Menyesal. Pernah terfikir tak, selepas apa yang kita lakukan, tiba-tiba timbul rasa menyesal dan bersalah. Kalaulah takdir dapat memberi peluang kedua kepada kita tentu, ia tidak akan dilakukan lagi.
Sebenarnya, setiap orang pasti akan lalui saat-saat ini. Rasa bersalah dan menyesal. Mungkin kita anggap itu hanya perkara kecil tapi bagi orang lain, itu adalah sesuatu yang sukar untuk diterima.
Begitu juga semasa kecil, imbas kembali kenangan kita ‘nakal-nakal’ dahulu. Kalau boleh diundurkan masa, mahu kembali ke zaman itu dan buat sehabis baik.
Ingat, apa yang kita lalui itu dijadikan pengalaman dan dalam memperbaiki diri, kita masih diberi peluang kedua. Jadikan peluang yang diberi ini lebih baik untuk masa akan datang.
Kita manusia tidak pernah sempurna, ada masa kita lalai dengan mengejar dunia. Bukan sahaja lalai dengan diri tetapi dengan orang di sekeliling, sehingga ada yang terluka dengan perangai kita.
Perkongsian daripada Shauqi Hasan boleh kita jadikan pandian dan manfaat untuk diri. Percayalah, belum terlambat untuk kita berubah dan gunakan peluang kedua ini menjadikan kita lebih baik daripada sebelum ini.
Syaitan tu, kalau tak boleh jadikan kita jahat, ia akan jadikan kita malas.
Malas solat, baca Quran, malas kerja dan masla tutup aurat.
Ads
Setiap manusia ada cerita masing-masing dan ada pengalaman hidup yang berbeza.
Malahan, setiap orang yang baik ada masa silam yang buruk dan setiap orang yang buruk ada masa depan yang lebih baik.
Maka, jangan lihat seseorang dari masa lampaunya.
Tapi lihatlah seseorang dari masa sekarangnya dan macam mana dia berjuang untuk berubah menjadi lebih baik lagi.
Boleh jadi juga disebabkan pernah menjadi kelompok yang jahil, menjadikan kami lebih ‘tolerate’ dalam menyampaikan pesan-pesan Allah.
Bukan mengambil mudah hukum Allah, tapi berdasarkan pengalaman sendiri, nak mengajak orang berubah bukan semua keadaan perlu bersuara lantang.
Tiada Siapa Sempurna
Tak ada manusia yang sempurna, jadi jangan merasa diri kita dah baik.
Ads
Percayalah, ketika kita merasa kita dah baik, itu petanda awal kita bakal jadi jahat.
Kalau nampak ada orang lain lebih buruk dari kita, doakan, bukan menerakakan dia.
Ramai daripada mereka yang berubah jadi baik, belajar dari kesilapan, belajar dari masa lalu.
“Someone who has a dark past will turn into a much better person and will even turn out to be a good person more than those who don’t have a dark past.”
Selalunya begitulah. Kecuali Darth Vader.
Jadi, jangan pandang remeh hanya kerana dia ada sejarah hitam kerana dia juga ada masa depan jika dia SEDAR AKAN KESILAPAN DAN KEKHILAFANNYA.
Diberi Hidayah
Setiap orang ADA PELUANG KEDUA! Percayalah.
Allah itu Maha Adil. Cuma kita saja yang kadang kala BUTA tak nampak peluang di depan mata. Ini kerana terlalu sibuk dan lalai sangat dengan perhiasan dunia.
Ads
Bersyukurlah siapa yang dapat hidayah.
Bagi yang belum, kita terus mencari.
Kalau kita ikhlas nak someone berubah, tolonglah jangan gunakan kata-kata kecaman atau kutuk-mengutuk.
Takkan ada efek pada orang yang kita kutuk tu, makin menjadi dia punya keras adalah.
Mengajak orang berubah tanpa berdoa adalah satu bentuk kesombongan. Sebab bukan kita yang bagi hidayah, melainkan Allah.
Jadi, setiap kali mengajak, sertakan dengan doa.
Ini kerana ada perkara yang tak boleh diubah dengan dakwah tapi boleh diubah dengan doa.
MW: Masa silam adalah masa lalu yang telah kita lalui. Masa sekarang kita tempuh dengan lebih baik lagi. Lupakan yang lalu dan gunakan peluang yang ada untuk bersyukurlah serta berusaha menjadi seorang yang lebih baik.
Sumber: Shauqi Hasan
Doakan Abang dalam seruan mu.
“Kalau dulu terselak sana terselak sini, sekarang tutuplah, kita berhak merubah diri sendiri” begitulah pesanan yang diluahkan oleh Noorkhiriah Ahmad Shapie.
Pelakon yang berbadan genit ini sememangnya begitu suka berkongsi pelbagai pesanan di akaun Instagramnya. Bertujuan bukan saja untuk memberi pesanan kepada mereka di luar sana namun juga untuk dirinya sendiri.
Malah Noorkhiriah juga akui dirinya juga sentiasa mohon agar diberikan istiqomah. Bersama-samalah kita berdoa agar Allah sentiasa berikan yang terbaik buat kita semua.
“Kalau Dulu Terselak Sana Terselak Sini, Sekarang Tutuplah”
Noorkhiriah juga akui dia sangat bersyukur bila Allah berikan hidayah. Sebagai umatnya dan insan biasa janganlah kita membandingkan kehidupan orang lain dengan diri sendiri. Berikanlah peluang untuk diri berubah ke arah kebaikan.
“#BismillahiMasyaAllah
“Hidup ni proses, bagi peluang kat diri sendiri. Jangan tengok orang lain sebab taka da satu pun sama dengan sesiapa, yang menulis ni haru biru lagi tapi syukur bila Allah dah bagi.
“Tapi takyahlah jadi orang lain, maintain saja apa yang ada cuma hidupkan proses. Kalau dulu terselak sana sini. Sekarang tutuplah. Kita berhak merubah diri kita sendiri. Perlahan-lahan InsyaAllah Istiqomah.
Tak Mudah & Tak Susah Nak Berubah
“Tak mudah dan tak susah kalau betul-betul nak transform. Tapi jiwa kena kental sebab ada tika akak goyang gak.
“Share kebaikan bukan bermakna dah baik. Tapi jangan dipandang siapa yang menyampaikan tapi dengar apa yg disampaikan.
“Tiap manusia ada sisi gelap. Doakan akak. Bersama kita mendoakan yer. Tapi tolonglah jangan dipuji sebab akak pendosa. Allah tutup aib. Terima kasih Allah,” kongsi Noorkhiriah.
Bila anak makin membesar, dah tentu mak-mak akan ajar untuk bebas pampers. Tapi, ada masanya akan terbabas juga air kencing anak bila tak sempat unntuk ke tandas.
Satu hal pula mak ayah nak kena bersihkan air kencing anak. Tak bolehlah lap-lap saja sebab itu najis dan dah tentu tak sah solat kalau terkena.
Itu pada waktu siang, kalau tidur malam pun boleh jadi anak akan terkencing juga. Terkena tilam. Nak kena bersih betul-betul, tak bolehlah hanya sembur dengan pewangi untuk hilangkan bau.
Ada juga mak-mak biarkan air kencing anak kering begitu saja tanpa membersihkan. Kalau jenis yang tak serap, senanglajh untuk bersihkan. Tapi bagaimana dengan yang serap seeprti kusyen, sofa atau tilam.
Faham betul-betu apa yang dikongsikan oleh Zuraila Mohd Noor dalam bersihkan air kencing anak.
Ada yang tanya macam mana kalau anak kencing atas tilam, sofa, kusyen kereta, karpet dan seangkatannya.
Yang ni kita sedia maklum kebanyakan jenis menyerap air bukan macam lantai rumah.
Konsep nak membersihkan masih sama,
Hilangkan ain najis. Fizikal najis yang kita nampak atau bau atau rasa.
Lalukan air ke atas kesan najis. Air mutlak ya jangan pula campurkan air dengan softener, sabun atau sebagainya.
Kena sedia kan bahan untuk hilangkan ain najis sama ada tisu, kain, vacum atau apa saja. Yang paling senang kita nak capai selalunya tisu atau kain kan.
Ambil tisu lap air kencing anak. Selagi tisu basah selagi itu maknanya ada najis. Lap lagi ulang banyak kali sampai kita rasa tisu atau kain yang kita gunakan dah tak basah dengan najis.
Bila dah yakin ambil air lalukan atau curahkan atau jiruskan ke atas tempat yang anak kencing tadi. Kalau jenis tilam atau sofa atau kusyen kereta jenis tak menyerap air boleh ambil satu bekas letak di bawah untuk menadah air yang akan menitik.
jenis yang memerangkap air tak apa biarkan air terperangkap di bahagian dalam yang penting permukaan di kira suci dan bersih dan bebas najis. Sebab kita tak pikul tilam atas belakang bila nak solat.
Bukan lah tak boleh nak gunakan sabun masa mencuci. Boleh bagi nak hilangkan jika ada bau. Tapi jangan campurkan sekali dengan air sebab syarat nak mensucikan najis ialah air suci lagi menyucikan.
Elak Cara Salah Bersihkan
Cara salah yang biasa orang buat,
Anak kencing atas tilam terus keringkan dan semburkan pewangi untuk hilangkan bau.
Anak kencing atas tilam terus curahkan air ke atas nya tanpa hilangkan ain najis dahulu.
Anak kencing atas tilam dibiarkan kering tanpa dicuci.
Anak kencing atas tilam bawa tilam jemur tengah panas tanpa cuci.
Bila ambil wuduk tangan terpegang tilam yang bernajis dan bawa najis ke dalam solat.
Bila travel selesai ambil wuduk terpegang kusyen kereta bernajis dan bawa najis ke dalam solat.
Bila ambil wudukk terpijak karpet yang ada najis dan bawa najis ke dalam solat.
Ada yang cakap,
” Kalau saya angkat saja terus masuk bilik air cuci. “
Ya. Terpulang atas diri sendiri. Tapi keadaan setiap orang tak sama. Ada orang ada punca air yang terhad. Ada orang duduk rumah tinggi tak ada halaman. Ada orang duduk rumah kos rendah yang bilik air cuma muat badan sendiri saja. Islam sediakan solusi yang sesuai dengan semua orang.
” Saya basuh ulang tiga kali. Lagi suci lagi menyucikan. “
Ya. Juga terpulang kepada diri sendiri. Kalau ain najis dah dihilangkan dengan sekali ia dah dikira suci. Kalau ain najis belum hilang dengan sekali boleh ulang sehingga ain najis hilang. Kalau nak ulang sampai sepuluh kali pun tak ada masalah tapi membawa kepada pembaziran pula.
Dalam hal ini, Imam Al Nawawi telah menukilkan pendapat Imam Syafie bahawa,
لو أحمى حديد ثُمَّ صَبَّ عَلَيْهَا سُمًّا أَوْ غَسَلَهَا فِيهِ فَشَرِبَتْهُ ثُمَّ غُسِلَتْ بِالْمَاءِ طَهُرَتْ لِأَنَّ الطَّهَارَاتِ كُلَّهَا إنَّمَا جُعِلَتْ عَلَى مَا يَظْهَرُ فِيهِ لَيْسَ عَلَى الْأَجْوَافِ
Sekiranya dipanaskan sekeping besi dan kemudian besi tersebut disiram dengan racun (najis) atau dibasuh dengannya. Dan kemudian, najis tersebut telah meresap masuk ke dalam besi tersebut. Kemudian, besi tersebut dibasuh dengan air, maka ia kembali menjadi suci kerana kesucian itu adalah berdasarkan apa yang zahir (dilihat) dan bukannya pada apa yang ada di dalam rongga (tidak nampak).
Islam itu mudah jangan disusahkan dan jangan pula dipermudah mudahkan.
Mingguan Wanita : Jangan ambil mudah, kena beringat.
Ramai sering menunjuk rasa bahagia apabila disahkan mengandung dengan menayangkan baby bump masing-masing di media sosial. Ramai beranggapan, apa salahnya berkongsi kegembiraan itu bersama orang terdekat dan juga rakan-rakan kerana mereka bakal mempunyai cahaya mata tidak lama lagi. Masa yang sama juga, beberapa tahun lagi, fb akan mengembalikan memori itu di akaun kita.
Di sebalik rasa bahagia itu, mungkin ramai golongan wanita terlepas pandang kerana BABY BUMP itu adalah sebahagian dari aurat wanita yang perlu dijaga dan ditutup pandangan oleh bukan anjabi. Kita tidak mahu hanya kerana mahu menunjuk rasa bahagia itu, kita akan terus berdosa selagi gambar itu berlegar di media sosial.
Bacalah perkongsian dibuat oleh Dayanaamerda ini mengenai baby bump.
Baby Bump itu AURAT
Terpanggil untuk post berkenaan ini memandangkan mungkin ramai yang belum tahu, atau terlepas pandang tentang ini.
Para lelaki wajib tahu kerana kalian merupakan seorang anak, abang atau adik dan akan menjadi seorang suami, ayah yang bakal mendidik, menyampaikan perkara haq, sekaligus menjaga maruah kaum wanita seperti ibu, adik beradik, isteri dan lain-lain.
Wanita, lagilah wajib tahu.
Menunjukkan bentuk baby bump di khalayak ramai atau public adalah sesuatu yang dilarang oleh kerana baby bump seorang wanita itu aurat.
Cuba kita fikir dengan teliti, perut adalah anggota yang personal, tidak layak dinikmati oleh sesiapa kecuali sang suami.
Ada lelaki yang suka tengok wanita mengandung dan sangat menikmati baby bump seorang wanita.
Dengan berhati-hati tentang gambar yang kita post ke social media, insyaAllah maruah terjaga dan tidak diratah oleh mata-mata yang memerhati.
Wahai suami-suami, doa dan usaha banyak-banyak agar kita sebolehnya tidak tergolong dalam golongan lelaki dayus. Jika benar sayang isteri, tidak seharusnya kalian pamer maruah isteri yang kalian cintai.
Jom biasakan apa yang betul. Jom jaga maruah seorang wanita. Islam begitu menjaga wanita dan mengangkat darjat wanita layaknya seorang ratu. Jom cintai diri. Walaupun ramai yang lakukan perkara ini, jangan hanyut dan terbuai emosi ya. Surround yourself dengan lingkungan yang mentaati Allah, insyaAllah dapat kuatkan semangat dan membantu dalam istiqamah!
We dont need to do it for the gram even if everyone else is doing it, cause our main purpose in this dunya is to obey Allah SWT. Sumber : Dayanaamerda
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!