Seronok bila bercucuk tanam, pokok jadi subur, berdaun hijau, berbunga dan berbuah meriah. Hilang segala penat berkebun tu. Kalau mak-mak dah cuba macam-macam cara dan baja, pokok payah nak subur boleh cuba siram baja roti seminggu 3 kali. Cara nak buat mudah, kosnya pun murah sangat.Hasilnya memang puas hati, jimat dan berbaloi!
Boleh cuba buat sendiri baja roti seperti yang dikongsikan oleh Puan Intan Suhana ini;
“Gara-gara kebun keliling rumah menunjukkan perkembangan yang sihat dan positif, mak happy sangat. Maka mak rasa nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya.”
“Kak intan panggil resepi ini baja roti. Kalau ikutkan nama sebenarnya MOL (Mikroorganisma Lokal). Kos nya murah amat. Hanya perlukan air dan roti yang sungguh enak dimakan begitu saja haha.”
“Cara nak buat pun mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah, daun bukan main hijau, kemudian kalau yang tak pernah berbuah tu nampak dah mula keluarkan buah.
Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
Bahan-Bahan:
Sekeping roti yang masih baik
Air sebanyak 1.5 liter
* Air hujan atau air basuhan beras je tau.
* Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.
* Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, takde masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin.
* So silalah gunakan air coway, air cuckoo dan yang sewaktu dengannya.
Cara-Caranya:
1. Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye.Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.
Kak intan gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah ni ha.
Ads
2. Kemudian peram, letak ditempat gelap. Kak intan letak kat dalam kabinet dapur bawah sinki.
Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni. Saintifik sikit bunyi nye kan.
Kalau lupa buka penutup botol tu bersedia lah untuk menghidu bau masam satu rumah sebab ia bisa meletop ngerti nggak.
MOL ni seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tapi ia juga boleh tahan sampai setahun kalau rajin bagi dia gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan untuk mikrob yang terhasil.
Kuantiti gula merah kita agak-agak saja okeh. Sebab kak intan pun belum sampai tahap bagi makan mikrob ni lagi. Nebes
Kak intan suka gunakan nisbah sendiri haha. Ku taruk roti 4 keping sebab nak sesuaikan dengan nisbah air yang ku anggap ada dalam 6 liter kot bekas penyiram ni. Nak ikut ikutlah.
Ads
Bila baja dah jadi ku tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas ni dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas.
Kemudian round aje keliling rumah siram pokok-pokok kesayangan sambil nyanyi lagu “Dimatamu”. Biar pokok pun terhibur .
Haaa tengok tu. Pokok bunga lily ni memang tak rajin berbunga. Lepas kena siram dengan baja roti ni berlumba-lumba batang bunga dia keluar.Tapi sayang. Udah kena libas separuh dengan suamiku si tukang mesin rumput.
Daun kesom yang gemok. Nasib baik tak ikut tuan dia yang keding haha.
Daun kucai ni bagus. Mencontohi kekedingan tuan nya kahkah. Tapi subur okeh.
Ads
Sebelum ni pokok limau purut ni togel gara-gara ulat beluncas. Setelah si beluncas dibasmi dengan rasa bersalah, ku siram dengan baja roti seminggu 3 kali. Hasilnya nahhh daun baru bukan main meriah.
Paling sedih pokok delima ni. Hidup segan mati tak mahu je asalnya. Sekarang kemain lagi dia. Sampai senget sebelah. Ko nak ke mana tu. Jiran sebelah tak balik minggu ni.
Paling best pokok belimbing buluh ni. Berbuah buat pertama kalinya selepas berapa kurun ku tanam. Buahnya semalam udah ku petik buat sambal tumbuk dengan ikan bilis. Perghhhh
Info Ekstra!
Kalau dah ikut sukatan 1.5 liter air + 1 keping roti tak payah tambah air dah kalau nak siram pada pokok.
MW: Mak-mak yang suka bercucuk tanam, tapi pokok payah nak subur dan tak berbuah mahupun berbunga, cuba siram dengan baja roti ni. Buat sendiri je,mudah tapi hasilnya memang puas hati ikut cara yang dikongsikan ini.
Biasanya, perabot atau peralatan yang sudah lama, rasa nak buang saja sebab nak gantikan yang baru. Bila fikir balik sayang pula. Lebih-lebih lagi almari antik kepunyaan emak yang banyak berjasa.
Almari antik inilah yang menyimpan banyak kenangan bersama mak dan adik beradik yang lain. Mungkin, kita rasa boleh hadiahkan yang baru tapi mak mesti tidak mahu sebab katanya masih elok lagi.
Daripada terus nampak lusuh dan elakkan rosak, baiki saja bahagian yang tak elok itu. Jadi, nampaklah baru kembali.
Perkongsian daripada Ogy Abu Bakar ini bolehlah jadikan rujukan bagi mak-mak yang sayang nak buang almari dapur untuk baiki dan nampak seperti baru. Paling penting, bagi anak-anak yang dah besar tu boleh berpakat dengan adik beradik yang lain buat kejutan untuk mak.
Bahan dan peralatan yang diperlukan: Spray putih (untuk besi ) RM10
Wallpaper (Shopee) RM40
Foam block (Kedai Eco) RM10
Glass self adhesive foil (Kedai Eco) RM2
Masa yang diperlukan: 8 jam
Jumlah kos RM62 dan 8jam
(Walau bagaimanapun, ia tidak termasuk masa untuk kemas isi-isi almari untuk recycle/buang/derma)
Paling penting, kerjasama adik beradik.
1. Rasa dah lebih 10 tahun umur almari. Banyak jasa.
2. Pakar tampal
3. Final touch
4. Dari shopee. 10 meter https://shopee.com.my/product/281221272/4750166009…
6. Dah pun jelita!!
7. Lepas ni beli knob baru 15 biji. Silver matte sesuai tak ?
MW: Kadang-kadang mak-mak sayang nak buang, tapi sebagai anak kenalah hormat permintaan mak. Jadi, anak-anak boleh buat cara ini. Mesti mak terharu, lebih-lebih lagi bila anak-anaknya bergabung.
Kalau bercerita tentang pokok tanaman kat rumah, mak-mak memang suka. Boleh dikatakan macam-macam jenis tanaman yang ada di halaman rumah. Tanah sekangkang kera pun tak kisahlah, asalhkan ada tanaman yang hidup subur dan sejuk mata memandang.
Ini belum lagi bila tengok orang lain menanam, hati melonjak-lonjak nak menanam juga. Hidup subur atau tidak belakang kira, yang penting niat. Bukan hanya pokok-pokok bunga, tapi yang lebih seronoknya bila menanam tanaman yang memang untuk kegunaan bahan dapur. Contohnya, cili, serai, kunyit, daun bawang dan sebagainya.
Namun, niat berkobar-kobar menanam ini tidak cukup dan mungkin hanya separuh jalan, jika ia tidak disiram atau ‘dibelai’ dengan cara betul. Mahunya, tak sampai seminggu, mati pokok tanaman itu. Tidak kurang juga yang mengatakan ‘panas atngan’ dan tak sesuai untuk menanam sebarang pokok.
Sebenarnya, jangan cepat mengalah sebab ada cara yang boleh membantu mak-mak supaya pokok tanaman itu hidup subur. Selain penjagaan, kita kena baca doa ini. Seperti apa yang dikongsikan oleh Miezo Drjeruk ini.
Tanam Pokok Baca Doa
Jika pokok lambat berbuah, tak berbuah langsung dan yang lebih malang ada juga yang sudah padam, jangan salahkan sesiapa sebab kita yang tak baca doa masa tanam pokok. Ni doa bagi yang tak tahu, yang dah tahu kita geng.
Selawat – 3 kali
Bacalah Bismilahhirohmanirohimm
…’Subhaanalwaarisu al baa isu’..
Ertinya:
Maha Suci Allah yang maha mewariskan dan maha membangkitkan.
Semoga tanaman anda hidup subur dan bakal mendatangkan hasil yang lumayan.
TANAH merupakan asas penting dalam penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri atau tanaman lain. 7 tip suburkan tanaman anda secara semulajadi.
• Tanaman berpasu juga ingin ‘minum teh’. Anda agak kurang sabar dengan bunga dalam pasu yang lambat mengeluarkan bunga? Cuba anda siram dengan air teh sejuk. Air teh ini membantu membekalkan banyak mineral kepada tanaman berpasu apabila ia sering disiram dengan air teh setiap hari.
• Sisa kotoran kolam makanan enak buat tanah anda. Jika anda mempunyai kolam hiasan, apabila anda membersihkannya, jangan dibuang terus alga dan air kotor tersebut. Siram dan letak keatas tanah berhampiran tanaman hiasan anda. Nutrien yang terkandung akan diserap oleh tanaman anda.
• Berikan kalsium tambahan kepada tanaman anda. Kisar halus kulit telur ayam lalu siramkanya pada tanaman anda.
• Suburkan tanah dengan habuk pada beg hampa gas anda. Kemudian, buang habuk tersebut di atas tanah berhampiran tanaman hiasan. Habuk ini akan memperkayakan tanah anda.
• Tempurung kelapa elok untuk sungkupan bagi mengekalkan kelembapan tanah dan dalam masa yang sama mengawal kehadiran rumpai. Berbeza dengan sungkupan lain, tempurung kelapa juga membekalkan nitrogen dan mineral lain sewaktu proses decompose berlaku. Ini semua mampu memperbaharui kualiti tanah anda.
• Bukan anda sahaja suka minum kopi. Tanaman anda juga ada yang menyukainya. Jangan buang hampas kopi anda ke dalam singki. Tapis dan taburkannya di atas tanah. Tanaman hiasan anda terutamanya yang suka kan keadaan tanah berasid amat perlukan ‘sumbangan’ ini. Lakukannya sekali sebulan sahaja.
• Tahu kah anda bahawa rambut manusia mempunyai 30 kali ganda nitrogen berbanding baja najis haiwan? Anda boleh menyumbangkan nitrogen tersebut dengan menabur rambut yang telah digunting di kawasan berhampiran tanaman anda.
Sumber : http://impiana.karangkraf.com
MW: Tak perlulah rasa’panas tangan’ sebab tanam pokok tak menjadi. Ingat, masa tanam bacalah doa ini. Moga dipermudahkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan basuh baju putih memang agak renyah.Perlu dicuci berasingan dengan baju berwarna, malah jika dipakai lama boleh menyebabkan warna kekuningan.Sebenarnya, ada tip mudah yang mak-mak boleh gunakan ketika cuci baju putih untuk memastikan ia kekal putih melepak dan tak perlu disental.
Mak-Mak boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Puan Leena Hassan ini sebagai panduan;
Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih. Tapi tidak pernah menjadi.
Guna clorok, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna vanish, kos tinggi. So.. Saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse-nurse menjaga uniform untuk sentiasa putih?
Nahhhhhh…. Nin diaaaa cara-caranya. Anda boleh cuba untuk uniform anak-anak sekolah nanti.
Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan.
Bahan-Bahan:
Sabun Mandi (Lux)
Penyagat
Sabun Baju
Cara-Caranya:
1.Sagat sabun mandi secukupnya.
2.Rendam baju-baju putih dengan sabun lux yang diparut selama 1 malam didalam mesin basuh.
3.Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa, Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental.
Info Ekstra!
Saya guna 3 cawan sabun lux yang diparut + ½ cawan sabun biasa. 3 cawan sabun lux tu nampak macam banyak tetapi sesuai dengan sukatan minimum air yang telah diset kan oleh mesin basuh saya. Kalau sikit sangat, nanti sabun nya cair pulak.
Jangan risau, sabun tak berketul setelah direndam semalaman. sabun tu sempat cair & larut. Saya ada elergik dengan sabun basuh, so kaedah ini membantu saya supaya saya tak perlu sental baju & tangan pun selamat tak kena sabun.
Semoga bermanfaat!
Selamat Mencuba!
MW: Terima kasih atas perkongsian tips ini. Jadi buat mak-mak yang nak cuci baju putih tu, seperti baju uniform kerja atau baju sekolah anak-anak bolehlah cuba cara ini. Barulah baju tahan lama, wangi serta nampak baru dan putih je selalu.