Setelah sepuluh tahun menanti cahaya mata, jururawat ini meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19 dari pesakit. Allahuakbar, berat ujiannya.
Dia pergi sebelum sempat menatap dan memeluk cahaya mata yang dinanti sejak sekian lama. Semoga syurga balasannya.
Jururawat Meninggal Selepas Dijangkiti Covid-19
Seorang jururawat yang juga ibu hamil meninggal dunia akibat COVID-19, di Hospital Sultan Ismail Petra dekat Kuala Krai, kelmarin.
Norfaizah Mohamed Nor, 34, menghembuskan nafas terakhir jam 3.02 pagi.
Sepuluh Tahun Menanti Cahaya Mata
Difahamkan, wanita berkenaan yang menunggu kehadiran anak sulungnya sejak 10 tahun yang lalu. Dirinya terpaksa melahirkan zuriat itu dalam keadaan pramatang secara pembedahan, ketika kandungan berusia kandungan 26 minggu.
Wanita itu dijangkiti COVID-19 bagi kategori 5 dan dipercayai mendapat wabak itu daripada pesakitnya.
Ads
Bayi wanita itu ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan wanita itu yang juga jururawat meninggal dunia akibat COVID-19 semalam.
Beliau berkata, Allahyarhamah jururawat di Hospital Gua Musang dan seorang petugas yang berdedikasi.
“Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Mingguan Wanita : Lagi satu kematian ibu hamil, semoga syurga balasannya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya setelah bertungkus-lumus membantu orang lain selama ini. Al-Fatihah.
Memang ada benarnya, soal rezeki ni sukar dijangka. Adakalanya rasa cukup berusaha namun masih rezeki sempit dan sering tak cukup duit untuk perbelanjaan bulanan. Pesanan buat para suami, sekiranya terjadi perkara sebegini, sebaiknya muhasabah diri.Cuba tanya para isteri, dekat mana yang tak kena. Ini kerana hanya isteri yang lebih mengetahui urusan dan masalah mengenai kewangan dan perbelanjaan keluarga ini.
Mungkin secara tidak sedar, ada terhutang nafkah dengan isteri. Ada terabai tanggungjawab, tidak menunaikan hak dan amanah dengan sebaiknya.
Rezeki sempit, duit tak cukup, tanya isteri kat mana yang tak kena.
Bukan salahkan isteri.
Isteri ni dia tak belajar tinggi pun dia tahu kawal perbelanjaan dia, jaga kewangan keluarga…tak belajar akaun pun, dia tahu keluar masuk duit keluarga tu ke mana, untuk apa.
Maka, tanyalah dia.
Bila dah tanya, kenalah terbuka untuk terima apa saja yang dia nak cakap, yang dia nak tegur, yang dia nak nasihat. Mungkin antaranya adalah disebabkan gaya dan cara hidup kita…mungkin kita ni terlebih belanja pada perkara yang tak sepatutnya.
Mungkin kita ni tak solat, mungkin kita ni jarang sedekah, mungkin kita ni tak bayar zakat.
Mungkin juga kita terlepas pandang untuk menafkahi isteri sebab dia ada pendapatan sendiri setiap bulan.
Ada hak yang tak tertunai, ada amanah yang tak dijalankan, ada tanggungjawab yang diabaikan…sebab tu rezeki sempit, duit tak cukup…walaupun dah usaha, jangan lupa juga untuk bermuhasabah.
Semoga kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat..
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfat dijadikan panduan buat kita. Renung-renungkan asbab yang mungkin menjadi punca rezeki sempit, duit tak cukup ini.
Tiada yang lebih membanggakan bila kejayaan dikongsi bersama dengan orang tersayang. Terima skrol di hari konveskyen adalah puncak kejayaan tertinggi buat seorang pelajar. Dapat membanggakan orang tua.
Namun, sedihnya bila kejayaan itu tak dapt dikongsi dengan orang tersayang. Tak dapat bayangkan kesedihan bila ada berita-berita yang memaparkan ibu ayah, adik beradik jadi pengganti diri untuk terima skrol mewakili diri yang telah tiada.
Inilah juga yang berlaku buat bayi yang beru berusia 4 bulan. Pengganti diri ibunya yang telah meninggal dunia untuk terima skrol di hari konvokesyen.
Dalam video tiktok yang dikongsikan oleh Alsinthya Manda’ memaparkan kehadiran bayi berusia 4 bulan didukung oleh neneknya untuk terima skrol graduasi sebagai wakil untuk ibunya yang telah pergi buat selamanya.
.
.
Daripada sumber yang diceritakan, situtasi ini berlaku kepada sebuah keluarga di Wilayah Langkid di Sulawesi, di mana seorang ibu yang melahirkan anak mɛninggal dunia selepas melahirkan anak sulungnya.
Bulan berganti bulan, kini usia anak itu mencecah 4 bulan, anak yang tidak pernah melihat ibunya ini hadir dalam satu majlis graduasi yang sangat menghibakan.
Meninggal Selepas Melahirkan Anak
Wanita yang sepatutnya menerima skrol itu bernama Citra Fadillah adalah ibu kepada bayi berkenaan yang bernama Kimberly. Dia telah meninggal dunia selepas melahirkan bayi tersebut.
.
“Adik Kimbɛrly wakili ibunya yang waktu dia buka mἀta, ibunya pula mɛnutup mata.”
Dalam sumber tersebut juga, suami kepada Citra tidak dapat hadir untuk mewakili kerana ditahan polis selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
.
Mingguan Wanita : Bila besar nanti lihatkan kembali video ini. Berbanggalah mempunyai seorang ibu yang hebat.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, menyebabkan Sekatan Jalan Raya (SJR) jalan-jalan utama, bagi memastikan SOP dipatuhi. Jangkaan kelewatan dan sedikit kesesakan di jalan raya harus dilalui oleh pengguna.Namun tugas polis bukan sahaja menjaga Sekatan Jalan Raya (SJR) malah kena bersedia berdepan detik cemas apabila menjadi bidan terjun.
Lahirkan Anak Perempuan
Pengalaman detik cemas dilalui oleh wanita ini apabila selamat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta dengan bantuan dua polis wanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan yang sedang bertugas menjaga sekatan jalan raya (SJR) di Expressway Kuching – Samarahan, malam tadi.
Dalam kejadian 11.50 malam itu, wanita berusia 26 tahun berasal dari Kampung Semera Ulu, Asajaya bersama suaminya berusia 28 tahun melalui SJR ketika dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS).
Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, 27, berkata, dia yang bertugas menjaga SJR bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam bergegas membantu selepas dimaklumkan seorang lelaki yang isterinya mahu bersalin.
“Selepas menghampiri kereta berkenaan, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak.
“Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit di leher bayi itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, selepas itu dia dibantu rakannya, Koperal Perakson Jennie, 40, untuk menyelimutkan bayi berkenaan yang kesejukan menggunakan tuala.
Bantu Kelahiran Bayi
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, suami wanita itu yang berada dalam keadaan panik terus memandu ke arah SJR untuk mendapatkan bantuan.
“Anggota kita mendapati wanita berkenaan sudah melahirkan anak dan membantu menyambut kelahiran bayi itu.
“Kebetulan seorang lagi anggota yang hendak melapor bertugas turut membantu menyelimutkan bayi menggunakan kain tuala yang dibawa,” katanya.
Katanya, bayi bersama ibunya kemudian dibawa ke HUS untuk mendapat rawatan lanjut.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah wanita ini selamat bersalin dalam kereta, walaupun berhadapan detik cemas tak sempat sampai ke hospital. Tahniah juga buat polis wanita yang menjadi ‘bidan terjun’, walaupun di luar bidang dan sedang menjalankan tugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) tetap berikan komitmen yang terbaik.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Timbullah nak! Ibu dua remaja lemas harap jasad anak ditemukan segera. Keluarga dua remaja yang hilang dikhuatiri lemas di Sungai Perak di Kampung Tepus...