
Isi Kandungan
ToggleMemang berbaloi jika tanam pokok lemon, setangkai boleh dapat 10 biji buah. Menjadi elok, besar dan subur sungguh pokok lemon ni. Mak-mak yang suka bercucuk tanam elok sangat tanam pokok lemon di rumah, sebab buah lemon jika dibeli boleh tahan mahal juga harganya.
Boleh ikut petua baja tanaman yang dikongsikan oleh Encik Faisal Hj Mustaffa ini sebagai panduan.
Alhamdulillah…rezeki luar biasa Allah bagi, setangkai lemon ada 10 biji kesemuanya.
Petua baja tanam kulit-kulit udang, tanam organ-organ ikan dan sekali sekala letak baja novatec premium atau baja kopi (boleh beli dekat shopee). Kalau ada darah ikan pun saya siram, kalau ada air beras basuhan pertama pun saya siram (biarkan semalaman). Jangan putus asa dengan pokok, arwah mak ajar (Al-Fatihah).
Info Ekstra!
Pokok Lemon kena siram banyak air semasa sedang berbuah, bagi mengelakkan buah lemon pahit dan jus/airnya kurang.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Mesti Baca:Cara Tanam Pokok LEMON Guna Biji Benih, Pilih Bersaiz Besar!
Baca Lagi Di Sini:6 Sebab Kenapa Wanita Kena Amalkan Minum Air Lemon Suam Setiap Pagi
Artikel Menarik:Lebih 30 Tahun Hidup Tanpa Secalit Bedak, Jaga Kulit Muka Guna Perahan Lemon & Madu Asli!
Mingguan Wanita: Menarik juga, satu tangkai boleh dapat 10 biji buah. Meriah sungguh hasilnya, boleh cuba petua baja yang dikongsikan ini.
Sumber:Faisal Hj Mustaffa
Follow kami
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Cara Betul Buat ‘Mashed Potato’ Sedap Macam Kat Kedai, Jangan SALAH TEKNIK

Mashed potato, hidangan yang biasa ada bagi sesetengah kedai makanan segera atau makanan barat. Ia juga menjadi pilihan untuk anak-anak jika tak nak makan nasi. Ini pun dah cukup kenyang.
Peliknya, bila rasa mashed potato yang mak-mak beli dengan buat sendiri memang tak sama. Padahal bahan yang digunakan tetap sama. Apa rahsia yang digunakan.
Rupanya, boleh saja mak-mak buat di rumah dan kalau nak tahu ada banyak resipi yang boleh digunakan untuk membuat mashed potato. Mungkin salah satu tak sedap dengan yang mak buat ialah salah teknik.
Apa yang dikatakan salah teknik tu, Nana Ismail, ada jawapannya. Nanti bila dah tahu, kena buat dan tentu mak-mak tahu perbezaannya sebelum ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: TIP Simpan CILI KISAR Tahan Lama Tak Rosak Berkulat, Senang Guna!
Tip Simpan Limau Nipis Dalam Freezer, 3 Minggu Masih Elok Tak Kering
Info Lebih Menarik DI SINI
7 SEBAB Mashed Potato Tak Sedap
Zaman sekarang semuanya di hujung jari je. Taip google nak resipi itu ini kompenn bersepah-sepah.
Sayangnya ada yang ikut resepi sepenuhnya dah betul, TAPI SALAH TEKNIK plak dah.
Nak masak biar berseni sikit bukan asal campak-campak tak kena gaya.
1. Salah Guna Kentang
Terdapat dua jenis kentang – Waxy dan Starchy. Yang menjadikan kentang putar sedap adalah bila anda menggunakan kentang jenis Starchy. Waxy (seperti kentang putih atau berkulit merah) boleh menjadi kusam apabila dilecek dan tidak menyerap sebilangan besar rasa lemak butter. Gunakan kentang Starchy (kentang kuning yang biasa) seperti Russet atau Yukon Gold.
2. Potong Terlalu Kecil
Potongan kecil boleh memasak lebih cepat, tetapi ia mengambil terlalu banyak air, mencegah penyerapan mentega dan krim. Begitu juga jika potongan tidak sekata (besar @ kecil), kentang tidak masak pada kadar yang sama – tidak cukup matang bila dilenyekkan. Jadi, potong semua kentang dalam saiz sederhana yang sama.
3. Tak Letak Garam
Caranya letak garam terlebih dahulu dalam air. Jadi kentang akan menyerap garam ketika masak dan menjadikan ia lebih beraroma dan enak. Berbanding jika anda masak kentang tanpa meletakkan garam atau menunggu bila kentang masak baru ditaburnya garam. Keadaan itu akan membuatkan kentang tidak mempunyai rasa dan tidak sedap.
4. Kentang Terlebih Masak
Kentang yang terlebih masak membuatkan kentang putar berair. Apa yang perlu dilakukan? Masak kentang sehingga betul-betul masak. Anda tahu mereka sudah masak bila anda mencucuk garfu atau lidi dalam kentang dengan baik tanpa sebarang halangan.
5. Guna Mentega Dan Krim Yang Sejuk
Mentega dan krim adalah bahan penting untuk membuat kentang putar kaya dengan rasa. Jika anda menambahnya terus dari peti sejuk, ia menyejukkan campuran dan mengelakkan molekul kanji kentang menyerap sepenuhnya. Jadi sebaiknya anda panaskan mentega dan krim (secara berasingan dalam satu minit) sehingga mentega dan krim mencair. Jadi, bila digabungkan kesemua kentang putar akan lagi sedap!
6. Letak Krim Dan Mantega Serentak
Kebanyakan orang meletakkan mentega dan krim pada masa yang sama. Jangan kerana ia hanya akan membuatkan kentang putar terasa pelik. Apa yang perlu dilakukan, masukkan mentega cair secara berasingan dan kacau rata. Kemudian tambahkan krim dan kacau lagi, hasilnya rasa kaya dan tekstur berkrim.
7. Overmixing
Jika anda asyik kacau kentang putar, terlalu banyak kanji dikeluarkan. Kentang putar akan menjadi terlalu gebu, berlemak dan langsung tidak menyelerakan. Apa yang perlu dilakukan ialah kacau secara lembut dan kalau boleh gunakan tangan supaya anda tahu setiap tekstur kentang. Kalau nak cepat boleh guna food mill atau old-fashioned hand masher ikut pilihan mana ada.
Mingguan Wanita : Rupanya salah teknik ye, walaupun dah guna resipi 100% yang diberi. Kali ini mesti jadi kalau tengok pada sebab mashed potato yang mak-mak buat tak sedap atau tak jadi. Selamat mencuba!
Sumber: Nana Ismail
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Paling Mudah Nak Buang Biji Cili Kering, Jimat Masa Mak-Mak!

Kalau masak sambal, mak-mak suka guna cili kering dan ada juga yang suka guna cili boh yang siap dibeli di kedai. Masalahnya, kalau gunakan cili kering, ada bijinya yang tidak hancur sepenuhnya.
‘Bercinta’ nya bila nak buang cili kering. Kadang-kadang, untuk sediakan ia sahaja dah ambil masa berapa lama. Inilah yang berjam-jam duduk di dapur, tambah masa untuk memasak lagi.
Kali ini, mak-mak tak perlu risau kalau nak asingkan cilik kering. Ada cara yang mudah dan jimat masa. Perkongsian daripada Umi Watie ini sesuai untuk mak-mak yang suka guna cili kering untuk masak sambal dan masa sama asingkan bijinya sekali.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: PIJAR Tangan ‘Main’ Dengan Lada. Bersihkan Guna Dua Bahan Ini, Terus Hilang
Buat Sendiri Spray Serbaguna Homemade, Berkesan Mudahkan Kerja-Kerja Dapur !
Info Lebih Menarik DI SINI
Biji Cili Kering, Cara Mudah Untuk Asingkan
Hari ini kakchik nak share cara paling senang nak buang biji cili. Selalu kena potong atau gunting halus-halus lepas itu asingkan apa semua kan?
Cara ni paling mudah, pakai alatan pun murah saja. Bagus untuk melatih anak dara belajar masak. Ini pun salah satu subjek penting musim pkp.
Cili kering itu kakchik tak cuci pun. Tak potong kecil, hanya masukkan dalam bekas chopper tu saja. Chopper pun pakai manual saja. Sambil bersenam gitu.
Sekali buat dalam 20 biji cili kering. Cukuplah untuk sekali masak bagi rencah mee goreng.
Nak lebih sila buat sampai cukup ya.
1. Cili dah siap asingkan biji cilinya.
2. Lebuh semua masuk dalam manual chopper.
3. Lepas tarik zipzap zipzap. Biji cili nampak dah terasing.
4. Bubuh dalam tapis. Senang saja kan?
5. Biji cili yang tertinggal. Ini kalau geng kebun mesti geram je nak semai kan. Guma bijinya.
6. Dah siap. Jom masak.
Selamat mencuba.
#DapurMakRerama
MW: Mak-mak yang ada chopper kat dapur, boleh cuba buat. Guna yang murah pun dah cukup membantu. Jimat masa kat dapur.
Sumber: Umi Watie
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Label Nombor Bekas Plastik Bukan Tanda Penggunaannya Tapi Kod Material, Jangan Salah Faham

Isi Kandungan
ToggleMak-mak mesti ingat, label nombor yang biasa tertera di bahagian bawah bekas plastik adalah jumlah yang sepatutnya kita guna. Jangan lebih daripada itu, takut ia akan memudaratkan kesihatan. Rasanya semua orang mesti beranggapan begitu.
Sememangnya, bekas plastik yang ada dijual ini, macam-macam bentuk dan warna, sampaikan mak-mak pun geram dan kalau boleh semua nak diborongnya. Ini belum lagi, angan-angan apa jenis makanan yang nak dimasukkan ke dalamnya.
Kalau jenis mak-mak yang prihatin, mesti dia akan tengok dulu label nombor di bawahnya. Bagaimana dengan mak-mak yang tidak pernah ambil tahu tentang perkara ini.
Jangan salah faham tentang label nombor yang ada di bawah bekas plastik. Ini ada penerangan daripada ahli kimia, Fatimah Salin tentang perkara ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Salahkan Isteri Kalau JARANG MASAK, Suami Kenalah Toleransi Penat Lelahnya
Mesin Basuh Bermasalah, Fahamkan Jenis Error Code Dulu, Setting Semula Sendiri
Info Lebi Menarik DI SINI
Label Nombor Itu Untuk Memudahkan Proses Pengumpulan Kitar Semula
Secara peribadi, masuk saja kedai serbaneka, saya suka melihat kepelbagaian barang yang dijual, ada yang saya beli juga. Barangan yang murah, sedia maklumlah ada baik dan buruknya. Namun jika kita pandai membeli dengan membandingkan harga dan jenis barangan, untung sebenarnya. Ada barangan sama yang jauh lebih murah daripada kedai lain.
Cuma nak pesan, barangan yang melibatkan penyimpanan makanan harus lebih berhati-hati. Contoh barangan plastik berwarna hitam yang mungkin diperbuat daripada plastik kitar semula. Barangan murah dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya.
Kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran (leaked) bahan-bahan kimia seperti cadmium, chromium, mercury, antimony ke dalam makanan yang dimasak, di samping bahan penebat api berbromin terutamanya apabila dipanaskan melebihi suhu 70 degree Celcius.
Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut.
Bukannya tidak boleh guna, cuma ELAKKAN penggunaan plastik jenis sebegini pada suhu panas.
Label Pada Barangan Plastik
Berkongsi mengenai barangan plastik, mari ulangkaji mengenai label Resin Identification Code (RIC) yang digunakan pada barangan plastik supaya kita lebih cakna.
Cuba perhati barangan plastik anda. Perasan tak adanya nombor 1 hingga 7 yang biasanya berada dalam kurungan segitiga (rujuk gambar di bawah). Sebenarnya ia adalah kod rujukan yang bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis bahan kimia polimer binaan aka material untuk bekas plastik berkenaan.
YA. Kod ini bertujuan untuk memudahkan proses pengumpulan semula bekas yang mempunyai bahan binaan yang sama untuk dikitar semula (recycled).
Bagi kod resin No.7 agak unik kerana ianya mengumpulkan pelbagai bahan binaan yang bukan dalam kategori utama No.1-6. Untuk lebih terperinci, boleh rujuk senarai dalam gambar di bawah.
Bekas berkod resin No.3 iaitu yang diperbuat daripada bahan kimia polimer vinyl chloride (PVC) boleh membocorkan (leaked) bahan kimia phthalates yang mana telah dikaitkan dengan masalah sistem peranakan dan tumbesaran.
Bekas berkod No.7 terutamanya yang diperbuat daripada bahan kimia polimer carbonate (PC) boleh membocorkan bisphenol A (BPA) yang mana telah dikaitkan dengan pembesaran prostat dan gangguan sistem peranakan pada bayi dan kanak-kanak, juga kanser payudara, diabetis, kegemukan, penyakit berkaitan jantung.
Selain itu, bekas berkod resin No.6 pula boleh membocorkan styrene iaitu bahan kimia penyebab kanser (kasinogenik). Ini juga sebab kenapa kini pembungkus polystyrene tidak dibenarkan untuk membungkus makanan, apa lagi untuk makanan panas.
Sering Diperkatakan
Sebenarnya isu keselamatan barangan plastik ini pada dos yang kita terdedah setiap hari masih lagi menjadi perdebatan. Setakat ini, FDA hanya mengharamkan penggunaan bahan ber BPA dalam produk botol bayi.
Selainnya, masih lagi dikategorikan sebagai selamat kerana jumlah bahan kimia pemberi risiko yang boleh terbocor dan masuk dalam badan kita (melalui makan, minum, terhidu atau aplikasi pada kulit) adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan pendedahan luar dan sistem badan kita mampu mengeluarkannya secara semula jadi.
Usah risau, FDA bukan suka-suka keluarkan keputusan. Ia dibuat berdasarkan timbang tara beribu kajian klinikal tentang keselamatan barangan plastik ini. Jika pengeluar mengikut garis panduan pembuatan dan kita pula menggunakannya dengan betul, ia selamat. Maka, gunakanlah bekas-bekas ini sesuai dengan TUJUANNYA agar keselamatannya terjamin.
Nota kaki: Kod pada bekas plastik ini BUKAN petanda berapa kali ianya boleh dikitar semula ya.
Semoga bermanfaat.
MW: Jangan salah faham ye mak-mak.
Sumber: ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI