Pilihlah untuk setia. Kenapa perlu nak cari yang lain, kalau yang ada itu adalah yang terbaik, nanti menyesal tak sudah. Mungkin bagi lelaki sekadar untuk suka-suka, tapi akhirnya makan diri.
Curang dengan pasangan bukanlah perkara yang ditakdirkan. Kalau tak ada angin manakan pula pokok bergoyang. Kalau tak mencari dan terhegeh-hegeh tak mungkin ia terjadi.
Bila dah ada pasangan hidup, bersyukurlah. Itulah yang melengkapkan kehidupan kita. Jangan bermain dengan api dan pilihlah untuk setia. Apa lagi yang tak cukup?
Kalau itu sudah mempunyai segalanya, tiada sebab untuk berlaku curang dengan pasangan. Perkongsian menarik Rohana Saad yang mengatakan suami curang lebih cepat mati. Betul ke?
Dah berpunya tapi melayan. Bila dah tersuka dikatakan takdir Tuhan. Ini bullshit kau tahu tak?.
Setia atau curang, bukan bergantung pada lelaki atau perempuan tapi bergantung pada akal fikiran.
Curang itu pilihan bukan kesilapan, jadi, jangan salahkan orang lain dan jangan salahkan takdir. Kita nak sesuatu pun atas pilihan kita sendiri dan kemahuan diri sendiri. Kalau kau pilih untuk setia, kau tak akan berani mendua.
Kalau nak setia, duduk jauh pun tetap setia. Kalau nak curang, duduk sebelah pun boleh curang.
Kalau isteri dah “perfect” pandai masak, pandai jaga suami dan anak-anak, tapi kalau suami nak curang, dia curang juga. Bila suami sakit, isteri sibuk nak jaga dia.
Ads
Bila isteri sakit, suami sibuk nak cari pengganti dia, betulkan? Jadi suami ni, jangan sesekali curang dengan isteri, sebab bila kau curang.. dia tak akan sama macam dulu lagi.
Kenapa curang? Sebab ingat akan dapat yang lebih baik? Tak. Sebenarnya bila kau curang, kau akan kehilangan seseorang yang sememangnya cuba menjadi
Terbaik untuk kau. Tapi kau tamak.
Nak juga cari lain. Susah nak cantumkan hati isteri yang telah hancur. Nak dia layan kau macam dulu pun susah. Jadi, jangan cuba-cuba untuk curang. Hati yang terluka tak mungkin kembali seperti asal, beringat-ingatlah. Bukan mudah untuk merawat luka, kalau sembuh sekalipun parutnya tetap ada.
Bergantung Pada Diri Sendiri
Mengikut kajian, suami curang lebih cepat mati. Kecurangan lelaki yang sudah berkahwin boleh meningkatkan risiko serangan sakit jantung.
Curang perlu bekerja keras, kena padam mesej, lock phone dan kena fikir ayat-ayat untuk menipu. Terlalu susah untuk curang, baik setia je. Pada suami diluar sana dan bakal suami, tolong laaaaa fikirkan hati dan perasaan isteri korang. Sebelum ada hati nak cari lain ingatlah masa susah dulu sama-sama, masa dah senang apa pasal pulak nak bagi isteri kau madu?.
Tidak semua suami adalah sampah dan tidak semua wanita juga adalah suci tanpa pernah melakukan kesilapan.
Hakikatnya, segalanya bergantung kepada diri sendiri. Jangan terlalu mencari kesempurnaan, baikilah perhubungan. Bagi si perempuan yang menjadi orang ketiga, sailang hak orang pun pilihan.
Kau dah tahu orang tu suami orang, kau boleh je tak melayan. Kau boleh je jauhkan diri. Tapi kau tetap memilih nak membina bahagia atas derita orang lain. Jangan risau, kifarah kejap je sampai.
Ads
Mingguan Wanita : Jangan sesekali nak suka. Makan diri dan menyesal tak sudah. Syukurlah dengan pasangan yang sanggup susah senang bersama.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Sungguh membahagiakan apabila suami menghargai isteri. Merasakan isteri sangat penting, dengan senyuman dan pelukan mampu menghilangkan lelah, resah dan duka yang dihadapi oleh seorang suami.
Ini perasaan yang dikongsikan oleh pendakwah kekeluarga terkenal, Ustaz Ebit Lewterhadap isterinya apabila ditimpa musibah baru-baru ini.
Ramai mengetahui 17 Februari lalu, pejabat pendakwah ini telah dipecah masuk dan mengakibatkan kerugian lebih RM50 ribu. Ketika kejadian, Ustaz Ebit berada di Penjara Perlis atas tuntutan menyampaikan ceramah kepada banduan akhir.
Meskipun masih bersedih atas kehilangan barang-barang yang digunakan untuk tujuan dakwah beliau, Ustaz Ebit kekal positif dan bersangka baik dengan Allah atas apa yang berlaku. Hikmahnya, apabila dapat mengislamkan salah seorang banduan tahun akhir warganegara Nigeria. Malah mencari ketenangan dengan bersyukur, serta berkongsi kesedihan disamping isteri tersayang.
Berikut yang dikongsikan pendakwah ini;
“Office saya kena pecah..sedihnya.”
“Ya Allah terkejut sebelum ceramah di Penjara Perlis. Dapat tahu office saya di Bandar Baru Bangi kena pecah. Semua komputer,laptop 2,kamera-kamera baru beli juga rakam ceramah-ceramah dan dakwah, telefon bimbit 3 dah takde dan ada duit sikit..lebih dari 50k juga semuanya. Ya Allah tuhanku. Pencuri tinggalkan tulisan ini.”
“Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Saya sumpah dia ditangkap dan dapat hidayah. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha. Semua dari Allah kembali padanya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik.”
Banduan Akhir Masuk Islam
“Di Penjara Perlis Banduan akhir menanti hukum gantung dari Nigeria tiba-tiba setelah dakwah tadi terbuka hati ucap syahadah dan memeluk Islam. InsyaAllah penjara akan bantu belajar Islam dan Solat.”
“Sebelum masuk penjara. Dapat mesej staf saya. Office kena pecah masuk. Lebih dari 50k. Beberapa kamera baru rakam ceramah dan laptop-laptop, hp semua serta ada duit cash. Tergamam sekejap”
“Terkejut sekejap. Dalam penjara tak bawa phone. Tiba-tiba. Jumpa orang dalam penjara. Akhir sebelum balik ziarah sel banduan akhir. Semua kenal saya yang Islam. Mereka download ceramah saya. Wajah mereka semua bersih. Nampak sejuk wajah solat. Ada terkejut peluk saya menangis.”
“Seorang Nigeria,saya berbual dan dakwah tentang Islam. Dia tiba-tiba terbuka hati dan ucap syahadah. Paling mengejutkan dia ucap menggeletar dan menangis. Saya pun rasa nak menangis. Allahuakbar. Cepat-cepat pengarah penjara disebelah saya pun sebak menangis dan arahkan buka sel. Kami berpelukan. Dia menangis peluk saya. Pengarah penjara kata terkejut gembira akhir hayat dapat kenal Allah orang nigeria ini.”
“Allahukbar siapa tahu banduan akhir menanti ke tali gantung tiba-tiba diberi hidayah. Allahuakbar. Allahuakbar”
Terubat rasa walau sedih hilang office kena rompak.
Senyuman & Pelukan Isteri Hilangkan Rasa Beban
“Terasa penat dan sedih sedikit.. Dibahu inilah tempat saya berehat. Terus hilang semua sedih penat letih. Ya Allah pasti ada rahmat disebalik musibah yang datang.”
“Masa sedih dapat tahu office pecah. Saya di Perlis. 5 minit baca mesej terus tutup telefon masuk penjara Perlis. Tak sempat call or tanya apa terjadi. Happy bila Allah hadiahkan Banduan akhir orang Nigeria masuk Islam. Dia menangis.”
“Sekali keluar penjara. Tengok banyak barang hilang. Semua benda penting berharga. Sedih sebab sayang alat untuk rakam dan semuanya untuk ceramah,dakwah, dan kerja harian saya hilang. Mahal juga sebab beli sikit-sikit. Dan duit-duit.”
“Masa sedih naik flight firefly. Allah beri hadiah pertama. Pramugari datang kata pilot beri hadiah dalam plastik. Cantik sangat. Balik terus beri pada anak. Ya Allah dapat hadiah kapal terbang besar cantik. Warna oren. Senyum jer..terasa kasih sayang Allah.”
