Pengantin lelaki dari Bekasi di Jawa Barat, Indonesia menjadikan ikan laga bernilai tinggi jenis Blue Rim dari Thailand sebagai mas kahwin kepada pasangannya.
Ikan laga bernilai 2.5 juta rupiah (kira-kira AS$1,700) merupakan mas kahwin pengantin Rizki Muhammad kepada Indi Nita Sari yang kemudiannya tular di media sosial.
Tidak kiralah apa jua bentuknya, walaupun sepasang ikan laga jadi mas kahwin, tak perlu mahal-mahal mahal mas kahwin yang penting pengantin perempuan redha.
Sepasang Ikan Laga Jadi Mas Kahwin
Di Jakarta, bukan emas, wang atau barang keperluan wanita, tetapi lelaki ini memberikan mas kahwin unik iaitu sepasang ikan laga.
Portal Detik.com melaporkan aksi pengantin lelaki itu menikahi pengantin wanitanya dengan mas kahwin ikan laga itu tular dalam satu hantaran Instagram @infobekasi.coo.
“Sepasang ikan laga jadi mas kahwin. Pertama di Bekasi. Mas kahwin itu tidak perlu mahal-mahal. Yang penting pengantin wanita reda. Layak jadi inspirasi bagi yang sukar mencari mas kahwin. Video Bekasitizens @cupanglurah.id_ #infobekasico,” tulis keterangan Instagram @infobekasi.coo.
Ada Juga Perhiasan Emas & Wang
Dalam video yang dimuat naik terdengar ijab kabul apabila wali pengantin wanita memberitahu mas kahwinnya adalah ikan laga.
Selain itu, ada juga perhiasan emas dan wang tunai sebagai mas kahwin.
“Wahai saudara Rizki Muhammad bin Bambang, saya nikahkan dan kahwinkan engkau kepada anak kandung saya. Dengan mas kahwin perhiasan emas, wang tunai dan sepasang ikan laga,” ucap wali nikah wanita.
Ads
Video yang berdurasi 35 saat itu ditonton lebih 13,300 kali dan 866 komen di Instagram. Pasangan pengantin itu adalah Indri Nita Sari dan Rizki Muhammad.
Foto: Agensi.
Idea Mas Kahwin Ikan Laga
Wanita yang berusia 25 tahun itu menceritakan mengenai mas kahwin unik diterimanya itu.
Dia mengatakan idea mas kahwin ikan laga memang datang daripada suaminya.
“Idea suami aku. Dia sudah beritahu awal mahu bawa ikan cupang (laga) untuk mahar (mas kahwin).
Ads
“Aku ingatkan sekadar bergurau, tetapi ternyata benar ketika hari pernikahan, aku terkejut tetapi senang dan unik saja,” katanya.
Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, ikan laga yang menjadi mas kahwin pernikahannya adalah jenis blue rim.
Kata Indri, sepasang ikan laga itu berharga 2.2 juta rupiah (RM627) dan menjadi kesayangan suaminya yang hobi memelihara ikan jenis itu.
Ketika ditemu bual, Rizki Muhammad berkata, ikan laga itu menjadi kesayangannya.
“Sayang aku kepada ikan laga itu seperti kasihnya aku kepada orang tersayang,” katanya.
MW: Tidak kisahlah apa jua bentuk mas kahwin yang ingin pengantin lelaki berikan pada pengantin perempuan, paling penting adalah keikhlasan. Sebenarnya kehidupan selepas mendirikan rumah tangga adalah lebih penting, bukan soal mas kahwin sahaja. Betul tak?
Tak semua orang mampu lalui ujian sebesar ini, tambah bila sudah berkeluarga. Banyak duit yang nak guna, tambah nak tampung kos kesakitan anak istimewa ini. Kalau imbas cerita dulu, memang tak sangka keadaan anak ini semakin baik. Cuma tubuh badannya agak berbeza berbanding orang lain. Ikuti cerita penuh ibu kepada anak istimewa ini…
“Abah merayu berkali-kali pada doktor. Pakaikan semula oksigen untuk Hazim terus bernafas. Tapi doktor memaklumkan, jangan menaruh harapan terlalu tinggi kerana keadaannya agak teruk. Kami kata, biar Allah menentukan hidup matinya kerana kami memang tak sanggup lihat Hazim meninggal perlahan-lahan depan mata.
“Alhamdulillah, dari tidak diberi harapan pada usianya empat hari ketika itu, hari ini Hazim sudah menjangkau usia empat tahun setengah,” kongsi Zainab Salim mengenai anak bongsu istimewanya ini dengan beratnya kini hanyalah 3.3 kg.
Dilahirkan dengan hanya 1.00 kg, anak syurga ini disahkan mengidap sindrom Cornelia De Lange yang mana kelahiran sebegini sangat mengecil dengan nisbah 1:10,000 namun sindrom ini banyak berlaku kepada kanak-kanak di negara Barat. Tumbesaran pengidapnya akan mengecil, tidak berkembang, tubuh badan dipenuhi bulu-bulu bahkan ada sesetengahnya mengalami kecacatan fizikal. Ini bukan penyakit genetik dan bukan juga kerana kekurangan hormon.
Dalam sehari, tubuh kecil ini perlu diberi minum susu 10 kali dengan kuantiti 80 aun. Menjaganya juga sangat mudah kerana Hazim langsung tidak banyak ragam. Sesekali apabila dibawa keluar berjalan, wajahnya menjadi tumpuan lensa orang ramai kerana kecomelan wajahnya selain memiliki alis mata lentik dan kening bertaut ini.
Biarpun Hazim mendatangkan bahagia dalam hati ibu kepada 10 orang cahaya mata ini, namun ada harapan tinggi dalam sanubarinya.
“Saya selalu berdoa kepada Allah. Saya mahu mendengar Hazim memanggil saya Mama, mahu melihatnya berlari dan berjalan, nak lihat dia bermain-main dengan kakak-kakaknya tetapi saya tak tahu bila doa itu akan dimakbulkan Allah.”
Dengan keperluan susu dan lampin pakai buang serta tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan suami, bagi anda yang ingin menghulurkan sedikit sumbangan buat anak syurga ini, bolehlah salurkan ke akaun Hazim terus.
BANTULAH MANA YANG SUDI
Akaun Bank Simpanan Nasional: 11500-41-00015181-5 Muhammad Hazim Muhaimin bin Mohamad
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Siti Sarah selamat bersalin bayi lelaki, namun setakat ini dia belum sedarkan diri.
Ternyata berat ujian buat Siti Sarah dan suaminya, Shuib, dijangkiti Covid-19 ketika hamil adalah sesuatu yang sukar diterima oleh sesiapapun apatah lagi apabila kesihatan makin merosot.
Selamat Lahirkan Bayi Lelaki
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan anak ke-empat yang juga bayi lelaki secara pembedahan kira-kira jam 5 petang tadi.
Menurut pengurus Sarah, Nana Mohd Rom, keadaan penyanyi itu bagaimanapun masih sama dan belum sedarkan diri.
Siti Sarah Masih Belum Sedarkan Diri
“Untuk makluman Siti Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar.
“Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Percayalah teman bercakap itu penting. Lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik Covid-19 ini bermacam masalah kesihatan boleh berlaku. Salah satunya, boleh berlaku perasaan cemas dalam diri seseorang.
Dan gangguan kecemasan dalam diri atau anxiety ini jika tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan tekanan. Sehingga mengundang s4rangan panik.
Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin turut berkongsi kebimbangan itu di instagram miliknya. Ella juga menyampaikan pesan agar jangan menganggap anxiety ini bukan hal yang tidak serius.
Ini Yang Ella Rasa..
Baru baru ini , Ella terbaca satu laporan berbentuk artikel yang agak menakutkan
Sebanyak 266 kematian berpunca dari bunuh diri direkodkan sepanjang tempoh Mac hingga Oktober tahun lepas (satu hari sorang)!
60% penyumbang statistik adalah dari komuniti melayu islam.
Anxiety and depression is real guys, likea silent killerr.
Tekanan perasaan bukan mainan , jangan perkecil keperluan anda atau sesiapapun untuk mendapat sokongan dan bantuan.
Teman Bercakap Pun Lebih Besar Maknanya
Cuba cubalah ambil berat keluarga/kawan terdekat, mungkin saja ada yang perlukan teman bersembang dan mungkin juga perlukan rawatan kaunseling atau psikologi. Tiada apa yang perlu dimalukan.
Ella cuma harap kita semua tahu bila masa yang tepat untuk mendapat/memberi sokongan. Di saat pandemik ini , tanya-tanya khabarlah mereka yang berdekatan samaada kerabat , saudara mara, teman ataupun jiran .
Tak semestinya bantuan kewangan ya , teman bercakap pun kadang kadang lebih besar dan bernilai maknanya
Jangan pula kita berduka lara nanti setelah kehilangan seseorang yang tak terkembalikan.
Mingguan Wanita : Jadi, jika anda merasai alami tanda-tanda cemas, jangan diam-diam. Segeralah dapatkan rawatan. Jangan tunggu sesak nafas hingga sukar baru nak dapatkan rawatan.
Sayangilah nyawa anda. Kerana, tuhan cuma beri kita hidup sekali saja di dunia ini.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...