
Isi Kandungan
ToggleRupanya serbuk kopi terpakai dan kulit telur juga boleh dijadikan baja tumbuhan dan mampu mengawal serangga perosak secara organik. Jadi daripada dibuang begitu sahaja, boleh digunakan untuk suburkan pokok-pokok yang kita tanam.
Caranya ada kongsikan oleh Puan Emi Zurayni Lot ini;
Jangan buang kulit telur kerana banyak khasiat untuk pokok kita. Saya mula mengumpul kulit telur selepas saya membaca satu artikel mengenai kulit telur digunakan sebagai baja tumbuh-tumbuhan yang berkesan. Ianya boleh digunakan sebagai baja dan juga sebagai kawalan perosak organik. Saya menggunakan kulit telur dihancurkan dan dicampurkan dengan serbuk kopi terpakai.
Bahan Diperlukan:
Kulit Telur (jemur dulu biar kan kering)
Serbuk kopi terpakai
Botol rempah
Cara Membuat:
1.Jemur dahulu kulit telur yang telah dikumpulkan dan biarkan kering.
2.Tumbuk halus kulit telur dengan lesung batu.
3.Begini hasilnya.
4.Campurkan pula dengan serbuk kopi terpakai.
5.Kacau rata sebati.
6.Masukkan dalam botol rempah agar mudah ditabur pada pokok nanti.
7.Taburkan pada pokok-pokok yang ada.
Siap! Selamat Mencuba!
Baca lagi Di Sini:
Baja PERUT IKAN, Hasilnya Pokok Kari Merimbun. Boleh Guna Pada Pokok Lain Juga
Cara BETUL Guna Baja Air Ajinamoto, Siram Dekat Tanah Bukan Pokok Sekali Seminggu!
MW: Menarik tip ni. Boleh buat baja semulajadi guna kulit telur dan serbuk baja kopi je. Hasilnya pokok lebih subur dan masalah serangga perosak pun tiada.
Sumber:Emi Zurayni Lot

Siram baja roti seminggu 3 kali, tanaman subur bunga makin meriah.
Pokok gemuk, daun tumbuh banyak sangat, berkesan guna baja ini.
Kulit telur jangan dibuang, kumpul jadi baja organik suburkan pokok.
Rahsia buat baja semulajadi, guna bawang bebas bahan kimia, tanaman pun subur.
Lepas sembur, semua tanaman akan subur membiak dan bunga makin meriah.
Kelab peminat Rose Jepun, ini 3 cara mudah nak bagi bunga merimbun kembang satu taman.
Macam mana wanita ini boleh tanam 30 pokok berpasu dalam rumah, hidup subur lebih 3 tahun.
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berehat Di Tengah Ibu Kota, Pilihan Warga Kota Masa Kini!

Isi Kandungan
TogglePilihan Warga Kota Masa Kini! Awal tahun pastinya segar dengan azam baharu! Mana tidaknya, pasti ramai yang berkobar-kobar memulakan tahun baharu dengan pelbagai misi dan visi untuk meningkatkan keupayan diri dan kerjaya.
Namun disebalik semangat yang berkobar-kobar, sesekali perlulah take a break dan berehat seketika untuk mengembalikan momentum yang sedikit lari. Tidak perlu healing sehingga ke luar kota, penginapan di ibis PJCC Petaling Jaya mungkin boleh dijadikan pilihan.
Dirasmikan pada 24 November 2023 lalu, lokasinya yang berhampiran pusat beli-belah Sunway Pyramid dan taman tema air Sunway Lagoon antara tarikan utama mengapa ia menjadi pilihan warga kota untuk bersantai atau lebih popular digelar staycation di kawasan bandar!
Berehat Di Tengah Ibu Kota
Mingguan Wanita diundang secara eksklusif ke majlis perasmian Hotel ibis PJCC Petaling Jaya dan diberi peluang melihat sendiri kemudahan yang ditawarkan oleh hotel yang menawarkan 161 buah bilik penginapan kontemporari yang selesa dan mengetengahkan dekorasi estetik moden ini.
Majlis perasmian telah dihadiri oleh Senior Vice President of Accor, Michel Vivier, Pengarah Urusan ibis PJCC, Suresh Nair dan Ketua Pegawai Ekselutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohammad.
Bercerita mengenai kemudahan yang disediakan, penulis tertarik dengan fasiliti yang disediakan di setiap bilik di mana ia dilengkapi fasiliti Sweet Beds™ by ibis, sebuah katil yang direka khas oleh ibis untuk memberi keselesaan dan tidur yang berkualiti untuk para tetamu.
Antara elemen istimewa Sweet Beds™ by ibis ini termasuklah ia mempunyai kaki katil yang fleksibel mengikut gerakan badan semasa tidur, tilam dengan teknologi Intellifoam yang mampu berubah mengikut tekanan badan serta dilengkapi sarung lembut berbentuk sarang lebah 3-D untuk memastikan kebersihan dan pengudaraan yang baik. Pastinya tidur yang berkualiti dan terbuai dek mimpi!
Kemudahan Orang Kelainan Upaya Turut Tersedia
Jika anda datang bersama keluarga, jangan risau, kemudahan kolam renang turut disediakan untuk kanak-kanak bermandi manda. Bilik khas untuk kanak-kanak bermain juga turut disediakan untuk kemudahan tetamu kecil yang menginap di sini.
Lebih unik, sekiranya anda datang bersama keluarga yang mempunyai kelainan upaya, hotel ini sememangnya mesra orang kelainan upaya apabila ia menyediakan tandas bilik OKU dan warga emas. Satu lagi kelebihan yang jarang terdapat di hotel di ibukota!
Selain itu, ibis PJCC Petaling Jaya turut menawarkan empat bilik mesyuarat yang pastinya bersesuaian dengan acara korporat atau majlis peribadi yang boleh memuatkan sehingga 70 orang tetamu.

Pilihan Warga Kota
Untuk rekod, ibis adalah sebahagian daripada Accor, kumpulan hospitaliti terkemuka dunia dengan pemilikan lebih 5,000 hartanah di lebih 110 negara dan jenama yang mengambil bahagian dalam All-Accor Live Limitless- program kesetiaan gaya hidup yang menyediakan akses kepada pelbagai ganjaran, perkhidmatan dan pengalaman.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Pun Stres, Cikgu Lagilah Tak Boleh Hadam Dengan Group Whatapps

Isi Kandungan
ToggleTak dinafikan group Whatapps kelas anak-anak dibuat semata-mata untuk memberikan kemudahan kepada pelajar dan guru di samping mak, ayah. Tetapi apabila adanya group Whatapps yang pada mula dibuat untuk kebaikan bersama akhirnya berubah kerana mula memeningkan kepala guru.
Bayangkan guru bukan hanya mengawasi anak anda sahaja, padahal banyak lagi tugasan lain yang perlu guru lakukan. Mereka juga ada keluarga, balik rumah sudah tentu perhatian lebih terarah kepada tugas di rumah dan bukannya menjawab setiap pertanyaan mak, ayah.
Mak, ayah seorang yang bagaimana dalam group Whatapps kelas anak? Adakah sekadar menjadi silent reader atau sebaliknya.
Ikuti perkongsian Auni Farhana
Belum 7 hari sekolah tapi aku rasa nak gila dah dengan group sekolah anak aku.
Tolong la mak bapak jangan buat macam ini:
1) Cikgu tu seorang, ada 32 budak dia nak tengok. Gila apa dia nak belek satu satu aksesori anak kau cukup or tak dalam beg setiap hari sebelum balik.
Kalau tak cukup, kau patut salahkan anak sendiri kenapa tak jaga barang, bukan suruh mak bapak lain geledah beg demi anak kau.
Barang hilang tu normal, sebab tu masuk sekolah tak boleh beli barang mahal kat anak kalau kita hati jenis tisu, barang hilang nak marah. Please lah.
Jaga barang tu adalah proses anak belajar untuk lebih tanggungjawab dengan barang peribadi.

Minta Maaflah
2) Tercakar, terluka, tertolak, tergolek sebab kawan buat, dan kawan SUDAH minta maaf, ajar anak untuk memaafkan.
Bukan mak bapak masuk sekali.
Anak kita pun bukan BAIK sangat, kalau dia buat orang atau dia mulakan dulu, mana kita tahu.
Kawan dah minta maaf sebab bersalah untuk kali pertama, tak payah nak panjang-panjangkan.
Kalau kes tu berulang 3kali, tak perlu membebel dalam group, pergi sekolah, jumpa cikgu dan minta budak yang buat tu ada sekali depan cikgu. Haa.. Bincang depan-depan. Pastu nak tomoi ke apa, lantak korang.
Tak Perlu Nasihat
3) Bila ada mak bapak update anak tak hadir sekolah, DIA NAK BERITAHU Cikgu sahaja.
Mak bapak yang lain, tak payah nak bagi nasihat, tak payah nak wish bagai, sebab bila sorang start, yang lain ikut meleret-leret, sampai 10 kali scroll pun tak habis nak baca wish, nasihat korang.
Mak bapak lain pun bukan bodoh sangat, dan dia tak mintak advise kau.
Nak wish, nak nasihat, pergi PM personal,
Bila korang meleret-leret dalam tu, message mak budak yang tak hadir pun hanyut ke atas, kalau cikgu tak perasan mesej tu, maklumat tak sampai!
Nak doakan pun tak perlu tulis, doa urusan dia di mudahkan dalam hati. Bukankah DOA senyap-senyap tu lebih baik?
Motivasi Berpada
4) Bersyukur tu bagus, tapi tolong la jangan jadikan group sekolah anak macam group motivasi. Aku dah letih woi. Ingat urgent apa la update dekat dalam tu, tapi banyak bazir masa di situ.
Marahkan Anak
5) kalau anak hilang duit sebab kecuaian peribadi, marah anak! Bukan suruh cikgu cari satu sekolah sebab duit anak kau hilang.
Anak tak mati pun kalau duit hilang sebab cuai dan tak dapat makan. Kalau anak aku, pertama sekali aku akan cakap, PADAN MUKA, kenapa tak jaga duit sendiri baik-baik. Lapar? Itulah akibatnya bila tak bertanggungjawab.
Anak tidak akan mati bila tak dapat makan waktu rehat. Tapi otak dia akan ingat sampai mati akibat kecuaian sendiri. Itu namanya belajar
Itulah namanya sekolah kehidupan.
Last sekali,
Tolong guna otak cerdik,
Jangan paksa cikgu reply hujung minggu, waktu malam, cikgu tu bukan dapat OT pun layan korang di luar waktu
If takut lupa, nak tulis juga, tulis la baik-baik. Minta maaf sebab ganggu luar waktu kerja.
Jangan suruh cikgu reply segera demi kepentingan peribadi korang.
Kalau dia reply di luar waktu itu bersyukurlah.
Cukuplah setakat itu,
Aku letih tak habis lagi
Mana nak kejar sekolah anak
Mana nak kejar appoitment dengan client.
First time anak mak darjah 1.
MW: Oleh itu mak, ayah sebaik-baiknya gunakan peluang ini dengan baik jika guru kelas anda wujudkan group Whatapps kerana tidak semua guru sanggup nak hadap satu demi satu pertanyaan mak, ayah.
Sumber: Auni Farhana
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Masak Telur Dalam Makanan Lain, Boleh Dijangkiti Bakteria Salmonellosis, Bahaya Menanti!

Isi Kandungan
ToggleMasak telur rebus adalah cara yang paling senang untuk mak-mak lakukan. Hanya masukkan air dan telur. Tunggu mendidih dan masaklah. Namun ada juga mak-mak yang nak cepat, guna cara ‘shortcut’.
Begitulah, kalau ada cara yang paling cepat dan jimat masa, sudah tentulah mak-mak akan lakukan. Tanpa sedar, cara yang mak-mak buat ini boleh bahayakan keluarga bila ambil makanan ini.
Salah satunya adalah masak telur dengan campurkan dengan makanan lain. Walaupun kita dah basuh telur itu, tapi ia belum tentu bersihnya. Mungkin ada lagi sisa-sisa kotoran yang tka terlihat dan boleh membawa kepada penyakit bawaan makanan.
Inilah yang dikongsikan oleh Dr Azila Mohd Kasim yang mengambil info dari My Portal Health. Tak perlu nak jimat masa tapi ia memberi kesan dan masalah kesihatan lain.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Telur Tahan Lama, JANGAN BASUH Kecuali Simpan Dalam Peti Ais, Elak ‘Pencemaran Silang’
Telur Jadi Ringan, Berbau ‘Tembelang’ Bila Simpan Lama, Jangan Pandang Ringan TARIKH LUPUTnya
Info Lebih Menarik DI SiNI
Masak Telur, Elak Penyakit Bawaan Makanan
Tip seperti masak telur dalam nasi, masak telur dalam mee dan sebagainya banyak berlegar-legar di media sosial.
Betul ia menjimatkan masa namun perlu dititik beratkan juga kebersihan dan keselamatannya. Pastikan cuci kulit telur dengan air yang bersih sebelum digunakan.
Ini kerana jika pengendalian yang tidak sempurna daripada segi kebersihan kulit telur atau telur yang tidak dimasak dengan betul, boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan
Kebanyakan jangkitan kes Salmonellosis adalah berpunca daripada makanan yang telah dicemari oleh bakteria Salmonella atau sentuhan secara langsung dengan pesakit yang sudah terkena jangkitan bakteria tersebut.
Terdapat 2500 spesies Salmonella yang dibawa oleh haiwan ternakan dan haiwan-haiwan liar. Haiwan ternakan seperti ayam, itik atau spesies burung yang dijangkiti oleh bakteria Salmonella boleh merebak hingga ke dalam isi telur yang dihasilkan.
GEJALA/TANDA
Gejala utama bagi orang yang telah dijangkiti bakteria Salmonella adalah seperti berikut:
• Cirit-birit
• Kekejangan pada perut
• Demam tinggi antara 39.4 – 40 oC
• Kurang selera makan
• Sakit kepala
• Selema dan batuk
• Pendarahan usus
• Mudah letih
• Ruam pada kulit
.
KOMPLIKASI :
Komplikasi serius berikutan daripada simptom awal yang tidak mendapat rawatan yang sepatutnya mungkin akan membawa kepada pendarahan usus yang biasa akan muncul pada minggu ke-3.
Selain itu, kanak-kanak atau bayi akan mengalami komplikasi gangguan pada otak yang berkemungkinan akan mengalami sawan.
Oleh yang demikian, semua individu perlulah segera mendapatkan rawatan awal sekiranya gejala atau tanda jangkitan bakteria salmonella berlaku.
RAWATAN
Jangkitan Salmonella biasanya sembuh tanpa rawatan dan kebanyakan orang pulih dalam tempoh 2-7 hari.
Namun begitu, langkah-langkah berikut perlu diambil sekiranya berlaku tanda-tanda jangkitan penyakit seperti:
• Banyakkan minum air bersih yang telah dimasak sempurna atau air garam yang boleh diperolehi di farmasi untuk mengelakkan kekurangan cecair dalam badan.
• Elakkan mengambil antibiotik kerana antibiotik ini tidak dapat mempercepatkan penyembuhan namun boleh menyebabkan bakteria salmonella ini dibawa masuk ke sistem penghadaman untuk hidup lebih lama.
Walau bagaimanapun, pesakit yang mengalami gejala yang teruk perlulah mendapatkan rawatan yang sesuai di hospital.
• Bayi, orang tua dan pesakit yang mempunyai sistem imun yang rendah mungkin perlu mendapatkan antibiotik yang sesuai yang disarankan oleh doktor.
• Elakkan ubat-ubatan anti muntah atau anti cirit-birit kecuali dicadangkan oleh doktor.
.
PENCEGAHAN :
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyediakan prosedur selamat bagi pengguna serta pengendali makanan berasaskan telur.
Berikutnya merupakan beberapa langkah yang boleh diambil:
Pengendalian makanan berasaskan telur:

• Membeli bahan-bahan mentah dari pembekal yang mengamalkan kebersihan.
• Pilih produk telur yang telah dipasteurkan atau serbuk telur yang dikeringkan dengan sempurna.
• Cuci kulit telur dengan air yang bersih sebelum digunakan.
• Elakkan menggunakan telur-telur yang telah retak atau pecah kerana telur tersebut mungkin tercemar dengan bakteria salmonella.
• Simpan bahan makanan dengan cara yang betul dimana bahan makanan yang ingin digunakan dahulu diletak di bahagian hadapan.
• Jangan biarkan makanan sejuk beku di tempat yang tidak sesuai untuk tempoh lebih daripada 2 jam.
Hati-hati, beringat sebelum terkena.
Kalau makan untuk diri sendiri mungkin tidak mengapa. Masalah akan timbul jika makanan yang dimasak untuk buat jualan..risiko tetap ada.
Mingguan Wanita : Hati-hati ye mak-mak, rebuslah seperti biasa, tak perlu nak campurkan dengan makanan lain. Lebih selamat.
Sumber: Dr. Azila Mohd Kasim & Portal MyHealth
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI