Sebaik salah seorang ahli keluarga yang meninggal dunia, perkara pertama yang sering dibangkitkan adalah harta pusaka. Sama ada, suami meninggal mahu pun isteri, mesti ada ahli keluarga akan ‘berbunyi’.
Perkara yang sering diketengahkan tentutlah harta peninggalan untuk ahli keluarga yang tinggal. Untungnya, bila si mati meninggalkan waris. Bolehlah harta itu diberikan untuk waris keluarga bagi meneruskan hidup.
Namun, tak mustahil juga, ada waris tapi ahli keluarga si mati sanggup berebut. Walau bagaimanapun tidak semua ahli keluarga sanggup berbuat demikian. Kena ingat, kita ada undang-undang bagi menyelesaikan masalah ini, bila berlakunya perebutan harta.
Ikuti perkongsian daripada bapa tunggal ini dalam bercerita tentang harta pusaka. Ada benarnya, barang yang kita ada walau sekecil mana pun, ia akan menjadi harta pusaka bila kita meninggal dunia nanti.
“Apabila mati, barangan kita waima sebatang pen adalah menjadi harta pusaka. Dan dalam setiap harta pusaka itu ada waris yang berhak ke atasnya.”
Inilah ayat yang diberikan kepada saya ketika saya mula hendak mengagihkan barangan arwah isteri seperti pakaian, kasut, beg dan sebagainya. Ini bukan dari kata orang biasa namun dari orang yang berilmu dan pakar dalam urusan faraid dan harta pusaka.
Lalu saya hentikan dahulu niat tersebut.
Saya mula rujuk, saya bertanya dan saya dapat khidmat nasihat dari mereka yang pakar dan bertauliah.
Ye jawapannya sama.
Ads
Harta si mati walau sekecil barang adalah harta pusaka yang dalam setiap darinya ada waris yang berhak ke atasnya.
Wajib difaraidkan.
Mujur, harta arwah isteri warisnya hanya kami 4 beranak. Tiada orang lain yang layak kerana arwah sudah tiada mak dan ayah. Dan anak-anaknya semua lelaki maka semua hartanya dibahagikan ¼ antara kami berempat.
Pemegang Amanah
Harta yang bernilai besar telah diberikan mengikut arahan mahkamah. Namun harta yang kecil seperti pakaian, kasut, perhiasan, pinggan mangkuk semuanya saya bahagikan sendiri antara kami 4 beranak.
Sebagai ayah dan juga pemegang amanah, saya berkuasa menguruskan harta anak-anak saya.
Saya juga berbincang dengan anak-anak, yang sudah boleh memahami tentang barang arwah ibu mereka. Ada yang mereka ingin simpan, tak boleh diusik dan ada yang mereka benarkan untuk diberikan.
Lalu saya pilih barang-barang yang memberi manfaat seperti telekung, sejadah, kain-kain yang masih baru belum berjahit, kasut, perhiasan dan sebagainya saya hadiahkan kepada rakan-rakan arwah dan juga sanak saudara.
Ads
Selebihnya yang tinggal hanyalah barang di dalam bilik tidur. Barang-barang ini agak privasi dan sangat sentimental buat kami anak beranak. Kebanyakannya adalah pakaian harian arwah, sudah tidak cantik untuk diberikan kepada orang serta sedikit barang perhiasan (tiada emas) dan juga beg.
Jadi, barang-barang inilah yang saya masih kekalkan dalam keadaan asalnya agar dapat saya dan anak-anak dapat melihat dan mengenang dan mendapat kebahagiaan darinya.
Beri Manfaat
Begitulah.
Ada yang kata, barang arwah yang saya simpan, tidak digunakan, akan menjadi beban buat arwah kerana nanti semuanya akan dihisab. Tidak begitu, barang yang sudah menjadi harta pusaka sudah berpindah milik. Sudah tidak lagi dihisab penggunaanya ke atas arwah, namun dihisab ke atas warisnya. Berhati-hatilah.
Namun amat merugikan jika terus disimpan barangan yang boleh memberi manfaat dan jariah berpanjangan kepada arwah dan juga waris-warisnya. Ada barang yang jika disimpan lama ianya akan rosak, jadi dengan memberi atau menyedekahkan untuk diguna oleh orang lain adalah lebih baik.
Harta pusaka dan faraid ini ialah hukum Allah.
Tidaklah boleh kita memudahkan perkara ini walaupun nampak kecil hanya sebatang pen atau sebatang pin tudung. Semuanya ada waris yang berhak ke atasnya.
Ads
Jadi, bila ada harta si mati, maka panggilah semua para waris yang berhak ke atasnya dan duduklah berbincang. Jika ingin di ambil bahagiannya maka berikanlah, jika ingin dilepaskan maka bolehlah disedekahkan.
Kebajikan Anak-anak
Jangan sembrono mengambil atau mengedarkan barangan si mati dengan alasan untuk memberi manfaat atau pahala kepada si mati walhal waris-warisnya belum memberi kebenaran.
Terutamanya anak-anak kecil.
Kata ustaz, kata pakar, sebagai penjaga (ayah, ibu, atuk, nenek, pakcik dan sebagainya) atau pemegang amanah kita boleh menguruskan harta anak kecil tadi. Yelah anak kecil mana tahu apa-apa tentang segala harta, takkan nak simpan satu almari baju arwah ibu atau ayahnya kan?
Benar, namun penjaga atau pemegang amanah tadi haruslah bertanggungjawab memastikan kebajikan anak kecil tadi terjaga selari dengan harta yang diambil darinya dan diberikan kepada orang lain.
Harta pusaka adalah amanah yang berat.
Jenuh menjawab di akhirat nanti.
#superdaddy
Rujukan: Ustaz Mohd Khusairi Saleh- Pakar Faraid dan Harta Pusaka.
MW: Jangan main-main dengan harta pusaka. Berikan pada waris yang berhak menerimanya.
Isteri boleh sahaja nak mintak suami membantu untuk membuat kerja-kerja rumah. Cuma, nak bagi mereka seronok, ikhlas tolong buat kerja rumah itu kenalah ada cara nak memintanya. Bukan main terjah arah-arah. Memang taklah nak dibantunya.
Isteri Boleh Saja Minta Suami Tolong Buat Kerja Rumah
Bak kata Liza Suhana ini, “orang lelaki pun rajin buat kerja rumah. Cuma ada pantangnya.”
Sebenarnya ada pantang larang dan syarat nak minta orang lelaki rajin buat kerja rumah. Mak-mak dan para isteri tolong peka kalau tak nak stres buat kerja rumah seorang diri.
Di bawah ini dikongsikan pantang larang yang perlu mak-mak elakkan jika nak minta suami membantu membuat kerja-kerja rumah.
Kena Tahu Dulu Apa Pantang Larangnya
1. Jangan berleter
Orang lelaki memang akan berdesing telinga kalau dengar kita berleter.
Cukup cakap sekali dua, diorang akan buat. Kalau benda urgent, sepantas kilat mereka boleh jadi hero. Kalau benda tak berapa penting, harap bersabar sahaja walau sampai bulan depan.
2. Jangan membanding
Dan jangan buat perbandingan antara mereka dengan anak jiran, suami sepupu, menantu Mak Cik Kiah, adik ipar ketua kampung. Jangan!
Mereka akan rasa tercabar dan silap haribulan suruh kita pergi cari adik ipar ketua kampung itu tolong kita buat kerja.
3. Jangan larang
Kalau nampak mereka sedang rajin, jangan dilarang! Nanti terbantut hasrat suci murni nak menolong itu.
Biar mereka teruskan cuci pinggan sendiri lepas makan atau kutip baju kotor masuk mesin basuh walaupun tak ikut SOP kita. Inilah proses untuk biasakan mereka dengan kerja rumah.
Pergi kerja cari rezeki sama-sama, buat kerja rumah pun patut sama-samalah. Barulah aman rumah tangga.
4. Jangan bagi arahan
Pantang tok nenek diorang kalau kita suka mengarah-arah. Boleh mencabar maruah.
Tukar ayat daripada, “Pi buang sampah yang dok berlonggok tu cepat!” kepada, “Tolong buang sampah tu sat … .”
Kalau boleh merayu lagi bagus. Suami akan rasa dirinya amat diperlukan.
5. Jangan tak puji
Orang lelaki pun suka kalau dipuji. Mereka akan rasa diri bertanggungjawab dan akan suka membantu.
Ucap pula, “Terima kasih,” dengan senyuman meleret, pasti mereka cair. Esok siap tanya nak tolong apa lagi. Kan bahagia!
Praktikkan lima perkara ini, Insya-Allah suami, adik, anak-anak lelaki kita akan rajin bantu buat kerja rumah. Kadang-kadang tanpa perlu pun kita suruh.
Bagaimanapun ia memerlukan kesabaran dan sentiasa diamalkan ye. Ia bukan boleh berlaku sekelip mata. Apa yang penting ibu bapa perlu memupuk anak-anak lelaki sejak dari kecil lagi habit suka membantu membuat kerja rumah.
Jangan main-main dengan naluri seorang isteri, dengan sekali jelingan pun dia boleh baca semua apa yang tersembunyi dalam diri suami.
Haaa… Punyalah dahsyat, tapi anugerah itu Allah yang bagi. Bukan semua suami lah yang punya perangai tak ‘manis’. Tapi, ada! Memang menyedihkan sebab isteri pula jenis redha demi anak-anak.
Bila ada orang ketiga contohnya, isteri akan cepat hidu. Dan yang peliknya si isteri tetap boleh bertahan. Macam kes saudara Firdaus Shakirin kongsikan ini, ada isteri tetap pertahankan rumahtangganya walau hatinya disakiti.
Tak Payah Sembunyi, Sekali Jelingan Isteri Tahu
Saya cukup-cukup respect dengan isteri-isteri zaman sekarang ni.
Dia punya usaha, ikhtiar, kesungguhan, persediaan untuk mempertahankan perkahwinan dia, menyelamatkan rumahtangga dia dari orang ketiga cukup-cukup dahsyat. Dari suri rumah, dia jadi hackers, buat whatapps web, hack hp suami, smpai tahu siapa yg selalu suaminya berchatting, berhubung. Dari seorang yang bekerjaya, dia jadi ‘spy’, tengok dan ikut gerak geri suaminya, tahu location suaminya di mana sampai suami sendiri pun tak sedar.
Dengan jelingan saja dia dah dapat tahu yang mesti ada something yang tak kena dengan suami dia ni.
“Tak pernah laki aku senyum depan handphone sorang-sorang. Tak pernah laki aku bawa handphone masuk tandas. Tak pernah laki aku letak handphone bawah bantal dia malam-malam dan tak pernah lagi bila aku tidur, dia tak tidur-tidur lagi, main handphone.”
Saya tertanya-tanya la juga, kenapa dia sanggup buat macam tu, hanya sebab SEORANG lelaki yang bergelar SUAMI untuknya. Sanggup berjumpa, berhadapan dengan orang yang menganggu rumahtangganya, bertikam lidah, berperang mulut dgn perempuan yang cuba merampas suaminya, lawan tarik rambut? (Tarik rambut ala orang dulu-dulu, guling-guling atas tanah tu – masih ada yang praktik lagi ke)
Walhal suaminya tu ADA APA SANGAT? Nak harapkan pada MUKA? Banyak lagi yang HENSEM. Nak harapkan pada HARTA? CUKUP-CUKUP MAKAN je setiap bulan. Sempurna sangat ke? KE LAUT juga kalau bab-bab agama ni. Solat pun tunggang langgang.
Tapi…
Isteri harungi dan tempuhi semua tu sebab bagi isteri, suami itu milik dirinya, milik anak-anaknya. Ayah kepada anak-anaknya. Sebab tu dia tak nak kehilangan suaminya, FAHAM?
Walau tak berguna sangat pun suami itu, walau tak menolong sangat pun suami itu, walau tak pernah memahami sangat pun suami itu, walau menyakitkan hati sangat pun suami itu tapi dia tetap seorang suami, tetap seorang ayah. Jadi isteri buat untuk kebaikan rumahtangganya bukan sebab hatinya.
Sebab hatinya itu, tak pernah pun suami ambil tahu apa yang dia rasa. Tak pernah pun suami faham apa yang dia mahukan. Tapi dia tetap nak suaminya itu jadi SUAMI!
Akhir kalam, isteri kita ni boleh jadi yang paling lembut dan menyejukkan, lalu membahagiakan dan dia juga boleh jadi yang paling keras, kasar lalu teramatlah menyakitkan.
Kita nak dia jadi yang mana?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wanita atau isteri memang sensitif, bukan perasaan semata tapi seluruh anggota tubuh sebab dialah perawat keluarga. Jika isteri tiada perasaan atau kurang sensitif sudah tentu tak lengkaplah sesebuah keluarga.
Sikap seorang isteri dan ibu yang sensitif segala hal secara tak langsung memberi impak positif kepada Keluarga. Ikuti perkongsian Siti Suryani Yaakop ini dan hadam baik-baik iya.
Isteri Wajib Sensitif Bukan Perasaan Semata
Dikatakan orang perempuan ini sensitif.
Betul. Tapi bukanlah sahaja daripada perasaan dia semata-mata.
‘Seluruh anggota tubuh dia pun turut sama sensitif. Sebab apa Tuhan jadikan begitu?
Sebab dia penjaga dan perawat satu keluarga. Kalau tak sensitif jiwa dia, dia tak ada rasa, intuition, gerak hati.
Telinga dia. Kalau masa anak kecil dulu, tak payah tunggu baby itu meraung. Cukup ‘hek’ je, kadang mak sudah terjaga. Buka lampu. Tengok apakah kebendanya (apa yang berlaku).
Tangan dia. Super sensitif. Kadang dia tengah mandikan anak itu pun, dia sudah tahu budak itu nak demam.
Belum periksa suhu lagi. Baru acah-acah hendak demam saja. Panas sikit saja daripada biasa. Dan memang. Memang betul anak itu nak demam.
Mata dia. Pakailah cermin mata tebal mana pun, tajam lagi. Cuba kalau dia jumpa rerambut dalam lauk. Dari tengok gitu saja, dia tahu itu bulu ketiak ke, bulu hidung ke, bulu kaki ke.
Hidung dia. Ini hyper power. Kalau ada orang kentut dalam kereta, dia boleh kenal. Itu milik siapa. Anak dia ke, suami dia ke. Dia tahu bezakan walau dari bau pahit itu hendak dekat sama. Ada bezanya. Perempuan saja tahu.
Kena Sensitif Sebab Isteri Perawat Keluarga
Allah buat berbeza-beza. Isteri bab perasaan dan gerak hati ini dia tinggi. Kalau punya emosi keras kejung, dia tak boleh support emosi seluruh ahli family. Anak merajuk. Suami stres kerja. Kalau dia tidak ada sense ini, mana mereka semua hendak meluah rasa.
Suami pula bab kerja keras-keras lepas itu perhabis duit dekat ahli keluarga, dia hebat.
Tenaga dia tinggi. Siapa yang mampu kerja macam nak mati siang malam, lepas tu habis duit bayar bil, beli makan, bayar kereta, bayar bedak isteri padahal dia sendiri pun tak pakai bedak.
Dan timbal balik itulah yang akhirnya membentuk sebuah FAMILI!
Selamat pagi.
Siti Suryani Yaakop
#kaknis
MW: Hidup berkeluarga ini saling melengkapi, jika isteri sensitif segala hal, suami pula sebaliklah. Barulah bahagia rumah tangga yang dibina.