Alhamdulillah kegembiraan syawal pada tahun ini semakin bertambah apabila, isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 31, iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.15 kilogram di sebuah hospital swasta di Jalan Ampang, semalam.
Menerusi laman Instagram milik Bonda Rozita Ibrahim yang juga pengasas produk Sendayu Tinggi bersyukur apabila menantunya itu melalui proses kelahiran yang mudah selama satu jam tanpa sebarang jahitan.
“Senang sangat menantu saya bersalin selepas bukaan empat sentimeter. Teruja sangat saya sampai terlupa nak pakai kasut sewaktu berkejar nak sambut cucu.
“Alhamdulillah, seorang cucu lelaki yang sangat comel,” katanya memetik kapsyen yang dimuat naik bersama sebuah klip video di instagramnya.
Namun sebelum itu, apa yang turut mencuri perhatian, meskipun teruja dan gembira dalam menanti kelahiran cucu bersama besannya, jiwa seorang mak bonda Rozita cukup terserlah dan sentiasa serta mendoakan keselamatan menantu serta cucu tersayang. Malah dalam sentiasa memberikan sokongan penuh dan berasa kasihan pada menantunya yang bertarung menanggung sakit bersalin.
Ads
“Kami tunggu dengan besan dekat hospital.Menantu saya nak bersalin dah 4cm. Mudahan selamat ibunya dan cucu baru kami yang akan lahir .Sokongan kami bersama. Senyum dan sebak lalui saat ni melihat anak perempuan kami yang baik budi bertarung sakit.”
Terdahulu, sebelum Shahida melahirkan bayi tersebut, Aliff juga ada memuat naik sekeping foto ketika menemani isterinya menanti detik untuk bersalin sekaligus menghargai pengorbanan seorang ibu.
Ads
“Penantian enam tahun akhirnya kini tiba. Rasa tak sanggup nak tengok isteri di dalam bilik bersalin. Kuatnya pengorbanan seorang ibu,” tulisnya.
Aliff yang mengahwini Shahida pada Ogos 2007 telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6. Kemudian, pada tahun lalu pasangan tersebut mengambil dua orang anak angkat iaitu Ameena dan Qayyum yang kini berusia sembilan serta tujuh bulan.
Ads
Menurut Aliff, nama Yusoff Al Qardawi dipilih buat anak lelakinya yang ketiga ini bersempena dengan nama tokoh ulama dari Mesir yang cukup dihormati. Malah, akaun khas instagram buat anaknya ini juga telah dicipta serta memiliki hampir 100k pengikut, meskipun baru 1 hari Yusoff dilahirkan.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida atas kelahiran baby comel ini. Semoga kelahiran bayi menambah kegembiraan dan rezeki yang melimpah ruah buat keluarga ini. Selamat berpantang Datin Seri Shahida!
Terkini, resipi yang menjadi viral ialah Kek Oreo Versi kukus pulak. Mudah sangat nak buat Kek Oreo ni, guna dua bahan je pun mak-mak dah boleh jadikan kek yang sedap. Yang paling penting mudah dan jimat bajet sebab tak sampai Rm 10 pun. Hanya perlu guna Biskut Oreo dan air susu kotak coklat Dutchlady.
Jom cuba perkongsian resipi menarik oleh Hana Ramli ni.
Bahan-Bahan:
Dua Bungkus Biskut Oreo
Sekotak Susu Coklat (250ml)
Cara Membuat:
1.Masukkan susu dan Biskut Oreo ke dalam mesin pengisar (blender). Pastikan blender bebas dari bau bawang dan lada.
2.Kisar seperti dalam gambar.
3.Isi la adunan dalam bekas apa apa pun dan kukus. Kalau nak tahu masak ke belum, cuba cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan yang melekat pada garfu tu bermakna kek oreo kita belum masak. Kukus lagi.
4.Ni selepas siap kukus, ermmmm moist gittuuuu. Biar dia rest sejuk dulu sekejap.
5.Akhir sekali, tuang la topping apa-apa pun, tak letak topping pun takpa. Sedap
Kek oreo dua bahan, yang bahagian topping tu saya double boil chocolate.
Pasangan yang muda-muda ini kena banyak belajar daripada Tun Hasmah dan Tun Mahathir, mantan pemimpin negara yang amat kita sayangi. Sebabnya sampai hari ini, pasangan suami isteri ini masih terlihat romantis dan tak pernah lupa nak bergurau dengan pasangannya.
Cerita lucu Tun Dr Siti Hasmah & Tun Dr Mahathir ini dikongsikan oleh Tun Dr Siti Hasmah dalam temu bual di Majlis Meriah Raya Persatuan Siswasah Wanita Malaysia bersama Penaung Tun Dr Siti Hasmah.
Cerita Lucu Tun Hasmah
Suatu hari Tun Dr Siti Hasmah beritahu suaminya, Tun Dr Mahathir.
“Saya tak nampak muka awak lagi.”
Tun Dr Mahathir yang risau mula tanyakan kembali kepada isterinya, “Ada sakit apa-apa?” Dan bermacam persoalan sakit ditanyakan pada beliau.
Tak lama kemudian, Tun Dr Mahathir hubungi Dr Nasir (Dr peribadi keluarga mereka).
Semasa Dr Nasir memeriksa beliau tanyakan soalan ini, “Dapat tengok jam tak? Dapat tak tengok muka Tun Dr Mahathir?”
Tun Dr Hasmah pun beritahu yang dia tak dapat tengok semua itu.
Dr Nasir yang risau terus menghubungi Dr Tan untuk persediaan Tun Dr Siti Hasmah dihantar ke hospital supaya dapat dilakukan pemeriksaan lanjut, pembedahan dan sebagainya.
Ketika itu Tun Dr Mahathir dan mula menangis, risau fikirkan keadaan Tun Dr Siti Hasmah.
Tiba-tiba muncul satu persoalan dari Dr Nasir yang akhirnya membuatkan mereka gelak sampai keluar air mata.
“Tun confirm ke pakai spek Tun?” tanya Dr Nasir musykil.
Bila diselidik, rupanya tanda Tun Dr Siti Hasmah tak nampak tu sebab beliau ketika itu memakai cermin mata Tun Dr Mahathir.
Pesan Tun Dr Siti Hasmah, Rahsia Bahagia Dengan Pasangan Inilah Dia
Hidup ini jika mahu bahagia, maka gelaklah dan menangislah bersama pasangan. Inilah rahsia bahagia mereka berdua.
Sweetkan!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ketika ini pasukan perubatan seluruh dunia berusaha menghasilkan vaksin bagi COVID-19, namun masih belum berjaya. Kebimbangan terhadap virus ini, membuatkan ramai orang sanggup melakukan apa sahaja yang dianggap sebagai ‘penawar’ bagi merawatnya. Walaupun dianggap tidak logik dek akal fikiran.
Kucing Hitam Dijadikan ‘Penawar’
Gara-gara penularan berita palsu, kucing-kucing hitam di Vietnam telah dibunuh dan direbus untuk dijadikan penawar kepada wabak COVID-19.
Perkongsian yang tular di Vietnam ketika ini adalah berikutan terdapat laporan kononnya kucing hitam mampu menyembuhkan wabak COVID-19 dan dijadikan penawar. Ramai yang mula percaya perkhabaran itu sehinggakan seorang bayi turut menikmati minuman penawar tersebut.
Direbus Dalam Air Mendidih
Dalam perkongsian oleh media tempatan Vietnam, kucing-kucing hitam diletakkan dalam satu periuk besar sebelum air panas mendidih dituang ke dalamnya. Gambar dan video yang mengerikan itu muncul selepas para penyelidik mendapati krisis koronavirus telah mencetuskan lonjakan penjualan daging anjing dan kucing melalui aplikasi penghantaran makanan di Vietnam dan Kemboja.
Kepercayaan Baik Untuk Kesihatan
Malah, seorang penjual di Kemboja mengatakan mereka yang berada dalam komunitinya percaya, daging anjing adalah baik untuk kesihatan dan berupaya mencegah penyakit selesema atau virus seperti COVID-19. Namun, sehingga ke hari ini, masih belum ada kajian saintifik yang menyokong kepercayaan tersebut.
Sikap tidak berperikemanusiaan ini telah membuatkan ramai bimbang akan nasib haiwan perliharaan masing-masing.
“Tidak ada bukti apa pun bahawa makan kucing menyembuhkan coronavirus dan walaupun ada, rawatan tidak berperikemanusiaan ini adalah tahap kekejaman yang tidak dapat diterima bahkan bagi mereka yang memakan daging”, kata pengasas pertubuhan kebajikan No To Dog Meat, Julia de Cadenet.
MW: Macam-macam hal. Kucing hitam pula yang menjadi mangsa, kononnya mampu jadi penawar sembuhkan covid-19. Jangan mudah percaya, sehingga hari ini tiada vaksin lagi yang dapat dihasilkan dan mampu menyembuhkan virus berbahaya ini.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.