Sebenarnya Sos Spaghetti juga boleh disejuk bekukan sebagai persediaan untuk Ramadan nanti.Memang mudah dan jimat masa, tinggal tumis dan letak daging cincang je. Menariknya boleh tahan lama 6 bulan hingga 2 tahun.
Ikut resipi dan cara buat Sos Spaghetti Bolognese seperti yang dikongsikan oleh Puan Erni Abu Samah ini.
Sementara ada mood ni kita buatlah sos spaghetti frozen stanby untuk Ramadhan. Biasa dah hujung-hujung tak lalu dah nak makan nasi. Frozen tu boleh tahan 2 tahun tanpa perubahan rasa.
Nak kupas kulit tomato tu yang malas, 6 kilo dapat buat 5 kali makan. Tinggal tumis daging cincang je nanti baru masukkan sos segera. Bahan lain semua dah ada dom sos tu.
Ni kalau retort ni boleh buat bisness ni. Rasa lagi sedap berganda dari brand terkenal dalam botol perasan kejap.
Bahan-Bahan:
7kg tomato merah buang kulit dan biji
5 biji bawang besar didadu
15 biji bawang putih dipecahkan dan didadu
2 sudu besar Oregano *serbuk kering
2 sudu besar parsley *serbuk kering
2 sudu besar basil *serbuk kering
2 susu besar chili flakes
2 sudu besar lada hitam
Bay leaves
2 tin besar tomato puri
2 tin cendawan hiris (optional) taruk masa 1/2 jam terakhir
3 ke 4 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1. Panaskan sedikit minyak jagung.
2. Tumis bawang besar and bawang putih, jangan garing, cukup layu je.
3. Masukkan tomato yang diblender halus
4. Kemudian, masukan tomato puri.
5. Masukkan pula garam dan gula.
6. Masukkan lada hitam dan herbs.
7. Masak atas api kecil dalam 2 jam. Kurang 2 jam sikit pon boleh.
Ads
Dah siap masak, simpan dalam freezer boleh tahan 6 bulan. Peket kecik-kecik. Saya biasa boleh simpan 2 tahun kalau masak 2 jam. Rasa lagi sedap.
Notes:
Bila nak makan hanya perlu tumis daging cincang, tambah sos di atas, adjust garam atau tambah meatball.
Boleh jadi sos lasagna atau pizza.
Tak buang kulit dengan biji pun boleh tapi tak sedap sangat.
Nak buang kulit kelar ‘X’ kat tomato. Celur dalam air mengelegak sampai nampak kulit terkoyak. Kupas macam pisang. Jangan lama nanti lembik.
Mingguan Wanita: Wah bolehlah cuba buat sendiri sos spaghetti Bolognese frozen ni dekat rumah.Tinggal tumis daging cincang je nanti. Tahan 6 bulan hingga 2 tahun, jika dimasak selama 2 jam. Memang mudah & jimat masa.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Kalau mak-mak tengah berdiet elok sangat makan jenis panggang, bakar yang tak berminyak ni. Boleh cuba resipi resipi ayam panggang yang dikongsikan oleh Cik Merpati Putih ini. Daging ayamnya rasa ‘berjus’ tak kering, mudah nak buat dan paling penting kalau nak lebih sedap kena perap semalaman. Bakar dalam oven atau guna air fryer pun boleh!
Ikut resipi yang dikongsikan ini.
“Oklah akak tunjuk satu-satu bagi mudah paham..cuba lah tengok step by step na sampai habis”
RESIPI CHICKEN GRILL
Meh akak tempek resipi, mudah dan cepat. Rasa juicy gitu yang ni resipi berbeza bahan – bahan pun lain.
Bahan-Bahan:
Ayam / daging (ikut citarasa)
Sos Lada Hitam KIMBALL (Dalam pack senang dan jimat)
Serbuk Rosemary herbs
Serbuk tyhme herbs
Serbuk lada hitam
Garam
Gula (kena lebih)
Cara Membuat:
1. Mula-mula sekali kena la basuh ayam / daging tu bersih-bersih, selawat semua.
2. Selepas itu, ambik sos lada hitam kimball tu buh dalam bekas (kalau pekat tambah air panas atau suam).
3. Lepaih tu kacau bagi sebati masuk perasa iaitu garam,serbuk thyme herbs, rosemary, serbuk lada hitam,dan juga gula (gula kena lebih sebab nak bagi serap dalam isi ayam/ daging tu na).
4. Selepas itu, kacau la sampai dah sebati semua baru masukan ayam / daging.
5. Perap semalam kalau nak sedap.6. Kemudian bakaq la dalam oven ka air fryer ka, kalau rajin tu pi la bakaq kat luaq buat bara api tu .
7. Dah masak tu lagu tu la rupa dia..pastu ikut suka la nak makan gu ngan apa pun.
Cara Mudah Buat MURUKKU Ekspres Guna MEE KUNING, Tak Perlu Uli!Kebiasaannya bila teringin nak buat murukku perlu gunakan tepung murukku, diuli adunan sebati dan diterap menggunakan acuan sebelum digoreng dalam kuali. Namun demikian, ada cara ekspres untuk menghasilkan murukku ini dengan hanya menggunakan mee kuning.
Rupanya Mee kuning yang dah nak tamat tempoh, apabila diolah dengan kreatif boleh menjadikan resipi murukku yang sedap dan rangup.
Mingguan Wanita: Jadi jika dekat rumah ada mee kuning yang dah nak tamat tempoh tu, boleh cuba buat muruku pula. Memang mudah tak perlu nak uli adunan atau nak guna acuan. Tinggal goreng je.
Apam Pisang memang ramai yang suka. Rasanya yang manis,lembut dan gebu memang sedap dimakan ketika minum petang. Kalau selalu buat Apam Pisang leper, tak gebu boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norizah Othman ini. Memang menjadi elok, gebu gebas apamnya.
Berikut perkongsian tersebut;
“Tudia…kelmarin hari tu sis buat Apam pisang gebu… terkejut, tengok naik begitu mendadak gebu gebasnya.”
Apam Pisang Gebu Gebas
Bahan-Bahan:
1cawan pisang berangan
(Lenyekkan perap 30 minit dalam bekas bertutup (kalau nak dapat urat yang cantik)
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...