“Sepanjang 10 hari tak larat bangun” itulah antara ungkapan pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta apabila bercerita pengalamannya dijangkiti Covid-19 akhir Februari lalu hingga menyebabkan dirinya menjadi paranoid kini.
Bukan itu saja ketika bertemu dengan ibu kepada tiga cahaya mata ini juga, Che Ta kelihatan begitu berhati-hati dan mengutamakan penjagaan SOP.
“Sepanjang 10 Hari Tak Larat Bangun”
Berkongsi pengalaman hitamnya dijangkiti Covid-19, ibu kepada tiga cahaya mata itu berdepan dengan kesakitan luar biasa selama 10 hari.
“Pengurus hubungi saya sehari selepas penggambaran dengan Han Byul untuk Mai Cheq Deco dan minta saya buat swab test. Saya terus ke klinik, tetapi keputusannya negatif.
“Bagaimanapun pada sebelah malamnya, saya mula rasa sakit badan dan diikuti simptom lain seperti sakit kepala, cirit birit, muntah, batuk, demam dan selsema.
“Saya cuma tidak hilang deria bau.
“Sepanjang 10 hari saya memang tak larat bangun, waima untuk melihat handphone,” luah Che Ta.
Dua Anak Lelaki Turut Positif
Menyambung kisah dijangkiti Covid-19, dua anak lelakinya Ammar Effendy dan Aniq Ezzra turut positif.
“Saya positif bersama dua anak lelaki saya.
“Mungkin mereka masih muda, jadi mereka tidak mengalami apa-apa gejala,” ujarnya.
Paranoid Jumpa Orang Ramai
Dek kerana itu juga Che Ta akui kini menjadi paranoid untuk keluar berjumpa orang ramai.
“Walaupun yang berada di lokasi penggambaran itu memang sudah buat ujian pengesanan Covid-19, saya akan pastikan mereka sering pakai pelitup muka.
“Sekiranya belum tiba giliran dia untuk berlakon ketika itu, saya akan meminta pelakon berkenaan pakai pelitup muka jangan tanggalkan.
“Begitu juga dengan kru, walaupun saya tahu rimas pakai pelitup muka, tetapi bila sudah terkena Covid-19 macam saya, tahulah macam mana rasa paranoid untuk keluar bertemu dengan orang ramai,” kata Che Ta yang begitu berwaspada dan sentiasa berhati-hati apabila melangkah keluar dari rumah.
Busana ‘Mesra’ SOP
Terkenal dengan sikapnya yang peramah dan ceria, sambil tergelak Che Ta menyatakan bagi menghadiri majlis dirinya mengambil langkah berjaya-jaga dengan meminta pereka untuk mencipta busananya yang ‘mesra’ prosedur operasi standard (SOP).
“Saya bimbang jika ada yang terlupa untuk mempraktikkan penjarakan sosial semata-mata ingin bergambar.
“Macam di majlis ni , tengok rekaan pada bahu baju saya, ia bukan direka sekadar suka-suka tapi demi mengelak orang berhimpit-himpit dengan saya ketika bergambar.
“Tetapi ada juga yang himpit,” katanya sambil tertawa kecil.
Mahu Bantu Golongan Ibu Tunggal
Che Ta yang ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta kempen JOLS LUXE FABRICS for Rozita Che Wan sempena Hari Wanita Sedunia.
Sementara itu, Pengasas JOLS LUXE FABRICS, Johan Lim berkata, dia dan isterinya, Alia @ Seri Hadia memilih Che Ta sebagai duta kempen untuk memberi inspirasi dan membantu golongan ibu tunggal di luar sana.
“Daripada 10 peratus hasil jualan, kami akan salurkan kepada ibu tunggal, itu misi kami iaitu untuk bantu mereka bangun dan teruskan kehidupan dengan lebih baik,” katanya.
View this post on Instagram
Menarik Lagi : Che Ta Dedah Zain & Aaisyah Positif Covid-19 Bulan Lalu, “Sejauh Mana Kita Berhati Hati Pun Nak Jadi.. Jadi Juga”
Che Ta Kongsi Tip Pilih Handbag
Che Ta Boleh Tidak Bersolek, Nafi Hanya Terima Watak ‘Control’ Cantik
Rekaan Ikut Karakter Che Ta
Menurut Alia pula, daripada 13 koleksi dikeluarkan untuk edisi tersebut direka sendiri, merujuk pada personaliti Che Ta.
“Semua rekaan dibuat selepas menyelidik karakter Che Ta. Che Ta ni nampak saja macam seorang diva tapi tidak selepas mengenalinya.
“Dia seorang yang menepati masa selain bekerja dengan bersungguh-sungguh, tu sebab dia wajah yang sesuai mewakili jenama kami bagi kempen sambutan Hari Wanita Sedunia,” ungkapnya.
View this post on Instagram
Mingguan Wanita : Selamat hari lahir yang ke 49 Che Ta, walaupun hampir selangkah mencecah 50 tahun namun Che Ta nampak begitu bertenaga dan melangkah penuh bersemangat. Itulah Aura Wanita contoh buat semua!
Sumber Foto : Ihsan JOLS LUXE FABRICS & Instagram Rozita Che Wan
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI