Tentunya suasana pandemik Covid-19 ini cukup menguji hati sesiapa sahaja. Kebiasaan tak lagi jadi biasa, anak-anak tak lagi bebas mengunjungi masjid seperti sebelumnya. Orang dewasa nak masuk masjid untuk solat Jumaat pun perlu menggunakan kupon. Itulah peraturan yang mahu atau tidak, terpaksa kita akur.
Ayah ini, Ustaz Hatta Azad Khan Madani berkongsi pengalaman membawa empat orang anak-anak lelakinya berjalan di Alamanda, Putrajaya. Bila tiba waktu solat, mahu bawa anak-anak masuk masjid. Sayangnya peraturan tetap peraturan.
Namun, kewajipan pada Yang Esa tak sesekali dilupakan. Walau di ruang laman terbuka, mereka anak-beranak tetap tunaikan solat berjemaah.
Kongsinya,
Semalam (ketika catatan ini dimuatnaik pada 13 September 2020) ke Alamanda Putrajaya, bawak hero 4 orang ni sekali jalan jalan..
Kemudian gerak ke Masjid Besi Putrajaya nak solat Asar.. Tak tahu pulak kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk walaupun pakai mask,bawak sejadah.
Kami Dirikan Solat Dekat Luar Je..
Tak mengapa, dengan berhemah ostad minta security nak masuk toilet je sebab hero 4 orang ni nak buang air.. Alhamdulillah dapat gi toilet, tunaikan hajat dan berwuduk. Kami dirikan solat dekat luar je pun ok tak da orang halau.
Cuma ostad terpaku nak jawab bila hero hero ni tanya, kenapa shoping mall boleh masuk? masjid tak boleh?
Jeng..kita selalu ajar anak anak kita masjid tempat turun RAHMAT tempat paling Allah cinta.. Mall, shoping complex, pasar tempat Allah paling benci..
*solat yang paling khusyuk, adalah ketika tak dibenarkan masuk Masjid
Baca sini : Pesakit tahfiz Covid-19, tetap solat berjemaah dalam jarak 1 meter
MW : Semoga cepatlah Covid-19 menjauh pergi dari bumi Malaysia ini. Dan Allah kembalikan nikmat beribadat dengan tenang dan nyaman kepada umat Islam.
Sumber/Foto : Hatta Azad Khan Madani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kes Kematian Di Amerika Makin Serius, DOAKAN KAMI SELAMAT
Isi Kandungan
ToggleDoakan kami selamat…Allahu, sebak hati saya baca kisah survival tiga beradik yang menyambung pengajian di Indiana, Amerika Syarikat. Seperti yang diketahui kes kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat sangat serius.
Sehingga 4 April 2020, jumlah kes kematian penduduk Indiana, Amerika Syarikat 127 orang daripada 4,411 yang positif Covid-19. Itu baru di Indiana sahaja, jumlahnya sudah melebihi kes kematian di Malaysia.
Jadi bayangkan bagaimana perasaan tiga beradik ini berjuang di bumi asing tanpa mak ayah. Siti Diana Faqiera, 21, yang mengikuti jurusan Psikologi di Indiana Tech mengakui perlu kental dengan ujian ini.
Dia memegang amanah mak, Rosy Ariff,46, dan ayahnya, Sham Abu Hassan,50, menjaga adik kembarnya. Danial Fawwaz, 19, pelajar jurusan Kejuruteraan dan Danish Fakhri, 19, jurusan Perniagaan. Mereka berdua mengikuti pengajian di Ivy Tech.
Kes Kematian Meningkat Tapi RAMAI DEGIL
Ujar Diana, setakat ini tiada rakyat Malaysia di Indiana yang positif Covid-19. Namun keadaan di sana boleh dikatakan porak-peranda. Hanya event dibatalkan tapi rutin masyarakat di sana masih berjalan seperti biasa.
“Memang rasa gerun lihat jumlah kematian yang semakin meningkat. Saya tegas didik adik-adik saya. Mereka hanya dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan sahaja. Saya lakukan semua ini demi keselamatan kami.
“Kami juga pastikan memakai mask dan menjaga jarak ketika berada di luar rumah. Tapi di sini, penduduk tidak memakai mask dan menjaga jarak. Walaupun pasaraya melekatkan sticker jarak, tidak ramai yang mengikut arahan,”ujar Diana.
Baca sini
Bersiar-Siar Di Taman Dengan Anak
Virus Covid-19 seakan tidak ditakuti oleh masyarakat Indiana. Cerita Diana, masyarakat tempatan di sini memang tak hiraukan arahan kerajaan. Di Amerika, Perintah Kawalan Pergerakan dipanggil Stay At Home Order.
“Mereka dengan tanpa rasa bersalah keluar bersiar-siar bersama anak-anak di taman permainan. Masih ramai penduduk di sini degil dan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Mereka seakan tidak takut dengan ancaman virus Covid-19.
“Bagi mereka Stay At Home Order hanyalah tiada kerja dan tidak sekolah. Masih ramai kanak-kanak yang bermain seperti biasa. Tahap kesedaran memang sangat rendah di sini,”ujarnya yang tinggal di Indiana sejak tahun 2018.
Stok Barang Keperluan Mencukupi
Situasi di sana mencabar bagi majoriti rakyat Amerika yang berdepan dengan isu ekonomi. Ramai kehilangan kerja dan terpaksa survive dengan apa yang ada sahaja. Walaupun begitu, Diana bersyukur masih mempunyai pendapatan, dia dibenarkan bekerja dari rumah oleh majikannya.
“Saya dan adik-adik bekerja sambilan untuk menyara kehidupan kami di sini. Alhamdulillah, setakat ini kami masih ok. Stok barang keperluan di pasaraya masih mencukupi. Pelanggan tidak dibenarkan membeli stok barang berlebihan. Misalnya di Wallmart, barang seperti susu dan telur dihadkan satu sahaja untuk seorang pelanggan,”ujar Diana.
Niat Nak RAYA Bersama Keluarga Di Malaysia TAK KESAMPAIAN
Dalam temubual itu, Diana meluahkan kesedihan apabila niatnya untuk pulang beraya bersama keluarga di Malaysia tidak kesampaian.
“Mak ayah dan adik-adik yang lain menetap di Malaysia. Kami tiga beradik memang lahir di Indiana. Namun selepas itu berpindah ke Malaysia sehingga tamat persekolahan, saya sempat habiskan pengajian matrikulasi di Perak. Kemudian kami bertiga melanjutkan pelajaran di sini.
“Tahun ini memang kami rancang nak balik beraya di Malaysia tapi terpaksa batalkan kerana keadaan semasa tidak mengizinkan. Kami redha dengan ujian Allah. Jauh tak jadi penghalang untuk kami eratkan hubungan kekeluargaan.
“Kami bertiga sering berhubung menerusi WhatsApp. Mak ayah sentiasa bertanya khabar dan menjaga kebajikan kami di sini. Kami juga sering Video Call untuk melepaskan rindu pada keluarga. Doakan kami selamat. Semoga virus ini dapat ditangani segera, bolehlah kami pulang berjumpa dengan keluarga,”ujarnya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak baca komen keterlaluan busana wakil Miss Universe Malaysia, Ezuwan Ismail beri terbaik untuk negara
Isi Kandungan
TogglePereka fesyen Ezuwan Ismail memilih untuk tidak membaca komen negatif dan keterlaluan terhadap busana yang direkanya untuk wakil Malaysia ke Pertandingan Miss Universe ke-73, Sandra Lim, 23.
Ezuwan, 42, berkata, apa yang penting baginya, Sandra gembira dengan penghasilan busana berkenaan dan rasa bertuah apabila diberi kepercayaan oleh Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) untuk mereka tiga persalinan terbabit dalam tempoh tidak sampai sebulan.
“Saya memang cuba elak daripada membaca komen tak baik kerana itu hanya akan mengganggu fokus kerja. Walau kadang-kadang, bila kita buka media soaial, pasti akan terbaca juga.
“Memang ‘wow’ kecaman yang diterima misalnya di TikTok, kalau baca boleh buat kita pitam. Tapi tidak mengapalah sebab pada saya itu pendapat dan penerimaan masing-masing.
“Apa yang penting bagi saya, bila semua baju itu siap, Sandra gembira dan berkeyakinan untuk membawa nama negara ke pentas dunia. Saya hanya nak dia suka dan gembira saja.
“Sebab dia yang akan pakai dan semestinya mahu apa yang dirasakan selesa bila berjalan di atas pentas nanti. Kami pun saling berbincang untuk hasil yang terbaik,” katanya.
Ezuwan yang sinonim menjadi pilihan selebriti popular tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Aina Abdul ini turut berkongsi mengenai ‘gaun rahsia’ (secret gown).
Gaun Rahsia
“Ramai yang tak tahu sebenarnya ada baju ketiga iaitu ‘gaun rahsia’ yang akan dipakai Sandra. Sebab untuk segmen itu, Sandra akan berjalan seorang diri sambil diperkenalkan.
“Itulah yang akan jadi tumpuan dan fokus semua ratu bertanding. Jadi sudah tentu rekaan untuk ‘gaun rahsia’ ini kejutannya akan lebih besar. Proses penghasilannya juga rumit terutamanya dari segi potongan badan (cutting).
“Kalau boleh memang nak ia seolah-olah ‘melekat’ pada badan, sempurna terletak. Perincian manik memang sudah jadi ‘signature’ bagi dengan jenama Ezuwan Ismail, cuma kali ini ia tidak sama dengan apa yang pernah kami hasilkan,” katanya lagi.
Ezuwan yang sinonim menjadi pilihan selebriti popular tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Aina Abdul ini turut berkongsi mengenai ‘gaun rahsia’ (secret gown).
