Memang senang sangat resipi ‘Donut Ball’ yang hanya menggunakan 2 bahan ni. Elok, lembut gebu hasil kejadiannya. Boleh jadikan kudapan untuk minum petang buat anak-anak. Siapa sangka resipi mudah macam ni, sangat sedap dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.
Boleh cuba buat sendiri donut ball 2 bahan seperti yang dikongsikan oleh Puan Reha Rahma ini.Memang sangat mudah!
Donut ball 2 bahan untuk kudapan anak-anak dan mak mereka sekali.Inspirasi resepi ni dapat dari fb juga. Terima Kasih.
Bahan-Bahannya:
1 cup (130g) Yogurt perisa asli
¾ cawan Tepung naik sendiri
*Gandakan sukatan jika nak masak lebih.
Cara Membuat:
1. Campurkan dua bahan tadi, Tepung naik sendiri dan Yogurt perisa asli.
2. Macam ni jadinya tekstur adunan tu.
3. Masukkan dalam piping bag, kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan.
4. Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel-comel gitu. Masukkan seketul-seketul dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana. Boleh angkat bila dah nampak kaler perang-perang. Api jangan kuat sangat ya, donut ni cepat ja masak. (Lupa ambik gambar masa tengah goreng tu).
5. Macam tu kejadiannya. Golek-golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.
Sedapnya Sambal Belacan Cili Kering ni.Setiap daripada kita pasti ada nostalgia dengan sesuatu makanan ataupun sering kita makan atau resipi yang mak kita selalu buat masa kecil-kecil dulu. Ia pastinya suatu kenangan manis yang takkan dapat dilupakan apatah lagi jika ia air tangan daripada mak sendiri. Kesedapannya nya tu memang tak dapat digambarkan dengan kata-katalah, walaupun ia hanya resipi yang simple je.
Melalui perkongsian oleh Murni Rahmat, beliau berkongsi resipi air tangan ibunya iaitu Sambal Belacan Cili Kering yang sering ibunya sediakan buat mereka adik beradik. Berikut antara perkongsian beliau;
“Masa kecik-kecik dulu, mak selalu buat sambal belacan cili kering. Dah berbelas tahun tak makan, hari ni mak minta buatkan sambal belacan macam dulu-dulu. Dulu mak buat untuk kami. Sekarang saya buatkan untuk mak pulak. Nostalgia sungguh. Zaman kecik-kecik dulu kami hidup susah. Apa yang mak hidangkan semua kami makan tanpa rasa kekurangan. Sayang mak.”
Bahan-Bahan:
Sebiji bawang besar saiz sederhana *
Seulas bawang putih *
Seketul belacan *
Ikan bilis kalau suka *
Cili kering *
Asam jawa/limau
Garam dan gula
Cara-Cara:
1. Goreng semua bahan bertanda * sampai wangi.
2. Cili kering goreng dengan api perlahan, sebab mudah hangit.
3. Tumbuk/blend sampai hancur.
4. Sesuaikan rasa masin, masam dan manisnya dengan garam, gula dan asam jawa/limau.
5. Sedap kalau makan dengan nasi panas, sayur lemak putih n ikan masin.
Tak semua orang suka mengambil jamu kan. Kononnya, jamu hanya untuk orang dulu-dulu dan sekarang nie lebih kepada suplemen sahaja. Walau bagaimanapun, ada juga anak-anak muda atau mak-mak yang ikut tradisi nenek moyang dengan mengamalkan pengambilan jamu untuk awet muda dan kesihatan dalaman.
Ada baiknya dan belum cuba belum tau. Mungkin dengan cara ini, boleh membantu kita dalam menangani masalah kesihatan dalaman dan sekaligus untuk nampak awet muda. Boleh cuba nanti.
Perkongsian daripada Hamizah Jamian boleh membantu anda untuk mencuba jamu ini. Boleh buat banyak untuk stok nanti. Minum sejuk-sejuk, barulah sedap kan.
“Saya sudah 18 tahun mengamalkan minum jamu ini. Mak yang ajarkan. Bukan untuk membantu kita awet muda tapi membantu membersihkan rahim dan hilangkan rasa sakit senggugut.”
Bahan-bahan:
Ibu kunyit hidup
Asam jawa
Gula perang
Cara Membuat:
1. Bersihkan kunyit dan kisarkan dengan air masak.
2. Masukkan sekali gula perang.
3. Apabila sudah sebati, masukkan ke dalam periuk. Didihkan bersama asam jawa.
4. Rasa manis, masam itu bergantung kepada citarasa anda sendiri.
Selamat mencuba.
MW: Pernah sebelum ini viral tentang jamu kunyit kan. Bolehlah cuba nanti. Tak payah beli, buat sendiri lagi puas hati. Ikut citarasa kita.
Kredit: Hamizah Jamian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Popia Nestum + Horlicks ni senang sangat nak buat, guna empat bahan je. Ni menu raya popular terutama mak-mak yang ramai anak kecil. Kalau makan sambil tengok tv, memang layan habis. Sekejap je licin sebalang. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Intan Yuhasnida, setiap tahun dia wajib buat. Bukan anak je, suami pun suka.
Resipi Popia Nestum + Horlicks
Bahan-bahan:
3 sudu besar nestum Original} dikisar halus
1 ½ sudu besar Horlicks Original/ susu tepung} dikisar halus
3 sudu besar gula} dikisar halus
1 paket kulit popia
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1-Kisar nestum, horlicks dan gula sehingga halus. Boleh juga gantikan horlicks dengan susu tepung. Kadang pernah je tak perasan masa nak buat Horlicks habis, jadi guna je susu tepung anak. Tetap sedap, lemak-lemak gitu. Bila dah siap kisar semua, ketepikan bahan ni.
2-Potong kulit popia kepada 4 bahagian. Kemudian, ambil satu bahagian, potong kecil-kecil.
Panaskan minyak, goreng kulit popia dengan api sederhana. Bila dah garing atau keperangan, angkat dan toskan. Jangan leka ye, kulit ni nipis dan cepat garing. Dah siap goreng ketepikan.
Bila kulit dah sejuk, campurkan dengan horlicks, gula dan nestum yang dikisar tadi. Gaul sebati. Siap untuk dimakan seisi keluarga. Memang superb resipi legend ni, tak payah nak bakar-bakar guna oven bagai. Confirm anak-anak dan suami suka.
5.Kalau bahan kisar lebih, jangan buang ye. Letak dalam peti ais, esok goreng kulit popia gaulkan je dengan bahan kisar tu. Boleh buat stok 2 ke 3 hari. Biasanya untuk sukatan di atas, boleh dapat 2 ke 3 balang, ikut saiz balang.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...