Pelakon Siti Elizad Mohamad Sarifuddin terharu apabila dirinya menerima panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong. Sebelum ini, Siti Elizad pernah berkongsi kesedihan dan perasaan hiba apabila diperkatakan sebagai mandul oleh seorang netizen.
Diam tak diam, perkongsian Siti Elizad dibaca oleh Raja Permaisuri Agong, KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah. Dan Tuanku Permaisuri mencemar duli menghubungi Siti Elizad untuk memberi kata-kata semangat.
Ini kerana, Tuanku Permaisuri sendiri pernah alami menempuh perjalanan IVF sebanyak 17 kali untuk mendapatkan zuriat. Malah, baginda satu-satunya Permaisuri di dunia yang mempunyai empat cahaya mata hasil rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF)
Raja Permaisuri Agong juga merupakan penaung Yayasan Fertiliti Tuanku Azizah (TAFF). Baginda menubuhkan yayasan ini bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan zuriat.
Justeru, bila mana Tuanku Azizah menghubungi, Elizad bagaikan tidak percaya dengan perbualan yang mengembalikan semangatnya dan rasa bahagia dihatinya.
Siti Elizad Terharu, Terkejut.. Semua Ada
“Would love to share this special moment . Hari ni hari yang sangat menggembirakan hati saya. Menerima panggilan telefon dari KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah.
Bertanyakan keadaan saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yang mengatakan saya “Mandul “ tempoh hari.
Ads
It really touch my heart with this beautiful call Tuanku. Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi, dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan IVF saya.
Sungguhnya, Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa-siapa.
17 Kali Tuanku Permaisuri Tempuh Perjalanan IVF
Tuanku berikan kata-kata semangat, bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan IVF. Memang menyakitkan. Hanya yang mengalami sahaja yang merasai.
Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual-bual dengan Permaisuri yang disayangi semua. Sungguh-sungguh keibuan.
Sempat juga Tuanku selitkan “Saya tengok drama awak sebelum-sebelum ni, awak dah tak berlakon lagi?“.
Ads
Allahuakhbar .
Terima Kasih banyak Tuanku Permaisuri.
Really made my day .
Ampun Tuanku .
To all ttc squad, we are fighters. People can say whatever they wish .
Hanya kita sesama kita yang melaluinya .
For those yang kecam & cakap “nak buat anak pun nak bising-bising”.
Untuk pengetahuan semua, my intention sharing my IVF journey is only for those ttc squad to get more information.
Ads
Not to be afraid or malu berjumpa dengan pakar. Nak semua #ttcsquad come forward .
Dalam masa yang sama, saya bekerjasama dengan pihak Sophea Fertility. Jadi apa yang berkaitan dengan IVF, of course saya kongsikan dengan mereka yang senasib dengan saya.
Harap this one clear.
Tiada paksaan pun untuk ikuti kisah saya. Terpulang pada followers .
I just share my journey here .
Sama juga macam para ibu yang lain. Berkongsi tentang kecomelan anak-anak mereka di media sosial. Jadi tak salah kiranya saya berkongsi perjalanan IVF saya & pengalaman bersama mereka yang senasib dengan saya. Spread love semua. Not hate . Terima kasih . @sophea_fertility @dr.azlin
Rabbi la tazarni fardan wa anta khairul wareseen.
Mingguan Wanita : Mendoakan semoga Siti Elizad mendapat rezeki cahaya mata.
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Adakalanya kesilapan yang dilakukan oleh anak, mak ayah juga akan terpalit sama dihukum tanpa bicara. Dikatakan gagal dalam mendidik dan membesarkan anak.
Susulan kontroversi video tersebar yang melibatkan peserta dewi remaja baru-baru ini, Pihak Nu ideaktiv selaku penganjur Pertandingan Pencarian Dewi Remaja telah sebulat suara menarik semula gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019 yang pernah dinobatkan kepada Haneesya Hanee, 18. Sekaligus membatalkan wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi yang telah dimenangi sebelum ini.
Manakala dua peserta Dewi Top 12 lain yang terlibat dalam video kontroversi ini, Ernisha,23 dan Faz,20 juga secara rasminya tidak layak dan tidak boleh menggunakan jenama Dewi Remaja. Keputusan tersebut diambil kerana mereka telah melanggar peraturan yang digariskan oleh Dewi Remaja.
Tiada Pemenang Juara Dewi Remaja 2018/2019
Selain itu, setelah penarikan gelaran juara tersebut, TIADA pemenang lain Juara Dewi Remaja 2018/2019 untuk edisi kali ini. Tia Sarah kekal menyandang tempat kedua, Sherin di tempat ketiga, diikuti Anna Jobling tempat keempat dan Rania tempat kelima.
“Walaupun menarik balik gelaran tersebut (Dewi Remaja 2018/2019) tetapi Tia Sarah masih kekal di tempat kedua, Sherin Amiri di tempat ketiga. Sementara Aween Ismail sebagai Dewi Inspirasi dan Arena Iman pula Dewi Favorite.”
Perkara ini diumumkan didalam sidang media oleh Editor Majalah Remaja, Faiz Aiman sebentar tadi. Sekaligus menjawab teka teki dan persoalan ramai pihak.
Mohon Jangan Salahkan Ibu
Sementara itu, Haneesya Hanee yang turut hadir dalam sidang media yang diadakan memohon maaf pada para penyokongnya serta meminta diberikan ruang untuk berubah menjadi lebih baik. Hanee turut meminta orang ramai agar berhenti dalam menyalahkan ibunya yang dikatakan tidak tahu menjaga dan mendidiknya. Menurut Hanee kesalahan dan perbuatan yang dilakukan adalah berpunca dari dirinya sendiri dan kalau boleh jangan menyalahkan dan menganggu ibunya.
“Assalamualaikum, jauh dari sudut hati saya minta maaf. Saya mengaku itu salah, itu perbuatan saya dan sedar dengan keputusan yang bakal diambil pihak Remaja. Saya menerima keputusan penarikan balik gelaran dengan hati terbuka.
“Hani minta orang henti salahkan ibu Hanee.Bukan salah ibu kerana tidak pandai menjaga saya. Ibu tiada kena mengena kerana ia adalah pilihan saya.Semuanya salah saya. Kalau boleh, berikan ruang padanya. Itu sahaja,” jelas Hanee
Harap Beri Peluang Kedua
Hanee juga mengakui sebagai manusia dirinya tidak lari dari membuat salah dan berharap diberikan peluang kedua untuk bangkit, memperbaiki diri dan meneruskan kehidupan.
Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan. Apa yang penting mengakuinya, tidak mengulangi dan berubah ke arah yang lebih baik. Peringatan juga buat kita, jangan mudah menghukum dan membuka aib orang lain.
Untuk makluman, pencarian Dewi Remaja edisi terbaru ini bermula pada November lalu, membabitkan 12 peserta. Selama tujuh minggu, mereka diuji dengan pelbagai cabaran fizikal, catwalk, keusahawanan, pengacaraan vlog, lakonan dan kempen kesedaran.
EKSKLUSIF: Sidang Media Khas Dewi Remaja 2018/19#majalahremaja#remaja#dewiremaja#dewi1819
Kasihan sungguh nasib seekor kucing yang ditinggalkan dalam rumah kosong selama 52 hari, hingga terdesak makan cebisan kertas untuk terus hidup. Fitrah kucing makan sumber makanan berasaskan daging, namun siapa sangka kerana lapar dan tiada sumber makanan lain, hingga terpaksa makan kertas.
Makan Kepingan Kertas
Seekor kucing ditemui terselamat selepas ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah rumah kosong selama 52 hari dengan hanya memakan kepingan kertas, lapor akhbar Daily Star semalam.
Kucing yang dinamakan Finn itu ditemui oleh seorang pembeli rumah yang ingin memasuki rumah baharunya itu.
Haiwan tersebut kemudiannya dibawa menemui doktor haiwan, dan hasil pemeriksaan mendapati, perutnya dipenuhi dengan kertas yang dimakan akibat terdesak.
Enggan Di Samping Manusia
Menurut Ketua Perlindungan Haiwan Belanda, Dik Nagtegaal, Finn buat masa ini enggan berada di samping manusia.
“Finn amat kurus ketika ia ditemui di rumah tersebut, namun kini telah sihat.
“Berkemungkinan terdapat paip bocor di mana-mana yang membolehkannya untuk minum air.
“Ia amat sedih dengan apa yang telah dilaluinya. Jadi, kami akan mencari seorang pemilik yang sesuai dengannya,” kata Nagtegaal.
Dibuang Tanpa Makanan & Minuman
Setakat ini, polis masih mencari pemilik lama Finn, yang berkemungkinan berdepan dengan tuduhan kekejaman terhadap haiwan.
Selain itu, polis juga tidak dapat memastikan bagaimana kucing itu boleh berada di dalam rumah kosong tersebut, selain tidak menolak kemungkinan bahawa ia dibuang oleh pemiliknya di situ tanpa sebarang makanan dan minuman.
Mingguan Wanita: Kasihannya, terdesak lapar sehingga terpaksa makan cebisan kertas. Jika nak ‘buang’ kucing sekalipun, letaklah ditempat terbuka dan ramai orang, serta letak sekali makanan dan minummanya. Bukannya dibiarkan begitu sahaja, terkurung dalam rumah kosong.
Selalu kita dikaburi dengan kebahagiaan yang ditunjuk di media sosial. Sedangkan kita tak tahu yang setiap hari makan hati. Apa yang ditunjuk dan dicanang itu hanyalah satu lakonan semata-mata.
Namun, tidak semua yang tunjuk bahagia itu setiap hari makan hati. Mungkin ia betul-betul bahagia. Cuma bimbangnya ada pula yang dengki dan cuba nak rosakkan rumahtangga dan kebahagiaan kita.
Sebab itu, jangan terlalu ghairah nak buktikan kita bahagia, hakikatnya setiap hari makan hati. Kebahagiaan itu hanya dirasa tanpa suara.
Tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki. Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini.
Tak guna membandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka. Bahagia jangan tunjuk, kaya jangan tunjuk, senang jangan tunjuk. Sebab apa?.. Sebab tak semua orang suka tenguk kita bahagia.
Yang ramai suka tenguk kita jatuh, itulah manusia. Biarlah tak menunjuk, biarlah orang tak nampak kebahagian kita, yang penting kita sendiri rasa bahagia. Daripada tunjuk bahagia tapi hakikatnya hari-hari makan hati.
Orang yang bahagia tidak akan tunjuk dia bahagia. Tapi orang yang derita akan bersungguh-sungguh tunjuk yang dia sedang bahagia.
Dengan duit yang tak berapa ada, kita membeli barang yang kita tak perlu ada untuk menunjukkkan pada orang yang kita tak suka.
Auditlah diri kita!.
Bahagia Tanpa Suara
Kebahagiaan itu selalunya di rasakan tanpa suara. Jika kita terpaksa ‘menjerit’ untuk memberitahu orang lain yang kita bahagia, kita sebenarnya belum bahagia lagi.
Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?
Manusia ni level kebahagian tak sama. Tuhan tak bagi sama rata nikmat-nikmat hidup ni pada setiap hambaNya. Tapi tu tak bermakna Tuhan tak adil. Tuhan tu Maha Adil cuma kita manusia ni kena sedar yang adil itu adalah meletakkan sesuatu di tempatnya, bukan semua wajib dapat kesamarataan hidup.
Sewajarnya, elakkanlah bercerita atau terlalu menunjukkan kebahagiaan kita di media sosial. Ini kerana kita tidak tahu mata-mata yang melihat akan terbit perasaan iri hati dan dengki.
Kita tidak dapat menilai isi hati orang lain. Ditakuti ada anasir-anasir yang dengki akan cuba merampas kebahagiaan kita. Jangan buat orang berdosa sebab dengki melihat kebahagian kita. Kita tak perlu buktikan punyai kehidupan yang baik pada semua orang.
Mingguan Wanita : Bahagia tak bermakna nak kena tunjuk semua kat media sosial. Bahagia kita-kita sudahlah.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...