dalam banyak perkara, isteri itu sebenarnya adalah Gabenor Wang Keluarga.

 

Suami Jangan Sorok Duit, Serah Biar Isteri Urus Kerana Dialah Pintu Rezeki Anda

Isteri Gabenor Wang Keluarga

14 point ini menunjukkan suami kena percaya dengan kebolehan isteri urus wang. Gandakan kewangan dalam keluarga, sekali gus bantu suami untuk lebih bertenang mencari rezeki.

1 – Isteri adalah pintu rezeki. Jika kita bijak menguruskan, masa depan keluarga lebih cerah nanti.

2 – Isteri bijak tak sibuk jenama bedak. Tak pandang jenama bag dan tudung kelip cam lampu di musim raya. Dia lebih suka fokus mencari jalan menjana wang.

Ads

3 – Pandai jana wang tapi tak pandai simpan taguna juga. Uruskan baik-baik pastikan wang beranak pinak sentiasa.

4 – Kenali potensi isteri anda. Ada yang bijak mengurus dan bijak mengganda. Jika ini kekuatan mereka, serahkan gaji biar isteri uruskan segala.

5 – Wang RM1,000 diganda menjadi RM10,000. Wang RM10,000 menjadi berganda lagi. Ini gabenor kewangan yang mampan. Jangan sorok wang dari isteri begini. Kemahiran isteri kita gunakan.

6 – Perlu pandai urus, simpan dan laburkan. Kembangkan dalam perniagaan. Bukan ada RM100, mengecik jadi RM10. #apeni

Cari tabung duit di sini : https://invol.co/cl920fd

 

Ads
Suami Jangan Sorok Duit, Serah Biar Isteri Urus Kerana Dialah Pintu Rezeki Anda
Kredit foto : siakapkelinews.blogspot.com

Usahakan Beli Rumah Pertama, Elak Menyewa Hingga Tua

7 – Jadikan kebiasaan. Ada wang fikir cara gandakan. Belajar ilmu pelaburan. Buat salah itu biasa. Belajar lagi dan lagi. Bina size perniagaan. Kecilan tak apa, tapi berpanjangan.

8 – Jaga emosi. Buat kira-kira hanya melalui angka. Elakkan emosi dan bertegas bila melibatkan tabung bersara. Jangan bagi muka tabung bersara yang mahu diguna ketika muda. Tak boleh!

9 – Sama-sama berusaha ketika muda. Semoga bila berusia, bersara selesa sentiasa bercinta. Bila ada wang, semua lebih teratur dan stabil bergaya.

10 – Rumahtangga bila kewangan kukuh, masam sedikit mudah saja jadi semanis gula. Tidur lebih lena, rumahtangga lebih lawa.

11 – Yang masam lama-lama tu bukanlah apa. Sudahlah berbeza pendapat sentiasa, poket keluarga sengkek dan tertekan ekonomi keluarga pula.

Ads

12 – Jika tak pandai urus wang, lantik isteri jadi GABENOR WANG KELUARGA. Bila kewangan kukuh, insya’allah hubungan lebih utuh.

13 – Kumpul modal 15%. Usahakan beli rumah pertama. Kita tidak mahu menyewa sehingga tua. Kita sakit hati bayar sewa setiap bulan harta jadi hak pemilik rumah yang kaya raya.

14 – Pelbagaikan tabungan. Mulakan simpanan emas juga sebagai pelindung inflasi untuk persaraan dan takaful kekayaan. Dana pendidikan anak bagi mengelak kebocoran.

Salam sayang

Mingguan Wanita : Jangan sorok duit yang ada itu, tak rugi sebenarnya berkongsi dengan isteri. Bila isteri pandai urus dua-dua dapat kelebihannya nanti.

Sumber/Foto : Marlia Ramli

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI