Bagi mak-mak yang suka makan Char Kuey Teow, sebenarnya boleh buat sendiri je sos ini di rumah. Senang sangat bila rasa nak makan sos dah ready tinggal tumis dan masak je! Tak perlu nak beli lagi, lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri.
Sos Char Kuey Teow ini adalah olahan resipi, cara dan citarasa daripada Puan Fatin Nur Izzah sendiri. Boleh cuba untuk dijadikan panduan.
Berikut perkongsian tersebut;
“Homemade sos Char Kuey Teow.Masak sepinggan-sepinggan lagi sedap.Bila rasa nak makan mudah je sos dah ready.Saya dah cuba guna kepala udang sahaja, tapi tak menjadi. Ni saya olah sendiri. Nak lagi lama simpan dalam freezer. Satu bekas macam dalam gambar tu boleh buat sampai 4 bungkus kueh teow”
Bahan-Bahan:
1kg kulit dan kepala udang sahaja
Air secukupnya
2 senduk kicap manis
2 senduk kicap pekat
2 senduk sos tiram
2 kiub ikan bilis
2 sudu cili boh
6 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1. Letak air dalam periuk sama paras dengan kulit dan kepala udang. Rebus kepala udang dan kulitnya sekali, sampai mendidih dan kulit udang bertukar warna.
Ads
2. Dah sejuk air rebusan udang dan kisar sikit-sikit sampai habis.
3. Setelah kisar tapis dalam periuk, buang hampas kulit dan kepala udang tersebut.
Ads
4. Masukkan kicap manis, kicap pekat,sos tiram, kiub ikan bilis dan cili boh.Tambah bawang putih yang diketuk.
5. Kacau sebati, biar mendidih dan pelahankan api dalam 30 minit atau lebih. Masa ni bawang putih tadi pun dah hancur.
Siap!
Ads
Cara Memasak:
Tumis 2 ulas bawang putih, masuk udang letak 1 senduk sos char kuey teow dan sedikit air. Tambah kuey teow, telur sebiji masukan taugeh dan daun kucai.siap!
Info Ekstra!
1. Hampas kulit udang juga boleh dibuat baja pokok campurkan dengan tanah tanaman.
2. Untuk buat sepinggan Char Kuey Tiaw boleh letak 2,3 sudu makan sos ini.
3. Simpan dalam chiller boleh tahan dalam semnggu, simpan dalam freezer lebih sebulan.
MW: Buat mak-mak yang nak buat sendiri char kuey teow di rumah, boleh cuba resipi sos yang dikongsikan ini. Lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri.
Bila teringin sangat nak makan roti canai, kalau boleh time tu juga nak makan. Tapi risau pula musim sekarang ni. Ha..jangan risau. Boleh buat sendiri di rumah. Tak susah pun sebenarnya. Boleh cuba resipi roti canai homemade ini. Buat sendiri di rumah. Kebersihan dan kesedapan terjamin! Resipi ini ada dikongsikan di Facebook https://www.facebook.com/mohdalafiz.
Ha..Anak-anak pun mesti suka. Lagi pun, tak rumit sangat bahan-bahannya, semua dah sedia ada kat dapur rumah kita kan? Tak reti nak tebar? Jangan risau, kalau nanti rupanya tak cantik sangat..yang penting rasanya kebabom! Selamat mencuba!
Bila Teringin Buat, Semak resipi di bawah ni ye…
Bahan-bahan:
Tepung gandum (agak-agak nak buat banyak mana)
1 biji telur
2 sudu makan susu pekat/cair
2 sudu makan marjerin
Sedikit garam
Air suam
Minyak masak
Cara Membuat:
Satukan tepung, majerin dan susu (gaul sehingga ia jadi macam serbuk roti).
Masukkan air garam dan telur. Uli menjadi doh.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat pada tangan.
Lumur tangan dengan sedikit marjerin dan bulat-bulatkan doh hingga membentuk bebola. Kemudian rendam dalam minyak masak (2 jam atau lebih).
6. Kemudian bolehlah digoreng hingga masak sepenuhnya. Sekiranya hendak dijadikan frozen, goreng sekadar separuh masak dan bolehlah disejuk beku. Keluarkan dan goreng bila hendak makan.
7. Sedia dimakan bersama kuah kari, sambal sardin, dhal dan sebagainya.
Musim hujan ni, memang sedap hirup sup panas-panas. Jika pernah rasa kuetiaw Sup Thailand, memang tak cari sup lain. Lebih-lebih lagi kuahnya ditambah dengan akar ketumbar dan minyak bawang putih memang membangkit selera, makan bertambah-tambah.
Mak-mak yang nak cuba masak Kuetiaw Sup Thailand boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Lynda Nazri ini. Senang je rupanya nak buat!
Berikut perkongsian resipi tersebut;
“Kuetiaw Sup Thailand.Ada yang suka? Bau aroma akar ketumbar + minyak bawang putih tu bangkit selera hujan-hujan ni.Jemput makan semua.”
Mee/bihun/kuetiaw
Taugeh(Celur)
Kangkung(saya ganti sawi)celur
Kacang tumbuk (tapi saya tak guna)
Lobak masin (celur)
Ayam/daging/perut (Diracik halus)
Serbuk cili kisar (Saya buat sendiri) Nak beli yang thailand pun ada, jangan guna serbuk cili yang jenis Babas or sebagainya, sebab pahit)
Cili jeruk
Daun ketumbar
1. Didihkan air dalam periuk.
2.Masukkan akar ketumbar, ayam, kicap cair,kicap sotong,kiub ayam,lada sulah,lada hitam yang dah ditumbuk halus tadi.
3.Sambil-sambil tunggu didih tumiskan bawang putih yang dah di blend tadi sampai kekuningan dan terus curah ke dalam kuah tadi (time ni kuah wangi,bau macam bihun pama).
4.Perasakan garam,aji,gula sikit.Bahan-bahan ni saya agak-agak je ye untuk yang banyak mana saya masak.
5.Tunggu ayam lembut sikit, keluarkan isi ayam yang untuk diracik. Kemudian boleh la hidangkan bersama bahan-bahan hiasan diatas.
MW: Memang sedap makan kuetiaw sup panas-panas, lagi-lagi masa musim hujan. Mak-mak yang tak nak makan nasi, boleh cuba resipi ini. Aroma rempahnya secukup rasa.
Musim durian dah tiba, banyak durian dijual dengan harga yang cukup murah .Jika dah jemu makan buah durian begitu sahaja, mak-mak sebenarnya boleh olah jadikan kuih pula. Selalu buah durian dibuat bubur,tempoyak, serawa, pengat dan sebagainya, tapi kali ni mak-mak boleh cuba buat resipi Kuih Seri Muka Durian sedap yang dikongsikan oleh Puan Mariani Said ini.
“Pagi-pagi dah berseri muka.Malam tadi buat,pagi ni potong-potong je. Alhamdullilah cantik kejadian nya.Musim yang ditunggu-tunggu..jemu makan buahnya kita olah menjadi kuih.”
Bahan-Bahan:
2 cawan pulut (basuh,rendam selama 2 jam)
2 cawan santan cair
Sedikit garam
Lapisan Atas
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 sudu besar tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat
1 cawan gula
Garam sedikit
Perwarna kuning sedikit
Cara Membuat:
1.Tapis pulut dan kukus bersama santan cair yang diisi garam sedikit.
2.Kukuskan selama 20 minit.
3.Blend semua bahan, masukkan ke dalam periuk dan masak diatas api kecil.
3.Kacau, agak-agak panas periuk.
4.Angkat dan curahkan ke atas pulut tadi.
4.Kukus selama 40 minit.Siap!Sejuk kan baru la dipotong-potong.
Info Ekstra!
Alaskan loyang dengan plastik atau oleskan dengan sedikit minyak supaya pulut tidak melekat.
Selamat mencuba!
Cukup mudah! mak-mak boleh buat sendiri di rumah kuih seri muka durian ini untuk kelaianan.Memang puas hati buat kuih seri muka durian ini sendiri, sebab kalau dibeli boleh tahan jugak harganya.Baunya yang semerbak dan rasa lemak manis durian, amat sesuai juga dibuat untuk hidangan minum petang buat keluarga.