
Isi Kandungan
ToggleMacam-macam jenis resipi berpantang yang boleh mak-mak cuba, salah satunya ialah Serunding Halia yang cukup mudah dibuat. Serunding Halia ini sangat bagus bagi mak-mak yang masih dalam tempoh berpantang kerana ia dipercayai elok untuk buang angin dalam badan, panaskan badan serta melancarkan perjalanan darah. Tapi bagi mak-mak yang tak berpantang pun elok sangat amalkan serunding halia ni untuk kesihatan.
Berikut merupakan perkongsian oleh Dayang Faridah untuk menghasilkan serunding halia ini.
Dulu masa berpantang saya suka makan ni. Resipi Berpantang paling sedap, senang dan cepat nak buat. Yang tak pantang if nak makan pun elok. Leyak pusuk or Serunding Halia bagusnya dapat buang angin dalam badan, panaskan badan, lancarkan perjalanan darah tu. So, time pantang tak pening, badan pun rasa nyaman dan ringan je.
Bahan-Bahan
Halia
Ikan bilis
*keduanya sama banyak
Tip: Halia terbaik , pilih yang muda or halia kampung yang warnanya lebih gelap dan kecik-kecik.
Cara Membuat
1. Buang kulit halia. Potong kecik melawan urat halia.
Tip: Nak senang kupas, guna sudu. Cepat dan selamat tangan.
2. Ikan bilis cuci dengan air dan tos.
3. Tumbuk halia hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi sampai lumat. (kalau ada food processor lagi cepat).
4. Panaskan minyak, mesti banyak supaya serunding masak serata dan rangup.
5. Dah panas, masuk bahan ditumbuk tadi.
6. Pastikan, api sederhana dan sentiasa gaul.
7. Goreng sampai kekuningan.
8. Dah garing angkat, toskan minyak.
9. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.

Dah siap, makan dengan nasi panas-panas. Sedapnnya.
Selamat Mencuba!
Sumber: Dayang Faridah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Comelnya Puteri Elfira, Nur Aria Mikayla “Doakan Puteri Kami Menjadi Antara Pemudi Solehah”

Isi Kandungan
ToggleComelnya Puteri Elfira, Nur Aria Mikayla. Selepas tujuh hari melahirkan anak kedua, pelakon Elfira Loy berkongsi wajah puteri kesayangnya.
Elfira yang selamat melahirkan cahaya mata kedua, seorang bayi perempuan pada 20 Mei lalu sekitar pukul 6.27 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akhirnya berkongsi wajah anak dan memperkenalkan nama puterinya.
Comelnya Puteri Elfira, Nur Aria Mikayla
Elfira yang mendirikan rumah tangga bersama Muhamad Faris. pada 1 Januari 2019 turut dikurniakan anak lelaki, Rayyan yang kini berusia dua tahun.
“BismillahiMashaAllah ,
On May 20th , we were blessed with the arrival of our baby princess .
Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris.
Doa adalah penguat setiap harapan.
Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan , kasih sayang yang tidak henti , tidak putus rezeki didunia & diakhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti,” kongsinya.
Suami Seorang Adiwira
Sebelum itu pada 20 Mei lalu, menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun rasmi Instagramnya, Elfira memaklumkan telah selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Paling indah, kelahiran kedua itu disambut sendiri oleh suaminya.
“Saya ada banyak gambar menarik. Tapi saya sukakan yang ini. Subhanallah, ayah (suami) seperti seorang adiwira.
“Menangis mommy tengok ayah sambut awak sendiri ketika mommy mahu melahirkan awak. Alhamdulillah. Ini satu pengalaman menakjubkan,” coretnya.
“Aria…So Comel” komen rakan artis
Baca Sini : Elfira Tunjuk Skil Bagi Makan Ubat, (Netizen) “The Dinosaur Part! Thanks Mommy Bagi Idea”

Kerana Suami Puji, Hati Elfira Loy ‘Berbunga’ Sepanjang Hari
Mingguan Wanita : Tahniah Elfira dan suami.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Elfira Loy
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Myra dibesarkan oleh ibu tunggal yang begitu kuat.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sila Abaikan 7 Perkara Ini Kalau Anda Jenis Tak Kisah Rumah Jadi ‘Macam-macam’ Waktu Balik Kampung!

Isi Kandungan
ToggleBagi anak-anak yang hidup di perantauan, pasti tak sabar nak balik kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi sebelum balik kampung dan bercuti, pastikan keselamatan dititikberat supaya tidak berlaku perkara yang tidak ‘pelik-pelik’. Ok, sila semak beberapa tip ini sebelum balik kampung…
1. Simpan barang berharga
Pastikan kita menyimpan barang-barang berharga di tempat yang selamat. Kalau boleh bawa sekali balik kampung. Takut semasa kita balik bercuti, pencuri pula membuat onar dengan memecah masuk rumah orang. Jadi, ambil langkah berjaga-jaga sebelum perkara buruk berlaku.
2. Buka kepala tong gas
Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kebakaran yang tidak diingini. Paling penting, jangan biarkan injap gas terbuka kerasa takut berlaku kebocoran. Tolong check balik sebelum keluar rumah!
3. Kosongkan air kolah
Tak nak lah nyamuk ‘berpesta’ di dalam kolah yang berisi air dengan bertelur bagai. Jadi sila kosongkan air kolah supaya kita tidak menjadi sebab tempat pembiakan nyamuk aedes. Itu cari penyakit, namanya!
4. Tutup punca kuasa elektrik
Pastikan sebelum balik kampung kita sudahpun memeriksa semua plug dan pastikan kita tutup dan cabut plug dari soketnya. Ambil langkah berjaga-jaga kerana malang selalunya tidak berbau. Jika kita alert, inshaAllah tiada apa yang akan berlaku.
5. Kunci tambahan
Gunakan kunci tambahan atau padlock yang tahan umpil, yang padu sikit. Pastikan grill koridor, tingkap juga dipasang padlock. LHaaa…. sila pastikan bahawa semua pintu dan tingkap telah dikunci dengan betul. Gunakan mangga (ibu kunci) yang berfungsi dengan sempurna dan bukan dalam keadaan rosak.
6. Lampu luar
Gunalah auto timer untuk nyalakan lampu bahagian depan dan koridor. Setkan lampu agar diaktifkan pada jam 6:30 petang sampai 7:00 pagi. Pada yang berkemampuan, pasanglah alarm system/cctv.
7. Sekurang-kurangnya beritahu jiran
Mungkin ada yang jenis tak pernah bertegur dengan jiran tetapi seeloknya beritahulah jiran berdekatan yang tak balik kampung sepanjang kita tak ada di rumah. Bagi sekali contact nombor handphone agar mudah dihubungi kalau ada emergency kat rumah.
8. Jangan lupa binatang!
Pada anda yang ada bela binatang, sebaiknya bawak lah sekali. Tapi kalau keadaan tak mengizinkan anda untuk bawa sekali, anda boleh tinggalkan si pusat jagaan haiwan peliharaan. Jangan tinggalkan macam itu saja.

9. Isi Borang
Pastikan anda mengisi borang balik kampung yang mengandungi maklumat penting untuk membolehkan pihak polis memantau rumah dan meronda kawasan persekitaran rumah anda semasa ketiadaan tarikh yang dinyatakan.
10. Ada Kunci Pendua Tak?
Jangan nak simpan kunci pendua di dalam pasu bunga atau alas kaki sangat lah ya. Lebhih selamat kalau serahkan kunci kepada orang yang boleh dipercayai. Tujuannya adalah untuk persediaan jika ada berlaku perkara tidak diingini.
Kalau mak-mak dah buat semua benda di atas, sebelum keluar dari rumah nanti jangan lupa minta doa pada Allah supaya rumah dilindungi dan segala urusan dipermudahkan. Ini paling utama dan yakinlah kepadaNya.
Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Membesar Dengan Melihat Semangat Ibunya Mencari Rezeki, ‘Pernah Balik Rumah Tumpang Lori Dikelilingi Guni Bawang’

Isi Kandungan
TogglePepatah Arab sebut, ‘Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti berhasil’ Man Jadda Wa Jada. Bermakna rezeki Allah sentiasa ada untuk mereka yang berusaha. Itulah yang dikongsikan oleh Maryam Salleh. Sebuah catatan tulus dari hati bagaimana impak kecekalan ibunya, Aminah Binti Awang, 72 mencari rezeki memberi kesan yang cukup besar dalam hidup wanita ini.
“Salah satu sebab saya masih menulis di Facebook ni ialah saya orang susah. Saya bukan datang dari anak orang senang. Saya tau ramai orang yang susah macam saya kan?” Ini catatan lanjut tentang kisah hidupnya membesar dari keluarga yang susah sehingga dia mampu cemerlang menjadi usahawan berjaya.
Ke Sekolah Berjalan Kaki, Panas Terik Ya Rabbi
Saya di besarkan di kampung dalam rumah yang ada dua bilik. Satu bilik untuk mak ayah dan satu lagi bilik kongsi adik beradik. Saya dan 2 orang lagi adik tidur sebilik dengan mak sampailah umur saya 11 tahun kot.
Susahnya waktu tu jamban pun takde dalam rumah. Ayah buatkan jamban di luar rumah. Sakit perot waktu malam takut giler nak pegi jamban. Takut hantu oi. Mak saya meniaga kuih-muih di pasar. Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Dulu saya ke sekolah hanya berjalan kaki. Bayangkan balik sekolah tengari panas terik Ya Rabbi.
Masuk darjah 4 camtu kot barulah ada basikal , tu pun abang belikan. Dapat basikal waktu tu umpama dapat Ferrari. Hepi giler. Sejak dari tu baru lah ke sekolah gatih basikal sambil bonceng adik. Sedar diri anak orang susah saya cuba belajar bersungguh-sungguh dengan harapan dapat keje bagus-bagus dan bantu mak ayah.
Saya yakin dengan pendidikan mampu mengubah nasib saya sekeluarga. Waktu zaman sekolah saya tak pernah ambil mana-mana tuisyen di luar kerana kewangan tak mengizinkan. Dan saya membesar dengan melihat semangat mak saya mencari rezeki tanpa lelah membuat kuih untuk jualan setiap hari. Sejak kecil lagi saya sudah biasa ikut mak ke pasar dan menjual kuih .
Adakalanya waktu pergi kami tambang motor jika pasarnya dekat, tapi ada hari pasar yang jauh kami akan tambang kereta. Pernah satu kali kami balik tumpang lori bawang. Nak tak nak, saya dan mak duduk belakang lori bersama guni-guni bawang tu lar. Takkan lupa.
Beritahu Mak Tak Nak Sekolah
Macam tu lah life saya sehinggalah lepas SPM saya masuk ke tingkatan 6 selama 2 minggu dan balik rumah saya bagitau mak saya tak nak sekolah. Bila mak tanya kenapa saya bagitau “Buku rujukan tingkatan 6 banyak kena beli, pastu kena bayar yuran lagi, kena beli kasut kaler hitam lagi. Malas lah sekolah sebab mak pun takde duit .” Waktu tu mak hanya diam.
Allah takdirkan kakak saya pujuk saya ke sekolah dan dia akan bantu beli barang persekolahan. Janji saya belajar , dapat result bagus dan masuk Universiti. Mula-mula saya tak nak namun akhirya saya setuju. Habis tingkatan 6 saya masuk UUM dalam jurusan Accounting & Banking. Ayah tak setuju dengan course tu sebab dia suruh saya jadi cikgu. Cikgu ni masa depan cerah. Senang buat loan kerajaan.
Masalahnya saya tak minat jadi cikgu so memang tak minta apa-apa jurusan dalam pendidikan. Rasa cam derhaka pun ada.
Mungkin sebab tak dengar cakap ayah selepas grad saya tak dapat kerja dalam mana-mana bank. Segala jenis mak nenek bank yang ada kat Malaysia ni saya hantar resume namun tak ada pun yang panggil interview untuk jawatan officer. Tawaran untuk jadi sales credit card or debt collector banyak la. Apa la nasib. Hahaha..
Selepas tu saya mula tersedar akan impian ayah untuk saya jadi cikgu maka bermulalah episod memohon KPLI dan DPLI. Setiap tahun pegi exam. Lulus exam dapat interview. Sayangnya setiap kali interview mesti tak lepas. Malang sungguh nasib.
Jangan Dengki, Allah Dah Tetapkan Rezeki Kita Sejak Dari Alam Rahim
Nasib saya mula berubah..
Namun Allah jua lah yang Maha Pengasih, Maha Mengasihani rupanya rezeki saya ada dalam bidang perniagaan. Saya bermula dari zero bisnes online dan struggle dari bawah. Bila kita biasa dengan kesusahan kita jarang merungut.
Saya mulakan perniagaan dengan air mata dan semangat untuk merubah nasib diri dan keluarga. Biarlah orang lain selesa dengan kerjaya diorang. Tu rezeki diorang. Allah dah tetapkan rezeki kita sejak alam Rahim. Jangan dengki.

Saya nak kaya dan berjaya sebab famili terutama mak ayah saya yang semakin tua di mamah usia. Saya boleh pilih untuk hidup selesa tak perlu buat apapun kerana saya ada suami yang menanggung makan minum pakai saya.
Tapi mak ayah saya macamana? Takkan saya nak susahkan suami yang bergaji kecil untuk turut menyara mak ayah kita pula kan.
Saya yakin selagi niat kita betul dan letakkan Allah first dalam hati Insya-Allah tak d usaha yang sia-sia. Kita hanya mampu berusaha, selebihnya serahkan pada yang kuasa. Cepat atau lambat DIA lah tempat kita bergantung memohon rezeki. Allah Maha Baik. Allah Maha Pemurah & Penyayang.
Terima kasih & Syukur Alhamdulillah Ya Allah KAU bantu aku hadiahkan sebuah rumah untuk bondaku tahun 2017. Lagi best tanpa sesen pun pinjaman.
Untuk rakan-rakan yang kasihi jangan down dan putus asa dalam mengejar impian. Simpan azam dan cita-cita kita dalam hati dan tulis di atas kertas. One fine day just show them yang kata kau tak mampu. Prove it.
U can do it. Please be strong 2018. Life is never easy.
Sumber/Foto : Maryam Salleh
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI