Sepanjang tempoh perkahwinan merupakan proses suai kenal di antara pasangan suami isteri. Bila dah kahwin barulah nampak karakter dan sikap sebenar. Biasanya kaum isteri memang hebat bila bab ‘membebel’ atau berleter, sampai boleh naik bernanah telinga! Jarang-jarang sekali jumpa suami yang ada sikap ini.
Baru-baru ini, merupakan hari ulangtahun perkahwinan pelakon berbakat besar Nad Zainal,28 atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin bersama suami tersayang Muhammad Faliq Amirudin,30 yang ketiga.
Suka Membebel
Apa yang mencuri perhatian ramai ialah ucapan ikhlas daripada suami Nad Zainal sempena ulangtahun perkahwinan mereka. Dalam ucapan yang dikongsikan di instagramnya, Faliq jujur mengakui dirinya bukanlah seorang yang romantik. Malah kerap membebel dan menasihatkan isterinya sepanjang 3 tahun perkahwinan mereka. Ia dilakukan semuanya demi kebaikan dan rasa sayang pada isteri tercinta.
Tegur Tanda Sayang
Sementara itu, menurut Nad Zainal pula pergaduhan mulut, gaduh-gaduh manja perkara biasa dalam rumahtangganya.Kerana bagi pelakon ini setiap teguran itulah tanda sayang yang mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Ads
“Kita adalah pasangan berjiwa klasik terperangkap dalam dunia moden yang kadang kadang teringin jadi hype beast. Sudah 3 tahun kahwin Selamat Ulang Tahun buat kita Alhamdulillah…”
“Kita bercakau macam ghimau, itu dah biasa,Itulah ♥️. Tak tegur makna tak sayang. Banyak kali tegur bernanah telinga wei!”
Ads
Pelakon Filem Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2018
Bagi yang tidak mengenali Nad Zainal, pelakon ini berjaya menjiwai watak berkesan sebagai anak autisme didalam drama Fatonah Azali. Sekaligus, merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2018 yang lalu.
Pasangan ini berkahwin pada 18 Disember 2015 dan kebahagiaan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki yang comel, Fahad Ibrahim,2.
Ads
Setiap pasangan ada cara tersendiri dalam mencorakkan rumahtangga. Gaduh-gaduh manja merupakan salah satu bentuk komunikasi yang menunjukkan pasangan masih memerlukan, meluahkan rasa dan tetap terus berhubung. Jangan sesekali mengabaikan komunikasi diantara suami isteri, memendam rasa dan buat hal masing-masing. Ia perkara yang tidak sihat didalam perkahwinan.
Buat Nad Zainal dan suami, Mingguan Wanita ucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Asal buka FB, banyak pulak promo dok lalu lalang. Kalau tak lap kain kayangan, periuklah, pinggan mangkuklah. Tu belum lagi, ternaik status kawan-kawan, siap bagi review ikhlas betapa bestnya guna barang idaman, hadiah diri sendiri.
Bila isteri beritahu suami hasrat hati.. suami jawab buat apa membazir, pakai saja mana ada. Dan, macam-macam jawapan kreatif keluar dari mulut suami. Sebagai isteri, kita faham lah, suami belum mampu lagi sebenarnya.
Jadi, janganlah desak suami berterusan. Isteri simpanlah duit diam-diam. Ada ketika, Tak perlu pun kongsi ‘wishlist’ pada suami. Sampai masa, bila dah cukup duit. Beli saja barang idaman sebagai hadiah untuk diri sendiri.
Ini yang dibuat sendiri oleh Ustazah Rohamiah Muda, beli hadiah periuk untuk dirinya sendiri. Malah, suami pun tak boleh kata apa, bila barang baru itu adalah barang hadiah yang isteri beli untuk diri sendiri.
Simpan Duit, Beli Hadiah Untuk Diri Sendiri
“Kotak apa tu?” tanya suami sambil jarinya tunjuk ke arah kotak set periuk.
“Hadiah untuk diri sendiri,” jawab saya.
Suami terus diam. Tiada lagi soal jawab.
Sebenarnya sudah lama saya teringin membeli set periuk memasak seperti ini. Lagipun, periuk yang ada di rumah memang tidak pernah bertukar sejak awal kahwin dulu. Ada yang sudah tidak boleh digunakan lagi.
Kebetulan ketika pulang ke kampung bulan Ogos lepas, kakak saya ada bercerita tentang sahabatnya menjual set periuk.
Saya terus grab dengan memilih warna merah. Cantik juga. Harganya memang mampu milik. Jika beli satu sahaja periuk harganya pun hampir RM100. Apabila dicongak, beli terus satu set pun untung juga.
Alhamdulillah.
Elok-elok periuk sampai musim cuti sekolah. Memang berguna ketika memasak di dapur, terutama periuk yang paling besar. Anak ramai memang sangat sesuai.
Tidak salah membeli hadiah untuk diri sendiri. Jika bukan sekarang, bila lagi? Simpan duit, target apa yang nak dibeli. Janji barang itu berguna.
MW : Ramai sebenarnya isteri-isteri yang tak mahu susahkan suaminya buat cara macam ini. Lagipun, akhirnya nanti barang baru yang isteri beli itu bukan untuk orang lain. Jadi kegunaan isi rumah; suami dan anak-anak juga.
Poligami sentiasa menjadi polemik, pihak yang pro dan kontra saling menunjuk hebat dengan segala dalil dari pelbagai kitab rujukan.
Ikuti perkongsian daripada Dato’ Dr. Haji Juanda Haji Jaya, Perunding undang-Undang Keluarga Islam, juga kolumnis di dalam majalah Mingguan Wanita. https://www.facebook.com/DatoMurshidDiRajaDr/
isteri Cuba Faham Dan Terima
Isteri cuba menghadam apa yang difahami suami tentang poligami, dia ternganga mendengar kawan-kawan suami memperlekehkan dirinya sebagai wanita jahil yang tak faham sunah poligami.
Dia wanita yang baru kenal agama, baru pandai menghadam satu dua hadis, baru lurus lidahnya membaca al-Fatihah tiba-tiba dipaksa untuk menerima dalil seolah-olah poligami itu wajib, sesiapa tidak menerima maka dia sesat!
Poligami Dijadikan Indah Pandangan Dtutupi Kepahitan
Mengapakah tuduh isteri menolak sunah? Padahal isteri mengakui poligami adalah syariat Allah begitu juga monogami, tiada siapa menolak sunah. Berhati-hatilah dalam isu poligami, jangan berbangga dan riak tayangkan kemampuan kerana ia satu ujian! Bagaimanakah Iblis membelit dalam isu poligami?
Tiada siapa yang menafikan nikmat tertinggi bagi lelaki adalah berhubungan intim, apa-apa pun kononnya niat suci kerana Allah itu semua datang selepas niat pertama diperoleh. Oleh itu lelaki cuba memanipulasi untuk niat berahinya. Ia tidak salah, asalkan suami memahami cara mendapatkan kenikmatan itu mesti ikut syarak.
Tak Layak Poligami Tapi….
Sudahlah badan ada penyakit, harta tidak banyak, anak isteri yang pertama pun tak selesai hal nafkah, tiba-tiba boleh pukul isteri tua yang menolak dipoligami, kononnya nusyuz?
Tengoklah betapa belitan iblis itu sudah kemas di leher si suami; iblis mempengaruhi dirinya untuk memaksa isteri. Iblis kata semuanya manis, tidak ada yang pahit dalam bermadu. Buktinya orang-orang soleh zaman Nabi s.a.w boleh buat, kenapa aku tidak?
Bandingkan Dengan Isteri Rasulullah Dan Sahabat
Dia tak tanya, siapakah orang soleh zaman Nabi itu? Apakah kesabaran dirinya boleh disamakan dengan mereka, imannya boleh dinaiktarafkan seperti mereka, ilmunya setanding dengan mereka? Apakah isterinya ada kekuatan sepertimana isteri para sahabat? Apakah amal ibadah isterinya cukup untuk menampung kebocoran hati akibat cemburu buta?
Jika seorang ummul mukminin semulia Aisyah RA berasa cemburu sehinggakan membuat pakatan untuk menjatuhkan isteri-isteri Nabi yang lain, apakah boleh bagi isteri kamu menghadapi kecemburuan itu dengan iman senipis bawang, ilmu secetek air longkang kekeringan, akhlak serapuh ranting kayu bila dibakar api cemburu?
Memang hakikatnya poligami indah, tapi pelakunya yang memburukkan wajah poligami ini disebabkan dia tidak layak memikul bebannya.
Ujian Bertubi-Tubi Buat Isteri
Wahai isteri, semangat yang tinggi mahu menerima sunah sebagai jalan hidupmu tidaklah cukup tanpa mujahadah kerana akan ada suara-suara yang cuba melunturkan niatmu dari jalan Allah.
Mereka akan berkata: “Setelah berpoligami, baru kau tahu rasa remuknya hati bila disakiti! Senang saja nak cakap move on. Macam mana nak kikis kerak benci, dendam dalam hati? Menangislah selagi kau boleh berasa tenang, takkan hilang bayang-bayang kecemburuan kau selagi belum bercerai! Akan datang wanita-wanita yang cuba mencari-cari kelemahan suami dan diri kamu. Mereka berkata: “Awak tak cemburukah, madu dapat lebih, anak daralah kan? Malam-malam awak boleh tidurkah kalau suami giliran di sana? Apa rasa bila suami marahkan awak, sedangkan isteri muda dipuja-puji?
Cemburu Isteri Bila Poligami
Setaat-taat wanita beriman, terlontar juga kata-kata nak mati bila dapat tahu suami berkahwin lain. Tak percaya? Bukankah ia perkataan yang dilafazkan ummul mukminin Aisyah yang cemburu kepada madunya?
Diriwayatkan daripada Aisyah, dia berkata: Rasulullah s.a.w apabila hendak melakukan perjalanan, baginda mencabut undi untuk isteri-isterinya. Keluarlah nama Aisyah dan Hafsah untuk bermusafir bersama Rasulullah s.a.w. Suatu malam baginda keluar bersembang-sembang bersama Aisyah sambil berjalan-jalan. Hafsah berkata kepada Aisyah: Mahukah kamu malam ini menunggang untaku dan aku menunggang untamu supaya kamu boleh melihatku dan aku boleh melihatmu? Aisyah berkata: Baiklah. Kemudian Aisyah menunggang unta milik Hafsah dan Hafsah menunggang unta Aisyah. Kemudian datanglah Rasulullah kepada unta milik Aisyah yang dinaiki Hafsah, mengucapkan salam kepadanya dan berjalan bersama sampai keduanya turun kembali. Tiba-tiba Aisyah merasa kehilangan Rasulullah s.a.w dan cemburu. Ketika mereka turun berhenti, Aisyah menendang-nendang kakinya ke rumput izkir yang harum baunya sambil berkata: Wahai Tuhanku, semoga ada kala jengking atau ular yang menggigitku sedangkan aku tidak dapat mengatakan apa-apa kepada Rasul-Mu.” (Hadis riwayat Muslim)
Boleh Bawa Mudarat
Cinta itu boleh memudaratkan jika manusia tidak dapat mengawal perasaan. Kegilaan seseorang disebabkan cemburu boleh mendatangkan bahaya jika akal dan perasaannya kalah dalam belitan iblis. Bukan mudah berpoligami, hanya mereka yang sabar dan tebal iman mungkin boleh selamat. Ya mungkin kerana ramai yang bergantung pada kekuatan iman akhirnya gagal juga.
Oleh itu segala pergantungan hendaknya dikembalikan kepada kuasa-Nya, qada dan qadar-Nya semata! Apakah anda masih mahu riak menayangkan poligami, bukankah ia ujian mengapa mahu dibangga-banggakan? Sepertimana nasihat Rasulullah kepada Aisyah apabila diserang cemburu, takutlah kamu kepada Allah wahai Aisyah!
Satu hal yang paling sukar dalam mendidik anak-anak apabila mereka mulai meniti usia remaja. Masa ini mak ayah nampak perubahan kematangan dalam diri anak.
Hakikatnya, anak kita masih lagi perlukan perhatian dan ‘guide’ dari mak ayah.
Jangan sesekali mak ayah tak ambil peduli atau beri kebebasan kepada mereka. Biarpun mereka sudah melepasi usia 10 tahun ke atas, pantau dalam masa sama sayangi mereka.
Perkongsian Puan Rehan Sidik dalam menasihati anak-anak remajanya ini ada banyak benarnya. Moga mak ayah kuat dan kental jiwa mendepani anak-anak yang meningkat remaja.
10 Tahun Dah Ya..
Masya Allah.
Cepat betul masa nya.
Sekarang, anak-anak umi dah masuk fasa remaja dah ya. Umur 13 – 17 ni, anak-anak memang nak nampak sama sokmo ngan mak dia.
Baju, tudung, kasut, lipstik..memang ikut cara mak dia. Nak tak nak, K. Han kena faham, ini masa fasa anak remaja try try nak jadi dewasa agaknya.. cam mereka sekarang ni.
Yesss!!
Mereka mahu dilihat seperti dewasa.
Mereka mahu dilayan seperti dewasa.
Mereka mahu dihormati seperti dewasa.
Mak-mak..tak salah, jika di fasa ini kita berikan anak-anak peranan dan amanah untuk digalas.
Tersilap Mencorak, Anak Remaja Mula Tunjuk Kuasa
Anak yang positif, mereka akan tunjukkan rasa tanggungjawab itu. Namun, sebaliknya.. Jika kita tersilap mencorak, mereka akan mula menunjukkan kuasa. Tak kira di rumah atau dengan kawan-kawan di sekolah.
Cuba tengok, renungg anak-anak remaja kita di rumah, pada umur ini mereka nampak besar, cantik dan kuat kan?
TAPI SEBENARNYA..
Kematangan JIWA, HATI dan CARA BERFIKIR mereka belum tentu sejajar dengan kematangan fizikalnya. Mereka perlu guide dari kita. Sangat perlu.
Ini masa untuk kita MENCORAK KEHIDUPAN anak-anak. Teruskan beri bimbingan dan sokongan tanpa jemu.
Sayang kamu.
MW : Asasnya mak ayah perlulah diperkemas dan diperkukuhkan dari kecil lagi. Fitrahnya, 7 tahun pertama kenalkan dengan keimanan. Berlembutlah dan berkasih sayanglah. Dan 7 tahun seterusnya, disiplinkan lah. Tegas tapi tak bermakna keras.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...