Memang ada benarnya, bila nak dekat Hari Raya sayuran seperti daun kunyit, kunyit, lengkuas, serai, bunga kantan dan sebagainya jadi sangat ‘berharga’ dan bernilai. Ramai yang mencarinya untuk masak juadah raya. Sebenarnya sayuran ini boleh dibeli dan disimpan lebih awal. Simpan dalam tempat sejuk beku boleh tahan 3 hingga 6 bulan. Namun ada syarat dan caranya.
Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Dr Hani Mynis ini sebagai rujukan;
Tip simpanan sayur beku
Meh hani nak bagi teka teki petang-petang ni. Apa benda yang sekarang nampak bersepah kat supermarket tapi bila sehari dua hari lagi nak raya tetiba dia ”hilang”? Hahahah
Sekarang kita tengok dia tak de nilai kan? Beshe-beshe je orang cakap haha ha tunggu lah sehari dua nak raya sok. Ini lah benda paling bernilai dan berharga .
Untuk orang yang macam Hani tak ada bercucuk tanam kat flat ni, nak jumpa daun kunyit kemain lah susahnya bila nak raya sok. Belajar dari pengalaman tiga tahun lepas, dua tiga hari mengagau si Alif mencari daun kunyit kat kedai-kedai sampai ke taman sebelah mencarinya.
Iyo rondang takdak daun kunyit bukan rondang namo eh ayang oii.
Tahun ni nak mengagau lagi? Idok ler.
Dah 2 kali raya lah Hani praktikkan beku kan sayur-sayur berharga macam ni.
Daun kunyit
Serai
Lengkuas
Halia
Kunyit hidup
Bunga kantan
Daun pandan
Daun kesum
Tapi ada cara dan syarat dia kalau nak simpan sayur-sayur kat atas guna kaedah sejuk beku ni.
Mesti kena bersihkan dan basuh bersih-bersih dahulu.
Tengok macam mana nak guna sayur tu, potong siap-siap terus, macam daun kunyit tu kan kalau masak rendang kita ghicir halus-halus, ha ghicir siap-siap terus.
Nak guna, keluarkan sikit dari bekas atau plastik, yang lebih terus simpan dalam peti beku balik, jangan nanti-nanti, nanti lupa terus, lembik sayurnya.
Nak guna, takyah basuh dah, terus campak je dalam kuali , periuk, tak perlu defrost/thaw dulu. Beku-beku tu masuk je dalam kuali/periuk.
Kalau daun sup, hani suka masuk dalam bekas-bekas kecil asing-asing sekali penggunaan, tambah air sikit paras daun, biar dia jadi air batu daun sup.
Daun ketumbar hani tak suka bekukan sebab hilang kerangupan dia. Hani suka daun ketumbar yang rangup.
Ketahanan? Selagi tak habis insya Allah 3-6 bulan.
Ha petang ni balik kerja singgah jap kedai Acheh borong siap-siap daun kunyit ya, jangan cakap kak hani tak payung.
Semoga bermanfaat.
P/s: Kita bagi can siapa yang tak follow hani untuk mengagau cari daun kunyit nak raya sok, yang penting followers hani yang 95 ribu orang ni bukan orang nya.
Ads
Hani belah dia siap-siap. Ini sekali hani campak dalam lemak cili api ke, sambal bali ke. Ini dah 3 bulan dalam peti ais sian beku dia.
Kemain banyak halia haha actually baru topup 3 hari lepas. Nak guna ambil je dua potong, campak dalam temomix blend sekali dengan bawang merah putih 5 saat , halus hancuq!
Amik gambar ni baru teringat dah lama tak top up lengkuas haih. Esok nak merendang jenuhh. Esok gak suh alif gi beli.
Ads
Kunyit hidup
Ini dah 4 bulan. 4 bulan lepas hani borong RM20 bunga kantan, mahal kan bunga kantan sekarang, sekuntum rm2.50! Ni dah tinggal sikit dah, masak laksa asam pedas asam rebus.
Hani guna plastik ni je senang. Jimat space. Susun kat pintu peti ais bahagian freezer.
Mingguan Wanita:Raya tak lama lagi ni, mak-mak bolehlah simpan sayur-sayur ‘berharga’ ni mulai sekarang. Bila dah ada dalam peti ais senang. Tak lah kalut nak cari untuk masak raya nanti.
Udang Ketak isinya manis dan lagi sedap dari isi udang biasa.Bagi mak-mak yang nak beli udang ketak, kena tahu cara siangnya dan asingkan isinya dulu. Bukan apa bila beli jenis udang ni, selalu makan tak puas sebab isinya melekat dekat kulit. Jadi isinya dapat sikit je.
Menerusi perkongsian Puan Fauziah Gee Mard, macam ni rupanya tip nak tanggalkan kulit dari isi udang ketak ni seketul-seketul tak melekat. Menurut wanita ini, tip ini diperolehi daripada arwah emaknya yang selalu proses isi udang ketak ini untuk dibuat jual.
Berikut perkongsian tersebut;
“Hari ni cikgee nak share tips yang sangat berguna iaitu cara nak dapatkan isi si udang ketak ni seketui ketui tanpa melekat pon isi dia kat kulit!”
“Ok jap! Kenal ke atau pernah dengar tak nama udang ketak atau udang lipan ni? Kat tempat cikgee panggil nama tu. Hihi.”
“Isi udang ni sedap tau. Selalu kalau orang masak tak buang kulit, jadi bila makan banyak isi yang tak tertanggal dari kulit. Rugis la kan.”
“Gee leh tau sebab dulu arwah mak selalu proses isi saja wat jual. Sekali dia gunting sampai berbesen.”
Jom cikidot step by step yang sangat mudah.
#Jom pakat-pakat share, mana nak tau kan ada kawan-kawan kita nak belajar masak udang ni.
Cara-Caranya:
Potong bahagian tepi udang. Buang kaki dan muncungnya. Sebab nanti dah rendam dalam air ais bersama ais batu nak tarik kulit udang tu.
2. Siang jadi macam ni.
3. Rendam dalam air ais ketul dalam 2 jam.
4.Kulit yang dah dikopek.
5. Puasnya makan dapat isi seketul-seketul macam ni.
Info Ekstra!
Potong dulu bahagian tepi baru rendam dalam ais, kemudian baru buang kulit.
Rendam lama sikit tau. Kalau tarik still melekat kena rendam lagi dalam air ais bersama ais batu atau kiub. Bila sejuk dia mudah tarik.
Macam-macam menu boleh dimasak dengan udang ni. Antaranya Sambal tumis,
Sayur air, maggie kuah, Mee kuah, Goreng kunyit.Tapi memang sedap kalau masak berkuah ni nanti rasa kuah manis udang ni.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang nak masak udang ketak. Ikut tip yang dikongsikan ini barulah isinya mudah tertanggal dan tak melekat pada kulit lagi.
Capsicum atau Lada Benggala selalu dicampur dalam pasta, pizza, sup sayur, salad dan sebagainya. Ada pelbagai warna seperti hijau,merah dan kuning. Jika selalu kita main beli je, rupanya capsicum ada jenis ‘jantan dan betina’ yang boleh mempengaruhi kemanisan dan kerangupannya.
Nak tahu lebih lanjut, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Aishah Syarif ini.
Nak buat salad tapi CAPSICUM tak rangup dan tak manis? Sis ada petua pilih CAPSICUM tau.
Petua nak pilih CAPSICUM
Capsicum betina ada 4 kelopak bawah tu. Sesuai kalau nak buat salad atau ratah macam tu je sebab lebih rangup dan manis rasanya. Capsicum jantan ada 3 kelopak, sesuai kalau nak buat masak.
Sis bagi pakej resepi salad merangkap sandwich. Tak kisah nak guna brand apa pun.
Bahan A
Daun salad/lettuce (potong ikut suka)
Mayonis
Capsicum hijau (betina 4 kelopak) (potong dadu)
Ayam brand cili tuna (level pedas ikut selera masing-masing. Sis guna level 3 spicy)
Bahan B
(Goreng atas kuali dengan sedikit minyak sebab nak bagi naik aroma lagi best)
Bawang Holland (potong dadu)
Cendawan butang
Sosej / isi ayam
Cara Membuat:
1. Goreng bahan B dengan sedikit minyak hingga naik aroma (goreng asing-asing tau).
2. Campurkan semua Bahan A & B (yang dah goreng tadi) dalam 1 bowl besar.
3. Masukkan mayonis kesukaan, kuantiti pun ikut suka. Kalau banyak takut muak, so ngam-ngam rasa la.
Siap sedia untuk dihidang. Boleh makan cam tu je atau boleh makan dengan roti kesukaan.
Mingguan Wanita : Baru tahu capsicum pun ada jantan dan betina. Rupanya jika nak buat salad pilih capsicum betina ada 4 kelopak, barulah rangup dan manis rasanya. Boleh cuba tip yang dikongsikan ni nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Jika selalunya pada musim kenduri kendara, telur di rebus dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada para tetamu. Bila merebus, pastinya ada telur yang retak, pecah, serta tidak tahan lama.
Namun demikian ada tips dan ilmu baru yang dikongsikan oleh ahli-ahli didalam page Masak Apa Hari Ni (MAHN ) mengenai kelebihan teknik mengukus telur yang dikatakan lebih tahan lama berbanding merebusnya. Mak-mak yang nak masak telur dalam kuantiti yang banyak boleh cuba teknik yang dikongsikan oleh Bumirah Jukki ini.
“Ni bukan telur mentah tau, saya mengunakan teknik mengukus je pakai dapur gas untuk majlis perkahwinan anak saya. Takde sebiji pun yang pecah dan 3 jam dah siap. Mudahkan! Saya ada geng tak rebus telur cara macam ni?
Perkongsian tersebut mendapat respon yang sama daripada yang lain.
Antaranya;
Sara Vee
“Saya pun guna cara ini untuk tempahan majlis kahwin.Memang jimat masa & tiada telur pecah..Dan telur jadi tahan lama.”
“Sebelum rebus/kukus kan kita cuci bersih dulu. Masa 40 minit untuk 100 biji telur. Air kena betul-betul mendidih dahulu,baru start kukus”.
“Lepas naikkan telur ke pengukus berisi telur api jangan kuat sangat. Jika terlalu panas telur jadi pecah. Cuma masa nak kukus tu air memang betul-betul kena menggelegak lepas tu slowkan api”.
Periuk Noxxa
Mimie Mohamad Noor
“Saya guna noxxa je telur 30 biji letak air 1 cawan dan masak selama 2 minit je.Tekan HP 2 minit dan tutup periuk.Kukus telur tahan lama banding dengan yang rebus”.
Saadiah Hassim
“Guna kukus yang besar. Dia ambil masa sekejap aje dalam 10 ke 15 minit”.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.Selamat Mencuba!
MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat kenduri kendara dan nak rebus telur dalam kuantiti yang banyak, bolehlah cuba tips yang dikongsikan ini. Agar telurnya tak pecah dan tahan lebih lama.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...