Miliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu terutamanya buat mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. Apatah lagi pasangan yang mempunyai ramai anak. Sudah pasti mereka mahu menduduki mahligai yang bersesuaian dengan jumlah anggota keluarga.
Mereka yang mempunyai anak-anak kecil juga sebenarnya tidak perlu bimbang untuk menghias cantik kediaman mereka. Jika bijak memilih konsep yang bersesuaian pastinya syurga kediaman mampu memberi ketenangan kepada penghuninya.
Begitu juga dengan Siti Fairuz Mohd Zain dan suaminya Nasrullah Noor Badaruddin yang selesa memilih konsep minimalis Scandinavian dalam susun atur perabot di kediaman mereka. Pasangan yang mempunyai tiga cahaya mata, Emir Zafran, Ersyad Zayyan dan Eshal Zaydan begitu teliti dalam menentukan konsep rumah mereka kerana kesemua anak lelaki sedang membesar dan agak lasak.
Sangat bersyukur kini sudah mampu memiliki kediaman sendiri yang terletak di Nilai Impian, Negeri Sembilan sejak Januari 2016.
“Saya sangat bersyukur kerana mampu membeli kediaman sendiri. Apabila sudah ada rumah hati menjadi lega. Tatkal inilah saya dan suami memikirkan untuk menghias rumah dengan konsep yang menjadi idaman kami.
Ads
“Kami sama-sama sepakat memilih tema Scandinavian kerana konsepnya yang minimalis. Paling penting amat bersesuaian untuk ibu yang mempunyai tiga orang anak lelaki yang dalam fasa membesar dan lasak seperti saya.
“Tema sebenar gaya Scandinavian yang ringkas dan sederhana memberikan impak kediaman kelihatan lebih aman, tenang dan lapang. Dengan sedikit barang dekorasi dan susun atur yang sesuai sahaja cukup menekankan konsep minimalis tidak perlu sarat dengan perabot.
Warna Pastel Jadi Pilihan
Ads
Wanita ini juga menerangkan kebanyakan warna teras yang digunakan adalah warna putih, pastel, dan dia juga hanya tonjolkan sedikit warna merah jambu iaitu warna kegemarannya dalam merias kediaman.
“Saya tidak menggunakan perabot yang banyak di setiap ruang. Tidak mahu ketinggalan dari segi trend kerana konsep dan kelengkapan rumah yang diinspirasikan dari Scandinavian ini kegilaan dan minat kebanyakan wanita bekerjaya mahupun suri rumah dan ibu-ibu muda masa kini.
“Kebanyakan perabot didapati dari Kmart Australia melalui khidmat personal shopper dan juga IKEA sahaja. Idea dekorasi ini sepenuhnya idea saya sendiri kerana suami telah memberikan kepercayaan kepada saya 100 peratus. Sejujurnya idea asal banyak dicedok dari hasil carian di Pinterest.
Ads
“Saya juga banyak membuat rujukan dari rakan-rakan Instagram yang mempunyai minat yang sama, kami saling bertukar tukar pandangan,” ujarnya lagi.
Sambung Siti Fairuz lagi dia berasa sangat puas hati dengan dekorasi yang dipilih.
“Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa yang menghabiskan masa sepenuhnya di rumah sudah tentu menjadi kepuasan buat diri sendiri. Saya percaya rumah yang kemas, bersih dan cantik dapat menghasilkan aura yang positif di rumah kita,” katanya.
Ruang makan dan dapur, begitu kemas.
Kemas Rumah Semasa Anak-Anak Ke Sekolah
Ditanya bilakah dia meluangkan masa mengemas rumah, sambil tersenyum dia menerangkan, akan mengemas rumah selepas anak-anak ke sekolah.
“Saya kemas rumah setiap hari terutamanya apabila anak-anak ke sekolah.Saya juga turut tukar dekorasi bergantung kepada trend pada masa itu, kerana barangan-barangan berkonsep Scandinavian yang dijual ibarat cendawan tumbuh jadi ada sahaja barang dekorasi yang ingin dibeli. Apapun bergantung kepada bajet semasa.
“Saya wajib mengemas rumah setiap hari sama seperti rutin suri rumah yang lain. Tiada bahagian spesifik tertentu, kerana saya akan memastikan semua bahagian dikemas rapi dengan sempurna,” ungkap Siti Fairuz akhiri perbualan.
Bilik tidur anak yang cukup selesa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya tak perlu pun keluar modal besar-besar untuk dapatkan ruangan kitchen bar (bar dapur) idaman hati.
Terpesona lihat, kitchen bar di kediaman Diyana Mahmud ini. Paling penting sekali, buat sendiri dan modal untuk table top tu cuma RM59.
Katanya, “Saya nak kongsi DIY kitchen bar dibuat dengan menggunakan table top Linnmon Ikea.”
“Kaki untuk kitchen bar tu, saya gunakan kayu yang dah ada dekat rumah dan spray warna putih.”
DIY Kitchen Bar Mudah Pasang
1. Guna table top ini.
2. Pasang bracket untuk lekatkan ke dinding.
3. Untuk kaki buat macam ini.
*kaki buat dan pasang sendiri. Gunakan spray putih sama warna dengan table top.
4. Letak sealer antara dinding dengan kaunter.
Sealer tu ada dijual dekat kedai hardware. Warna putih dalam bekas. Ala-ala kapur. Tujuan letak sealer tu tak nak bagi ada gap antara table top dengan dinding.
5. Inilah hasilnya.
MW : Mudahkan.. buat sendiri pun boleh. Lebih jimat dan tak perlu upah orang.
Bahagia sungguh hati isteri, bila suami tahu macam mana nak menghargai dirinya. Lagi-lagi lepas bertarung nyawa melahirkan cahaya mata, malah melalui episod berpantang yang panjang.
Kisah yang dikongsikan Khairunnisa Hamzah ini begitu istimewa. Suami ini membuat kejutan makeover rumah untuk isterinya yang berpantang di kampung. Dalam masa tiga bulan itu, rupanya dia merancang projek ubahsuai rumah untuk isterinya.
Hadiah Makeover Rumah Buat Isteri Yang Berpantang Di Kampung
“Bang, cuba tengokkan dapur belakang ni boleh buat macam mana?” si suami panggil daddy datang ke belakang rumah untuk bincang buat makeover.
Suprise makeover!
Sebab masa buat makeover ini isterinya di kampung selama 3 bulan kerana melahirkan dan berpantang anak pertama.
Bermula dari kerja dapur sebab isterinya memang suka memasak, akhirnya satu rumah sekali bertukar rupa.
Bukaan tingkap yang besar dan tidak dibuka kerana aurat dengan jiran, baik kita tutupkan saja dan hanya buat lubang udara.
Isteri Tengok Undur Balik, Takut Tersilap Rumah
Nah, tengoklah kejadian selepas makeover
Ini bukan siapkan bilik pantang/bilik baby tapi siapkan satu rumah sekali!
Bertuah betul si isteri.
Encik suami yang nak buat suprise untuk isteri yang dicintai nanti boleh panggil kami datang makeover satu rumah sekali.
Memang menangis isteri masa melangkah masuk rumah. Siap undur balik sambil dukung baby takut tersilap rumah.
Bertuah Si Isteri..
Kata Khairunnisa, “Dialah klien mula-mula kami.”
“Suaminya muda lagi, tapi pandai berniaga. Isteri dia bersalin, terus pakat dengan saya dan suami buat makeover rumah dia.”
“Surprise untuk isterinya balik pantang. Kami siapkan dalam tempoh tu sampai hari isterinya balik.”
Bertuah si isteri.
Cantik! Hasil Tiga Bulan Ubahsuai Kediaman
Sebelum
Ruang dapur – selepas
Sebelum
Selepas
Sentuhan Seni Kediaman Yang Tenang
Bilik – sebelum
Ruang tamu – selepas
Ke tingkat atas – selepas
MW : Syukur, suami ini amat menghargai isteri. Haa.. yang belum ‘tutup kedai’ tu boleh minta suami belanja makeover rumah. Boleh mula dengan dapur dulu..
Sumber/Foto : Khairunnisa Hamzah (Mommy Dekor), Senibina kehidupan di rumah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Peraduan Indahkan Potret Keluarga Anda Bersama 3M CommandTM yang berlangsung dari 6 hingga 22 Mei yang lalu telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada follower media sosial Mingguan Wanita. Para peserta yang menyertai pertandingan ini telah memuat naik gambar yang memberi makna buat mereka dengan kapsyen yang cukup kreatif hingga menambat hati para juri untuk memilih follower dengan gambar dan kapsyen yang menarik sebagai pemenang.
Menurut wakil dari pihak 3M CommandTM pemilihan pemenang dibuat berdasarkan gambar dan kapsyen yang diberikan. Tambahnya juga pemilihan pemenang tempat pertama peraduan ini yang membawa pulang barangan 3M CommandTM bernilai RM500 dan satu sesi dekorasi dinding rumah berdasarkan kapsyen bergambar yang sangat menyentuh hati.
Dalam satu majlis ringkas yang diadakan di kediaman pemenang di Tanjung Karang, Selangor, Pihak 3M CommandTM telah menyerahkan hadiah dan menggantung gambar-gambar potret keluarga pemenang pada dinding kediaman mereka menggunakan CommandTM Picture Hanging Strips.
Ternyata kemenangan ini membawa senyuman kepada Kasih Zeera yang merupakan seorang ibu tunggal yang kematian suami dan mempunyai seorang bayi berusia 7 bulan. Gambar kenangan bersama arwah suami dan keluarga mendapat tempat di hati para juri sekaligus menobatkan ibu muda ini sebagai juara untuk peraduan Indahkan Potret Keluarga Bersama 3M CommandTM.
“Bila ada peraduan di Facebook dan Instagram Mingguan Wanita bersama 3M CommandTM, saya bagaikan terpanggil untuk menyertainya. Saya letak gambar bersama arwah suami ketika majlis persandingan kami. Itu antara kenangan saya dan arwah bersama ahli keluarga yang lain. Syukur rezeki saya untuk menang barangan 3M CommandTM dan juga sesi dekorasi dinding oleh penaja. Dapatlah saya abadikan kenangan bersama arwah suami tercinta untuk tatapan saya dan anak bila dia membesar kelak,” ujarnya penuh syukur dengan kemenangannya kali ini.
Tambah Kasih Zeera, dengan produk 3M CommandTM yang ada juga, dapat membantu memudahkan lagi kerjanya di rumah kerana dapat meletakkan peralatan rumah dan yang lain-lain tanpa merosakkan dinding kediaman.
Pemenang tempat kedua peraduan ini, Nurul Shahidah yang memenangi produk 3M CommandTM bernilai RM300 memuat naikkan gambar dengan kapsyen tentang pengorbanan arwah ibu tercinta yang kini sudah tiada. Manakala pemenang tempat ketiga yang memenangi produk 3M CommandTM bernilai RM200 pula menjadi milik follower yang dikenali sebagai Cahaya Mata memuat naik gambar berserta kapsyen tentang kebaikan dan kasih sayang dari isteri tersayang.
Lima pemenang saguhati yang juga membawa pulang produk 3M CommandTM bernilai RM50 setiap seorang menjadi milik Upie Sue, Nur Aini Abdul Aziz, Natasya Alsakina, Nurul Farhain Jais dan Muhd Azman Siti Azah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang peraduan Indahkan Potret Keluarga Anda bersama 3M CommandTM!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...