“Sampai rumah isteri peluk. Itulah hadiah besar. Senyumannya. Pelukannya. Hilang rasa beban. Walau masih terasa sedih sikit. I love u bidadariku.”
“Cepat-cepat solat sunat dan doa. Ya Allah hati ini syukur atas apa yang terjadi. Pasti ada rahmatnya. Terima kaseh ya Allah atas segala nikmatnya.”
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Pesanan buat para suami, jika ada masalah, resah, sedih mahupun penat mahupun apa sahaja yang dihadapi, selalulah berdamping dengan isteri, saling berkongsi cerita. Jadikan isteri rasa penting dan dihargai, dan percayalah isteri adalah ‘ubat penenang’ yang terbaik.
Sumber: Ebit Lew
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sempena Hari Bapa Seluruh Dunia yang disambut pada 16 Jun, semalam, ramai yang meluahkan penghargaan buat ayah mahupun suami masing-masing. Ia sebagai tanda menghargai pengorbanan insan yang berkerja keras dalam memastikan keperluan keluarga serba sempurna.
Namun demikian, bagi wanita yang bergelar ibu tunggal, tanggunggjawab menjaga anak-anaknya sepenuhnya tergalas di bahu mereka. Dia lah ibu dan dialah ayah. Lebih malang, jika nasib dikurniakan bekas suami yang tak ambil kisah tentang nafkah dan abaikan urusan anak-anaknya selepas berlakunya perceraian.
Semalam, pelakon Rita Rudaini,43 ada memuat naik posting di instagram meluahkan perasaan bergelar ibu dan ayah dan membesarkan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin,9 dan Airit Qaqa Arjuna,8.
Menurut Rita, dirinya ‘bertuah’ terpilih memikul tanggungjawab membesarkan anak-anaknya sendirian tanpa bantuan sesiapa. Dirinya sanggup bersusah payah, asalkan anak-anaknya bahagia dan gembira.
Berikut perkongsian tersebut;
“Rasa bertuah dipilih untuk besarkan anak-anak sorang-sorang tanpa bantuan sesiapa…ada yang bercerai tapi anak-anak masih di biaya bapa, duit sekolah, perayaan, tempat perlindungan dan segala perbelanjaan sehingga dewasa, beruntungnya mereka alhamdulillah…tapi saya sebaliknya…tanggungan penuh atas bahu saya dari mereka kecil sampai sekarang”
“Saya bersyukur sebab DI PILIH jadi begini…ini bahagian saya. Ini anak-anak kandung darah daging saya. Mana mungkin saya berkira kira. Susah senang yang saya tanggung saya percaya akan ada kejayaan dan manis menunggu di depan”
“Biar lah kami tak mewah tapi hati kami bahagia…saya tak rasa susah mencari rezeki sorang-sorang ..penat? Ye itu biasa…tapi bila dapat menyuap rezeki yang saya cari ke mulut anak-anak, saya bahagia, hilang penat lelah..”
“Saya rasa ibu tunggal di luar sana pun merasa benda yang sama macam saya.. ada rezeki besar ada rezeki kecik tapi itu tak menjadi masalah asalkan anak-anak besar dengan gembira “
“Saya seorang ibu yang sanggup ikat perut demi anak-anak saya. Ketepikan baju raya, keperluan saya. Jodoh? Jauh sekali untuk saya fikir..semuanya demi anak-anak kerana bahagian saya dah lepas…masa depan untuk diri saya dah lepas dan masa depan saya cuma mereka,RYAN dan ARJUNA…SELAMAT HARI BAPA UNTUK IBU-IBU TUNGGAL.
MW: Bukan mudah bergelar ibu tunggal, membesarkan anak-anaknya sendirian. Wanita yang bergelar ibu tunggal, sememangnya insan yang hebat, sanggup mengenepikan kebahagiaan sendiri demi kegembiraan anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sudahlah isteri itu sarat mengandung, diminta pula buat macam-macam. Rasa ralat sungguh bila ada suami yang tak sayang isteri, marah-marah sebab tak puas hati dengan khidmat bakti isteri. Sampai dijaja kisah isteri di laman sosial, dikongsi pula keburukan isteri tanpa dapat isteri membela diri. Nampak saja salah isteri, tapi tak sedar empat jari lagi tertuding ke diri sendiri.
Terkesan dengan sikap suami yang berkongsi kisah rumah tangganya ini, Puan Marlia Ramlimenyuarakan pandangannya. Saranan untuk suami yang selalu saja mempertikaikan bakti isteri selama mana dia berada di bawah naungan nafkah suami.
Benar.. bukan semua lelaki bergelar suami begini. Ramai sebenarnya sudah punya kesedaran dan bertanggungjawab, cuma kisah ini jadikan ikhtibar. Agar tiada lagi wanita yang dimangsakan oleh suami sendiri.
Wanita Dimangsakan
Ini akak setuju. Kalau kita berkahwin untuk memaksa isteri berkhidmat kepada keseluruhan keluarga kita, akak fikir lebih elok kita ambil bibik uruskan rumahtangga.
Buat apa mahu beristeri? Isteri begini menyusahkan bukan? Tak mahu memerah keringat untuk keluarga kita. Tapi… Ambil bibik perlu dibayar, jika isteri dapat perkhidmatan percuma pula. Untungnya….
Sebagai kapten sebuah kapal, fahamkah kita apa tugas seorang isteri? Job scope nya apa? Termasuk mengurut ibu mertua dan menjaga anak-anak saudara ketika dia sendiri sedang mengendong zuriat kita?
Dan bila bercakap soal nafkah, bukankah hak isteri sepatutnya didahulukan? Garis panduan agama dalam soal pengurusan wang nafkah bagaimana? Muncunglah isteri jika hak nya terabai. Jika dah tunaikan nafkah, berbincanglah beritahu isteri bahawa mahu membahagiakan ibu pula. Usah mengambil hak isteri untuk diberi kepada sesiapa sedangkan terbiar hak nya pula.
Ya, akak setuju. Jika rasa mahu “membibik kan” isteri, eloklah ceraikan dia. Buat apa mahu terusan menyusahkan dia? Bukankah itu hanya membawa derita?
Duhai Suami Yang Dimuliakan
Akak malas nak bebel panjang. Sebelum mengambil anak dara orang, fahami erti bakti seorang isteri.
Kelas agama banyak. Ustaz nak rujuk pun ramai. Belajarlah… Supaya bila isteri mengandung tidak dikerah mengurut ibu dan menjaga anak-anak saudara kita pula.
Sungguh-sungguh formulanya mudah. Jika mahu dihormati sebagai ketua, ketahuilah dulu apa yang patut dan apa yang sebaliknya.
Lepas mencuci pinggan mangkuk dan kemas rumah isteri berkurung di bilik? Tak bolehkah? Selepas dia melakukan khidmat kepada keluarga mertua dia mungkin kepenatan. Penat letihnya mengemas dan mencuci pinggan mangkuk pernah ditanya? Mangkuk apakah pemikiran kita?
Ego Suami.. Sanggup Pula Pisahkan Ibu & Anak Yang Belum Bercerai Susu
Selepas isteri bersalin bercadang nak ceraikan isteri dan ambil anak? Tahniah! Sudahlah sang ibu dan anak berkongsi nafas selama 40 minggu, mahu diambil begitu saja? Tahniah kerana tidak merancang mahu menyusukan anak dengan air susu seorang ibu. Sustagen, Anmum, S-26 dan Enfagrow A+ kan ada? Peduli apa walaupun kita tahu khasiatnya tidak setanding dengan titisan susu ibu. Janji kita boleh menunjukkan kekuasaan kita sebagai arjuna.
Akak kecewa? Ya, akak sangat kecewa jika melihat WANITA DIMANGSAKAN. Ingat… Mak ayah si gadis nyamuk pun tak dibenarkan gigit, hadir arjuna dan keluarga mertua mahu menghancur lumatkan hati pula?
Eloklah mahu ceraikan isteri. Kerana isteri sebegini bakal berjumpa jodoh yang lebih baik. Lagipula, kita ambil bibik lebih mudah. Jangankan mengurut ibu dan menjaga anak-anak saudara, tandas rumah nenek kita sekali pakej mengemop lantai kitchen tok anjang pun kita boleh arahkan bibik lakukan saja.
Dan Akhirnya Ini Yang Jadi, Bila Isteri Terlalu Ditekan Tekan Emosinya
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.