Mulianya level seorang ibu itu. Doanya tiada hijab dan itulah syurga buat seorang anak. Seorang ibu, kedudukannya sangat istimewa, dialah mengandung dan bertarung nyawa melahirkan anak.
Jadi, level seorang ibu cukup tinggi di sisi Allah. Sanggup korbankan apa saja untuk anak dan kebahagiaan orang yang disayangi. Tanpa ibu, siapalah kita di dunia ini.
Beruntunglah bagi yang masih ada ibu dan sanggup mendoakan untuk anak-anaknya. Sebab doanya tiada hijab dan terus diangkat. Tapi berapa ramai daripada kita yang mendoakan untuk mak ayah.
Inilah yang dikongsikan oleh Ustaz Mohammad Asraff tentang level seorang ibu dan betapa doa itu mustajab bila kita selitkan nama ibu.
Tempoh hari saya singgah ke kedai runcit, terdengar sebuah perbualan seorang lelaki yang sedang loudspeaker phone bercakap dengan ibunya.
“Rul, kalau nak berdoa apa-apa jual nama ibu ya”.
Semasa mendengar perbualan tersebut saya merasa pelik. Kenapa pula nak menjual nama ibunya?
Ads
Ibunya sambung lagi, kalau Rul nak mudah pergi umrah doa macam ini.
“Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk menunaikan umrah, aku nak sangat bawa ibu melawat Mekah sekali”
Kalau Rul nak beli rumah, doa begini
“Ya Allah lancarkan urusan beli rumah agar jika ibu datang melawat & bermalam dia rasa selesa”
Insya Allah doa tu naik tanpa hijab.
Tinggi Darjat Seorang Ibu
Masya Allah, tak terfikir seorang ibu mendidik anaknya mengenai doa sebegitu sekali.
Ads
Kemudian ibunya berkongsi pula tentang satu ceramah yang beliau hadiri. Kisah seorang sahabat yang badannya gemok tapi berkahwin dengan seorang isteri yang sangat cantik. Sahabat-sahabat Nabi saw pun bertanya padanya apa rahsia dapat isteri yang cantik.
Beliau pun share Setiap hari aku berdoa, Ya Allah kurniakanlah aku isteri yang bila mana mak aku pandang wajahnya, mak terus berasa sayang & kasih padanya”
Allahuakhbar
*Mulia sungguh Allah tempatkan level seorang ibu ni kan?
Lepas ni tuan & puan bolehlah berdoa sambil selit nama mak.
Jika mak sudah tiada gunalah nama ayah atau mak & ayah mertua.
Ads
Tapi jika mak & ayah semua sudah tiada, kita boleh berdoa.
“Ya Allah, limpahkanlah rezeki sebanyak-banyaknya kepadaku supaya aku dapat berinfaq buat mak & ayahku di alam sana. Aku nak sangat buat mereka gembira, sebab dulu masa kecil mereka selalu gembirakan aku.”
Insya Allah, dengan niat yang murni & penuh kasih sayang macam ni pasti Allah akan lebih mudah makbulkan doa kita.
Ada segelintir suami, bila isteri bekerja, suami terus lepas tangan. Salah perbuatan ini jika pasangan atau isteri tak redha kerana tanggungjawab jatuh pada suami. Jangan main-main bab nafkah zahir ini takut suami muflis di akhirat kelak.
Jangan bila isteri tak bersuara, suami ambil mudah dan lepas tangan. Lebih teruk bila serahkan segala hal atas bahu isteri. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirinini dan hadam baik-baik.
Jangan Lepas Tangan
“Kesilapan” yang perlu diperbaiki…
Bila isteri bekerja, bila isteri ada pendapatan, suami terus lepas tangan…
Barang dapur isteri beli, yuran sekolah anak isteri bayar, minyak kereta isteri isi, makan minum pakai isteri pun dia tanggung sendiri… Asbab dia ada duit…
Sampai Pasangan Tak Redha
Salah ke? Tak salah andai dia redha, dia izinkan. Dia memang rela dengan sendirinya untuk tanggung apa yang sepatutnya ditanggung suami.
Untuk bayar apa yang sepatutnya dibayar suami, untuk beli apa yang sepatutnya dibeli suami…
Jika dia tak redha? Malah, jika dia rasa terbeban? Jika dia rasa dipergunakan disebabkan dia ada pendapatan bulanan, suami terus lepas tangan dan “BIARKAN” dia gunakan pendapatannya sendiri, maka suami dah pun “BERHUTANG” dengan isteri sendiri…
Hutang nafkah zahir… Perkara dan urusan yang sepatutnya berada di bahu suami, kini di bahu isteri asbab dia ada pendapatan…
Hanya disebabkan terma dia “ada duit sendiri”, maka suami berterusan menggunakan terma tu dalam urusan rumah tangga…
“Awak kerja kan… Awak ada duit kan… Belilah sendiri…”
Isteri ini, berkerje atau tak, berniaga ke tak, ada pendapatan atau tidak, tetap di bawah tanggungan suami…
Tetap, wajib, tidak ada syarat bila dia ada pendapatan, maka suami sudah boleh lepas tangan…
Tanya isteri, dia redha dan rela atau tidak pendapatannya digunakan untuk tujuan tersebut… Kita tak nak berhutang dengan isteri sebab kita boleh “muflis” diakhirat kelak jika isteri tuntut semua yang dia tanggung didunia ini…
Tuntutan terhadap “Hutang yang tak nampak”…
MW: Peringatan buat suami, jangan anggap anda terlepas menanggung segala nafkah zahir isteri di dunia, anda selamat. Tunggu di akhirat kelak, silap-silap bab nafkah atau hutang yang tak nampak ini membuatkan ayah-ayah muflis di akhirat kelak.
Awal Muharram atau Maal Hijrah bermulalah kiraan masuk tahun baru dalam kalendar Hijrah. Pada Hari Ashura iaitu 10 Muharram,ramai yang merebut peluang untuk berpuasa sunat kerana dijanjikan ganjaran menghapuskan dosa setahun yang lalu. Ada 3 kaedah yang perlu diketahui dalam melaksanakan puasa hari ‘Ashura ini.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian daripada Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman sebagai rujukan berkaitan Puasa Sunat Hari Ashura
Selamat berpuasa sunat bagi mereka yang sempat berpuasa hari Rabu & Khamis ini. Mari kita sama-sama berpuasa sunat (18 Ogos = Hari Tasu’a = 9 Muharram) dan ( 19 Ogos 2020 = Ashura’ = 10 Muharram). Perlu tahu, antara ibadat puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi selain puasa dibulan Ramadan ialah puasa pada hari Asyura (10hb Muharam).
Daripada Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.”(HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih)
Imam Syawkani & Ibnu Hajar mengatakan puasa ‘Asyura ada tiga tingkatan. Yang pertama puasa di hari ke 10 saja, tingkatan kedua puasa di hari ke 9 dan ke 10 dan tingkatan ketiga puasa di hari 9,10 dan 11.
Ertinya : Apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa di hari ‘Asyura dan menyuruh manusia berpuasa padanya.
Para sahabat berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya ia merupakan hari yang orang Yahudi dan Kristian agungkan.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Pada tahun hadapan, Insya-Allah kita akan berpuasa pada hari kesembilan Muharram.Akan tetapi, pada tahun berikutnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah meninggal dunia.
[Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, hadis no: 1916]
Bagi yang tidak berkesempatan puasa Tasu’a (9hb Muharam atau 18hb Ogos), masih lagi berpeluang melaksanakan puasa Asyura pada keesokan hari (10hb Muharam bersamaan hari Khamis 19hb Ogos.).
Tiga Kategori:
Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkait hari Asyura ada tiga Kategori:
a) Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari selepas Asyura (9hb, 10hb dan 11hb Muharam).
b) Kategori kedua, puasa pada 9hb dan 10hb Muharam berdasarkan banyak hadis.
c) Kategori ketiga, puasa pada10hb Muharam saja.
Rebutlah peluang melakukan puasa sunat sempena Asyura, jika berkemampuan, berpuasa tiga hari atau dua hari atau paling tidak sehari iaitu pada 10hb Muharam. Semoga ia menjadi penebus dosa-dosa kita setahun yang lalu.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bersama-samalah kita merebut peluang berpuasa pada hari Ashura ini, terpulang mengikut kaedah yang dikongsikan. Semoga mendapat ganjaran pahala dan menghapuskan dosa setahun yang lalu seperti yang dijanjikan Allah.
Tak dinafikan, dalam menempuh lebih 30 hari arahan Perintah Kawalan Pergerakan, ada yang terkesan dengan bermacam emosi. Perasaan bosan takkan dapat lari dari rutin harian tu. Kena pulak duduk rumah diam-diam.
Bermacamlah challenge wujud, sebab nak redakan perasaan bosan duduk rumah itu. Terbaru, grup untuk meredakan tekanan mak ayah dengan berkongsi makanan tak jadi pun antara alternatif yang diwujudkan untuk hiburkan hati rakyat Malaysia.
Ia diwujudkan untuk tujuan yang baik, sekadar memberi kegembiraan kepada rakyat Malaysia. Namun, dalam pada bergurau senda itu terutama yang melibatkan perihal makanan ini ada adab yang perlu mak ayah pelihara.
Ini pesanan daripada Ustaz Farid Rashidi, agar gurauan yang mak ayah kongsikan atau maklumbalas daripada perkongsian tidak melampaui batas.
Bergurau.. Melawak, Kena Ada Batasannya Juga
Dalam pada kita bergelak dan bergurau, kita kena ada batasan juga ya.
Nak bergurau senda, melawak apa semua tu boleh. Tak ada masalah. Barangkali boleh jadi hiburan pada diri. Yelah tengah stress, terus hilang hanya dengan senyuman.
Cumanya, kena beringat jugalah bila melawak pun. Khususnya kalau melibatkan makanan. Jangan mengeji atau mencela makanan, disamakan dengan sesuatu najis, atau kelucahan melampau contoh disamakan dengan kemaluan.
Tak eloklah macam itu ya. Kena ada batasan juga.
عن أبي هريرة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ قال: ما عاب رَسُول اللَّهِ ﷺ طعاماً قط: إن اشتهاه أكله وإن كرهه تركه. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
Daripada Abu Hurairah r.a, Baginda Rasulullah SAW tidak sesekali mencela makanan. Jika menyenanginya, Baginda akan memakannya. Namun jika tidak, Baginda akan meninggalkannya.
[Muttafaqun ‘alaih (Riyadus Solehin, no. 736)]
Jadi, mari sama-sama kita ingatkan diri dan kawan-kawan dalam bab ni. Sebab terkadang kita lupa kan. Bantu share juga ya.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.