Baru-baru ini selebriti popular Siti Sarah Raissuddin telah meluahkan perasaannya dan menegur sikap segelintir ahli peniagaan yang sanggup memalukan diri sendiri demi gimik untuk melariskan produk dijual menerusi akaun Instagram milik selebriti ini.
Malah Sarah juga meluahkan rasa kesal semakin ramai peniaga yang terikut-ikut dengan gaya pemasaran tersebut.
Ada Yang Sanggup Jatuhkan Air Muka
“Apa yang saya nak cakap ini mungkin akan menyakitkan hati beberapa pihak, tapi sebagai seorang wanita, Melayu dan Islam, saya harus bercakap fasal benda ni.
“Saya rasa ramai orang yang nak berniaga, terikut-ikut dengan cara ahli perniagaan luar sehingga ada yang sanggup menggoncangkan buah dada, mengenakan pakaian separuh bogel dan sampai sanggup menjatuhkan air muka.
Ads
“Sebagai seorang Islam, ada banyak lagi cara untuk buat duit. Insya-ALLAH kita boleh buat duit tanpa mengaibkan diri dan tanpa perlu buat benda yang boleh menjatuhkan maruah kita,” luahnya .
Luah Sarah yang juga isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu, biarpun dia juga tidak sempurna, namun tidak pernah terlintas untuk menggunakan pendekatan sebegitu untuk melariskan jualan.
“Dalam dunia ini tak ada orang yang tak buat silap. Saya sendiri tak sesempurna mana sebab diri sendiri pun pernah seksi dan jahil, tapi tak sampai sanggup jual ‘barang’ untuk meniaga. Tergoncang, melompat dan ada yang beraksi atas katil untuk ambil gambar.
“Makin lama makin ramai (mengambil pendekatan sama). Yang pompuan dah sama naik, tak tahu dah yang mana lelaki, yang mana perempuan,” katanya.
Ads
“Saya Sendiri Dah Naik Menyampah”
Dalam perkongsian yang sama, Sarah juga mangakui mula meluat dengan pendekatan tersebut yang disifatkan sebagai keterlaluan.
“Saya faham, anda kuat dan dan tidak ada seorang pun yang mampu menjatuhkan anda, kerana mungkin ada yang menjaga. Disebabkan itulah makin lama, makin menjadi.
“Ingat anda saja dalam Malaysia ini yang buat duit? Saya sendiri dah naik menyampah.
“Bagi saya tak perlu nak melompat, goncang-goncang, terkinja-kinja atau tunjuk, kulit pun boleh buat duit banyak,” tegasnya.
Sarah dan Shuib kini merupakan ahli perniagaan berjaya.
Jika selama ini kita anggap simptom tipikal seperti demam, batuk, susah bernafas, malahan sakit tekak, selsema adalah petanda dijangkiti Covid-19, rupanya badan rasa lesu, hilang deria bau dan rasa juga adalah antara simptom jangkitan COVID-19 yang tak disedari dikesan dalam kalangan pesakit.
Gejala Ramai Tak Sedar
Itu yang didedahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalamm sidang media harian COVID-19 petang tadi. Beliau berkata ketika ini, gejala yang diketahui umum adalah demam, batuk, selesema, cirit birit serta sesak nafas. Namun ada gejala yang ramai tidak sedar iaitu kelesuan serta hilang deria bau dan rasa.
“Ada mereka yang ke pejabat apabila diambil suhu ia normal, tetapi mereka ada masalah kelesuan, hilang deria bau serta rasa.
“Itu juga adalah gejala yang tidak kita maklum. Adalah penting kalau kita ambil tindakan, jika kita ada gejala yang nyata seperti demam dan batuk, kita pakai topeng muka dan jangan datang ke pejabat.
“Sebelum ini, pada mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ada pegawai yang datang, tidak ada gejala yang nyata seperti batuk, demam tetapi ada gejala kelesuan, kebetulan mereka yang menghadiri mesyuarat itu perlu menjalani ujian saringan, beliau didapati positif,” katanya.
Justeru, Dr Noor Hisham berkata, walaupun ada mesin dan alat untuk mengukur suhu, tidak semestinya suhu yang normal itu, tidak ada gejala.
MW: Jadi berhati-hati iya, jika ada simptom badan lesu, hilang deria bau dan rasa mungkin ia juga petanda telah dijangkiti COVID-19 ini. Jika kesihatan terganggu, segeralah berjumpa doktor dan dapatkan rawatan.
Ketika mengumumkan persaraan dalam dunia sukan badmintan, Datuk Wira Lee Chong Wei maklumkan salah satu sebab dia undur diri kerana mahu tebus hutang bulan madu dengan isterinya, Datin Wong Mew Choo.
Walaupun sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga malah dikurniakan dua anak yang lelaki, Kingston dan Terrance, Chong Wei masih gagal membawa isterinya bercuti bulan madu.
Percutian Bulan Madu Dengan Isteri Di Maldives
Setelah menanti sekian lama, sejak Jun lalu akhirnya Chong Wei dapat juga tunaikan janji. Bawa isteri berbulan madu di Maldives.
Perkongsian terbaru Chong Wei dalam instagramnya beliau kelihatan bahagia menikmati percutian berdua di kepulauan mewah itu. Chong Wei juga berkongsi luahan hati betapa bersyukur dirinya memiliki isteri yang begitu memahami perjuangannya.
Tulisnya,
Saya bersyukur kerana mempunyai Mew Choo sebagai rakan sekolah, rakan sepasukan, teman sejiwa, seterusnya menjadi isteri saya dan paling panting, rakan seperjuangan hidup saya.
Saya berharap dapat menjalankan tugas I sebagai suami dan bapa, mengukirkan senyuman atas mukanya setiap hari selamanya.
Wah! Romantik juga Datuk Wira Lee Chong Wei ini rupanya iya. Bertuah sebenarnyanya isterinya.
Ketika Diuji Sakit, Isteri Setia Menemani
Apabila beliau berkongsi bagaimana isterinya amat patah hati sewaktu dirinya didiagnos kanser, terasa betapa cinta mereka berdua amatlah mendalam
“Dalam hidup ini, saya kira tiada orang yang lebih mencintai diri ini selain diri saya sendiri.
“Bagaimanapun, apabila saya lihat begitu patah hati isteri ketika saya disahkan kanser, saya sedar betapa bersyukurnya kerana mempunyai seseorang yang teramat mencintai saya.
Saya beritahu diri sendiri jangan pernah mengalah dan kini setiap degupan jantung ini adalah kerana dia. Jika bukan untuknya, saya mungkin sudah hilang motivasi diri untuk melawan kesakitan ini.
“Menjalani hari-hari bersama wanita tercantik di dalam hidup saya adalah satu kesyukuran dalam hidup.”
MW : Kalau Datuk Wira Lee Chong Wei pun boleh tunai janji bulan madu selepas 7 tahun berkahwin, wahai suami anda sebenarnya pun boleh reward ‘bulan madu’ untuk isteri. Biar pun bertahun lama menanti. Isteri tetap terima dengan hati bahagia.
Komen “Ada suami tak nak jaga badan, tapi bila dah jadi macam ini baru nak kurus” Sera tak pernah ambil hati.
Begitulah yang diluahkan oleh isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshafera apabila ada yang memberi komen terhadap dirinya yang kini semakin kurus.
Malah Sera juga akui dirinya bukanlah mahu membuktikan apa-apa dengan penampilan terbarunya namun dek kerana kini dia punya masa untuk diri sendiri.
Paling penting dirinya tidak pernah fikir perkara negatif.
Komen “Ada Suami Tak Nak Jaga Badan, Tapi Bila Dah Jadi Macam Ini Baru Nak Kurus”
Pemilik nama sebenar Rossalennah Natassyiah Asshafera seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro menyatakan kini berat badannya 49kg.
“Sebelum saya ambil produk Berryfull keluaran Inayah Beauty, berat saya 60kg. Kemudian selepas dua bulan berat saya turun 11kg.
“Jadi sekarang berat saya 49kg. Sekarang ini saya hanya mahu kekalkan berat ini saja.
“Saya nak jaga berat badan sebab sebelum bersalin berat saya 50kg, jadi masa itu badan rasa ringan. Bila turunkan berat badan ini saya rasa lagi bertenaga.
“Saya turunkan berat badan ini bukanlah sebab makan hati. Kalau nak kata makan hati, perkara itu dah lama jadi mesti saya dah kurus dari dulu lagi,” ujar ibu kepada dua orang anak itu.
“Senang saja nak turunkan berat badan sebab sebelum ini orang itu (Shuk Sahar) suka makan malam dan dia akan ajak saya sekali. Itu yang buatkan susah.
“Bila sekarang ini jadi mudah sebab saya pun tak makan banyak. Kalau makan tu, tak ada dah nak tunggu orang. Saya tak makan malam dan akan tidur terus.
“Saya buat ini juga untuk memberi semula keyakinan kepada diri tapi ia bukanlah untuk membalas dendam.
“Tipulah kalau saya cakap nak kurus ini bukan disebabkan apa yang terjadi sebelum ini, tapi saya juga nak tunjukkan apabila dia dah tak ada saya boleh sebenarnya untuk buat semua ini. Saya boleh saja nak menjadi macam dulu,” katanya.
Tidak Ambil Hati
Sera juga tidak ambil hati dengan komen netizen yang menganggap baru sekarang dia mahu menjaga penampilan selepas apa yang terjadi membabitkan perhubungannya dengan Shuk.
“Kadang-kadang ada ternampak juga komen yang orang kata masa ada suami tak nak jaga badan tapi bila dah jadi macam ini baru nak kurus. Tapi saya memang tak ambil hati pun.
“Bagi saya ia lebih kepada ketenangan. Bila kita tenang kita boleh kawal aktiviti seharian dan boleh atur hidup kita apa yang nak buat. Itu yang lebih penting.
“Sekarang ini, kalau saya pakai baju apa pun anak saya memang akan cakap saya cantik. Jadi dia tahu perubahan saya,” sambungnya yang kini menjadi wajah Inayah Beauty.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...