Mungkin ada yang pernah mengalami situasi panik rasa’ditindih’ semasa sedang tidur, mulut tak dapat bersuara malah tangan dan kaki juga tak dapat digerakkan. Seringkali juga situasi seperti ini dikaitkan dengan gangguan mistik mahupun makhlus halus. Namun demikian dari sudut sains, kejadian seperti ini dikenali sebagai ‘Sleep Paralysis’.

Baca fakta sains yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia ini.

Hanya yang pernah alami sahaja yang dapat menceritakan betapa paniknya apabila sedang alami situasi tubuh dihimpit sehingga menyesakkan. Hendak menjerit mulut terkunci dan tangan dan kaki tidak dapat digerakkan.

Ianya biasa berlaku dalam masa singkat, tetapi yang alaminya terasa cukup lama!
Fenomena ini sebenarnya boleh dijelaskan dari sudut sains. Sleep paralysis ialah kelumpuhan yang berlaku ketika permulaan tidur ataupun sejurus selepas tersedar dari tidur.

Walaupun OTAK sudah terjaga, namun OTOT badan masih lagi dalam keadaan tidur. Seseorang itu tidak akan mampu bergerak dan tidak mampu bersuara walaupun mencuba untuk berteriak sekuat hati.

Pada waktu inilah perasaan cemas dan panik menyelubungi diri lebih-lebih lagi sekiranya ia pengalaman pertama kali.

Ads

Faktor Penyebab:

1. Tidak cukup tidur
2. Corak tidur yang tidak teratur
3. Stress
4. Tidur terlentang
5. Gangguan mental
6. Penyalahgunaan dadah dan alkohol

Untuk mencegah kejadian dihimpit:

1. Mendapatkan tidur yang cukup – 6 hingga 8 jam sehari
2. Mengurangkan stress
3. Posisi tidur yang betul
4. Mendapatkan khidmat nasihat doktor bertauliah sekiranya kekerapan kejadian semakin bertambah.

‘Sleep Paralysis’ Panik Ditindih Semasa Tidur, Tangan & Kaki Tak Dapat Digerakkan!

Ads

Baca Lagi Di Sini:

Isteri Tak Cukup Tidur Setiap Hari Sebenarnya Sedang Mengumpul “Sleep Debt” Tanpa Sedar!

Ads

BILIK TIDUR Suami Isteri Tempat PRIVASI, Sesiapa Pun Tak Boleh Masuk!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selalunya jika rasa ‘ditindih’ semasa tidur, ramai yang mengaitkannya dengan unsur mistik. Namun dari segi kajian sains rupanya kita sedang alami ‘Sleep Paralysis’.

Sumber: Public Health Malaysia

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI