Shuhada anggap 10 jahitan di pipi ‘hadiah’ hari jadi. Seperti yang diketahui umum, rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isteri sudah tidak mampu diselamatkan lagi.
Apatah lagi baru-baru ini keluarga isterinya, Nurul Shuhada turut mendakwa wanita itu ditumbuk tiga kali selepas berlaku pertengkaran.
Rentetan itu, polis dilaporkan akan memanggil suami Nurul Shuhada yang dilaporkan melakukan serangan itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, awal pagi Khamis lalu.
Shuhada Anggap 10 Jahitan Di Pipi ‘Hadiah’ Hari Jadi
Hafidz dan pasangannya Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.
Sebelum ini Hafidz telah melafazkan cerai terhadap Nurul Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu. Shuhada kemudiannya memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.
Dek kerana kejadian tumbukan itu, Shuhada menerusi temubual bersama Program TV Popular, Melodi menyatakan dirinya mendapat 10 jahitan.
“Jahitan ini lagi sakit daripada melahirkan. Nasib baik tak kena dekat mata, nanti buta sebelah lagi susah,” ungkap Shuhada.
Ads
Malah dia turut menganggap 10 jahitan yang diterima pada bahagian pipinya itu adalah ‘hadiah’ sempena hari jadi ke-29.
“Selama ini, saya memang ditindas, cukuplah saya bagi muka dan bersangka baik. Apa yang sudah terjadi, Allah nak tunjuk saya memang tak boleh toleh ke belakang lagi.
“Saya perlu terus memandang ke hadapan dengan anak-anak saya, sama-sama ke depan. Cukuplah,” kongsi Shuhada.
Tidak Putuskan Hubungan Anak Dengan Suami
Walau apa yang dilakukan oleh Hafidz terhadap dirinya, Shuhada akui dirinya tidak berniat untuk memutuskan hubungan antara anak-anak dan suami.
“Anak-anak memang tak diberitahu apa-apa lagi, saya tidak mahu memburukkan ayah mereka.
Ads
“Mereka perlukan seorang ayah dan saya tidak akan putuskan hubungan antara mereka,” kongsinya yang turut memberitahu apa yang dilakukan suami terhadapnya adalah petunjuk daripada Yang Maha Esa supaya dia dan anak-anak terus melangkah ke hadapan untuk membina kehidupan baharu.
Yakin Beroleh Kebahagiaan
Shuhada turut menerangkan, dia berharap akan beroleh kebahagiaan selepas peristiwa pahit yang dialami dalam rumah tangga.
“Walau berat macam mana pun saya kena terima. Kalau ujian orang ketiga memang sangat berat, Allah tambah lagi ujian yang lebih berat untuk saya. Ia membuatkan saya yakin akan bahagia dan berjaya dengan anak-anak.
“Allah akan bagi yang lagi baik, yang lagi hebat. Saya memang betul-betul meletakkan 100 peratus kepada Allah,” sambungnya.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kecoh ayat isteri cerminan suami, ramai lelaki BANGKANG. Kisah isteri Nabi Nuh & Lut jadi bukti. Di media sosial meriah dengan kisah rumahtangga Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar. Ramai mengulas mengikut sudut pandang masing-masing.
Mengulas mengenai satu isu, kita akan menemui pelbagai keragaman pandangan dan tidak semestinya apa kita lontarkan diterima oleh orang lain.
Kecoh Ayat Isteri Cerminan Suami
Kala ini, ramai memperkatakan ayat “isteri cerminan suami” di mana ia bermula dari satu tweet dai Finaz Yunus “saat isteri meroyan, merentan tentang rumahtangga di media sosial. Kita selaku manusia yang punya akal kena lihat bagaimana suaminya menyantuni isterinya di rumah dan ia mendapat respon dari Cikgu Mohd Fadli Salleh.
Dalam catatannya yang mendapat tanda setuju dari orang lelaki, Cikgu Mohd Fadli menjelaskan tindak tanduk manusia bergantung kepada cara mereka mengawalnya sendiri, bukan cerminan dari orang lain khususnya suami.
Maaf, saya langsung tak setuju dengan ayat ‘isteri cerminan suami’.
Isteri itu ada akal yang waras, segala tindak tanduk mereka bergantung pada cara mereka mengawal emosi, cara mereka berfikir.
Langsung tak boleh nak salah pihak lain terutamanya suami bila seseorang isteri meroyan, merentan, mengamuk dan berkelakuan tidak elok.
Kenapa asal nampak isteri bersikap teruk nak salahkan lelaki atau suami? Tindak tanduk isteri itu terhasil dari sikap dia sendiri, bukan orang lain.
Isteri Nabi Lut a.s dan isteri Nabi Nuh a.s derhaka dan bersikap tidak elok. Adakah ia mencerminkan layanan suami mereka?
Bahkan ramai sahaja pasangan yang suaminya panas baran, sering memukul, tidak solat, suka berjudi, tapi si isterinya begitu sabar dan solehah. Menjaga aib suami, tetap taat dan redha.
Bila isteri solehah dan baik sedangkan suaminya tidak baik, tidak pula keluar kata-kata ‘isteri itu cerminan suami’.
Tapi bila isteri itu meroyan, biadap, melampau batas dan berkelakuan tidak elok, tiba-tiba suami dipersalahkan dan segelintir mereka menuduh isteri menjadi tidak baik kerana cara suami santuni mereka itu tak betul.
Eh, boleh gitu pulak?
Teringat kata-kata Zainuddin dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka,
“Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya”.
Setiap individu yang akil baligh dan matang fikiran mereka perlu bertanggungjawab terhadap sikap dan kelakuan mereka.
Bila lelaki salah, dia salah. Dan bila wanita salah, mengaku sajalah. Tak perlu salahkan lelaki pula.
Dan selepas beberapa jam artikel ini dimuat naiknya dan menerima banyak komen khususnya dari orang perempuan yang selalu ingin menang, Cikgu Fadli dalam nada bergurau menulis:-
Urusan jodoh semuanya ketentuan yang maha Esa. Siapa sangka anak murid yang diajar di sekolah kini telah selamat menjadi menantu sendiri. Malah lebih istimewa pada hari pernikahan, pengantin sendiri yang membaca khutbah nikah di hadapan para tetamu yang hadir.
Ini yang dikongsikan dalam video ringkas oleh fadhilah_nfiyang merupakan sepupu kepada pengantin perempuan iaitu Ummu Sakinah.
Majlis ijab dan qabul pasangan pengantin baru ini diadakan pada 5 Ogos lepas dengan bertemakan Melayu Klasik. Majlis diadakan dengan sangat meriah dengan mengumpulkan seluruh keluarga dan sanak saudara.
Pengantin Baca Khutbah Nikah
Malah turut mencuri tumpuan, apabila pengantin lelaki sendiri Luqman Aiman, berkesempatan membaca khutbah nikah sendiri disaksikan oleh jurunikah, wali dan tetamu yang hadir pada majlis pernikahan tersebut.
Ramai yang mengusik dan tumpang gembira apabila anak murid berpeluang menjadi menantu cikgu sendiri.. Tidak kurang ramai yang turut mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin baru ini.
@fadhilah_nfi 5 Ogos 2023 | Ijab & Qabul Aiman & Sakinah Alhamdulillah, tahniah sepupu @ummusakinahh telah melangkah ke fasa kehidupan yang baru. Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fil kheyr. Semoga pernikahan dilimpahi sakinah,mawaddah dan rahmah. #AimanForSakinah#akadnikah @ummusakinahh ♬ Mimpi – Aisyah Aziz
Mingguan Wanita:Alhamdulillah, siapa sangka daripada anak murid kini dah jadi menantu sendiri. Apapun tahniah buat kedua-dua cikgu dan anak murid ini. Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sampainya hati seorang ibu apabila tergamak melacurkan dua orang anak kandungnya sendiri yang masih bawah umur pada warga asing dengan nilai serendah RM50!
Memetik laporan akhbar Sinar Harian, kejadian yang dilaporkan berlaku di Johor Bahru ini,seorang ibu tunggal dijatuhkan hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi selepas mengaku bersalah melacurkan dua anak kandungnya kepada warga asing, Oktober lalu.
Hakim Kamarudin Kamsun mengarahkan tertuduh yang berusia 39 tahun itu menjalani hukuman penjara 15 tahun untuk 10 pertuduhan yang mana setiap dua daripadanya berjalan serentak.
Lacur Anak Umur 13 & 10 Tahun
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan menganiaya dari segi seks dengan melacurkan dua anak kandungnya yang masing-masing berusia 13 dan 10 tahun di sebuah hotel bajet di Larkin di antara 1 hingga 7 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000; penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, sebagai tambahan kepada hukuman boleh dihuk penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah dihukum dengan sebat.
Saksi Perbuatan Keji
Untuk rekod, tertuduh difahamkan tergamak melacurkan dua anaknya itu hanya dengan kadar bayaran serendah RM50 kepada warga asing malah sanggup menyaksikan perbuatan keji itu dibuat.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili sebarang peguam.
Sungguh masyarakat kita semakin tenat, dimana hilangnya perasaan kasih sayang dan fitrah sifat keibuan melindungi anak-anak yang sepatutnya ada dalam diri?