Shuib tidak mahu tergesa-gesa fikir soal jodoh, begitulah yang diluahkan oleh pelakon, pelawak dan ahli perniagaan Shuib apabila diajukan tentang pengganti arwah isterinya, Siti Sarah.
Shuib Tidak Mahu Tergesa-Gesa Fikir Soal Jodoh
Bapa tunggal kepada empat anak itu juga berkata, dia tidak mahu tergesa-gesa memikirkan soal itu, sebaliknya lebih memberi fokus kepada anak-anak terlebih dahulu.
“Saya betul-betul serah segalanya pada Allah. Malah saya tak berani nak cakap itu dan ini kerana tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Saya cuma harap semuanya akan baik-baik sahaja.
“Ibu ada nasihatkan saya untuk cuba berkawan dengan orang baharu, tetapi saya fikirkan anak-anak. Saya ada ramai anak dan kadang-kadang tak ada masa nak fikirkan benda lain.
“Saya jarang keluar rumah, kalau keluarpun dengan anak-anak sahaja. Bercuti pun dengan anak-anak juga. Apatah lagi sekarang saya tidak begitu aktif dengan aktiviti seni, jadi bila masa saya nak cari jodoh,” akuinya.
Undang Kecaman Netizen
Selepas lima bulan pemergian isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissudin, dirinya sering diajukan tentang persoalan jodoh namun dirinya akui tidak menolak jodoh jika ditakdirkan bertemu pengganti pada masa akan datang.
Ads
Sewaktu ditemubual pada majlis pelancaran kempen Loveta X Anzalna keterbukaan tentang soal jodoh itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan masih terlalu awal untuk Shuib bicarakan.
“Saya sebenarnya tidak ambil kisah tentang kecaman atau apa sahaja yang diperkatakan netizen. Saya tak boleh nak tutup mulut orang untuk berkata-kata.
“Contohnya jika selepas lima bulan ini saya kata nak cari jodoh, nanti mesti ada yang cakap dulu saya beria-ria sedih sekarang cepat sangat pula cari (pengganti).
“Tapi dari satu pihak lain pula anggap okay sahaja kerana nanti kalau saya duduk seorang diri nak buat apa. Jika depresi, siapa yang nak tanggung? Jadi saya rasa tidak perlu nak ambil tahu apa netizen nak kata.
“Saya hanya perlu dengar kata ibu, ibu bapa mertua dan keluarga saya. Sebabnya waktu susah senang saya bersama keluarga dan bukan dengan mereka (netizen). Jika saya sedih tertonggeng di rumah pun, bukan mereka yang ada untuk mengambil tahu. Jadi baik saya fokus pada hidup saya dan keluarga sahaja,” ujarnya.
Shuib juga mengakui ramai wanita yang menghantar mesej untuk berkenalan dengannya menerusi media sosial. Namun dia tidak mengambil serius perkara itu, malah jarang sekali membuka mesej-mesej tersebut.
Ads
“Memang banyaklah mesej tanya khabar dan mengambil berat. Sebenarnya saya saya jarang buka mesej itu semua.
“Apa yang pasti, jika ingin mencari calon selepas ini saya akan pastikan ia mendapat persetujuan daripada ibu saya, mertua dan anak-anak. Ia bukan keputusan yang datang daripada saya semata-mata.
“Kalau OK untuk saya, tapi tak OK untuk anak-anak, benda itu takkan jadi,” terang bapa kepada Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan.
Mingguan Wanita : Semoga Shuib tabah mengharungi hidup dan bergelar bapa tunggal kepada empat cahaya mata. Tahniah juga di atas majlis pelancaran kempen Loveta X Anzalna yang telah diadakan baru-baru ini.
Wahai anak-anak, elajarlah menghargai mak ayah selagi mereka ada di sisi. Kelak Allah sudah ambilnya semula, cuma rasa rindu yang cuma jadi kenangan.
Andai pernah telan rasa kelat dalam hubungan, buang jauh-jauh dan maafkan. Mak ayah ini cuma pinjaman. Sampai masa, mereka akan pergi.
Untuk sampaikan rasa sayang dan menghargai selagi orang tua ada, cuba cukupkan mereka dari sudut yang saudara Muhammad Hassan kongsikan ini…
Bahagiakan Mak Ayah Dengan Cara Ini
Yang masih ada mak ayah. Pastikan:
1 keperluan dapur, bil air,bil eletrik disempurnakan oleh kita. Sekarang segala bil dah boleh buat pembayaran melalui online. Keperluan lain upah je runner beli beras,tong gas.
2 Usahakan bilik tidur mereka ada penghawa dingin. Tilam,selimut,cadar yang baru dan selesa.
3 Pastikan rumah tidak bocor terutama rumah kampung.
4 Pastikan kenderaan mereka selesa,ada penghawa dingin,brake yang baik,minyak hitam ditukar mengikut jadual.
5 Pastikan rumah mereka ada penapis air yang baik.
6 Pastikan mereka makan ubat mengikut jadual. Dan pastikan mereka tidak mengambil apa-apa supplement yang merugikan.m atau fake. Terutama rawatan-rawatan yang melibatkan peralatan.
7 Pastikan mereka tidak terlepas jadual temujanji dengan doktor di Hospital.
8 Jangan lupa untuk bertanya khabar mereka setiap hari, setiap minggu.
9 Jika mereka ada hutang berusaha untuk selesaikan hutang.
10 Pastikan dalam doa kita tidak terlepas nama mereka.
11 Tunaikan hajat mereka. Ada ibu bapa setiap tahun azam untuk tunai umrah. Ada ibu bapa setiap bulan nak ziarah anak-anak. Tunaikan.
12 Mohon maaf segala salah silap kita. Jangan sikit pun berdendam terhadap mereka. Jangan sikit pun sakiti hati mereka. Mereka syurga buat kita.
Tiada apa yang bernilai bagi mak ayah melainkan anak-anak yang soleh solehah,yang dapat mandikan jenazah mereka, yang dapat solatkan jenazah mereka. Yang dapat sedekahkan amal buat mereka.
Bahkan mendoakan mereka setiap masa. Paling kurang pun setiap kali selepas solat fardhu jangan lupa untuk mendoakan mereka. Moga syurga balasan buat mereka diatas penat lelah mendidik dan membesarkan kita.
AMIN.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Benarlah kan anak perempuan tetap menjadi ‘cinta hati’ seorang ayah walaupun dah berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri. Jika sebelum berkahwin, anak perempuan banyak bergantung pada ayahnya sendiri, selalu dimanjakan, rasa dilindungi, menjadi penyelesai segala masalah yang ada.
Begitulah juga harapan isteri selepas berkahwin, berharap segala ‘perasaan’ tersebut di ambil alih oleh insan bernama suami. Suami diharap menjadi tempat pengganti bagi tanggungjawab ayah selama ini.Bukan hanya dalam urusan kasih sayang dan emosi, namun juga dalam membantu urusan rumahtangga.
Jemput baca catatan perkongsian oleh Mohd Fhais ini;
Kadang kala jadi suami ni bermakna kita kena jadi apa sahaja yang isteri minta.
Paip sinki rosak dia tak panggil tukang paip, tapi dia panggil suami.
Nak cat rumah dia tak panggil tukang cat, tapi dia panggil suami.
Mesin basuh rosak, di suruh juga suami yang betulkan.
Lipas dalam bilik air pun kita juga yang kena tangkap.
Itulah namanya isteri.
Dia mengadu,
Dia minta tolong,
Dia suruh kita buat macam-macam.
Suami Pengganti Ayah
Bukan sebab kita ni lelaki kena tahu buat semua kerja.Tapi dia cari kita sebab kita ni suami dia, dan suami ni ibarat pengganti ayah dia dulu.
Bagaimana ayahnya buat semua perkara untuk dia dulu, begitu juga dia harap suami akan buat.
Bagaimana ayahnya manjakan dia dulu, begitu juga dia harap suami akan manjakan dia.
Bagaimana ayahnya buat dia rasa selamat dan gembira dulu, begitu jugalah yang di harap dari suami.
Jadi tak usah mengeluh kalau isteri minta tolong buat itu ini.Itu tanda dia rasa senang dengan kita dan itu maknanya kita boleh di harap!
Tapi awas kalau isteri terlalu berdikari dan jarang minta tolong suami.Mungkin ini petanda si isteri tak percaya atau rasa suami tak boleh di harap.
Biar tak pandai buat kerja jangan tak pandai menolong.
Follow & See First ? Mohd Fhais supaya anda tak terlepas tips dan info tentang kekeluargaan, keibubapaan dan hubungan suami isteri di wall saya setiap hari.
MW: Pesanan buat para suami, usah mengeluh dan rajin-rajin lah menolong isteri dalam urusan rumahtangga. Ia bermakna isteri percaya dan menunjukkan suami seorang yang boleh diharap.Semoga rumahtangga yang dibina harmoni dan berkekalan hingga ke syurga!
Bila sebut pasal anak, mesti ibulah orang pertama yang dikaitkan. Rasanya, anak paling dekat dengan ibu. Sebabnya, anaklah penghuni rahim ibu dan sudah mengenal ibu sejak dari dalam rahim lagi.
Begitu juga bila anak-anak tak sihat, lapar atau dahaga, ibulah orang pertama yang dicari. Boleh dikatakan anak-anak cukup rapat dengan ibunya.
Bukan bermakna, anak tidak begitu rapat dengan ayahnya, tapi rasanya tanggungjawab dalam menjaga anak lebih banyak ditanggung oleh ibu. Namun, tidak dinafikan, ada juga ayah yang sangat rapat dengan anak. Mungkin lebih rapat daripada ibunya. Tidak mustahil.
Walau bagaimanapun, janganlah suami meletakan seluruh tanggungjawab kepada isteri sahaja dalam menjaga anak. Jangan ingat, isteri hanya suri rumah dan suami bekerja mencari nafkah, segalanya isteri kena buat. Pun begitu, kalau isteri turut sama bekerja dalam mencari nafkah, jangan igat isteri ‘perfect’ dalam menjaga anak. Suami juga kena ada tanggunggjawab dalam soal menjaga anak.
Dalam perkongsian daripada Ell F. Azman turut mengulas tentang tanggungjawab suami atau ayah dalam menjaga anak-anak. Moga ia memberi manfaat buat mak ayah di luar sana.
Dari mana datangnya anak-anak yang bakal jadi pemimpin jika ayah-ayah tidak ada masa mendidik sebab banyak lepak kedai mamak.
Dari mana datangnya anak-anak yang soleh jika ayah-ayah tidak ada masa ajar quran tapi ada masa mancing, main badminton, main game, main basikal?
Dari mana datangnya anak-anak yang baik akhlak jika ayah-ayah suka sangat sumpah seranah?
Dari mana datangnya anak-anak yang hormat orang tua, sopan bicara jika ayah-ayahnya suka buat jenaka kahwin dua kahwin tiga?
Dari mana datangnya anak-anak yang menutup aurat, ada rasa malu, jika ayah-ayahnya suka tatap, like, komen gambar perempuan hot di social media?
Jangan Salahkan Mak
Jangan salahkan mak-mak. Memang tak dinafikan, ibu adalah madrasah pertama anak-anak. Tapi jangan lupa, ayah pula adalah pengetua madrasah. It takes both to run a family.
Usah letak semua hal atas kepala mak-mak. Sebab nanti ayahlah orang pertama yang akan disoal pasal tanggungjawab.
Cukuplah beban yang ibu-ibu lalui. Some show their pain. Some don’t. Meletakkan semua kesalahan atas kepala ibu hanya menambah rasa bersalah mereka yang hari-hari rasa mereka bukan ibu yang terbaik.
Be kind to women. Physically and mentally. Be grateful if your wife is all top notch from head to toe, inside and out. But don’t be harsh on others. Kelak kau akan diuji dengan apa yang kau kata.
MW: Hakikatnya, baik suami atau isteri kenalah sama-ssama memegang amanah dalam menjaga dan mendidik anak dalam menjadikan dia sebagai insan yang berjaya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...