Rak rempah dan rak pinggan mangkuk memang satu keperluan di dapur. Memudahkan kerja memasak dan susun atur perkakasan pinggan mangkuk selepas di cuci jadi lebih kemas dan teratur.
Untung dan bertuah sangat jika dapat suami yang pandai bertukang. Permintaan isteri boleh di tunaikan, memang boleh buat isteri senyum sampai ke telinga lah. Kalau encik suami pandai dan minat bertukang boleh cuba DIY sendiri, minta buatkan Rak Rempah dan Rak Pinggan sendiri di rumah.
Boleh cedok idea yang dikongsikan oleh En Izat Akmal yang buat Rak Rempah dan Rak Pinggan sendiri untuk isteri tersayang.
Kisah bertukang. Siap 2 benda yang isteri minta. RAK REMPAH & RAK PINGGAN. Senyum sampai telinga dia. Tukar semua rak plastik, saya buat baru rak besi+kayu lebih kukuh. Saiz 3 kaki tinggi.
Material:
Besi hollow 1×1
Hevea board
Colour kayu: mahogany
Ala-ala klasik gitu.. kadang-kadang citarasa kita tak sama tapi inilah kesukaan saya. Seminggu lebih jugak nak siapkan.
Jaring besi expanded metal, diamond mesh. Dekat shopee ada jual sikit-sikit. Kalau beli hardware besi kena beli sekeping, 4x8kaki.
Habis lebih kurang dalam RM300 untuk 2 rak ni.
Ads
Dah lengkap dengan rak rempah dan rak pinggan ni, bolehlah susun dengan peralatan dapur yang lain juga macam set pisau daripada Cuoco Grade 420 Stainless Steel Knife Setini. Barulah sempurna, mudahkan kerja-kerja memasak nanti.
Mingguan Wanita : Menarik juga idea buat rak rempah dan rak pinggan ni. Boleh cedok idea yang dikongsikan dan jadikan inspirasi nanti. Paling penting memang jimat kos dan bajet, cantik, kemas malah lebih puas hati bila dapat buat sendiri untuk isteri tersayang.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam tapi tiada kawasan atau tanah di rumah boleh cuba kaedah hidroponik ni. Menariknya, tak perlu beli bekas hidronopik yang mahal, guna botol air mineral besar yang 1.5 liter dan cara tanaman yang betul pun dah boleh jadi. Mak-mak boleh dapat sayuran segar dan bebas racun serangga.
Untuk ketahui lebih lanjut, boleh cuba buat sendiri kaedah hidroponik guna botol air mineral yang dikongsikan oleh Hafizuddin Wahab ini;
“Di sini saya share cara saya buat hidroponik menggunakan botol air mineral 1.5 liter.Untuk media tanaman tu saya gunakan sabut kelapa ye sebab sabut kelapa dia dapat menyerap air dengan baik”.
“Saya mengamalkan semburan racun organik iaitu neem oil + sunlight pencuci pinggan + cuka kayu…Alhamdulillah bebas daripada serangga seperti belalang dan siput babi. Kekerapan semburan adalah seminggu sekali atau 2 kali seminggu”.
“Semoga bermanfaat sama-sama kita bercucuk tanam di rumah ya. Makan sayur yang sihat dari rumah.”
Bahan-Bahan Diperlukan:
Botol air mineral
Spray tin warna hitam
Kain flanel
Sabut kelapa (cocopeat)
Biji Benih
Cara Membuat:
Belah botol air mineral 1.5 liter kepada 2 bahagian.Pastikan bahagian bawah untuk takungan baja tidak terlalu rendah ye. Kemudian, buat lubang sekeliling bahagian atas seperti gambar di bawah untuk akarnya keluar.
2. Ini bahagian untuk takung air baja. Saya cat hitam untuk mengelak pertumbuhan lumut. Saya spray je, beli spray tin kat MR DIY tu je.
Lubang di bahagian atas bertujuan tak nak bagi air terlampau penuh supaya ada ruang untuk pengaliran udara.
3.Buat lubang pada penutup botol. Masukkan sumbu. Boleh aje guna kain apa pon, asalkan serap air dengan baik.Saya guna kain flanel sebagai sumbu. Boleh beli di shoppe je, sebab cari kat kedai biasa takde. Kalau tersalah kain nanti tiada serapan tak menjadi dia.
4. Cara nak buat lubang pada takung air baja.Pastikan buat lubang sekeiling botol sama paras dengan penutup botol seperti gambar di atas.
5. Dah siap.
6.Bahagian atas dalam bekas merah tu isi cocopeat (sabut kelapa).Sabut kelapa biasa pun boleh jika boleh buat sabut kelapa hancur sendiri. Saya beli yang dah siap, kat nursery pokok ada jual, kat kedai Eco RM2 pon ada saya tengok.
Tengok banyak akarnya keluar.
Info Ekstra!
Kalau nak buat sendiri cocopeat, caranya ambil sabut kelapa tu, ambil paku, paku pada kayu. Lepas tu gosokkan paku tu pada sabut kelapa, nanti keluarlah sabut kelapa hancur.
Baja AB tu untuk baja. Cuka kayu tu untuk semburan seminggu sekali atau 2 kali seminggu sahaja. Sukatan baja AB 10ml A + 10ml B larutkan dengan 1 liter air.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, suka sayur segar bebas daripada racun serangga boleh gunakan kaedah ini yang mudah dan lebih jimat.
Sebenarnya kita boleh baiki Peti Ais yang kurang sejuk sendiri di rumah. Rupanya dengan menukar Termostat Pencairbeku dengan modal RM12, Peti Ais kembali berfungsi elok, sejuk dan beku. Memang jimat banyak duit bila buat sendiri berbanding hantar baiki di kedai.
Ikut panduan baiki peti ais tak sejuk, seperti yang dikongsikan oleh Jannatun Naim ini.
Pernah tak tiba-tiba peti sejuk kat atas beku, tapi kat bawah tak sejuk pun. Takpun atas bawah kurang sejuk? Jadi saya nak kongsi sikit. Selalunya yang jadi masalah ialah termostat atau sensor pencairbeku (defrost) yang rosak.
Jadi saya nak tunjuk kat mana dan cara nak tukar benda ini. Sensor ni saya beli online, sebab kedai tak buka masa PKP ni. Modal lebih kurang RM12 benda ni.
Sebelum memulakan projek baiki peti ais, pastikan tutup dahulu suis peti sejuk. Risau peti ais tak beku, orang lain yang kaku nanti.
1. Buka Penutup Di Bahagian Atas Peti Sejuk
Kalau bukak cover bahagian atas peti sejuk, macam ni rupa dia, semua dah frozen, sebab tu bawah tak sejuk.
2. Tunggu Ais Mencair
Tunggu ais tu mencair sendiri. Saya tak kuasa nak tunggu, jadi guna hair dryer pon boleh nak bagi cepat cair. Tadah bekas. Senang nak buang ais yang cair tu.
3. Keluarkan Sensor
Ok, bila dah cair perasan tak benda tiub warna pink tu, haaa tu la sensor tu. Potong cable tie tu, tarik keluar sensor tu.
Ok ni keadaan sensor tu. Yang bawah tu, baru punya.
4. Gantikan Sensor
Ok macam ni.Potong wayar pada tiub asal sambung ke sensor baru.
5. Kemaskan
Akhir sekali, letakkan sensor pada posisi asal dengan menghalakan bahagian besi sensor ke bawah. Ikat wayar dengan kemas menggunakan pengikat wayar supaya tidak bergerak-gerak.Kemaskan guna heat shrink tube (warna hijau tu), kalau takda boleh guna selotip hitam (electrical takpe) pon tak apa.
Artikel Menarik:10 Barang Ini Sebenarnya Tak Perlu Simpan Dalam Peti Sejuk
Mingguan Wanita: Jadi jika ada masalah peti ais tak berapa nak sejuk tu, boleh cuba baiki sendiri di rumah. Tukar Termostat Pencairbeku je, modal baru RM12, memang lebih jimat berbanding hantar kedai baiki.
Rupanya kita boleh buat sendiri lampu pelita raya dengan menggunakan minyak masak. Malah lebih jimat dan tahan bernyala sampai ke subuh. Bukan apa jika nak beli pelita raya yang dah siap boleh tahan juga harganya.
Bila pasang pelita di rumah, barulah meriah malam 7 likur nanti.Buat sendiri je ikut cara yang dikongsikan dalam video TikTok Fadildil12 ini. Memang paling mudah cepat dan paling murah kosnya.
Bahan Diperlukan:
Cawan kaca atau bekas plastik
Minyak masak
Pewarna merah atau apa-apa pewarna
Air Pelampung sumbu
Mingguan Wanita: Wah menariknya buat lampu pelita raya guna minyak masak ni. Mudah nak buat dan jimat kos. Memang berseri malam 7 likur bila pasang pelita macam ni, malah boleh tahan sampai ke subuh. Kena cuba nanti.