“Ramai yang tak tahu sebenarnya ada baju ketiga iaitu ‘gaun rahsia’ yang akan dipakai Sandra. Sebab untuk segmen itu, Sandra akan berjalan seorang diri sambil diperkenalkan.
“Itulah yang akan jadi tumpuan dan fokus semua ratu bertanding. Jadi sudah tentu rekaan untuk ‘gaun rahsia’ ini kejutannya akan lebih besar. Proses penghasilannya juga rumit terutamanya dari segi potongan badan (cutting).
“Kalau boleh memang nak ia seolah-olah ‘melekat’ pada badan, sempurna terletak. Perincian manik memang sudah jadi ‘signature’ bagi dengan jenama Ezuwan Ismail, cuma kali ini ia tidak sama dengan apa yang pernah kami hasilkan,” katanya lagi.
Kos Cecah RM150,000
Bagi ketiga-tiga busana tersebut, Ezuwan menjelaskan kos penghasilan mencecah lebih RM150,000.
Ditanya sama ada kritikan akan membataskan dirinya untuk terus berkarya, Ezuwan optimis untuk terus menghasilkan rekaan yang berkualiti.
“Saya tak serik untuk terus berkarya sebab saya bukan seorang yang mudah mengalah. Cuma bila teirma banyak kritikan atau pun pujian, itulah yang menjadi penguat semangat kita.
“Kalau tak ada itu semua, saya tidak akan berada pada tahap sekarang. Pujian itu satu bonus, kritikan pula kita ambil sebagai teguran yang membina,” katanya lagi.
Edisi malam kemuncak Miss Universe ke-73 akan dilangsungkan di Mexico City, Mexico, pada 16 November 2024 (17 November 2024 waktu Malaysia).
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semak & Tahu Harga Sebelum Makan..”, Bukan Berkira, Bimbang TERMAKAN Makanan Tak Dikira
Isi Kandungan
ToggleTengok harga sebelum makan. Biasanya kalau pergi kedai makan pasti ada tiga situasi yang berbeza. Makan dulu sebelum bayar, bayar dulu sebelum makan atau kira makanan semasa kita tengah makan.
Setiap penjual mesti ada cara tersendiri dalam menjual makanan terutamanya merujuk pada kedai makan. Lain halnya kalau beli makanan segera, sudah tentu kita tahu harga sebelum makan dan piliha set yang mana kita inginkan.
Namun kena ingat, tak kiralah makan dulu bayar kemudian atau sebaliknya, kita sebagai pelanggan kena tahu harga sebelum makan dan semak harganya sebelum bayar.
Inilah yang boleh jadi pertikaian antara penjual dan pembeli. Jangan main-main bab-bab makan yang boleh jadi darah daging kita. Halal atau haram makan tanpa kira yang sepatutnya.
Sekadar peringatan dan perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad supaya semak dan tahu harga sebelum makan. Tak perlu malu dan biarlah orang cakap kita berkira sekalipun.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Adik-Beradik Harapkan Aku Seorang Jaga Mak.’ Buat Kebaikan Tapi Berkira, Punca Rezeki Tersangkut
Keperluan Dapur Usahlah BERKIRA, Belanja Keluarga Allah Datangkan Rezeki Tak Disangka!
Tahu Harga Sebelum Makan, Semak!
Bila makan mana-mana kedai mamak, mintak resit dan semak harga yang kita bayar.
Adakala harga tak sama dengan apa yang kita ambil dan bayar.
Jangan malu bertanya dan main redha sahaja.
Selepas bertanya,
“Kenapa ayam dalam resit 3 tapi dalam pinggan hanya 2”. Mereka datang kira semula.
Kiraan pertama dapat baki RM6.
Saya senyum dan tak boleh terima sebab dalam resit ayam RM21 dan RM14 seketul.
Dia balik ke belakang, kira balik.
Lepas beberapa waktu, dia datang bagi RM10. Sambil kunyah daging dan kari, saya tak setuju.
Dia patah balik, kali ini bawa calculator sekali. Dia kira satu satu. Waktu itu nasi dah separuh pinggan makan.
Akhirnya, dia pulangkan balik duit RM12.50.
Tak mengapalah, perut pun dah kenyang.
Ambil Pengajaran
Kita ambil pengajaran. Makan di mana pun, kita kena semak dan tahu harga apa kita makan.
Meja depan saya, satu pejabat datang makan. Lagi laju kiraan gamaknya.
Moga kita tak salah dalam bab makan, jika makan berlauk. Saya akan pastikan dikira sebelum makan.
Kita takut ada benda kita makan, dia tak kira nantinya. Selagi dia tak datang kira kami akan tunggu dengan setia.
Mingguan Wanita : Sekadar peringatan untuk kita sebagai pembeli dan pernjual. Jangan ambil kesempatan dengan keadaan sekarang. Keberkatan itu penting.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI