Ramai yang merasakan, bila mak ayah pandai dan bijak, ia akan diwarisi oleh anak-anaknya kelak. Tapi bagaimana dengan mak biasa-biasa saja. Adakah ia tidak layak untuk dapat anak yang pandai dan berakhlak.
Jangan ingat mak biasa-biasa, anak pun biasa-biasa juga. Silap hari bulan, yang kita ingat mak ayah hebat itu tapi anak ‘kelaut’ dan sebaliknya pula. Kita tak tahu. Semuanya atas rezeki Allah berikan.
Perkongsian daripada Siti Suryani Yaakop ini cukup menarik dan boleh dijadikan panduan buat mak-mak. Sangat menikam perasaan terutamanya bila lihat keadaan sekarang ini yang lebih kepada duniawi.
Saya ada kenal beberapa orang ibu ni. Anak semua pandai Ya Rabbi. Bukan saja pandai. Elok juga akhlak dan peribadi.
Nak kata tuisyen pagi petang siang malam tidaklah pulak. Siap maknya kata, “Mana lah saya ada masa awak nak hantar tuisyen”.
Nak kata mak bagi minum susu badan sampai umur 5 tahun untuk tumbesaran otak yang gemilang pun tidak. Katanya minum susu tepung je. Dah rezeki mak tak banyak susu.
Ads
Nak kata maknya bagi makan minyak ikan sampai 18 biji sehari pun takda jugak. Jangan kata minyak ikan. Ikan pun jarang makan. Anaknya lebih suka ayam.
Nak kata maknya ulangkaji dengan anak pun takda juga. Mana nak sempat. Kadang dia malam baru balik. Kadang berhari-hari tinggal sebab kerja luar. Tak pun pergi honeymoon kali ke 18 dengan suami. Anak rileks je lepak dengan sepupu dan atok. Enjoy-enjoy je.
Tak Ambil Tahu Gossip
Tapi satu saya perhatikan dari mak-mak ni.
Pertama. Tak ambil tahu gosip dan cerita picisan. Kisah lah siapa nak tunjuk baby ke. Nak sorok ke. Artis kahwin ke. Artis cerai ke. Drama baru ke. Last movie dia tengok dulu mungkin cerita P. Ramlee ke barangkali.
Kalau berborak dengan dia tak pernah dengar dia cakap pasal orang. Biarpun kadang memang ada hal yang kena diambil kisah. Tapi sentiasa tak pernah ada orang yang salah. Yang ada cuma nak cari jalan selesaikan masalah.
Apa yang diborakkan cuma tentang kisah persekolahan biasanya. Tentang rindu lama tak duduk makan sama. Kisah anak-anak makin besar yang dah pergi merata.
Dan tak pernah merungut walau untuk apa hal sekalipun. Yuran naik ke. Harga barang meningkat ke. Balik kerja penat ke. Banyak memandu sampai sakit urat ke.
Sentiasa santai dan berwajah manis depan kita. Cerita kisah rumah kena banjir pun tenang tak risau apa. Dia kata banjir kadang memang kena rumah dia. Nak buat macamana. Kemas je lah harta benda yang ada.
Ads
Akhir sekali yang saya belajar. Sentiasa hidup low profile walau kaya raya. Padahal jenis yang bercuti pun tak mainlah dalam negara. Kalau kita puji anak dia pandai, dia kata itu rezeki yang Esa. Ada yang sampai taknak ambik result pun sebab segan nanti cikgu puji anak dia.
Habiskan Masa
Jadi bila dia tak sibuk hal orang dan remeh temeh tentang dunia, banyak masa mereka habis di mana?
Cari ilmu.
Best friend dengan suami.
Melancong tengok keindahan bumi.
Tambah duit.
Jaga rumahtangga.
Urus anak seadanya.
Sedekah dengan berapa yang dia ada.
Mereka tak mengharapkan anak yang sempurna. Mereka bersifat biasa-biasa saja dengan rezeki yang luar biasa. Mereka sentiasa tenang dengan apa saja yang dihantar depan mata.
Ads
Bila saya pandang ibu-ibu ni. Saya selalu doa dalam hati. Tak dapat banyak sikit pun jadilah akhlak baik dia tu lekat di hati. Biar bolehlah transfer walau sipi-sipi. Kalau paling tidak pun dapat elokkan perangai biar duduk sama rendah berdiri sama tinggi.
Ya Tuhan.
Menjaga hati tu susah.
Menjaga iman tu payah.
Menjaga mulut tu tak mudah.
Menjadi baik tu memang lelah.
Moga kami ibu kuat berubah.
Agar kamu anak beroleh berkah.
Mingguan Wanita : Cukup terkesan. Beza sangat dengan diri kita. Mana mak-mak yang sama seperti dikongsikan ini. Tahniah.
Kebanyakan golongan mak-mak suka melayan anak-anak dengan bercerita pada anak untuk tarik minat dalam dunia membaca sejak kecil, malah ada yang siap hafal watak-watak kartun yang si comel suka.
Lumrahlah kalau kanak-kanak suka tengok cerita kartun animasi contohnya Upin & Ipin, Omar&Hana, Boboboi. Ada yang terlalu minat sampai sanggup minta mak beli baju, buku atau mainan yang bertemakan karakter kesukaan mereka. Sebagai mak ayah, kita pun layankan saja sebab kita tahu di sebalik apa yang disampaikan oleh Upin&Ipin atau karakter-karakter lain, pasti ada pengajaran yang baik untuk anak-anak kita ingati.
Ada episod yang mengajar tentang kebersihan, ada yang mengajar tentang azam dan cita-cita, ada yang bercakap tentang perpaduan masyarakat, dan macam-macam lagi.
Dan sekarang, muncul pula satu karakter baru bernama Little Adib – seorang kanak-kanak yang dihidupkan dalam siri 27 buku ensiklopedia dengan nama yang sama. Adib digambarkan sebagai seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang sangat riang, comel, dan mempunyai sifat ingin tahu yang sangat kuat. Anak kedua dari tiga adik beradik, Adib tinggal dengan ibu bapa mereka dan seorang abangnya yang bernama Hakim, dan adik perempuannya yang bernama Syafa.
Ibu bapa adik pula adalah pasangan yang sangat prihatin dan suka meluangkan masa untuk menjawab segala persoalan Adib dari semasa ke semasa. Disebabkan sifat ingin tahu Adib, pelbagai pelajaran dan pengajaran yang dapat dikupas dalam siri 27 buku ensiklopedia Little Adib ini antaranya Basic Knowledge iaitu cara bergaul dengan orang, bunyi, warna, matematik dan sebagainya juga General Values iaitu jujur, tanggungjawab, hormat, sayang menyayangi dan sebagainya.
Tambah lagi, salah satu daripada 27 buku yang didatangkan dalam set ini bertajuk “Saya Tahu Dari Mana Saya Datang” yang menerangkan tentang pendidikan seks kepada kanak-kanak dalam bentuk penceritaan yang santai dan mudah difahami. Selain itu, set ensiklopedia ini juga ada beberapa buku yang menceritakan tentang Spiritual Values iaitu tentang cinta kepada Alllah dan Rasulullah, solat dan mengaji.
Ini Cara Buat Duit
Paling menarik sekali, mak-mak kini gunakan peluang ini boleh menjana pendapatan dengan menjadi ejen Little Adib! Mudah saja caranya – tak perlu pembelian minimum pun! Cuma daftarkan diri untuk sesi Sales Activation Training pada 23 hingga 24 Ogos ini, bayar yuran pendaftaran sebanyak RM50 dan hadirkan diri. Dengan RM50 ini, anda akan dapat pengetahuan tentang parenting skills, makan tengahari untuk 2 hari dan juga sales kit untuk anda mula jana pendapatan! Takkan tak nak kalau mak-mak dan anak-anak pun sama dapat manfaat, kan?
Hubungi 0123138520 (Sarah) untuk daftarkan diri.
Boleh juga lihat Facebook Little Adibdi https://www.facebook.com/littleadib/ dan Instgram LittleAdib https://www.instagram.com/littleadib/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bekas isteri Hisyam, Mel anggap perpisahan punya hikmah. Setiap hubungan rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Ada pasangan yang berjaya menjalani kehidupan sebagai suami isteri sehingga akhir hayat dan ada juga yang sebaliknya.
Mahligai yang dibina pelakon, Hisyam Hamid bersama Rosmawati Hanafi atau lebih mesra dengan panggilan Mel sejak 20 tahun lalu tidak dapat diselamatkan dan masing-masing memilih untuk berpisah.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Mel menyatakan perceraian yang berlaku adalah satu kehilangan yang berat serta meninggalkan pelbagai pertanyaan kepada dirinya.
Bekas Isteri Hisyam, Mel Anggap Perpisahan Punya Hikmah
Ibu kepada dua cahaya mata itu walau bagaimanapun menganggap segala yang berlaku ada hikmahnya.
“Semua yang berlaku pasti bersebab. Setiap patah hati dan kekecewaan membawa rahmat yang tersembunyi. Saya mungkin berasa kehilangan sekarang, bergelut dengan soalan yang seolah-olah tiada jawapan.
“Saya melalui 1,000 perkara dalam hidup yang orang tidak tahu. Saya mengalami perkara-perkara yang menggoncangkan, mengubah, menghancurkan, membina dan mengajar saya lebih kuat yang pernah saya fikirkan.
“Hati saya mungkin terluka sekarang, tapi perasaan ini tidak akan kekal lama. Hati saya akan pulih semula pada masa yang terbaik.
“Namun buat waktu ini, sudah tiba masanya untuk jadi lebih kuat, reda dengan segala ketentuan dan memperbaiki diri,” luah Mel.
Semalam sewaktu menghadiri majlis sidang media pelancaran dua buah drama Astro, Hisyam Hamid telah mengumumkan perkahwinan yang dibina bersama Mel hampir 20 tahun sudah berakhir. Namun Hisyam enggan mendedahkan punca dan tarikh sebenar perceraian mereka.
Untuk rekod pasangan ini berkahwin pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nurish Syameliah,17, dan Haydeen, 15.
Pempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Umurnya panjang. Walaupun ibunya meninggal dipatuk ular tedung, bayi dalam kandungan berusia lapan bulan berjaya diselamatkan melalui pembedahan.
Kejadian yang berlaku di Manila, Filipina ini dianggap sebagai keajaiban kerana bayi ini mampu bertahan walaupun ibunya telah maut setelah dipatuk ular berbisa tersebut.
Bayi Dalam Kandungan Berjaya DiSelamatkan Melalui Pembedahan
Seorang bayi dalam kandungan berusia lapan bulan yang terdedah kepada bisa ular tedung selar selepas ibunya digigit reptilia itu berjaya diselamatkan menerusi pembedahan Caesarean kecemasan, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Bayi perempuan di Manila, Filipina, sepatutnya dilahirkan pada bulan hadapan disifatkan sangat bernasib baik apabila masih hidup selepas ibunya disahkan mati akibat gigitan maut itu.
Ibunya tiba di Hospital Daerah Diffun, wilayah Quirino pada 4 Ogos lalu dan disahkan mati namun bayinya masih lagi mempunyai denyutan jantung namun lemah akibat bisa yang menular.
Ibu Meninggal Dipatuk Ular Tedung
Pasukan perubatan bertindak pantas apabila menjalankan pembedahan Caesarean kecemasan dan segera mengeluarkan bayi itu untuk menyelamatkan nyawanya.
“Seorang ibu hamil yang digigit ular berbisa dibawa ke sini tanpa denyutan nadi dan disahkan mati.
“Pada penilaian Pengarah Hospital, Dr. Moises Lazaro, memilih menjalankan pembedahan caesarean kecemasan sekali gus menyelamatkan nyawa bayi itu,” demikian menurut jurucakap hospital.
Bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan dipindahkan ke hospital wilayah yang lebih besar di mana dia dimasukkan ke unit rawatan intensif neonatal kerana lahir pramatang. – Agensi
Mingguan Wanita : Tindakan pantas pihak hospital harus dipuji kerana berjaya menyelamatkan nyawa bayi dalam kandungan. Semoga bayi ini kuat meneruskan hari mendatang tanpa ibunya di sisi.
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....