Shahrol mohon titipkan doa buat anaknya hidap sakit buah pinggang kronik. Hati ayah dan ibu mana yang tidak terusik apabila mengetahui bayi mereka menghidap penyakit kronik.
Begitulah berita sedih yang dikongsikan pelakon dan pelawak Shahrol Shiro dan isterinya Nor Farhanah Syamimi atau lebih mesra dengan panggilan Anna menerusi akaun Instagram masing-masing.
Shahrol Mohon Titipkan Doa Buat Anaknya
Terbaru berkat hari Jumaat, Shahrol mohon sahabat dan orang ramai menitipkan doa buat anaknya yang bernama Ismail Rifqi.
“Salam Jumaat penghulu segala hari.
“Sy memohon jasa sahabat-sahabat saya sedikit masa menitipkan nama anakanda saya Ismail Rifqi di dalam doa kalian agar beliau diberi kesembuhan.
“Mungkin lafaz doa salah seorang dari kalian diangkat dan dimakbulkan Allah swt.
“Buat isteriku Nur Farhanna @anna_danisha sy yakin awak dan sy kuat menghadapi ujian ini kerna Allah tidak akan menguji hamba diluar kemampuannya. Kepada Allah kita berserah.
Artinya: Ya Allah, Tuhan manusia, hilangkan lah penyakit ini, sembuhkan lah, hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak menyisakan rasa sakit.”
“Mohon maaf kepada sahabat-sahabat yang bertanya khabar secara whatapp,menelefon serta DM di ig dan fb tetapi ada yg tidak sempat dibalas,” begitulah luahan hati Shahrol.
Malah isteri Shahrol, Anna juga berkata, bayi yang berusia lapan bulan itu perlu dirawat segera selepas didapati tidak mempunyai buah pinggang kanan, manakala buah pinggang kirinya membengkak.
“Luluh hati Anna bila tengok Ismail sakit. Sayu bila pandang muka Ismail. Doktor dapati buah pinggang Ismail belah kanan tiada manakala buah pinggang sebelah kiri bengkak.
“Ismail kena dapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan Ismail hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak.
“Anna mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kesihatan anak Anna. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami.
“Mana tahu atas sebab doa kalian Allah angkat dan makbulkan doa kalian untuk anak Anna,” tulisnya di Instagram.
Ads
Untuk pengetahuan, Shahrol berkahwin dengan Anna pada 18 Mac 2016. Selain Ismail, pasangan berkenaan turut dikurniakan anak sulung lelaki bernama Iskandar Rizqi berusia empat tahun.
Shahrol juga mempunyai seorang anak lelaki, Muhd Adam hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Shahrol Shiro
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Ads
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Mak mentuabenci dengan menantu perempuan, ada saja yang tak kena di mata dia. Hubungan antara mak mentua dan menantu perempuan sering menjadi topik yang sensitif dalam institusi kekeluargaan.
Mak Mentua Benci Dengan Menantu Perempuan
Kadangkala, terdapat ketegangan yang boleh menjejaskan keharmonian keluarga. Drama antara mak mentua dan menantu perempuan seakan tiada kesudahan. Bertambah parah kalau kedua-duanya masing-masing keras kepala.
Ada Saja Yang Tak Kena Di Mata Dia
Punca-Punca Ketegangan:
Perbezaan Pandangan dan Cara Hidup
Mak mentua dan menantu perempuan mungkin datang dari latar belakang yang berbeza, dengan pandangan dan cara hidup yang berbeza. Ini boleh menimbulkan salah faham dan ketegangan apabila cara hidup dan pandangan tersebut tidak selari.
Cemburu dan Rasa Terpinggir
Ada kalanya mak mentua mungkin merasa cemburu atau terpinggir apabila anak lelakinya lebih memberi perhatian kepada isterinya. Perasaan ini boleh menyebabkan mak mentua bersikap dingin atau tidak menyukai menantu perempuannya.
Harapan yang Tidak Dipenuhi
Setiap orang mempunyai harapan tertentu terhadap orang lain. Mak mentua mungkin mempunyai harapan yang tinggi terhadap menantu perempuan, sama ada dalam aspek tanggungjawab rumah tangga atau cara mendidik anak. Apabila harapan ini tidak dipenuhi, ia boleh menimbulkan rasa tidak puas hati.
Cara-Cara Menjaga Keharmonian
Komunikasi Terbuka
Komunikasi yang baik dan terbuka antara mak mentua dan menantu perempuan adalah kunci untuk mengelakkan salah faham. Luahkan perasaan dan pandangan dengan cara yang sopan dan hormat.
Berkompromi dan Bertoleransi
Kedua-dua pihak perlu belajar untuk berkompromi dan bertoleransi. Ini bermakna kadang-kadang kita perlu mengalah untuk menjaga keharmonian keluarga. Hormati perbezaan dan cuba mencari titik persamaan.
Menghormati dan Menghargai
Hormati dan hargai peranan masing-masing dalam keluarga. Menantu perempuan perlu menghormati mak mentua sebagai orang yang lebih tua dan berpengalaman, sementara mak mentua perlu menghargai usaha dan sumbangan menantu perempuan dalam keluarga.
Luangkan Masa Bersama
Luangkan masa bersama untuk melakukan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan, seperti memasak bersama, membeli-belah, atau beriadah. Aktiviti seperti ini boleh membantu meningkatkan keakraban dan mengurangkan ketegangan.
Minta Pandangan dan Nasihat
Menantu perempuan boleh meminta pandangan dan nasihat daripada mak mentua dalam hal-hal tertentu. Ini bukan sahaja menunjukkan rasa hormat, tetapi juga memberi peluang kepada mak mentua untuk merasa dihargai dan diperlukan.
Hubungan antara mak mentua dan menantu perempuan memerlukan usaha daripada kedua-dua pihak untuk mencapai keharmonian. Dengan komunikasi yang baik, sikap toleransi, dan saling menghormati, banyak masalah boleh dielakkan. Ingatlah bahawa tujuan utama adalah untuk menjaga keharmonian keluarga dan memastikan kebahagiaan bersama.
Kerja isteri yang tak pernah surut, duduk jauh kejap dengan suami pun dia tetap memikirkan tugas hariannya sebagai seorang mak-mak.
Pendek kata, penat tetapi seronok bila dia tahu semuanya teratur dan selesai. Lebih ‘manis’, tengah merajuk pun tetapi dapur berasap.
Macam contoh yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan kali ini, orang rumah ni tak reti duduk diam.
Pernah tak isteri berhenti dari buat tugas-tugasnya?
Dia kena marah pun dia tetap masak. Dia merajuk pun dia masak. Dia tak sihat pun dia masak. Bergaduh dengan kita pun, dia tetap buat kerja-kerja rumah. Dia balik kampung pun, dia mesej, telefon kita.
“Abang dah bangun?”, “Abang dah sampai tempat kerja?”, ” Abang dah lunch?”, ” Abang dah otw balik kerja?” , “Abang dah sampai umah?”, ” Abang dah makan mlm?” Sampaila dia tanya, “Abang dah tido?”
Berjauhan pun, dia tanya satu-satu, masih risaukan kita. Jadi pergi lah apa pun, duduk jauh macam mana pun dia tetap jalankan tugas-tugas dia sebagai seorang isteri. Ambil tahu kebajikan kita, jaga suami.
Jahat mana pun suaminya itu, dia tetap buat tugas-tugas seorang isteri. Dan kita yang jadi suami ni, ada tak tugas-tugas kita yang kita tak tunaikan terhadapnya? Ada kan… banyak sebenarnya tuan-tuan.
Balik kerja, ada tak kita tanya,
“Macam mana hari ni, ayang ok?” Ada tak mesej dia, “Ayang dah makan? Ayang sihat tak hari ni…?”
Jarang kan kita nak buat ni? Itu hari biasa, kalau hari bergaduh, kalau tarik muka, lagi la tak buat langsung.
Tapi isteri tak pernah pun berhenti dari memikirkan tentang suaminya, even time tidur pun, bila terjaga, dia selimutkan suami dia perbetulkan kedudukan tidur suaminya, pastikan suaminya itu selesa.
24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, untuk SUAMI dan kita plak asyik memikirkan tentang perempuan lain? Tentang kekurangan isteri? Cari kelemahan isteri? Tak guna betul kita ni tuan-tuan. Hargailah isteri tuan-tuan tu… hidup dia, selain untuk Allah, adalah untuk SUAMINYA. Jangan abaikan isteri, peluk cium, sayang isteri yang kita ada tu.
Hadiah dari Allah untuk kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Betapa nazaknya generasi kita pada hari ni, tidak berpikir panjang dan tergamak mengiklankan jual anak secara terbuka. Dimana nilai kemanusiaan dan rasa kasih pada anak sehingga sanggup membuat tindakan demikian, walaupun sangat memerlukan duit atas dasar kesempitan hidup.
Memetik sebuah laporan akhbar,pasangan kekasih yang cuba menjual bayi kembar mereka di dalam talian dengan harga RM15,000 ditahan polis malam semalam.
Tindakan Pantas Aktivis Sosial
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek wanita berusia 20 tahun ditahan di rumahnya di Setapak pada 8 malam.
“Manakala suspek lelaki yang berusia 18 tahun ditahan di rumahnya di Ampang sejam kemudian.
“Kami percaya kedua-dua suspek adalah pasangan kekasih dan bayi yang diiklankan di laman web jual beli atas talian itu adalah hasil hubungan luar nikah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Portal berita tempatan melaporkan aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi menerima aduan mengenai pengiklanan di mudah.my mengenai kes penjualan bayi kembar daripada seorang wanita berusia 20 tahun.
Bayi kembar itu dijual pada harga RM15,000 dan ia turut disertakan sekali keterangan gambar bertulis ‘twins to let her go’.
Susulan daripada aduan itu, Syed Azmi menghubungi pihak mudah.my yang seterusnya mengambil tindakan pantas menurunkan iklan bertarikh 8 Disember berkenaan daripada laman sesawang mereka.
Aktivis sosial itu seterusnya menghubungi pegawai polis di Bukit Aman dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan perlindungan terhadap dua bayi malang berkenaan.
Mazlan berkata, daripada siasatan awal, pihaknya mendapati tiada pihak atau individu yang menghubungi wanita terbabit bagi membeli bayi mereka.
“Kita memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak,” katanya.
Semoga mak ayah lebih prihatin dengan kelakuan anak-anak remaja.Masyarakat juga perlu ambil peduli dengan keadaan sekeliling. Tindakan pantas seperti yang dilakukan oleh aktivitis sosial ini, wajar dipuji kerana ia berjaya menyelamatkan masa depan bayi kembar tersebut.