Setelah berpisah, mungkin ada pasangan yang telah sah bercerai ingin merujuk kembali atau menyambung hubungan yang telah terputus. Perkara ini kadang-kadang membuatkan wanita terutamanya keliru sama ada untuk menerima atau tidak bekas suami.
Sebelum membuat apa-apa keputusan, fikirkan dahulu sedalamnya. Jangan hanya bersandarkan kepada kasih sayang yang pernah bercambah sebelum ini. Sayang bekas suami biarlah berpada-pada, kalau dia mahukan kita, biarkan dia berusaha lebih untuk dapatkan kita semula.
“Silap saya juga… Saya terima dia semula sebab sayang…”
Tapi dia tidak berubah walaupun diterima semula… Now saya nekad, kali ni saya betul-betul hendak undurkan diri daripada hidup dia sebab dia tetap orang yang sama, yang tak boleh ditegur dan tak boleh dinasihatkan…
Dia tetap seorang yang ego…
Demikianlah luahan seorang pengadu… Bukan seorang dua yang menghadapi perkara yang sama, tapi ramai lagi di luar sana… sudah diterima semula, tapi perangai masih sama…
Ads
Selepas itu dia tanya saya, “Tak akan hendak berpisah lagi encik…”
Saya kata, siapa yang suka berpisah… Apatah lagi jika ianya untuk kali kedua dengan orang yang sama…
Namun apa pilihan yang ada? Kalau mampu makan hati berulam jantung hari-hari, maka silakanlah bertahan selagi mana kesabaran itu masih ada di hati…
Patut Terima Kembali Tak?
Datang pula pengadu kedua… Sudah berpisah, pasangannya pun sudah berkahwin lain… Tiba-tiba pasangannya bercerai dengan yang baru itu, nak berbalik kembali kepada dia… Dia tanya,
Ads
“Patut tak saya terima dia semula…?”
Jangan tanya saya patut atau tak, sebab jauh dalam lubuk hati dia, dia memang hendak terima semula… Selepas itu saya tanya, lamakah dia bercerai dengan pasangan baru dia itu?
“Baru saja, surat cerai pun belum keluar lagi…”
Dulu, habis madu, sepah dibuang… Now, sepah itu dicari balik untuk dikutip dan diperah sisa-sisa madu yang ada…
Ads
Hanya Memberi Nasihat
Saya tak buat keputusan untuk hidup siapa-siapa… Saya hanya akan nasihat, kalau sudah buntu, sudah tak boleh fikir, maka istikharah berkali-kali setiap malam hari… Banyak yang atas dasar sayanglah, pisang berbuah dua kali…
Kalau dia hendak awak semula, biar dia berusaha… Dia tak nak usaha, dia memaksa, dia mengugut, maka dia adalah orang yang sama yang menyebabkan perpisahan antara awak dan dia…
Sayang itu biarlah berpada-pada…
MW: Ingat tu wahai isteri, kalau bekas suami mahukan kita semula… Biarkan mereka berusaha lebih. Jika betul-betul ikhlas, pasti mereka berusaha sebaik mungkin untuk menambat hati wanita yang mereka sayang semula.
Lafaz cerai secara kinayah atau lafaz sindiran perlu dibuat pengesahan bila timbul was-was. Oleh itu jangan dibuat main-main iya mak,ayah. Siapa tengok Drama 7 Hari Mencintaiku 2 baru-baru ini. Fokus time saat Khuzairi halau Mia ketika majlis akad nikah itu.
Haa kalau nak tahu itulah antara bentuk lafaz cerai secara Kinayah yang perlu dibuat pengesahan iya. Ikuti perkongsian Rabiatul Adawiyah Ramlidan hadam baik-baik ya.
Antara contoh Lafaz Kinayah (sindiran):
1- "Mia pergi Mia, Mia pergi abang tak nak tengok muka Mia lagi"
2- "Mak Ri tak boleh tengok muka dia lagi mak, suruh dia keluar"
3- "Ri dah tak boleh nak halang, Ri dah tak boleh nak gapai, sebab itu Ri bagi dia pergi"
4- "Mia, pergilah sejauhmana yang Mia nak, semoga hidup awak lepas ini akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi"
Cerita-cerita juga, mana yang dapat kita tapis jadikan ilmu dan pengajaran itu kita ambil.
Bila Timbul Was-Was Kena Buat Pengesahan
Yang mengada-ngada, yang jadi batu api, yang jadi perampas, yang jadi bongkak, hidung tinggi dan lain-lain watak dalam cerita itu jangan diambil pula.
Bila sudah jadi macam dekat atas itu, lebih-lebih lagi bila rasa was-was dan ragu-ragu, adalah sebaiknya buatlah pengesahan lafaz di Mahkamah Syariah di tempat maustatin. Untuk apa???
Bukankah mengambil langkah berhati-hati itu jauh lebih baik daripada sikap sambil lewa.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radiallahu 'anhu. Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda; "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dikirakan bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan bergurau (main-main) dikirakan bersungguh-sungguh juga iaitu nikah, talak dan rujuk."
Jangan Main-main Dengan Hukum Hingga Was-was
Apa yang penting. Jangan main-main dengan hukum.
Bab kenapa Mia dan Khuzairi berbaik macam biasa macam tak ada apa yang berlaku saja, mungkin sebab Pengarah filem nak adakan scene 7 Hari Mencintaiku 3.
Apa yang penting menontonlah sesuatu perkara dengan ilmu. Insyallah banyak manfaat dan iktibarnya
Memang ada benarnya zaman sekarang ekonomi serba serbi mencabar. Adakalanya tak terfikir mampu menanggung keluarga dengan hanya satu sumber pendapatan dan hanya suami sahaja yang ‘teruk’ berkerja.
Sebenarnya, kita tak perlu ada ‘mindset’ sebegini. Bagi keluarga yang memilih untuk mempunyai hanya satu pendapatan dan isteri hanya seorang suri rumah, mereka mempunyai gaya hidup yang bersesuaian dengan pendapatan dan kemampuan yang ada. Cara berbelanja, komitmen dan hutang pun tak sama.
Ada benarnya apa yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin ini. Hadamkan perkongsian ini sebagai panduan.
“Isteri full time housewife? Mesti struggle kan kena keje sorang-sorang…”
Eh, kenapa plak nak struggle? Saya tanya orang yang kata tu…
“Yer la, zaman sekarang kan kos hidup tinggi, nak beli itu ini, harga barang mahal…mesti la struggle nak cukupkan keperluan keluarga”
Gaya Hidup Ikut Pendapatan & Kemampuan
Konsepnya mudah saja, jangan pening-pening, jangan pikir teruk-teruk, jangan ada mindset keje sorang je, mesti struggle…sebab apa?
Sebab orang yang keje sorang ni, dia dah created lifestyle ikut pendapatan dia…dia dah wujudkan cara keluarga dia “hidup” berdasarkan kemampuan dia.
Apa yang mampu dia sediakan, apa yang mampu dia bagi, apa yang mampu dia tunaikan.
Kita orang luar, kita takkan tahu cara berbelanja orang yang hanya ada satu sumber pendapatan. Kita beranggapan dia struggle sebab kita keje laki bini pun masih tak cukup.
Gaya Hidup Tak Sama
Lifestyle kita dengan dia tak sama. Cara berbelanja, komitmen, hutang kita dengan dia pun tak sama.
Nak stabilkan keluarga dengan hanya satu pendapatan ni, orang yang dah lalui akan tahu pengalaman tu. Bukan senang nak seimbangkan pendapatan dengan perbelanjaan. Susah tu, awal-awal ja.
Once dah dapat rentak berbelanja, dah tahu cara untuk berbelanja dengan pendapatan sorang saja, maka dah tak jadi masalah dah.
So, akhir kalam, rezeki ni luas, nikmat ni banyak. Usaha mau lebih, maka insyaallah hidup tu Allah cukupkan dan mudahkan.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya gaya hidup setiap keluarga tak sama. Rezeki Allah itu luas, paling penting rajin bekerja cukupkan pendapatan, insya allah segalanya dipermudahkan walaupun hanya dengan seorang yang bekerja.
Mengejutkan sungguh pendedahan yang dikongsikan guru ini. Tentang sikap segelintir mak ayah yang terlalu terbuka malah berani berkongsi komen ‘cerita dalam kain’ di media sosial.
Aduh! Tak perlu pun dikongsi pengakuan ‘lurus bendul’ kisah intim yang anda dan pasangan telah lalui. Bahaya kot..
Bila mana jurucakap Goodbye Pornography, Mohd Fadhli Bin Othman (Mualim Mohd Fadhli) ini mendedahkan tentang pemikiran ibu bapa yang konon up to date tetapi sebenarnya menjelikkan. Lagilah bimbang kita dibuatnya.
Sebab ada segelintir mak ayah yang tak sedar bahawa merekalah sebenarnya menjadi punca datangnya sifat ‘kelucahan’ dalam diri anak-anak itu.
Ini Bukan Pemikiran Up To Date, Tapi MENJELIKKAN
Mula-mula masuk dan terjun isu gejala sosial terutama ketagihan pornografi dan salah laku seksual berkobar-kobar aku buat modul dan program yang FOKUS pada murid sekolah rendah, menengah dan Mahasiswa.
Tapi, semakin hari semakin meleset. Kebanyakkan kes dan masalah yang aku jumpai terutama pelajar sekolah adalah bermula dengan perangai seorang ayah atau KHALIFAH KELUARGA yang kuat layan video lucah. Lebih menjengkelkan lagi layan dengan isteri !
Baru sebentar tadi, satu pengakuan seorang netizen telah aku baca di sebuah posting salah seorang public figure program realiti Clever Girl. Sahabat aku ini (peserta CLEVER GIRL) telah mengecam tindakan segelintir masyarakat terutama lelaki @ suami yang suka layan video lucah a.k.a Pornografi.
Telah Ada Anak Anggap Tengok Video Lucah Itu Kebiasaan
Tiba-tiba netizen itu buat pengakuan yang berani sebegini (seperti gambar di bawah). Maaf bukan untuk mengaibkannya. Aku pun dah padam segala namanya. Pengajaran ini untuk diri sendiri dan semua orang. Nak cakapkan kesedaran ini masih rendah walaupun terhadap MAK AYAH !
Cuma nak beritahu di luar sana masih ramai pasangan suami isteri yang telah ada anak menganggap tonton video lucah merupakan satu kebiasaan. Matlamatnya semata untuk dapatkan skill atau teknik yang baru bagi puaskan pasangan.
Bayangkan, jika kalian menontonnya melalui telefon bimbit dan gadget itu kemudiannya anak pula guna. Sebab itu kes-kes yang berlaku seperti masalah seksual di prasekolah, tadika dan sekolah rendah semakin menjadi.
Usah Terlalu Terbuka.. Jadilah Mak Ayah Bertanggungjawab
Ini semua berpunca daripada MAK BAPAK yang tidak bertanggungjawab. Bila disuruh datang oleh pihak sekolah untuk program kesedaran pemalas dan banyak alasan. Maaf jika ayat kasar tetapi itu yang berlaku di kalangan PIBG sekolah.
Datang mesyuarat pun sebab ada cabutan bertuah. Jika tahu ada program kesedaran atau ceramah keibu bapaan datangnya lambat dan sampai di akhir-akhir slot.
Hajatnya tak nak tulis panjang-panjang. Tetapi bila dah menaip sama seperti bila dan mula pegang mikrofon. Payah nak berhenti.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...