Pesanan suami yang juga seorang ayah ini ringkas sahaja. Namun, mendalam maksudnya. Benarlah kata Hilmi Jailani ini, bila ibu marah anak, bukan anak saja yang kena tempiasnya, ayah pun akan terasa sama.
Kalaulah waktu itu ayah sedang santai berehat di ruang tamu, bila tiba-tiba isteri marah-marah anak, ayah pun terasa sama. Siap bangkit dan sudahkan kerja rumah isteri yang terbengkalai.
Sungguh lah inilah yang seorang suami mithali akan rasakan.
Ini Jadi Bila Ibu Marah Anak
Wahai Anak-anak, Jangan Buat Ibumu Marah-marah
Janganlah buat ibumu marah-marah. Ketahuilah tatkala kamu dimarahi, ada si bapa yang bingkas berdiri dari tidur. Dahinya berkerut penuh kerisauan. Keringat peluh mula membanjir ke serata muka.
Ads
Lantas,
Yang belum cuci pinggan terus ke dapur.
Yang belum angkat kain terus meluru ke ampaian.
Yang tengah mandi segera mengunci pintu.
Yang tengah menyanyi terus berselawat.
Begini anak-anak.
Marah ibumu itu boleh berjangkit. Sesaat dia marah kamu, kesalahan bapak tahun lepas akan dikenangnya.
Pelik bukan?
Ads
Tenang. Abah dulu pun tak tahu, sehinggalah atuk kamu bagitahu.
Sekarang ingat! Kita kena bekerjasama. Korang jaga ibu, bapak selamat dan kita semua akan hidup bahagia.
Faham anak-anak?
Ads
MW : Faham kan? Sebab itu suami jangan biar anak buat isteri marah, dahsyat sungguh kesannya nanti.
Perasan tak bila mak ayah ucap sesuatu pada anak, baik untuk nak elakkan daripada tidak ulangi lagi, mahu pun memujuk atau ada yang nak bandingkan dengan anak lain, ia boleh menjadi lebih teruk dan makin menjadi-jadi.
Mak ayah ucap ini adalah dengan tujuan untuk mengajar dan mendidik mereka. Rupa-rupanya, ia adalah salah dan boleh buat anak rasa tidak disayangi mahu pun tidak sayang dengannya.
Tidak dinafikan, nak sayang anak tidak semestinya dengan memberi hadiah yang macam-macam. Dibelai dan dimanja seperti menatang minyak yang penuh. Itu kalau anak seorang, kalau anak berderet, mahunya tak terlayan mak ayah.
Sebolehnya, kita sebagai ibu bapa, ingin menjadi mak ayah terbaik dengan memberi pendidikan yang sebetulnya atau tunjuk ajar dan teladan yang baik.
Ada mak ayah ucap dengan perkataan yang dirasakan sudah cukup baik untuk memujuk anak dengan menjanjikan sesuatu atau pun ada masanya mereka marah anak sampai nak membandingkan dengan anak orang lain dan sebagainya. Semua yang dikatakan dan dilafazkan itu adalah salah.
Sebaliknya, kalau ingin memuji, marah atau pujuk, gunakan ayat yang betul. Seperti apa yang dikongsikan oleh Mohammad Yaakub Yusra tentang perkara ini.
Komunikasi diantara suami isteri sangatlah penting dalam hubungan perkahwinan. Tak kiralah apa juga topik, penting atau remeh rajin-rajinlah ringankan mulut berborak dengan pasangan. Isteri akan lebih gembira bila suami saling berkongsi cerita dengannya. Ia membuatkan isteri rasa lebih dihargai, dipercayai dan disayangi berbanding orang lain.
Perkongsian daripada Dr Mahyuddin Mohamed ini boleh dijadikan panduan pasangan suami isteri;
Teman 80:20
Malam ni saya berborak dengan isteri. Berkongsi cerita & mengenang kisah lama.
Ada suami yang tidak suka berborak dengan isteri. Lebih suka berkongsi dengan kawan. Dengan isteri, semuanya RAHSIA.
Pada saya itu adalah kesilapan yang besar. Jika kita ada masalah, berkongsilah dengan isteri. Wanita ni lain fikiran dia. Dia pasti ada sisi pandang yang berbeza. Ada masanya isteri kita nampak penyelesaian yang kita tak nampak.
Jadi Pendengar Yang Baik
Buat para isteri pula, jadilah pendengar yang baik. Elakkan daripada menyampuk atau membebel pula. Hargai suami anda yang berkongsi kisah atau masalah beliau.
Paling tidak pun, berkongsi dengan isteri ni therapeutics. Lega bila dah luah perasaan. Percaya cakap saya. Isteri gembira bila anda berkongsi dengannya. Beliau rasa dihargai, dipercayai & disayangi.
80:20
Saya ingat pesanan Prof. Muhaya, suami ni dia berkehendakkan 80 peratus hormat daripada isteri & baki 20 peratus lagi ialah kasih sayang. Isteri pula sebaliknya. Isteri perlu 80 peratus belaian kasih sayang. Jadi suami perlu zahirkan dengan ucapan & belaian.
Hubungan suami isteri yang berkasih sayang akan melahirkan suasana rumahtangga bahagia yang kondusif untuk pembesaran anak-anak yang sihat emosi & berakhlak mulia.
Pesan saya, berkongsilah dengan suami dan isteri anda jika anda ada sebarang masalah. Itulah perkahwinan. Jika anda hadapi sendiri kelak memakan diri sendiri nanti.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Pesanan buat para suami, rajin-rajinlah berborak dan berkongsi cerita dengan isteri.Memang ada benarnya, ia mampu buat isteri bertambah bahagia dan lebih gembira.
Ramai kita dengar, kebanyakan isteri sanggup bertahan sebuah rumahtangga demi anak-anak. Sanggup menjaga hati orang lain terutamanya suami, walaupun pada hakikatnya makan hati.
Apa yang isteri lakukan ini demi keluarga dan anak-anak. Hatinya tiada lagi pada pasangan tapi kerana anak, dibuang segalanya dan berpura-pura menjaga hati pasangan.
Pernah dengar kisah, pasangan yang berkahwin berpuluh tahun bersama, akhirnya berpisah. Ini mungkin salah satunya kerana tidak mampu dipendam dan tahan lagi. Diri tidak mampu lagi berpura-pura menjaga hati.
Sebenarnya, keadaan ini boleh diselesaikan jika isteri mahu pun pasangan berterus terang. Beritahu apa yang tidak kena. Jangan berpura-pura menjaga hati tapi batinnya makan hati. Perkongsian daripada Sariah Suhailah Chik ini boleh membuka hati para isteri di luar sana agar tidak terlalu menjaga hati sehingga makan hati.
Sangat banyak rumahtangga yang hadapi situasi yang mana di hadapan pasangan, masing-masing bermanis muka, sedangkan dalam hati hanya mereka yang tahu.
Keadaan ini boleh terjadi kerana beberapa faktor :
1. Tiada Kemahiran Berterus Terang Satu kemahiran yang tak ramai orang mampu ialah, kemahiran untuk berterus-terang termasuklah untuk menolak sesuatu permintaan dengan baik.
Ada perkara yang kita tak setuju, tak sehaluan dengan pasangan kita namun kita lebih senang untuk memendam kerana kita tak tahu apa cara terbaik untuk menolak.
Kita lebih kepada ‘menjaga hati’ sedangkan dalam masa yang sama, kita ‘makan hati’. Kenapa perlu kita menyeksa diri, belajarlah berterus terang. Kena caranya, insya Allah semua akan jadi elok. Buat satu persetujuan dengan pasangan, jika ada yang tidak kena, kita wajib berterus-terang dan bincang.
2. Tiada Kerelaan Menerima Pendapat Pasangan Kita punya ego masing-masing. Sama ada suami atau isteri, sama! Jadi, bila kita dan pasangan tidak sependapat, maka kita cuba pertahankan ego kita.
Hasilnya, kita akan pura-pura menerima sedangkan hati kita tidak rela. Dan kemudian apabila ada kesilapan dalam apa yang diputuskan, kita akan suka ungkit-ungkit apa yang telah berlaku. ‘Haa, kan saya dah cakap hari tu! Kalau dengar cakap saya kan bagus!’
Bila ungkit, maka lagi parahlah perhubungan. Lama kelamaan, masing-masing lebih senang berpura-pura suka walhal dalam hati lain bunyinya.
Pasangan yang dah hidup bersama berpuluh tahun, bercucu cicit pun masih ramai yang begini. Nenek tak puas hati dengan atok, diamkan saja. Nanti datang anak cucu, baru diluahkan.
Zahirnya nampak elok, tapi di hati tak bahagia.
Ada isteri yang sangat baik pada suaminya. Bila dipuji, katanya, ‘Orang lain tak tahu dalam hatinya ikhlas ke tak.’ Aduh, terseksa sangat.
Jadi, begitulah. Kita sebagai suami atau isteri, jangan fikir tentang kita sendiri saja. Biarlah sama-sama belajar untuk berterus-terang, dan belajar menerima penolakan.
Saya kurang setuju bila pasangan jadikan anak-anak sebagai alasan untuk memendam. ‘Ala, sebab anak-anak lah aku bertahan.’
Benar, anak-anak penghubung kasih sayang. Tapi bukan sampai menidakkan perasaan sendiri. Biarlah semua merasai manisnya bahagia itu.
Dalam perkahwinan, tiada istilah terlambat untuk dibetulkan. Ia satu perjalanan dalam kehidupan. Ibaratnya, kita berjalan. Jika tersepak batu, bukan bererti kita perlu kekal terhincut-hincut begitu. Bertatihlah semula agar kembali berjalan dengan betul. InsyaAllah.
Moga Allah bahagiakan hati kita…
Mingguan Wanita : Tak semua apa yang kita buat itu betul dan semua yang pasangan buat salah. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. Berterus terang jalan terbaik untuk kekal bahagia dan mengakui kelebihan dan keurangan pasangan.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...