Hati isteri mana yang tidak kecewa, remuk apabila mengetahui pasangannya telah berlaku curang.

Dalam satu kes yang telah berlaku:

“Apa salah saya Encik, setelah 17 tahun kami berkahwin, dia mula buat perangai. Anak kami pun sudah besar remaja, dengan siapa lagi saya bergantung harap jika tidak dengan suami sendiri.  Jika saya bersalah, tegur dan bimbinglah, saya sangat kecewa dengan perbuatan suami saya.”

Cinta Atau Nafsu

Skandal dan kecurangan dalam rumah tangga ini tidak berlaku sekelip mata, ia akan bermula dengan bibit perkenalan persahabatan biasa yang dianggap hanya sekadar kawan dan tiada apa-apa yang istimewa.

Ads

Namun di sinilah punca segalanya akan berlaku, perbualan demi perbualan ditambah pula dengan segala kemudahan gajet yang ada seolah-olah menjadi laluan mudah untuk berlakunya skandal kecurangan ini.

Sedar atau tidak, hati sudah mula bertaut, nafsu makin bertambah gelora, iblis melagukan lagu-lagu cinta dan mereka mula buta dan memandang cinta inilah cinta sejati.  Isteri di rumah mula dipandang sepi.

Ads

Mohd Shariman Che Deris turut berkongsi beberapa sebab kenapa lelaki berperangai begini dan terdorong kepada skandal dan kecurangan :-

Ads

 BOSAN DENGAN PASANGAN

  • Lelaki yang tidak suka terikat dengan rutin yang sama akan terdorong untuk mencari kelainan dan mula merasakan tidak ada lagi cabaran dalam hubungan rumah tangga, akibatnya mereka mula meneroka pilihan kedua.

Kaya Dan Berduit

  • Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemampuan kewangan lelaki akan meluaskan lagi peluang untuk mereka berpoya-poya dan mencari cinta sementara hanya dengan tujuan untuk bersuka-suka sahaja.
  • Biarpun sebenarnya mereka akur dan tahu bahawa tindakan mereka ini salah dan bakal menyakitkan hati isteri, namun inilah sifat yang sudah jadi tabiat dan budaya hidup lelaki begini.

Ego Inginkan Yang Lebih Baik

  • Lelaki yang ada ego begini tidak akan faham maksud perkataan setia, lelaki begini merasakan dirinya sangat baik, menarik dan bahawa dirinya berhak dapat yang sepadan dan setara dengannya, sehingga mereka dengan semudahnya meremehkan isteri yang dianggap tidak cukup padan dengan dirinya.

Benci Dengan Pasangan

  • Perasaan benci ini akan mula wujud apabila adanya konflik diri yang dia melihat pasangannya sebagai pengkhianat, pembohong dan hipokrit. Bagaimana perasaan benci ini boleh wujud?
  • Lelaki yang dirinya ada kekurangan sama ada kewangan, kemampuan seksdalam hubungan intim dan lainnya akan mempunyai self estem yang rendah, apa juga yang dibuat oleh isterinya akan dianggap sebagai satu ancaman dan ugutan untuk berpisah dengannya.
  • Isterinya lambat masak sudah dianggap tidak mempedulikannya. Perasaan takut awalnya akan berubah menjadi benci apabila dia gagal untuk mengawal emosi dan tidak pula disedari pasangannya.
  • Lelaki ini akan mula mencari rasa selamat dengan mencipta peluang-peluang kecurangan bagi membuktikan kemampuan dirinya sebagai lelaki untuk berbangga dengan isterinya konon-konon dia masih ramai peminat.

 Kaki  Chatting

  • Hati-hati dengan lelaki yang suka bergaul dan bersembang di media sosial terutamanya tengah malam.
  • Lelaki ini akan akhirnya tenggelam dalam dunia khayalan ciptaannya dan mula membayangkan keasyikan serta keindahan dalam sembang bual mereka.
  • Lelaki sebegini akan semudahnya melihat orang lain lebih baik daripada isterinya, dia akan mula terdorong untuk bersikap dingin dan acuh tidak acuh dengan isterinya dan sering membayangkan wanita itu lebih memahami dirinya.

 Nafsu 

  • Lelaki hidung belang ini hanya hidup kerana nafsu dan sangat sukar untuk kekal setia dengan hanya satu wanita, dia akan mencipta pelbagai alasan hanya untuk membenarkan kecurangannya dan menyembunyikan skandalnya.

Enam punca ini adalah antara yang utama di kalangan lelaki yang bersikap curang terhadap isterinya, namun asas kepada semua punca ini adalah kurangnya iman dan pengetahuan agama serta rendahnya akhlak dalam rumah tangga hingga semudahnya hilang pertimbangan.

Setiap orang yang berkahwin tentu saja inginkan rumah tangga mereka kekal bahagia sehingga ke akhir hayat, adalah sangat wajar untuk dikembalikan fitrah diri kepada agama, tingkatkan pengetahuan dan nilai iman dalam diri, kelak inilah akan jadi pendinding daripada jatuhnya seorang suami ke lembah kecurangan dan skandal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI